05 July 2011

tidak sesuai menjadi guru

"Sy merupakan guru baru posting pada hujung tahun lepas di salah sebuah sekolah di KL. Setelah 5 bulan merasa suasana sekolah, saya rasa sangat2 tertekan & tiada motivasi bekerja.

Pertamanya, kerana perangai pelajar2 di kelas yg sy mengajar sangat2 teruk. Sy dpt mengajar 1 kelas paling belakang, 3 kelas agak belakang dan 2 kelas ok. Sy sgt2 buntu mengenangkan perangai mereka yg tidak mahu mendengar kata & tidak mahu membuat kerja rumah. Ditambah pula sy kelihatan agak lembut, membuatkan mereka berani melakukan apa saja.

Kedua, sy menghidap penyakit kurang darah merah & zat besi. Ini membuatkan sy sgt mudah letih & ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada tugas2 seharian sy. Dahulu org boleh berkata cikgu kerja separuh hari, cuti sekolah pun byk. Tetapi itu dulu, sekarang... cikgu bekerja hampir 12 jam sehari. Balik mengajar perlu menyediakan bhn2 mengajar esok hari, menyiapkan buku rekod, menanda buku murid (yg byk) dan menyiapkan tugas2 sampingan sekolah. Keadaan ini semakin lama membuatkan tubuh kecil sy seolah2 overload... sy sgt3 mudah letih..

Sy tidak mahu menjadi beban kepada orang lain (contoh jika kerja lambat siap, prestasi pelajar menurun, dsb) disebabkan masalah yg sy hadapi ini. Gabungan masalah pertama & kedua membuatkan sy tertekan setiap hari & tidak semangat utk dtg ke sekolah.

Hati dan jiwa sy meronta2....sampai bilakah sy harus berkeadaan begini? Mungkin rakan2 di sini akan kata sy tidak thn dugaan... baru sikit dh nak mengalah... yes, mmg betul. Tetapi bila sy pikir logik......yg menanggungnya sy. What for sy nak bertahan utk perkara yg sy rasa tertekan sgt2.....& membawa mudarat kepada diri sy?
Setiap malam sy berperang dengan diri sendiri, memikirkan jalan penyelesaian kpd permasalahan sy ini.

Oleh itu sy mohon jasa baik rakan2 di sini............mohon sgt2.... apakah yang patut sy lakukan?
Berhenti jadi guru? atau minta tukar ke sekolah yg ok sikit? (sy suka mengajar...tetapi perangai pelajar yg seolah2 tidak berminat mematikan semangat sy... )
Bolehkah guru baru seperti sy meminta berhenti dari perkhidmatan?
Bantulah sy rakan2.... sy sangat2 tertekan sekarang...."

Aku quote ni dari sebuah forum. so apa pendapat korang? aku berharap sangat beliau tidak putus semangat dan berhenti dari menjadi seorang guru. Rugi sangat kalau beliau berhenti. Tapi kalau sekolah kat KL memang agak seram sikit. Tambah kalau sekolah menengah. Budak-budak dia nakal amat. Tapi bergantung kepada sekolah jugak. Tak semua sekolah di KL teruk. ada yang ok. hurm. aku berdebar ni. Dengar kata, tarikh posting dah makin dekat. dalam bulan ni jugak. wuuuuuuu. nervousss.

No comments: