19 March 2009

buang masa.

yeah, now i am proudly wasting my time.
i am suppose to find materials for my thesis, but all of a sudden, i am here thinking of proper words to put in my blog.

biarla kan. aku punya suka la.
ok. disebabkan tiada perkara menarik yg berlaku pada hari melainkan satu berita yg kurang bagus (tapi dapat diselesaikan), aku ingin menceritakan keadaan ku yg sgt menyedihkan ini.

ok. perkara 1. terdapat hanya rm25.60 di dlm dompet putihku (pemberian su tersayang) yg sudah luntur warnanya itu. aku akan bergantung kpd wang tersebut sehingga hujung bulan ini.

perkara 2. hotplate ( dapur elektrik yg tidak memerlukan gas ) aku dgn kejamnya telah merosakkan diri sendiri. tidakkah beliau tahu bahawa aku sgt2 memerlukannya ketika keadaan ku yg tiada arah tuju kerna kesempitan wang ini? aku telah membelanjakan hampir rm30 utk membeli barang2 dapur seperti bawang, ikan bilis, telur, minyak, cili dan lain2 lagi. tetapi sang hotplate itu telah menjahamkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan sampingan terhadapku ini. sungguh kurang ajar beliau.

perkara 3. badan ku yg sudah sedia keding ini ditimpa pelbagai2 penyakit yg menyusahkan dan menyebabkan aku hilang deria arah. sbg contoh: apabila berborak dgn rakan2 ku, aku kurang memberikan perhatian lalu menyampuk dgn perkara yg tidak berkaitan. ini menyebabkan aku dilemparkan dgn pelbagai tuduhan dan gosip2 liar oleh rakan2 setia ku ini.

perkara 4. assignment ku yg membukit yg belum disiapkan. tambahan pula tesis ku yg perlu disiapkan pada semester ini masih berada di peringkat pendahuluan. (ok. pendahuluan pun belum siap lagi. aku mengaku) Pensyarah yg bertanggung jawab menyemak tesisku ini sgtlah baik hati dan itulah yg menjadi masalahnya. maafkan ku noni. aku sayang padamu tapi terpaksa jua aku meluahkan di sini. Kebaikannya melayanku dan tidak pernah memarahiku apabila tidak menghantar tesis menyebabkan aku menjadi bertambah malas dan menyebabkan aku telah terpesong ke arah lembah yg sesat.

namun begitu, keempat-empat perkara yg menghantuiku ini dapat diatasi walau bukan sepenuhnya.

perkara 1. adahku yg comel lagi bermutu tinggi sering membantu di kala aku dilanda zaman kejatuhan tamadun mesolitik ku ini. terima kasih adah. aku akan memakan nasi dan sayur dan mengelakkan dari mengambil ikan, ayam, sotong udang. duit syiling tabungku yg hampir mencecah rm12 bakal digunakan tidak lama lagi.

perkara 2. bungkusan-bungkusan maggie yg dulu tidak pernah dipandang walau sebelah mata kini menjadi bahan yg paling berharga di dalam hidupku. hotplate milik kak ema (rakan sebilik ku) yg baik hati sering menjadi tempat mengadu nasibku bagi menggantikan tempat hotplate ku yg ingkar terhadap perintahku. jadi barang-barang dapur yg telah kubeli, dimasak di dlm hotplate milik kak ema.

perkara 3. bekalan ubat-ubatan yang telah dibekalkan oleh doktor menjadi harapan untuk aku kembali sembuh (walaupun tidak pernah aku memakan ubat tersebut). Amat susah sekali untuk menelan ubat tablet yg sangat besar itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku bagi memotong ubat tersebut kepada 8 bahagian lalu menelannya satu demi satu. terdapat 2biji ubat untuk ku makan dalam sehari. selalunya 2gelas air diperlukan olehku utk menelan serpihan ubat itu. jadi anda sila bahagikan berapa gelas air yg diperlukan untuk menghabiskan 8serpihan ubat tersebut. sangat menyeksakan. jadi aku membuat keputusan untuk tidak makan. (perkara yg ketiga ni mcm xde penyelesaian je)

perkara 4. aku sedang berusaha bersungguh untuk menyiapkan tesisku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling (penipu besar). ok. aku separa berusaha bersungguh untuk menyiapkan tesisku dgn mengambil tahu keadaan sekeliling. cthnya, aku menyiapkan tesis secara sambil lewa dan melayari internet untuk mengetahui gosip2 terbaru artis dan me update kan friendster milikku. (perkara yg keempat pun mcm xde penyelesaian jugak)

jadi itulah perkara2 yg menghantui hidupku sejak akhir2 ini.
sekian.

notakaki: tahukah anda bahawa Nur Shazwani Bt Abdul Azim pernah merasakan yg beliau adalah anak angkat akibat perbezaan kulit yg ketara antara beliau dan adiknya? namun, pengesahan daripada sijil kelahiran yg telah diteliti sebanyak 12kali membuktikan bahawa beliau adalah anak kandung kepada pasangan Abdul Azim dan Paridah

No comments: