13 July 2011

Siapa nak sponsor saya almari baru?



Assalammualaikum. ada sesiapa yang nak belanja aku almari baru? Aku dah kata hari tu kan, almari aku ni, dah ghope tin sardin. Kome tak pcaye.



MasyaAllah, tengok tu, dah sampai senget senget dah baju aku sumbat. Dengan yang bersangkut lagi nya. Aku pelik betul la dengan aku ni. Asyik membeli baju dengan seluar je. Sekali sekala beli la almari pulak. Ni, beli baju seluar baju seluar. Kan bagus kalau aku beli baju, pastu beli almari pastu beli seluar pastu beli almari. Tak da la masalah cam gini.




Ini pulak di bahagian yang sebelah lagi. Dah memang macam belacan dah aku susun sebab tak muat dah nak letak baju. Ditambah dengan seluar-seluar jeans yang aku sangkut kat atas tu menghadkan lagi lah susunan baju-baju aku. Tak boleh susun tinggi-tinggi, nanti tak da tempat nak sangkut seluar pulak.



Ha. Kalau dah tutup pintu almari ni, nampak macam aman damai dan tenang je, padahal kat dalam almari tu dah macam dilanggar garuda, dilanda tsunami semua ada. Eh, nampak tak monyet pink tersangkut kat tombol pintu tu? Comel dak? Tu student aku bagi. hehe



Ni belum masuk lagi baju-baju yang aku baru angkat kat ampaian. Ni lepas lipat ni, aku nak sumbat mana ni?? Kat almari aku tu memang ada lagi dua laci kecil dan dua laci besar. Tapi laci-laci tu semua aku sumbat dengan tuala-tuala aku, selimut-selimut aku, pastu yang dalam-dalam nyer kan. hihihi, pastu tudung dengan selendang aku. Pastu mama sumbat lagi dengan stok langsir dia yang ntah berapa banyak ntah. Segala beg-beg aku pun aku sumbat dalam laci tuh.



Nampak luggage tu? Ha tu semua baju kurung aku terpaksa letak dalam tu. Sebab tak cukup ruang. Sebelah tu pulak bakul baju kotor aku. Nanti dah basuh, dah lipat, aku pun tak tau nak letak mana. Haihhh



Ni selendang-selendang aku. Nasib baik aku beli penyangkut ni. Jimat sikit ruang dalam almari aku tu. Itupun, berlambak lagi selendang dengan tudung yang aku sumbat dalam laci. Nak kena beli lagi nih penyangkut camni.





Ha!Yang ni lagi sekor yang nak memenuhkan ruang bilik aku. Dah aku sibuk nak basuh baju kotor nak clear kan bakul tu, dia pun sibuk nak membulat dalam tu. Pastu dok khayal sekor-sekor, pastu lali pastu tidur dalam tu. Bertuah punya kucen.

Ada beberapa baju dalam almari tu, aku belum pakai lagi pun. Aku beli, lepastu aku terlupa gitu je. Boleh gitu? Jadi, aku berazam nanti aku dapat gaji, aku nak buat almari yang besar yang jenis pasang kat dinding tu. Eh, kena letak dalam wishlist nih. hehe.

3 comments:

Miss Masjue said...

senyum sendiri tengok post nie. kat rumah pon almari kite macam nie. nasib baik almari kat asrama nie besar sampai boleh muat 3 org (fakta, bukan auta) >.<

wanieybintang said...

beso nye almari korang. dulu pun akak sempat gak dok hostel smggu pastu kne kuo dok uma sewa. sob3

Miss Masjue said...

haah..memang beso pung..tapi oldskool sangat dah.almari kayu, katil pun kayu.brape ploh tahun dah umor harta karun nie kan..