17 July 2011

Jangan terlalu teruja

Kejadian berlaku beberapa minit yang lalu..

Akibat desakan kelaparan yang begitu melampau, aku yang sedang online pun mengambil keputusan untuk pegi ke dapur untuk memenuhi nafsu serakah laparku. On the way nak ke dapur, aku akan lalu kat bilik adik dulu, dan aku perasan yang lampu bilik beliau masih terpasang. Pasti beliau belum tidur lagi ni. Tetiba, sengihan terpancar di wajahku. Memandangkan sekarang dah pukul 1.34am, aku rasa memang waktu terbaik nak buat usikan puaka niyang rapik terhadap beliau.

Jadi, semasa melalui bilik beliau, aku telah membuat satu cakaran harimau di pintu beliau, dengan harapan beliau merasakan cakaran tersebut adalah sangat menyeramkan. skeri, orang putih kata. Sambil tersengih-sengih aku mencakar pintu beliau, dan terus berlari untuk mengelakkan daripada dikesan. Sambil berlari dengan penuh teruja dan sengihan yang tidak dapat dikawal akibat berbangga dengan usikan yang telah dibuat sebentar tadi, secara tiba-tiba langkahan kaki tidak dapat dikawal. Kaki kiri tidak dapat bekerja sama dengan kaki kanan lalu aku jatuh rebah ke bumi. Dan secara ajaibnya, adik juga telah membuka pintu lalu melihat sekujur tubuhku tertiarap sambil terkangkang dengan tidak senonohnya di atas lantai. Adik berkerut kehairanan meminta penjelasan.

Pengajaran : Jangan terlalu teruja dengan setiap usaha yang telah dilakukan.

4 comments:

sweetsuraya said...

hahahahha....
nak gelak guling...weee~!!!!

Masjue Masjuwita said...

ingin ketawa dengan penuh keterujaan tapi kak wani dh pesan jgn terlalu teruja so masjue ketawa dgn penuh kesopanan.hihi

wanieybintang said...

ketawalah kamu semua, aku redhaaa.. kui3

cikmunaafro said...

HAHAHAHAHAHAHA. legend! aku suka yang ni. aku pon penah ja jadi camni. hihih