20 July 2011

Ke hadapan Miss Stalker

Assalammualaikum, Miss S. Sihat ke awak? Dah lama saya tak tulis surat untuk awak kan? Bukan apa, tak sempat.  Saya harap awak tak lupakan saya di sini. Eh, lupa pulak, awak kan sanggup pindah nak duduk dekat lagi dengan saya kan?? Terharu sangat. Thankss. So, macam mana Kulim? Best?

Miss S yang dirindui,

Awak selalu ye datang jenguk blog saya? Hihihi. Susah-susah je tau. Dah datang jenguk, kenapa tak meninggalkan komen? Bolehla kita berborak-borak mesra kan? Eh, awak, saya nak bagitau sikit ni, saya ni bukanlah hebat sangat pun. Awak tak perlu nak copycat semua yang saya buat. Tapi kalau awak dah jadikan saya ni idola awak, hum, saya pun tak boleh nak halang la. Thanks :). Tak sangka saya, awak follow tutorial saya tu. siap tiru sejibik lagi ayat-ayat yg saya taip sebagai contoh tu. hihihi. Sampai gelaran untuk sang kekasih, oopss. bekas sang kekasih saya pun awak tiru ye. Hihihi. Terharu sangat saya. Best jugak ada pengikut ni. Apa yang kita buat, semua orang nak tiru. Terima kasih awak sebab sudi jadi pengikut saya. Saya tau awak keliru dengan identiti awak sendiri. Kalau dengan meniru saya, awak lebih bahagia, saya redha. Untuk kebahagiaan awak, saya sanggup lakukan apa saja.

Awak jangan lupa makan ye. Badan tu dah macam tiang letrik dah saya tengok. Saya risaukan awak tau. Kalau ye pun, kekasih awak selalu tipu awak, janganlah sampai hilang selera makan. Nanti sakit susah. Nanti kesian mak awak, nak kena susahkan diri jaga awak. Duit tu simpan untuk beli makanan, bukan untuk shopping alat mekap. Saya tau foundation dan compact powder awak mesti cepat habis kan? Saya dah pesan kat awak dulu, warna tu tak sesuai untuk awak. Lagi saya pesan, lagi awak nak tempek banyak-banyak kat muka. Macam opera cina jadinya. Tapi takpe, asalkan awak bahagia. =) Kening tu pun, jangan tenyeh banyak-banyak sangat, macam shin chan je. Tapi takpe, shin chan kan comel. eheheh

Walaupun awak dah banyak buat salah kat saya, saya tetap maafka awak. Saya dah lupa dah macam mana awak sebar fitnah kat saya, awak menyamar jadi kawan saya, lepas tu kutuk-kutuk saya, cuba untuk hack saya, block fb kekasih awak tu dari saya (tapi saya boleh access lagi fb boifren awak tu, jangan mareee. heheh), maki-maki saya di belakang (walaupun sebelum tu, merayu-rayu mintak maaf kat saya) dan banyak lagi lah perbuatan saiko yang awak buat. Saya maafkan semuanya. Saya faham, saya ada terbaca di internet, perempuan yang terlalu obses dengan kekasih mereka ataupun terlalu risau mereka akan ditinggalkan mempunyai kemungkinan untuk bertindak di luar kawalan. Smpai membunuh pun ada. Awak jangan sampai membunuh ye. Berdosa tau. Tuhan je yang layak ambil nyawa orang. Kita tak berhak. Kalau awak nak jumpa dengan pakar kaunseling, saya ada beberapa nama yang boleh direkemenkan. Jangan malu k. Ni untuk masa depan awak juga.

Oklah awak, saya ada kerja nak buat ni. Kalau awak rasa tenang dengan menjeguk dan meniru sejibik apa yang saya taip di blog ni, awak boleh teruskannya. Saya ikhlas menolong orang sakit macam awak. Saya pun kerap jenguk blog awak, cuma nak memantau tahap keseriusan penyakit awak. Bukan apa, saya cuma ambil berat je. Ok la ye. Jaga diri dan jangan lupa makan ubat waras k. Byee

5 comments:

miss E said...

wani... ang kata kat aku ka? foundation n lukih kenin tu aku la. aku slalu buat. aku pon ikot tutorial yg ang bg. aku pon slalu jenguk belog ang.... weh ang kata kat aku ka? tapi yg tiang letrik tu mcm bukan aku... bukan aku ni.... hahhahaha *saja wat trok

sweetsuraya said...

MISS S????
hang kutuk aku ke???
tetibe emo sekor2..hahahahaha

bior ler asalkn dorang bahagia.....

MizahHazeL said...

.....ok sgt suka kata2 u pd dia tu sbb SOOOOOOO SWEEEETTTT....ha3.........

Kim said...

kak wanie! dr dulu kim ada baca kak ckp pasal stalker ni. she still exist? speechless! haha

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

loh ada sungguh ka chaq? haihh xaman dgn blog sendiri ni gaya ni..chaq hebat sangat ni..ramai hat dok bkenan..hehe