nak dengar tak?
badan masih tak okay.
tak boleh tidur.
jadi aku nak bercerita sikit lah.
.
kejadian ni jadi masa aku temuduga KPLI dekat IPSAH (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim)
aku sampai dalam lebih kurang 9.30am.
temuduga tu katanya start pukul 10am (padahal 11am baru start)
bila sampai je,
aku carila bilik temuduga aku,
ada 4 bilik.
a,b,c,d.
aku jumpa a,b,c ja.
bilik D iaitu bilik aku,
tak de pulak.
berapa kali aku dok pusing tingkat 2 tu,
tak jugak jumpa.
.
so, masa tengah mencari tu,
aku terjumpa lah makcik ni.
staff IPSAH.
bukan pelajar atau pensyarah IPSAH.
aku : assalammualaikum, cik (baik tak aku, tak panggil dia makcik pun) saya ni mai untuk temuduga KPLI. makcik tau dak kat mana bilik D?
makcik : la, kat tingkat 2 tu ada 4 bilik ja. A,B,C,D. tak kan tak jumpa kot? kalau tak jumpa tu, taktau la nak kata apa.
aku : yaka makcik. saya tak jumpa pun. cuma A,B,C, ja jumpa. bilik tu kat wing kiri ke kanan, makcik?
makcik : ni, kat atas tu ada 4 bilik ja. naik atas tu terus jumpa la.
(tiba-tiba ada seorang lagi makcik join)
makcik 2 : awat ni?
(aku terang la semua)
makcik 2 : oo, ada kat tingkat 2 tu, pukul berapa temuduga?
aku : 10am
makcik 2 : ha, kang lambat pulak. makcik rasa kat atas tu. cuba kamu cari lagi sekali.
makcik 1 : alaaa. kat tingkat 2 tu bukan ada banyak bilik pun. dah pusing banyak kali tak jumpa-jumpa ??? (dengan muka berkerut yang ala-ala perasan cun)
aku : ha, takpa la makcik, saya pi cari lagi sekali no. terima kasih yaa. (aku pun nak blah)
makcik 1 : pelik btoi. camna cari. 3 kali cari pun tak jumpa, memang pelik. ada 4 bilik ja kat atas tu, takkan la tak jumpa?
aku : (sambil berjalan nak blah) (sambil senyum) sebab saya cari tak jumpa la saya tanya macik.
kalau saya tau katmana, saya tak tanya dah makcik.takpa la makcik. terimakasih noo.
aku dah jumpa bilik D tu.
mungkin sebab aku nervous, jadi tak dapat cari.
tengah aku dok seronok-seronok borak dengan member aku dekat bilik temuduga tu.
makcik 1 muncul kembali.
nak buat apa ntah kat bilik tu.
pastu dia nampak aku.
makcik 1 : ha, dah 4 kali pusing baru jumpak ka? (dengan senyuman yang paling sinis sekali)
aku : ala makcik, saja la saya nak buat lawatan sambil belajar. bukannya penah dok mai sini. hahahaha (gelak setan)
makcik 1 : (masam je muka)
hahahaha. awat ntah makcik tu. jeles ke dengan contact lens cekelat aku, and dia tadak. hahaha. ok. takda kaitan.
2 comments:
ble tak aku rasa sangat lawak baca entry nih??
Hhahaha... amboi.. menayang contact lens!! jeles! jeles!!
aku tau makcik tu jeles.
sbb bila ckp dgn aku, suka bagi pandangan tajam tpat pd mata pelesu ku itu.
kompom dlm hati punya dok bkenan kat kontek lens tu. hahahah
Post a Comment