18 July 2011

It's a small world, after all !


Bayangkan, di antara berpuluh-puluh negara yang terdapat di muka bumi ini, aku terjumpa beberapa orang yang ada kaitan dengan aku hanya di sebuah tempat sahaja. Dunia yang besar ni, kecik je rupanya. Macam tadi, aku discovered yang sorang budak maktab Ipoh ni (junior setahun) adalah kawan kepada sedara aku. Sebelum ni pulak, aku dapat tau yang budak kos aku (sama-sama KPLI) di Maktab Ipoh pun adalah kawan kepada sedara aku (ni sedara yang lain pulak). Dan, punyalah ramai warga Kulim aku jumpa kat Maktab Ipoh. Dan yang paling best, kat Maktab Ipoh tu aku jumpa ramaii kawan sekolah aku dulu. SM Sultan Badlishah. Ramai jugak la. KPLI ada sorang budak Badlishah, bebudak PISMP, lagi laa ramai. Tu baru aku kenal yang sama batch dengan aku atau junior setahun. Yang bebudak Badlishah yang muda beberapa tahun lagi dari aku yang aku tak kenal, tah berapa banyak lagi kat Maktab Ipoh. By the way, bebudak Badlishah ni, memang merata tempat tercampak eh? Sebab kat UKM dulu pun, bersepah jugak dengan budak Badlishah. hehehhe

Ada lagi, aku jugak baru ter kenal paklang yang beberapa tahun tua dari aku je di Maktab Ipoh jugak. My so called paklang ni pun amek English jugak. Sebelum ni pun, ada la jugak mama aku cerita yang ada sedara jauh yang amek KPLI macam aku jugak, english jugak, tapi aku tak berminat pun nak mencari. Sekali haaa, paklang ku Hafiz rupanya. hahaha. So it does feel like home studying there surrounded by the people that are related to you. Hehe

Sebut pasal kecilnya dunia ni kan, ada satu lagi kes. Aku kenal kawan aku Ijan ni di Uitm Shah Alam, tempat aku buat Law Foundation dulu. Ijan pun berasal dari Kulim. Sebelum aku buat Law Foundation ni, aku sempat pegi form 6 selama 2minggu, dan ada jugak dapat tawaran UniKL di Melaka untuk kos chemical biotech amende tah. Shockingly, Ijan ni pun pernah pergi form 6 di SMJ Chio Min sama dengan aku dan jugak dapat tawaran UniKL Melaka, and in the same course! Tapi beliau tolak dan masuk Uitm Shah Alam, untuk Law Foundation (which was sama dengan aku jugak!) and met me. hehe. Yang menariknya kami tak pernah berjumpa pun masa Form 6 dulu, walaupun sekelas. Mungkin sebab aku suka ponteng kot dulu. hehe. Aku tak suka form 6. Aku banyak ponteng dan berharap aku dapat tawaran upu. Luckily i got myself in at Uitm Shah Alam for Law Foundation. hehe

So that's it. what a small world kan?? byee

3 comments:

♥♥ miracle ara ♥♥ said...

dunie nh mmg kecik..lari2 jumpe juge..

wanieybintang said...

a'ah. kekadang tu, tak lari pun jumpa jugak. hehe

mocha caramel said...

...xsngka kn:)