Assalammualaikum. Ampa semua sihat ka? Aku alhamdulillah, makin sihat nampaknya. Bertambah 0.05kg dan meinggi 1cm. Hahaha. Percaya dak?? Umur macam aku ni boleh lagi ke meninggii? Mungkin mesin penimbang tu rosak kot. Hihi.
Petang tadi aku pi tengok wayang dengan dua sahabat penganggur ku. Best jugak adak kawan senasib macam aku ni. Anytime boleh ajak keluar. Hahaha, Cuma yang tak bestnya, depa dua anytime pun duit berkepuk-kepuk. Aku ja yang asyik kena tepuk dahi sebab duit makin kurang. Haih. Duit...duit..
Kami janji nak jumpa pukul 2.15pm di Giant memandangkan wayang tu start pukul 2.45pm. Memula kawan aku ni, ajak lunch dulu kat Restoran Nasik Kandaq ni. Tapi, aku bertindak cerdik dengan menolak tawaran beliau dan masak je kat rumah. haaa, cerdik tak aku? cerdik tak?? Boleh jimat duit aku kan? Aku ni jadi cerdik bila duit dah kurang je, bila duit dah melambak (konon) nanti, haa, perangai kurang cerdik tu mai balik lah.
So, tadi lepas memasak semua, aku mengantuk sangat. Sebab malam sebelumnya tu tidur lewat. Bergayut telefon dengan kekasih sampai pukul 5 pagi. Bangun pulak pukul 10pagi. Itu pun mama kejutkan sebelum dia pergi kerja. Bangun tu, basuh pinggan, sidai baju, sapu sampah, masak nasi goreng cendawan (sedap jugak. hehe) letak extra udang dengan sotong. I loike! hehe. Tapi memang mengantuk gila babas la. Sampai aku rasa nak cancel la tengok wayang tu. Tapi aku taknak lah mungkir janji. Kesian chan, teringin sangat nak tengok wayang citer hantu tu. Jadi aku gagahkan jua membeliakkan biji mata. Lepas makan, tengok America's Sweetheart jap kat HBO, lepas tu mata makin berattt beratttt. Jadi, aku ambil keputusan untuk tidur jap. Memula tu ingat nak tidur je kat atas sofa kat ruang tamu tu. Sebab kalau tidur situ, takleh la nak tidur menyedap sangat kan, sebab ruang pun tak sebesar tilam, dan kemungkinan untuk aku overslept tu rendah.Dah cuba tidur untuk 10minit. Tak boleh tidur jugak sebab PANASSS. nampak sangat dosa banyak. hahahaha. Ok, shadap waniey. Tak kelakar.
Jadi, aku pun pegi lah tidur kat dalam bilikku syurgaku di atas tilam yang empuk. Dalam bulik ada aircond, sejuk sikit. Hehehe. Aku pun set la alarm clock. tidur sampai pukul 1.30pm. Masa tu dah 1.15pm dah. 2.15 kena ada kat giant dah. Takpa, tidur secara laju. Pasti boleh ! Tengah syok tidur tu, tetiba alarm dah bunyi. Adehhh. Dah 15minit ke aku tidur ni.. Aku rasa macam baru setengah saat je aku tidur. Jadi, aku set lagi alarm, 1.40 pulak.
Tengah syok melayan mimpi, siap boleh dengar lagi dengkuran diri sendiri. huahuahua. Tetiba aku terjaga, tengok la hp. Sekali dah pukul 2pm kauu. Aku tengok alarm clock yang set tadi tu. Apesal tak bunyi sebab aku ni memang sangat mudah terjaga kalau ada bunyi. Sekali tengok aku set pukul 1.40am daaa. Kelam kabut lah aku. Dengan tak mandi lagi, baju pun tak iron lagi. Aku ingat nak pkai la short dress aku yang dah lama tak pakai tu. Nak jadi girlie-girlie sikit outing kali ni. bhahaha. Sekali tak sempat nak iron. Buang masa je aku try-try malam sebelum tu. Siap dok mix and match lagi dengan selendang mana yang sesuai. Jeans mana yang sesuai. Hampeh betoi.
Last-last aku pakai baju biasa je yang tak perlu iron. Pfftt ! Kelam kabut mandi, pakai lens, touch up sikit. Lilit selendang, tengok dah pukul 2.15. Adehhh. Dahla hp takda kredit ! Guna fon rumah call chan, inform yang aku lambat sikit. Chan dah sampai pun. Asal outing kami bertiga je, mestilaaaaa aku yang paling lambat. Chan yang paling awal, Hasri sampai lepas Chan. Dah macam peraturan gitu, sapa yang patut sampai dulu. hehehe
Aku inform Chan yang aku lambat sikit. Aku tanya dia ada kat mana. Dalam giant tu kat mana? Bagi specific location sikit sebab aku ni dahla takda kredit. Kang aku sampai kat sana, terkontang-kanting sesekor. Kalau ada public fon dalam giant tu takpa la jugak. Pastu dia cakap gini 'Just find me at the Guardian, or in the Giant, I would be wandering in the Giant only'. Oit Chan, you ingat Giant tu kecik ka, i nak pi setiap kedai nak cari you. Dahla movie start pukul 2.45pm. Kang tak sempat kangg. Hehehe. Sorry chan, i termarah u tadi. Hik3. Pastu dia cakap 'Okey, i'll call you from time to time to inform you, okey.
From time to time la sangat kann. Aku dah sampai kat Giant tu, merata aku pusing cari dia. Dahla tak call pun. Pastu Hasri call cakap dorang dah kat wayang pun dah beli tiket. Hampagas punya Chandramathy. Tak call aku ! Berpeluh je aku cari dia.
Pergi kat kaunter wayang tu, tengok dua-dua dah dok tersengih-sengih. Ha, tau la tu aku tengah marah. Pastu chan belanja aku pop corn, terus dah tak marah. Hiihihihi. Dahla pakai baju sama warna dengan aku. Biru kehijauan. Aku taktau lah, sepanjang kami keluar sebelum-sebelum ni, tak pernah aku keluar tengok dia pakai baju yang tak sama warna dengan aku. Mesti sama! Hasri pun camtu. Padahal tak rancang pun. Sebelum ni, kami keluar, tiga-tiga pakai baju grey. Sebelum tu, keluar, tiga-tiga pakai baju hitam. Sebelum tu jugak, tiga-tiga pakai baju purple. Kebetulan yang seakan dirancang. Padahal tak rancang pun. Cuma tadi aku pakai baju biru, selendang hitam, chan pakai baju biru cardi hitam. Hasri pakai baju hitam. Ish.ishh. hehehe. Ada gambar, aku nak upload tapi biasalah, hidup merempat gini, takda laptop seniri. Kejap guna pc, kejap guna laptop abah. Susah betui nak transfer pic guna bluetooth. Ada je masalah dia. Last nya, aku give up. huhu
Cerita ni la yang kami pi tengok tadi. Plot dia agak menarik cuma scene hantu tu, semuanya aku dah boleh teka. Hhehehe.Bila dah start soudn effect seram tu, ha, ada la tu hantu nak muncul. Aku siap boleh teka, hantu ni nak muncul sebelah atas ke, kiri ke kanan ke, bawah ke. Hehehe. Jadi aku bolehla pejam mata siap-siap sebab aku dah tau kan scene-scene hantu nak muncul. Hiihi. Cuma ending dia memang aku tak dapat teka. Aku macam, oooo, dia ni rupanya jahat. oooo, patutlah sebelum ni dia blablabla, dia jahat rupanya. Haaa, gitu la lebih kurang. Kira okey la, sebab aku ni suka teka ending movie. Kalau once aku dah dapat agak ending movie tu, memang aku takkan tengok dah. heheh
Pastu sebelum tayang cerita ni, adala ditunjukkan sedutan-sedutan filem yang akan datang. Ada filem ni tajuk nya Hantu Bonceng kot kalau tak silap. Zizan jad lead actor. Macam best je. Aku tengok trailer dia pun aku dah terkekeh-kekeh gelak. heheheheh. Zizan berlakon dengan ex gf dia Juliana Evans.
Haaa, ok la tu. Asalnya aku nak update sikit je, Sekali terpanjang daaaa. Maahappp. Byeee.
2 comments:
hantu bonceng terbaik dow....aku dah tgk preview die bln lpas..mmg bantai gelak je la...wakakkka
hahahaha.. terkedu seketika melihat ada nama saya di entry ini.. :0
Post a Comment