03 July 2011

Jangan display kalau taknak jual # last part

Dengan perasaan yang berdebar-debar, Ema pun melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Kehadiran Ema disambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ. Ema terus menuju ke almari cermin tempat kasut tersebut dipamerkan dan terus melihat tag harga kasut tersebut.Oh, tidak lah semahal seperti yang aku sangka selama ni. Mampu kalau aku nak beli kasut ni. Detik hati Ema. Walaupun kasut tersebut agak mahal, tetapi tidaklah semahal yang Ema sangka. Lalu Ema mencuba kasut yang diletakkan di atas almari kaca tersebut. Tidak Ema sangka yang kasut tersebut memang sangat selesa dan kena pula dengan saiz kaki Ema. Ema mencuba-cuba kasut tersebut dengan cuba berjalan untuk memastikan keselesaan kasut tersebut. Ema sangat berpuas hati dengan kasut yang menjadi idamannya untuk sekian lama. Rekabentuk yang menarik, selesa dan kena pula dengan saiz nya. Ema berfikir sendirian. Inilah kasut yang selama ini aku cari. Inilah kasut yang bakal menggantikan kasut lusuhku ini. Ema sudah berkira-kira untuk membeli kasut tersebut. Ema tidak kisah berhabis duit untuk sepasang kasut yang selesa dan menjadi idaman hati untuk sekian lama. Lalu Ema menyatakan hasratnya untuk membeli kasut tersebut kepada pekerja di kedai kasut tersebut dan jawapan yang diterima amat menyedihkan hati Ema. Kasut tersebut sudah kehabisan stok dan kasut yang dipamerkan merupakan satu-satunya kasut jenama tersebut yang tinggal. Ema sangat sedih dan marah pada masa yang sama. Ema mempersoalkan mengapa masih dipamerkan kasut yang sudah tiada stoknya?

Ema berasa seperti ditipu untuk sekian lama. Lalu ditanya pada pekerja tersebut, tidak boleh kah satu-satunya kasut yang diidamkannya selama ini dijual kepadanya? Malangnya, pekerja tersebut hanya menggeleng-gelengkan kepala. Katanya kasut tersebut hanyalah dipamerkan sebagai daya penarik kedai tersebut. Semua ini tidak masuk akal. Selama ini, aku idamkan kasut tersebut, aku angankan tentang kasut tersebut, aku impikan tentang kasut tersebut tetapi akhirnya aku kecewa. Getus hati kecil Ema. Apa yang tambah mengecewakan Ema adalah, kasut tersebut sangat selesa dan sesuai dengan kakinya. Ema sangat marah. Marah kerana terasa seperti ditipu. Marah kepada dirinya sendiri kerana terpikat pada kasut yang salah. Tetapi apa yang lebih membuatkannya marah adalah kerana tindakan kedai tersebut yang mempamerkah kasut tersebut walau pada hakikatnya, mereka tidak berniat pun untuk menjualnya. Tambahan pula, kehadiran Ema pada pertama kali ke kedai tersebut disambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ dan tidak seorang pun yang mengkhabarkan kepada Ema mengenai ketiadaan stok kasut tersebut semasa Ema mencuba-cuba memakai kasut tersebut. Hanya setelah Ema bertanyakan kepada mereka, barulah mereka mengkhabarkan berita yang sebenarnya. Apa yang mampu Ema buat, hanyalah melangkah keluar dari kedai tersebut dengan perasaan yang marah, sedih dan kecewa.

Sejak dari itu, Ema tidak lagi memikirkan untuk membeli kasut baru, biarlah dia memakai kasut lamanya itu. Sewaktu ke pusat membeli belah untuk membeli barang keperluan, Ema terlihat kasut yang satu ketika dulu pernah menjadi kasut idamannya dan secara tidak sedar mungkin kasut itu masih lagi menjadi idamannya. Kasut itu masih dipamerkan di dalam almari kaca bersama kasut-kasut lain, menunggu seseorang yang tertarik untuk membeli kasut tersebut lalu tertipu seperti dirinya juga.

Ema tidak lagi ke kedai tersebut apabila dia telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke negeri lain. Walaupun, begitu Ema masih terbayang-bayang tentang rekabentuk kasut tersebut yang cantik serta material dalamannya yang selesa. Tetapi perasaan marah mula menguasai diri apabila mengingatkan bagaimana dia telah tertipu dengan taktik kotor kedai kasut tersebut.

-tamat-

so, korang faham tak cerita ni. ada banyak benda aku nak sampaikan dalam cerita ni. kasut tu disimbolkan sebagai apa, kedai kasut tu mewakili apa, para pekerja tu represent apa. setiap ayat ada maksud disebaliknya. aku lebih selesa meluahkan perasaan dengan bersastera. lebih selamat, lebih sopan dan lebih seronok. biar mereka berteka-teki. setiap hasil sastera mempunyai banyak tafsiran. tiada satu tafsiran yang tepat. tafsiran adalah berbeza mengikut persepsi orang yang berbeza. jawapan yang sebenar hanya ada pada pencipta hasil karya tersebut. jadi pandai-pandai la korang tafsir dan nilaikan cerita ni ya. hehe. okey nite~

p/s : Kalau dah taknak jual, tak payah nak display okey?? kau buat orang lain tertipu.

No comments: