30 March 2009

rindu.

aku pulang ke kolej semalam pada pukul 11 malam. pelan awalnya adalah untuk pulang ke kolej pada waktu petang supaya abah dan mama tidaklah keletihan sewaktu memandu untuk pulang ke kedah. tetapi selepas menghantar adik di Johor Bahru, kami singgah pula ke Muar untuk berjumpa kenalan lama abah. Kemudiannya kami singgah pula ke Tangkak. Sedar tak sedar dah pun malam. sewaktu abah dan mama menghantar ku ke kolej, malam sudah larut dan aku meminta bantuan Cik Suraya Seman untuk menjemput aku menggunakan superbike berkuasa tinggi nya. Ini memandangkan blok aku terletak paling hujung sekali.
Dan sewaktu abah dan mama hendak meninggalkan aku, bibit-bibit kesedihan mula menyelinap. Ku tahan juga air mata ni, dan aku berjaya untuk tidak menangis. :) Sangat rindu abah dan mama pada waktu ini. :(

ok. sekarang aku akan memberi lintas langsung mengenai aktiviti ku pada hari ini. Tadi aku dan Cik Suraya Seman ke pasaraya Warta untuk membeli belah barang-barang dapur. aku sedang membelek-belek cili di bahagian cold storage dan mengambil sebungkus cili untuk bekalan memasakku. sewaktu aku hendak menoleh, aku terperasan seorang jejaka ni. Rasa macam ku kenali. aku juga tak menyedari yang aku telah menatap wajah si jejaka ni untuk beberapa saat. Kira-kira 6 saat. Jadi si jejaka ni pula, berasa hairan kerana jarang ada perempuan yang sangat cantik memandangnya seperti itu. (ok aku perasan, sila abaikan) Dan setelah beberapa ketika memandang nya, aku berjalan melepasi nya. Aku memandang Cik Suraya Seman untuk meminta kepastian. Dari jauh, Cik Suraya Seman hanya mampu tersengih sambil menggangguk. Jadi sahlah, bahawa jejaka tersebut adalah seorang pelakon yang telah aku agak . Aku tidak tahu namanya. Tapi akan ku tempekkan gambar nya untuk rujukan para pembaca.

~~~


oh. harap maaf. gambar beliau tidak dapat dijumpai kerana proses pencarian nya agak susah memandangkan aku tidak mengetahui namanya.

tetapi jikalau anda masih belum berpuas hati dan masih ingin melihat wajahnya, silalah klik di sini.

klu : beliau membintangi siri drama SPA Q 2 dan memegang watak Fahmi.

itu sahaja buat hari ini. daa~

notakaki : Tahukah anda bahawa Nur Shazwani Bt Abdul Azim adalah seorang pemalas. Beliau sangat malas untuk menaip di section notakaki ini.

28 March 2009

oh. oh :)


oh. sangat tidak sabar. sebentar lagi mama dan abah akan tiba di ukm untuk menjemput aku. :))) Dan selepas itu, kami akan ke Nilai pula untuk menjemput adik sebab nak hantar dia menjalani praktikal di Johor. Jadi hari minggu ni, aku tiada di bilik kerana bercuti-cuti bersama keluargaku
yang tersayang

notakaki: Do you know that Nur Shazwani Bt Abdul Azim feels that she does not has a younger but an elder brother instead. This is because her younger brother always treats her like she is his little sister.

27 March 2009

perut oh perut


aku lapaaaaaaaaaaaaaaaarrrr. sebetulnya aku baru sahaja memakan nasi dua jam yang lepas. tetapi kini aku lapar kembali. Kelaparan yg memuncak ini menyebabkan fokus aku untuk menyiapkan tugasan ini terganggu. argh!

lapar . lapar . lapar

tiba-tiba, buku library yg terletak di hadapan ku ini bertukar menjadi double cheese burger. Anehnya burger tersebut tidak berbentuk bulat, sebaliknya berbentuk empat segi.

ok. sangat tak tahan.

mau masak.

bye.


notakaki: tiada notakaki buat masa ini kerana mangsa terlalu lapar dan tidak sanggup menahannya lagi.

26 March 2009

berdebu.

uncle, kenapa uncle mesti menggerudi bilik saya ketika saya sedang khusyuk menyiapkan tesis saya?
dan meninggalkan pula kesan debu-debuan dan habuk-habuk yg degil di dalam bilik saya.
tidakkah uncle tahu bahawa saya terpaksa menangguhkan kerja saya lalu terpaksa mengemop habuk-habuk dan debu-debu ini?
sudah dua kali uncle menggerudi dinding bilik saya. jadi, sudah dua kali la saya terpaksa mengemop seluruh bilik saya.
bertambah buruk lagi apabila rumah saya ini tidak mempunyai batang mop. maka saya terpaksalah menjadi bibik indon dengan mengemop bilik saya menggunakan kain buruk.
uncle, sakit tau pinggang saya. terpaksa membongkok-bongkok untuk mengelap segenap ruang lantai ni.

uncle, lain kali jika ingin menggerudi, sila bawa vacum cleaner dan batang mop sekali.

notakaki: Tahukah anda Nur Shazwani Bt Abdul Azim sangat suka makan. Abaikan tentang badannya yang kurus kering itu. Beliau sanggup bangun tidur di tengah malam dan memasak. Dan selepas kenyang, beliau menyambung semula tidurnya.

24 March 2009

rm200


ok. i don't really know where to start. because there are too many things that are bothering me right now. And one of those things really increases my temperature. urghhh. that $$$$ thingy.

sangat marah. marah. marah. dan malu masih ingatkah anda mengenai wang ganjaran yg aku katakan tadi? (bagi sesiapa yang tidak mengetahui apa-apa, sila baca entri yang sebelumnya)

ok. tadi aku dengan megah dan riaknya bersama Reena dan Myra pergi berjumpa dengan Dr. Zalina untuk menandatangani senarai nama kami yg terlibat dengan review novel tersebut.

apabila sudah menandatangani, aku agak terkejut melihat di tepi namaku di senarai tersebut tercatit rm150.

aikk?? kata rm200
. apahal rm150 ??

aku pun bertanya kepada Dr.Zalina yg berstail Bienda itu.

aku: Err. Dr, that day, as far as i can remembered, you promised to pay us rm200? and why suddenly rm150 plak?

pastu, Dr. Zalina pun jawab

Dr. Zalina: oh. yea. we've planned to give you rm200 at the 1st place, but then the higher officer said that.. (blablablablaabla. aku kurang memahami apa yang dia cuba sampaikan) and you will only get rm150.

aku sangatlah geram, tetapi masih mampu tersenyum manis kepada Dr. Zalina selaku kawan baik Dr. Noraini..

aku: when will we get the money?

Dr. Zalina: i am not sure about that, because they have to approve your claim first, and then another party will approve it. it will take a few processes.

hak ela. kebodohan keamatan. aku sangatlah kecewa mendengar pernyataan Dr. Zalina itu. aku ni siap dah buat wish list lagi dengan rm200 itu.

haiii... adakah aku tidak akan wang tersebut buat selamanya? entahlah.

Minggu ini aku sangat sibuk. Sangat. Sibuk dengan pelbagai tugasan dan tesis. Assignment sangatlah banyaaaaaaaaaaaak. heh.

Tapi masih sempat untuk meng update blog dan tidur siang. Para blogger, sila tampar pipi budak pemalas ini.

p/s: tadi abah telah memasukkan duit di akaunku. heheeeeee. aku tidak miskin lagi.

notakaki: Aadakah anda tahu bahawa ketika berumur 10 tahun, Nur Shazwani Bt Abd. Azim pernah menabur-nabur bedak di atas lantai di rumahnya dan meluncur-luncur di atas lantai tersebut seakan-akan memakai kasut roda. Ayahnya yang tidak tahan dengan pembaziran bedak itu, terus membeli dua pasang kasut roda. Satu kepada beliau dan satu lagi kepada adiknya.

$$$$$$

aku: helo
noni: helo, shazwani.
aku: yes?
noni: this is DR.Noraini.
aku: yeah Dr. (amat3x takut jika dia sedang membuat panggilan ugutan berkaitan dgn tesisku)
noni: do you have class today?
aku: yeah.
noni: ok, what about tomorrow?
aku: no, i got no class tomorrow.
noni: ok.ok. do you want to come to pusat today?
aku: oh, yes. we got a discussion today at ppbl (Pusat Bahasa dan Linguistik). we will be there
around 1.30pm
noni: ok good. can you tell those 10 people who are involve in the novel review thing to meet me
here at the pusat at 2.15.
aku: hm. ok. i'l try to..

(dipotong oleh noni)

noni: no. dont try. you MUST tell them. i need all of you to sign a few documents regarding to
your payment.
aku: owh ( senyuman yg sgt besar sehingga ke kening) ok3. i will try my best to inform those ten
people.
noni: ok then. tq. bye.
aku: bye.

ok. perbualan tersebut terjadi ketika aku baru bangun dari tidur dan aku sgt2 lah blur ketika menjawab hp ku.

ok. anda masih kabur mengenai dialog di atas. mari saya ceritakan.

pada tahun lepas yakni, semester lepas, sebelum kami pelajar-pelajar ukm cuti semester, kami telah mendapat satu tugasan.
Sang pensyarah Pusat Bahasa dan Linguistik, Ukm, telah mendapatkan 10 orang pelajar tahun akhir bagi menyiapkan tugasan tersebut.
Dan aku adalah salah seorang daripadanya.
Tugasan kami adalah untuk membuat satu review novel sebanyak 6 helai bagi 2 buah novel.
Dan kami dijanjikan bayaran sebanyak rm200 seorang.

~~~~

Masa berlalu, dan kini semester baru menjelma. Kesemua 10 pelajar telah menghantar tugasan masing-masing. Dan kami masih belum menerima bayaran.

~~~~

3 bulan telah berlalu. Kesepuluh-sepuluh pelajar semakin kurus dan tidak bertenaga akibat kesempitan wang yg kritikal. Apabila ditanya, dikatakan wang tersebut masih di proses. hmmm.

~~~~

1 bulan berlalu. kami sepuluh pelajar semakin nazak dan ada di antara mereka yg sudah menempah batu nisan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

~~~~

dan tiba-tiba, pada pagi yg dihiasi dengan hujan dan petir ini, Dr. Noraini telah memberikan sinaran baru kpd kami. haaah.. sgt seronok.. :)


notakaki: Do you know that Nur Shazwani Bt Abdul Azim is very sensitive. People always think that she is agressive and hard.



21 March 2009

hari ini saya sangat rajin.

Aktiviti hari ini adalah menghabiskan masa di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), UKM sepanjang hari.
Pelan asal adalah untuk pergi pada pukul 9am dengan menaiki roller coster (bas mini) memandangkan tiada bas UKM disediakan pada hari minggu. Walaubagaimanapun, semua harapan ku musnah apabila aku bangun pada tepat 1opagi sambung tidur semula selama 15minit.
Cik Suraya Seman (rakan jenayahku) menyelamatkan keadaan apabila beliau juga ingin ke PTSL dan sekaligus mengajakku untuk pergi bersama-sama. Aku agak gembira kerana aku tidak perlu membayar 70sen untuk terumbang ambing di dalam roller coaster tersebut.
Ini kerana Cik Suraya Seman memiliki motonya sendiri.
Jadi tepat pukul 12.45 tgh hari, kami ke PTSL.


aku sedang mencari bahan sambil berblogging sambil ber sms sambil bergambar



Cik Suraya Seman yang sedang berpura-pura.

Kami hanya sempat berada di situ selama 3jam kerana PTSL ditutup pada pukul 4.30
pada hari minggu. Setelah berhibur bersama buku-buku di PTSL, Cik Suraya Seman yang kepingin waffle mengajak untuk membeli waffle di gerai mewah milik Syida.

Sempat mengambil gambar di gerai ini. Abaikan kebulatan muka ku di situ.

Setelah membeli waffle, kami yang tiada arah tuju mengambil keputusan untuk meninjau keadaan di sekitar UKM ini bagi meluaskan lagi pengetahuan kami. Memandangkan kami masih belum melihat fakulti Undang-Undang UKM, kami membuat untuk ke sana.

Fakulti tersebut merupakan fakulti yang paling terasing di UKM memandangkan ia terletak jauh di dalam hutan dan di atas bukit. Perjalanan ke Fakulti tersebut amatlah mendamaikan kerana kiri kanan jalan terdapat pohon-pohon yang menghijau aka hutan.
Dan baru ku tahu, terdapat sebuah hutan simpan kekal milik UKM.
Dengan menaiki moto Cik Suraya Seman yang berkuasa turbo, akhirnya kami sampai juga di sana walaupun perjalanan agak jauh.

Yeah. Sudah sampai.


Cik Suraya Seman yang berbaju baru juga tidak melepaskan peluang berposing.

Dan selepas menjalani sesi penggambaran yang sia-sia di Fakulti Undang-Undang, kami pulang ke kolej dan singgah sebentar di pasar malam. Ketulusan hati Cik Suraya Seman dengan meminjamkan wang kepadaku yang sangat daif ini membuatkan ku tidak terkata-kata. Aku menangis teresak-esak di tempat kejadian dan berjanji untuk membayar wang itu kembali sebanyak 4x ganda. Ok. Aku tipu.
Selepas membeli belah, kami pulang ke kolej.

notakaki: Tahukah anda bahawa Nur Shazwani Bt Abdul Azim tidak menyukai lelaki yang berambut panjang? Beliau tetap tidak menyukai golongan ini walaupun rambut panjang mereka itu diikat dengan kemas.

20 March 2009

my first time tagged.

hehe. ini adalah merupakan kali pertama aku di tag. di tag pula oleh sang kotak yg comel. jadi aku sebagai blogger yang berkarisma akan memikul sepenuh tanggungjawab untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan.

1). Adakah anda suka blogging? Kenapa?
Suka. Kerana aku dapat mengasah bakat penulisan aku yg sedia tumpul ini.

2). Blog siapa yang anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)
5? hehe. tak cukup la.
*saadah saadun yg sangat stylo
*cda wakaka yg mempunyai koleksi vest yg indah
*hanis zalikha yg sangat kewl

hm. tu je la. 3orang. sedih kan? yang korang gelak kat aku apahal? aku baru newbie k. tak tahu apa-apa. ( kenapakah aku menjadi emosional secara tiba-tiba?)

3). Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? dan siapakah orang itu?
ya. aku nak dia. Dan orang itu adalah seorang lelaki. ngeh3

4). Taken or single? Mana lebih bagus.
Aku pilih or. Boleh tak?

5). Pernah tak cinta anda tak dibalas?
tak.

6). Ciri-ciri idaman bf/gf anda. (Betulkan sikit: suami/isteri)
*tak jiwang
*unpredictable
*comel
*jujur walaupun kadangkala boleh menyakitkan
*tidak pandai menyanyi
*bermata sepet

ps for kotak: pas aku wat ni, bile aku check balik yg ko, br aku pasan ade point2 kita yg sama. haha.

7). Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
26-28

8). Nak berapa anak?
4 cukup la.

9). Lucky person yang anda ingin di tag
haih. aku nak tag sapa? cda dah di tag, sedih nya dengan keadaan ku ini. sob3.

notakaki: Do you know that Nur Shazwani Bt Abdul Azim never cried in front of her friends? She will only cry secretly in the bathroom or when she is alone.

happy.


pada hari ini saya sangat letih tetapi gembira. letih kerana terpaksa berjalan ke hulu ke hilir dan menebalkan muka untuk meminta bantuan dari para pensyarah yang sangat lah baik hati.
Dan gembira pula kerana keletihan itu berbaloi kerana segala usaha kami (adahku juga terlibat) berbayar.

Baru ku menyedari bahawa pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, UKM adalah sangat baik dan mengambil berat. Masalah terjadi apabila kami, selaku makhluk2 yang selalu menimbulkan masalah (aku dan adah ), dijangka tidak dapat menyertai majlis konvokesyen 2008/2009 dan sekaligus tidak dapat grad bersama rakan sekursus yg lain akibat masalah yg tidak sepatutnya berlaku. Namun begitu, masalah dapat diatasi dengan usaha kami yg bersungguh-sungguh sehingga mengorbankan masa makan kami (satu pengorbanan yg amat besar). Syukur. Alhamdulillah

notakaki: Tahukah anda bahawa Nur Shazwani Bt Abdul Azim sering dihadapkan ke meja pengetua/guru besar semasa bersekolah rendah dan menengah akibat kesalahan disiplin? Beliau berazam untuk berkelakuan baik semasa di universiti dan azamnya itu tercapai apabila tiada rekod disiplin dicatatkan sepanjang beliau berada di universiti.

19 March 2009

buang masa.

yeah, now i am proudly wasting my time.
i am suppose to find materials for my thesis, but all of a sudden, i am here thinking of proper words to put in my blog.

biarla kan. aku punya suka la.
ok. disebabkan tiada perkara menarik yg berlaku pada hari melainkan satu berita yg kurang bagus (tapi dapat diselesaikan), aku ingin menceritakan keadaan ku yg sgt menyedihkan ini.

ok. perkara 1. terdapat hanya rm25.60 di dlm dompet putihku (pemberian su tersayang) yg sudah luntur warnanya itu. aku akan bergantung kpd wang tersebut sehingga hujung bulan ini.

perkara 2. hotplate ( dapur elektrik yg tidak memerlukan gas ) aku dgn kejamnya telah merosakkan diri sendiri. tidakkah beliau tahu bahawa aku sgt2 memerlukannya ketika keadaan ku yg tiada arah tuju kerna kesempitan wang ini? aku telah membelanjakan hampir rm30 utk membeli barang2 dapur seperti bawang, ikan bilis, telur, minyak, cili dan lain2 lagi. tetapi sang hotplate itu telah menjahamkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan sampingan terhadapku ini. sungguh kurang ajar beliau.

perkara 3. badan ku yg sudah sedia keding ini ditimpa pelbagai2 penyakit yg menyusahkan dan menyebabkan aku hilang deria arah. sbg contoh: apabila berborak dgn rakan2 ku, aku kurang memberikan perhatian lalu menyampuk dgn perkara yg tidak berkaitan. ini menyebabkan aku dilemparkan dgn pelbagai tuduhan dan gosip2 liar oleh rakan2 setia ku ini.

perkara 4. assignment ku yg membukit yg belum disiapkan. tambahan pula tesis ku yg perlu disiapkan pada semester ini masih berada di peringkat pendahuluan. (ok. pendahuluan pun belum siap lagi. aku mengaku) Pensyarah yg bertanggung jawab menyemak tesisku ini sgtlah baik hati dan itulah yg menjadi masalahnya. maafkan ku noni. aku sayang padamu tapi terpaksa jua aku meluahkan di sini. Kebaikannya melayanku dan tidak pernah memarahiku apabila tidak menghantar tesis menyebabkan aku menjadi bertambah malas dan menyebabkan aku telah terpesong ke arah lembah yg sesat.

namun begitu, keempat-empat perkara yg menghantuiku ini dapat diatasi walau bukan sepenuhnya.

perkara 1. adahku yg comel lagi bermutu tinggi sering membantu di kala aku dilanda zaman kejatuhan tamadun mesolitik ku ini. terima kasih adah. aku akan memakan nasi dan sayur dan mengelakkan dari mengambil ikan, ayam, sotong udang. duit syiling tabungku yg hampir mencecah rm12 bakal digunakan tidak lama lagi.

perkara 2. bungkusan-bungkusan maggie yg dulu tidak pernah dipandang walau sebelah mata kini menjadi bahan yg paling berharga di dalam hidupku. hotplate milik kak ema (rakan sebilik ku) yg baik hati sering menjadi tempat mengadu nasibku bagi menggantikan tempat hotplate ku yg ingkar terhadap perintahku. jadi barang-barang dapur yg telah kubeli, dimasak di dlm hotplate milik kak ema.

perkara 3. bekalan ubat-ubatan yang telah dibekalkan oleh doktor menjadi harapan untuk aku kembali sembuh (walaupun tidak pernah aku memakan ubat tersebut). Amat susah sekali untuk menelan ubat tablet yg sangat besar itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku bagi memotong ubat tersebut kepada 8 bahagian lalu menelannya satu demi satu. terdapat 2biji ubat untuk ku makan dalam sehari. selalunya 2gelas air diperlukan olehku utk menelan serpihan ubat itu. jadi anda sila bahagikan berapa gelas air yg diperlukan untuk menghabiskan 8serpihan ubat tersebut. sangat menyeksakan. jadi aku membuat keputusan untuk tidak makan. (perkara yg ketiga ni mcm xde penyelesaian je)

perkara 4. aku sedang berusaha bersungguh untuk menyiapkan tesisku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling (penipu besar). ok. aku separa berusaha bersungguh untuk menyiapkan tesisku dgn mengambil tahu keadaan sekeliling. cthnya, aku menyiapkan tesis secara sambil lewa dan melayari internet untuk mengetahui gosip2 terbaru artis dan me update kan friendster milikku. (perkara yg keempat pun mcm xde penyelesaian jugak)

jadi itulah perkara2 yg menghantui hidupku sejak akhir2 ini.
sekian.

notakaki: tahukah anda bahawa Nur Shazwani Bt Abdul Azim pernah merasakan yg beliau adalah anak angkat akibat perbezaan kulit yg ketara antara beliau dan adiknya? namun, pengesahan daripada sijil kelahiran yg telah diteliti sebanyak 12kali membuktikan bahawa beliau adalah anak kandung kepada pasangan Abdul Azim dan Paridah

18 March 2009

sad.




yeah, i am pretty sad right now.
i just received a phone call from mama.
she cried. she missed me and very worried about me. dats what she told me.
oh gosh. i feel so guilty. if only, she did not know about my chestpain. this woudnt be happening. mama, i miss u too.
abah too. huhu. i miss both of them terribly. :(
for your info, i have been in this not-so-great health for the past 2 weeks. previously, i got a fever and i coughed like a 78 years old dying grandmother. i went home back in kedah and took my medication. so, instead of enjoying my weekend at home wif abah mama and adik, i ended up lying on the bed and coughing like 24/7.
my closest cousin kak long took me, abah, mama n adik to blanja us makan, but sadly, i've lost my appetite and could only watch adik's non stop eating. he was eating like there's no tommorow while i was crazily coughing like there's no tommorow. i was supposed to enjoy the great view of the sea and the cool air (it's a seafood restraunt in penang) but i ended up ... haish. poor me.
ok. back to this fever that i got. i still cant stand the fever but the coughing, haiyo. very disturbing, painful and noisy lah. it made me hard to stay normal in a ok let say 3mins conversation. i will cough every 10secs. and sumore, my stomach will sakit when i cough. the pain was indescribeable lah.
after taking all the medicine (not all, i've skipped the ubat biji, minum ubat batuk je ) im still coughing. the fever ilang oredi. just the batuk that i cannot tahan. but not the 78 years old dying grandmother's cough anymore. its a 40 years old woman's cough. kira makin lega la altho still batuk2. but 2 days ago, when i started to cough, there was an extreme pain at my left chest. when ever i sneeze, blurping, breathe, laugh, my chest sgt sakit. and last night was the climax. i cudnt tahan oredi. i was crying. but, crying made my chest hurt even more. i didnt want to worry so i din tell them. i just call a special friend of mine and told him (crying). and he informed my brother so that my brother will inform my parents. and you can guess what happened. they keep calling me, very worried about me. i really dont like to make them worry. i just want them to know that, im happy staying here although happy times can turn to sux times, sumtimes.
so, today, accompanied by adahku, we went to Pusat Kesihatan Ukm. the doctor told me that my left chest muscle is hurting mainly because too much of coughing.
i've told mama about this and told her all the types of medicines i've received since she's a nurse and she knows all about medicines. she said that, doc tu bagi ubat yg biasa je. and she's not convinced that the ubat will heal my chest pain. that made her more worried. aiyah.. mama. syg mama.
that's why she called me crying because she was so worried about me and she missed me so much. and i decided to tell that, im getting better, and the chest pain dah kurang,altho it still sakit like hell. i dun want her and abah to be worried. i pujuk her a bit telling that not to worry. end of this month, they will come to fetch adik at nilai and will stop by at bangi to fetch me. and we will spend the weekend together. so, i pujuk mama saying that, lagi 2wix she can meet me. so dun be sad mama. oh. im about to cry. sob3. i think thats all for now. bye
notakaki: do you know that Nur Shazwani Bt Abdul Azim doesnt like to take medicine, vitamins both liquid and tablet? she will secretly throw or hide the vitamins that her father bought for her and tell her father that she manages to finish the vitamins successfully.

first entry

after listening about the excitement of a bestie of mine (adahku) about having our own blog, i decided to create one.
yeah, i know that my blog is rather dull and boring
after all, im still a newbie in dis thing. plz forgive me.
but i've managed to put some new stuff after half an hour of struggling and whining (70% of it are d influence of my chestpain).
before that, im warning all the readers that, my blog might contain a few aspects of merapu'ing, gossiping, blabbering, and mumbling.
so, for those who are allergic with the aspects that i've stated above, plz leave now.
notakaki : do you know that Nur Shazwani Bt Abd Azim likes to talk to herself? yeah. she's weird.