16 July 2011

It's Cameron baby !


Assalammualaikum. Tetiba terasa gedik nak update pasal kitorang pegi Cameron hari tu. Padahal dah lama dah pun pegi. Bila ek, bulan Mei, berapa haribulan tak ingat. Memula aku dah letak banyak gambar dalam ni, pastu aku taktau lah kan, apa masalah blogspot ni, dok buat kuanghajau dengan aku tetiba ja jadi kosong, gambar yang aku dah upload semua hilang. Hiss !! Bengang nih !

By the way, kitorang pergi berlima hari tu. Aku dengan semua rakan serumah aku, Muna, Chan, Faezah dengan seorang Jejaka Jambu, si Hazly. hehehe. Kitorang kena hangkut dia sebab dia dengan rela hati nak jadi drebar. Kami tak berani nak drive sampai ke atas sana. Jadi masa ni lah khidmat Jejaka Jambul eh Jambul pulak, Jejaka Jambu diperlukan. 

Kitorang bertolak dalam pukul 10 pagi camtu, pergi kutip si Hazly ni yang tengah dok sedap melantak kat kedai masa tuh dan kami terpaksa tunggu beliau. Hampeh sungguh. Pastu beliau pun datang dengan backpack beliau yang gagah perkasa itu lalu diletakkannya beg itu di dalam bonet. Aku pun terfikir, sakan betul beliau ini, bawak backpack (yang macam mat Salleh dok bawak tu) segala, aku bawak handbeg je pun. Bukan aku je, housemate yang lain pun bawak handbeg je. Chan tu lagiklah, bawak handbeg dah besor kotak pensel je pun aku tengok. Sebab plan kami nak pergi balik hari je. Pegi pagi, petang camtu balik la.

Sekali dalam kereta masa kami dok borak- borak, terbongkar sudah segalanya..

Sir Hazly : Alamak, aku lupa bawak sweater ah weii. Cemana buleh lupa taktau.
Teacher Muna : La, rilek lah wei, kami pun tak bawak sweater gak, takpa, hang buleh share cardigan waniey. Hehehehe.
Teacher Waniey : Ha, takda masalah kalau hang nak share dengan aku. Hhihihi
Sir Hazly : Haha, tapi kat rumah si Din (tak menahan kau, panggil Din je ek kat ayahanda kami) tu ada selimut kott noh?

Sedikit informasi, pada awalnya memang kami merancang nak tidur semalam kat Cameron di apartmen Encik Din iaitu tuan rumah sewa kami. Encik Din ni yang jugak pensyarah kat maktab kami ada apartment untuk disewa kat Cameron tuh. Murahhh sangat. Tapi tak jadi tidur pulak.

Teacher Waniey : ha, rumah Din?? selimut?? Din mana pulak dah? selimut apa?

Kami semua pakat dok kerut-kerut kening dah. Mamat ni tengah cakap apa ni?? Kami memang dah terlupa langsung pasal apartment Encik Din tu. Tetiba aku baru tersedar

Teacher Waniey : Wei, hang ingat kita nak tidoq sana ka Hazly??
Sir Hazly : Abeh tu?

Masa ni, dah bergoyang kereta Vios mahai Muna tu (hehe saja gedik nak mention jugak), semua pakat dok gelak. Yalah, Jejakan Jambu siap bawak beg macam nak pergi hiking tu, yang kami ni lenggang kangkung ja.

Teacher Muna : Adoi, hang ni Hazly, buat lawak sungguh laaa.
Sir Hazly : Yala, ampa semua haritu kata nak tidoq..

Si Hazly ni dia jenis cool cool gituh, jadi bila dia dok buat slow mo dia, dengan blur-blur sikit, lagilaa kami rasa nak gelak.

Teacher Faezah : Weh, kita lupa nak habaq kat ka ek pasai plan kita? Awat dia sorang-sorang ja yang taktau ni?? Bukan dulu dah bincang ka yang kita takmau tidoq sana?
Sir Hazly : Aku siap bawak beruih gigi dengan colgate lagi.
Teacher Waniey : Takpa, sesampai ja kita di Cameron, hang pi cari toilet, hang pi la beruih gigi hang. Takla rugi sangat hang bawak beruih gigi tu.

Pastu gelak-gelak ja sepanjang perjalanan. Hadoihh. Buat lawak betoi la hang ni Hazly.


Masa ni dekat Ladang Strawberry Ravi ke Siva entah. Sejuk woooo. Kami berenti makan aiskrim, kek dengan strawberry coklat kat sini


Ni, aku taktau apa nama tempat dia. Tapi aiskrim dia memang pure rasa strawberry. Murah jer. Rm2 ke Rm1 ntah. Tak ingat.


Haaa. Terlioq dak?? Ni dekat Ladang Strawberry Ravi tu jugak


Ni dekat pokok anggur


Yer murid-murid, inilah bunga kebangsaan kita yaa.


Cikgu Faezah, Cikgu Waniey, Cikgu Muna

Sebenarnya ada berlambak lagi gambar, tapi itulah, bengong punya blogspot. Kami pergi pagi, nak dekat pukul 10 camtu baru selamat sampai di rumah. Hehehe. Merata-rata pergi, snap sana, snap sini, makan steamboat (tapi aku tak makan steamboat), makan aiskrim, makan strawberry. Haihh. Memang best sangat. Bila la boleh pergi lagi dengan hampa semua?? Rindu pulak bila ingat.

Okey, itu je. bye, assalammualaikum

2 comments:

Masjue Masjuwita said...

yea..cam besh jew. tapi nape tak bermalam.ktorang bermalam ary tue. tinggal kat orang asli lodge. syiok dan sejuuuuuuuuuuk >.<

wanieybintang said...

orang asli lodge? mcm bestt. kami tak dpt tdo sebab masing-masing ada hal keesokan harinya tu..