People that don't know her, think she's quiet. People that know her, wish she was.
27 June 2011
dia mai balik
25 June 2011
random #2
random
23 June 2011
my wishlist
Tadi kawan-kawan adik mai makan-makan kat rumah. Lepas tu mama jemput sepupu-sepupu aku yang tinggal berdekatan jugak. Jadinya, letih memasak seawal pagi sampai lah ke malam melayan tetamu.
Masa kawan-kawan adik datang tadi, riuh rendah jugak la. Memula aku nak jadi orang belakang tabir je. Tolong apa-apa yang patut kat dapur. Biar mama je dengan adik (abah pi kerja) je melayan dorang. Lagipun ada kawan-kawan lelaki, jadi i segan la youu. hik3 gateiii nya kau noks.
Lepas tu, kawan-kawan adik yang perempuan, adala dalam 4 orang dok bertanyakan pasal aku. Eh biasalah, orang terpenting kan, mesti menjadi perhatian. Kata misha omaq. kui3.
Aku pun keluar lah, gi duduk borak-borak dengan dorang. Kira dengan adik-adik la sebab dorang semua muda setahun dari adik aku. Kira beza 4 tahun la dari aku. Sekali ambik kau, dok bersembang, bergelak sakan. Orang Kedah kata, dok bergebang sampai lupa dunia. Ada sorang tu tua dari aku 2 tahun. So aku panggil kakak la. Aku pulak suka usik-usik dorang. Tambah-tambah pulak, yang jenis pendiam ni kan, memang aku akan cakap sampai dia kena bukak mulut. Haa, berat mulut sangat kan. hehhe. So aku usik-usik depa, buat loyar buruk aku ni. Sorry na adik, akak memang jenis kepochi gini. hehehe
Tapi aku kepochi dengan kawan-kawan perempuan dia je la. Yang kawan-kawan lelaki duduk di bahagian ruang tamu, aku segan la nak buat kepochi. Satgi dengan depa pun aku dok buat kepochi, terpegun pulak depa tengok aku. muahahah. Lagipun yang kawan-kawan lelaki adik tu, muda setahun je dari aku. Tak boleh nak galak-galak sangat. Kang kena pelempang dengan mama tak pasai. Dok bergalak depan tetamu. hohohoh. Kawan-kawan adik ni, aku anggap macam adik-adik aku je, tu yang dok mengusik tu. Eh, kawan adik aku sorang tu macam muka kawan aku, Syida. Syida, muka budak tu sejibik macam kau weh. Sebab tu lah aku lagi gedik-gedik usik dia, sebab aku rasa macam aku sedang usik kau. Dia giggle pun macam kau Syida. Giggle kau yang mahal tuh, rupanya telah diwarisi oleh dia weh.
Dorang lepak kat rumah aku lama gila. Adik aku pulak pasang KL Gangster kasi depa tengok. Memang lewat petang lah balik. Tengahari sampai, lewat petang baru balik.
Okey, tu baru mukadimah entri. Sebenarnya aku nak publish entry mengenai wishlist aku. Dah berkurun terperap dalam draft ja. Hari ni baru rasa nak edit dan publish. Ingat tak dulu, aku pernah review tentang wishlist aku yang dah tercapai. Sapa yang tak ingat, tengok SINI.
Lepastu, konon berjanji nak publish wishlist baru. Pastu sampai zaman berzaman tak buat-buat pun. hehe. So sekarang ni, aku nak buat ni. Jom layannn.
Ok. sebelum kita beralih ke wish aku untuk tempoh jangka panjang, kita review wish yang untuk tempoh jangka pendek dulu. Merujuk kepada entri sebelumnya, aku ada buat wish sikit kan? Ingat tak yang mana? Aii, takkan lupa lagi kot. Muda-muda lagi dah lupa dah, apa cerita brader??? Nah tengok SINI kalau dah lupa. Well, wish tu memang tak tercapai pun pada pagi keesokannya. Aku bangun pagi, celik mata, tengok hp. Eh, ada message. Wahh. hati berbunga. Aku tekan view message. 'Anda ingin melanggan video PANAS ? Taip ON dan send kepada ..' Terus aku tutup message dan sambung tidur. huh!
Tapiii, pagi tadi, tengah sedap tidur, tetiba ada bunyi SMS masuk. Dengan mamai-mamai, bukak message. Memang ada wish good morning pun. Siap ajak aku keluar lagi. hehehehe. TAPIII, SMS tu dari orang yang tak pernah ada dalam kepala hotak aku punnn.Demm. Biasalah, orang yang kita nak, selalu tak pandang kita pun. Orang yang kita tak berapa nak ni laa, yang tak pernah berputus asa, kan? So, aku tak reply pun SMS tu. Nanti-nanti la aku reply, kalau ada mood. Aku kejam ke? Tak kan?
Okey, jum kita ke wish seterusnya.
My baby oranje. Ini adalah kekasih aku merangkap haiwan peliharaan aku. Beliau adalah berjantina jantan. hehe. Sayang tau aku kat dia. Okey, wish aku adalah, aku nak beli tinted kat oranje ni. Ksi dia pakai spek hitam. Aku nak tinted hitam. Semaksimum yang boleh (yang diluluskan oleh JPJ.=__=') Kalau tak, aku nak kasi hitam 100% terus. Dan jugak, aku nak repair skirting dia. Cian dia. Dah calar-balar dah. Siap lekang lagi. Oranje walapupun beliau jantan, tapi beliau suka pakai skirt. Dia ada kekeliruan jantina sikit. Kemudian, aku nak tambah spoiler sikit kat belakang. Tak nak la spoiler yang melampau-lampau sampai boleh sangkut baju tu. Nak spoiler kasi nampak sporty sikit. Dann, yang terakhir untuk oranje, aku nak tukar sportrim. hehe.
Yang seterusnya, adalah handphone. Memandangkan handphone aku sekarang aku rasakan sangatlah oldskool sekali, jadi aku rasa nak tukar. Aku pakai nokia navigator sekarang. Tapi kawan-kawan, sedara mara, abah, adik semua dah pakai touchscreen/ BB, jadi aku pun nak jugak. Mana boleh. Rasa tercabar gila tau. Aku kepingin nokia macam kat atas nih. Nokia N8 kot kalau tak silap. Smarttt habis. Tunggu kau, aku rembat.
Yang seterusnya, make up stuffs !! Loads and loads of make up stuffs. Dah lama aku tak shopping eye shadow, blusher, lipstick. Yang paling last beli adalah eyeliner. Biasalah, aku kan ratu eyeliner. Jadi nanti aku nak beli banyak banyakkkk barang mekap. hehe. Tapi aku sebenarnya tak la suka sangat calit-calit mekap macam-macam kaler ni. Kekadang kalau rasa perlu je aku pakai foundation. Eye shadow lagi lah. Dah lama tak pakai. Jadi wish ni, tak la aku beriya sangat. Kalau ada duit lebih baru beli.
Uyooo. Tak menahan aku nih. Berangan nak pakai kereta besar. hehe. Okey, ni aku tolong wish kan buat mama aku. Mama, silalah beli kereta ni. Aku memang minat gila gila gilaaaaa dengan Honda Accord nih. Disebabkan aku takda duit, jadi aku wariskan dekat mama aku la untuk belikan kereta ni. Sebab mama bercadang nak ambik Camry (dipengaruhi oleh Abah) Tapi aku tak minat Camry laaa. Tak suka tak sukaaa. Aku nak kereta kat atas nih. Setakat nih, aku dok pujuk-pujuk mama, macam hampir berjaya je dia nak beli kereta ni dan bukan Camry. hohoho
Aku dah lama, teringin nak buat rawatan spa. Macam best ja dengar kawan-kawan dok cerita. Sedapnya kalau ada orang dok urut-urut badan kita sambil diiringin dengan alunan muzik yang mengasyikkan disertai dengan aroma ros yang harum. Cuba hanmapa bayangkan. Tutup mata, hampa tengah meniarap cam gambar kat atas tu, ada orang tengah urut-urut badan yang lenguh-lenguh tu akibat terbongkok je menghadap pc/lappy surf internet (aku tengah perli nih, terasa tak, terasa tak??). Lepas tu ada alunan muzik yang lembut dan mengasyikkan, ada haruman yang wangi lagi dengan cahaya lilin yang suram. Wahh, boleh bikin aku tidur ja sepanjang rawatan nihh.
Gladiator wedges. My fav. Nak beli nanti bila dapat gaji. Taktaulah tapi aku rasa smart la kalau sesiapa pakai gladiator nih. Nampak cam seksi gitu. Sebab kasut dia tali-tali kan. Pastu aku rasa sesiapa pakai gladiator nih kaki dia akan nampak putih. Bagi yang tak berapa putih cam aku nih, memang perlu lah. hehehe.
Seterusnya adalah laptop. Ha, ni meh nak cerita sikit. Lappy aku yang dipuja-puja dalam entri aku tempoh hari tuh, rosak pulak. Dia ada mood dia, dia rasa macam nak rosak ja, dia rosak ah. Syok tengok aku dok merayu-rayu kat dia suruh on balik. Lepas tu dia macam, bosan kot, asyik mampus je, dia on lah balik. Suka hati makpak dia ja nak rosak pastu ok pastu rosak. Ni pun pakai pc rumah ni. Sakit bahu aku menaip. Jadi solution nya adalah, beli yang baru. Aku nak beli yang kecil ja. Senang aku nak mengangkut merata-rata. Tapi itula, aku takut tak puas lappy kecik-kecik ni. Sebenarnya, masa aku buat wishlist nih, lappy aku masih ok lagi. Jadi aku berhasrat nak ada satu lappy besar satu lagi yang kecik. Yang kecil tu untuk aku travel ke mana-mana. Senang, ringan, tak makan space banyak.
Cuba tengok tu. kecik je. Siap boleh seluk poket. Tapi bodoh betul lah kalau kau nak seluk lappy kecik kau dalam poket belakang seluar pastu jalan-jalan kat tengah bandar kan. Lelaki gila sex pun, lebih berminat nak sambar lappy tu dari raba bontot kau. hahaha. okay, tak lawak. Jadi sekarang, aku kurang pasti nak beli lappy ke atau notebook?
Jam tangan Fossil. Sebenarnya, aku dah lama gila menanam hasrat nak beli jam Fossil nih. Sejak dari matrik dulu lagik haa. 6 tahun yang lepas, Tengok roomate aku pakai, fuhh cun gila. Lebih kurang macam dalam gambar ni la. Tali tu yang sama. Ha, aku minat fossil sebab aku suka design tali dia. Nampak cam sporty sikit. So aku berangan je nak beli jam Fossil nih. Tambah-tambah pulak roomate aku tu orang kaya. Dok envy ja kat dia. Yalah, lappy hilang kena curi, esok tu, terus bapak dia hantar yang baru. Same model pulak tu dengan yang baru. Apa khabar kau zapi sekarang? Dah jadi lawyer yang berjaya kah? Yela, semua kawan-kawan aku dah jadi peguam. Aku sekor je sesat jadi cikgu. hohoho.
Jadi berbalik kepada jam tangan, aku dok teringin nak beli Fossil tapi jam lain jugak yang aku beli. Adidas, lepastu Adidas tu tali dia rosak, nak tukar tali pun kena order sampai rm80, tak berbaloi langsung. Jadi beli yang baru, Esprit. Rasa nyesal gi beli Esprit tuh, baik la beli Fossil yang harga lebih kurang ja dengan Esprit atau aku rasa lebih murah dari Esprit dan lebih cantik design dia. Masa tu aku rakus sangat. Tak sabar nak beli. Kat kedai tu pulak takda brand Fossil. Sampai sanggup bayar dengan abah aku bulan-bulan sebab nak sangat Esprit tuh. Harga dia tak silap aku rm489 kot. Over aku nih. Baik beli Fossil ja, harga lebih kurang rm200-rm300 ja boleh dapat yang cantik-cantik.Jam Esprit ni pun memula aku tak suka, lepastu ramai yang kata cantik, tetiba rasa suka. Gedik tak? hohoho
Ish banyak lagi ke wishlist aku ni? Aku dah mengantuk dah ni. hahahaha. Takpa-takpa, kita teruskan.
Flatshoes. Nak beli banyak-banyak jugak. Al kisahnya aku bukanlah penggemar heels. Aku pakai kalau pi kenduri je. Kalau tak, aku pakai flat je, senang dan selesa. Tak payah sibuk-sibuk nak catwalk kalau pakai heels.pastu sarung ja, takpayah nak cangkuk ke, nak zip ke hape ke.
Sneakers !! Punya lah lama aku berazam nak beli sneakers baru tapi tak terbeli. Aku tak beli sebab tak jumpa design converse yang aku berkenan. Aku setia dengan converse je. Yang lain, tak layan. Aku nak design lebih kurang dengan sneakers aku yang dulu. Suka sangat design macam tu. Tapi dah tak jumpa. Dulu aku memang penggemar sneakers. Pi memana pun dengan sneakers. Pakai baju kurung pi kelas pun pakai sneakers. Memula kawan-kawan tengok pelik, sekali ramai pulak yang pakai camtu gak. hahaha. Ala, uitm shah alam, takda apa pun yang pelik kat sana. Kau tengok budak tu dressing pelik nak mati, padahal, dressing lebih pelik dari tu pun ada. Pengkid yang stylo gila bermesraan awek yang cun melecun dan seksi habis di cafe adalah perkara normal. Pakai baju kurung, tapi see thru punya baju kurung. Singlet apa pun tak pakai. Guane? Lepas tu pak guard pun tahan, kena saman. ehehe. Kena saman sebab pakai tak ikut etika. Tapi yang aku pelik, dalam pak guard dok saman tu la, makin banyak je, pakaian yang pelik-pelik aku tengok. Bila masuk UKM, yeayy bebas ! pak guard hanya saman kalau tak pakai matrik kad je. Boleh pakai suka hati, tapi boleh pakai suka hati dan pak guard tak saman pun, semua pelajar pakai ok je. Takda pulak yang pakai pelik-pelik macam tak mampu nak nak beli kain yang cukup. Pelik betul. Aku pun ada dua tiga kali kena saman dengan pak guard uitm dulu. Sebabnya, time kena pakai baju kurung, aku tak ingatlah hari apa kami diwajibkan pakai baju kurung, aku pi pakai t shirt dengan jeans. Sebabnya aku malas nak iron baju kurung. hahaha. Pastu sekali masuk maktab, hari-hari pun kena diwajibkan pakai baju kurung. PADAN MUKA.
Aku memang teringin nak beli set penjagaan muka. Clinique ke SK II ke apa ke. Tapi aku ni yang rajin pakai facial foam je, yang kena sapu krim lah toner lah apa lah. Aku pemalas sikit. Jadi aku berazam nak jaga kulit muka aku, nak pakai satu set penjagaan muka. Nak pastikan aku rajin sapu krim ke toner ke sun block semua tu. Aku pun nak comey macam hampa jugakk.
Bedsheeet. Kalau dapat yang macam ni pun best. Rasa macam nak tidur je bila tengok katil. Rasa macam nak berangan je kalau pandang katil. Kena pulak dengan aku yang suka berangan. yang suka fikir itu ini. Yang suka ada impian merapu-rapu. Memang sesuai.
Oh myyy. Yang ni wish yang paling PENTING sekali. Oh sebelum tu, cikgu waniey nak pesan, ayat 'paling penting sekali' adalah salah ye. Yang betul adalah 'paling penting' atau 'penting sekali' . Tak boleh gabung PALING dan SEKALI ye. Tapi sebab aku nak stress kan bahawa wish yang satu ni adalah sangat penting, jadi aku guna paling penting sekali. hehe. Aku nak beli DSLR NIKON. takmau Canon, takmau Sony. Nak Nikon jugak sebab dah biasa guna Nikon.Ni adalah impian terpenting aku.
Sapa yang rapat dengan aku memang tahu aku memang minat dengan fotografi. Sejak bila ya? Aku pun tak ingat sejak bila. Tapi aku suka melihat benda yang cantik atau unik atau benda tu ada banyak cerita di sebaliknya, memang aku snap. Dulu aku suka snap gambar awan. Snap guna camera hp je. Dulu takda camera proper. Aku rasa awan adalah ciptaan Tuhan yang paling indah. Kengkadang aku rasa tenang je tengok langit yang biru. Bergantung kepada bentuk awan. Kekadang aku rasa bebas bila tengok langit yang biru disulami dengan sedikit awan putih. Aku rasa teruja kalau tengok awan putih yang banyak dan kecik2. Kalau tengok langit waktu senja yang berwarna oren, aku rasa indah dan kekadang aku rasa takut. Awan boleh menafsirkan mood aku. Aku harap impian aku yang satu ni tercapai. InsyaAllah..
Yang terakhir adalah, melancong ke luar negara. Dah ada perancangan, hujung tahun ni, cuti sekolah. InsyaAllah. Pergi dengan famili. Doakanlah supaya kesihatan mama abah adik dan aku juga aku sentiasa baik. Dapat lah aku tengok negara orang. Destinasinya? Tu dalam gambar kat atas tu. Ampa tilik la betul-betul, itu kat negara mana. hehe.
Okla, tamat jugak wishlist aku ni. Publish jugak akhirnya. Nanti dalam masa beberapa bulan, aku akan buat review bali, tercapai atau tidak semua impian aku ni. okey. Good nite. Assalammualaikum.
lovely morning
selamat pagi !!
jam menunjukkan pukul 6.50am. wahh. aku bangun awal hari ni. 'tepuktepuk'*kerja rumah dan selesai. pinggan dah basuh, baju dah sidai, sampah dah sapu, ruang tamu dah kemas. jadi apa yang tinggal? layan movie lahh. kalau musim-musim aku tengah kaya, mesti japgi aku akan layan Mcd breakfast. hehe. Ingat lagi dulu, bangun awal pagi, rasa fresh, tambah fresh kalau gi layan Mcd breakfast. Hari-hari pulak tu. Lepas tu gi pasar pagi, shopping selendang. heaven.
22 June 2011
selamat sampai
assalammualaikum.
tadi aku ada terima kad jemputan kahwin dari sahabat aku.wahh,cantik kad nya. Simple but nice. Bakal pengantin pun jelita.Sama cantik sama padan. InsyaAllah,kalau tiada perancangan lain pada tarikh tu,aku pi kenuri hang, anis.
:)
21 June 2011
Google Translator?
siapa pernah guna google translator?
mesti ramai kot yang pernah guna.
walaupun aku pernah dengar, tapi tak pernah guna,
sehinggalah satu hari tu,
aku cuba guna untuk memain.
hahaha.
memain dengan kawan-kawan aku.
berbalas-balas status di Facebook dengan google translator.
korang tau kan, google translator ni bukan selalu boleh pakai pun.
ayat semua jadi tunggang langgang.
hahahaha.
kelakar pulak bila ingat balik.
kami sengaja taip dalam bahasa Melayu dan kemudiannya diterjemahkan di Google.
memang gila kelakar lahh.
keluar habis ayat mengarut-mengarut yang telah di bahasa inggeris kan.
hehe
jadi anda-anda di luar sana.
jangan percaya pada Google translator sangat.
setakat nak terjemah satu dua perkataan boleh la terima lagi.
tapi kalau nak translate satu perenggan atau lebih tepat lagi, satu entri,
hahahaha
maka akan timbul lah ayat-ayat mengarut yang memang lari terus dari maksud sebenar.
sampai apa yang kita nak sampaikan dah jadi maksud lain.
haa, bahaya tak??
ada yang jadi kelakar pun ada.
tapi kalau untuk blog tu,
takpela sangat sebab boleh hiburkan pembaca yang lain, betul tak?
tapi kalau untuk assignment tu, baik tak payahla.
kang kena tolak markah pulak.
ok.
itu sahaja nasihat dari teacher waniey untuk hari ini.
assalammualaikum.
today's word
ok, kids.
the word for today is
D E S P E R A T E
i repeat
d e s p e r a t e
okay, please remember the spelling since it is a very simple word with a big meaning.
now, i want you to google and look for the meaning and tell me the meaning in our next lesson.
remember, don't misspell the word, because we are going to have SPELLING next week.
ok. bear in mind.
d e s p e r a t e
yuhuu !!
rindu aku tak? hehe. maaf yer. aku sengaja privasi kan blog aku ni sebab ada pengubahsuaian template sikit. ceehh. baku gila lah aku hari ni. hehe. jadi ini dia template terbaru aku. colourful. hehe. bukan apa, template blog aku sebelum ni gelap dan suram je. kadang-kadang tu, nak menaip entri pun takda mood sebab keadaan blog yang macam bleghhhh!
jadi, aku pun ambil keputusan nak tukar template. merata-rata aku browse template blog ni.pastu dah apply template tu, tukar yang lain pulak. tukar, tukar dan tukar dan akhirnya, aku customize kan sendiri je template yang dah sedia ada dalam blogspot ni. haha. beriya je cari kat laman web lain.
simple je kan template aku ni. header pun simple je. dulu rajin buat header sendiri pakai photoshop.sekarang, malas sudeyyyy. so, aku akan kekal dengan template ni sampai lah aku terasa nak tukar yang lain.
ok.itu saje. byeee.
you, come and read this.
what a pathetic loser.
it is so sad seeing you struggling to find your own identity.
grow up, please.
you know what dear, by copying what i wrote here, indirectly indicates that you're loyal reader of my blog.
awwww. so schweeeet !
thanks by the way for dropping by.
i might be mentioning your name if you're lucky enough.
haaha.
ok then.
see ya!
p/s : oh by the way, now i am practicing to talk in British accent. I just looovvee their accent. It sounded soo bloody ((in Britain, instead of using f*** they use the word bloody) sexy. hehe. So, am i British enough? :p
19 June 2011
hellewww !
.
assalammualaikumm.
dua tiga hari ni, aku rasa masa aku agak terisi.
di samping menjadi seorang suri rumah sepenuh masa di rumah.
akhirnya aku keluar bersosial.
hahaha.
adeh.
elaun ni nak masuk ke taknak?
i need moneyyy so badlayyy.
no money, no outing.
huh !
tapi ada jugak outing yang fully sponsored oleh orang-orang yang baik hati.
hehehe.
terimakasih ye, kamu, kamu dan kamu.
selalu je orang ajak aku keluar.
teman dorang gi sana sini.
aku cakap, boleh je.
tapi aku takda duit nak makan ke wayang ke.
then dorang cakap,
ok, takpa, ditanggung sepenuhnya.
wallahh!
niceee!
hehe.
makan ditanggung, tiket wayang ditanggung, minyak kereta pun ditanggung.
terimakasihhh..
rezeki...
ok, so tadi petang, aku ikut abah n adik pergi jogging kat Tasik Kulim.
and guess what?
dorang tengah race bot.
ala bot mainan.
teruja gila aku tau.
memang selalu aku dengar mama cerita setiap ahad, selalu orang datang main bot.
tapi belum pernah tengok lagi.
so tadi aku tengok la.
end up, aku tak jogging tapi duduk melangut tengok dorang main. hehe
ramai jugak orang hari ni
semua nak tengok bot.
bot tu dikawal oleh pemiliknya dengan alat kawalan jauh.
besar jugak lah bot tu.
pastu dia punya kelajuan.
fuhhhh.
laju gilaaa
dengan bunyi enjinnya lagi.
memang mengujakan.
hehe.
tadi ada la dalam 4 biji bot.
masing-masing berlumba.
hahaha
serius terhibur aku tengok.
aku rasa kalau berlangganr dengan ikan jerung ke,
mau mati kot ikan tu.
laju sangat.
tapi tu perlawanan suka suka je.
takda lah hadiah ke apa.
sebagai hobi di masa lapang je.
ada yang tengah-tengah main tu, minyak habis.
jadi tersadai kat tengah tasik.
terpaksa la pemilik dia naik bot (bot betul yaa) pergi ambik balik bot mainan tu.
tapi best lahh.
hehe
aku tanya abah aku, dia tak teringin ke bot mainan tu
sebab abah aku memang minat benda-benda gini.
helikopter yang remote control tu banyak gila kat rumah.
6 7 buah ada.
tapi main kejap je, pastu tak main dahh.
yang ni pun abah tak minat.
kat tasik ni macam-macam aktiviti.
ada orang main skateboard lah,
photoshoot lah,
main basikal yang ala-ala x game tu lah.
aku tengok dorang datang bawak DSLR, mula la aku nak start berangan
bila laa, aku nak rembat satu nih.
haihh...
ha, ini la bot nya. laju gilaaa.
.
pastu tadi aku basuh oranje.
kotor betul aku tengok.
kesian kat dia,
lagi dua kereta bersih ja,
dia sebiji ja kotor.
so untuk mengelakkan oranje merasa rendah diri terhadap lagi dua biji kereta,
aku pun ambik keputusan untuk memandikan beliau.
aku sebenarnya lebih suka basuh sendiri dari hantar carwash.
basuh sendiri lagi best.
lagi puas.
dapat bermanja dengan oranje.
dapat tengok scratches yang sebelum ni tak pernah pun kita perasan.
dan boleh basuh dengan teliti.
sampai sportrim pun aku gilap bukan main lama.
hahaha.
overrr.
pastu bila dah habis basuh,
rasa cam puass je tengok beliau dah berkilat-kilat.
wewiiitttt.
ehh, oranje comel sape nii??
heheheh.
oranje dah bersih,
dah wangiiii
.
ha, ada nampak kelainan tak kat seat belakang ni?
sesiapa yang pernah naik oranje ni confirm lah perasan apa kelainan dia.
kan??
hahahaha
lepas basuh tu,
aku vacuum lagi.
lap sana sini kat dalam dia.
taktau la kenapa aku particular sangat dengan oranje nih.
tak boleh tengok kotor sikit kat dalam ke luar ke.
kat dalam kereta aku akan pastikan,
tak da benda asing pun kat atas seat.
mesti kosong ja.
taknak ada buku ke barang-barang lain ke,
kasut ke, wrapper gula-gula ke.
kenapa ntah aku particular sangat.
bilik sendiri pun aku tak jaga sampai gitu.
hehehe
dan aku tak suka sangat hias kereta aku dengan aksesori.
macam bantal ke,
apa-apa lagi yang bersangkut kat cermin depan tu ke.
aku nak simple je.
skang ni dalam kereta aku cuma ada,
si katak gemok hijau yang dah tua dan tak mampu nak berjoget (thinking of taking it off soon)
perfume ambi pur.
itu je.
ha, dengan payung sebatang.
sebab aku ni mengada sikit.
tak boleh kena setitis hujan pun.
nanti pening-pening, muntah-muntah.
daan,
lupa nak cakap.
aku dah tengok KL GANGSTER.
memang tarbaekkkk.
ala, pegi tengok berdua je.
dah adik aku pun bz je,
tak leh nak teman aku.
tapi cerita ni agak ganas sikit la.
ayat dia pun .
barua lah, sial lah, hanjeng lah.
not so suitable for kids i guess.
tapi masa aku pegi tengok hari tu,
berderet budak sekolah belakang seat aku.
hadehh.
dahla masa scene perempuan menari kat club,
ditendang-tendangnya seat aku.
sakit apa ntah.
oklah.
dah kot.
got something to do.
daa
love is in the air~
thanks to YOU for tonight.
:)
senyum je ni.
dari tadi senyummmm memanjang.
ok, nak tidur dah.
nak tidur sambil senyum lahh.
hehe
nightt~
p/s : ingat nak upload gambar, tetapi beliau belum bersedia pulakk. takpe, tak kisah. take your time, dear. i won't mind.
18 June 2011
3.46am
assalammualaikum ..
hai jumpa lagi.
hehe beriya je aku babai di dalam entri sebelum ni.
yalah,
babai tu sebab aku nak keluar kejap pegi kedai.
tu yang babai tu.
sekarang ni jam dah menunjukkan pul 3.24am
sepatutnya aku dah di alam mimpi waktu-waktu macamni.
tapi sejak cuti ni, kerap sangat aku tidur lewat.
pukul 3/4 baru nak tidur.
pastu bangun subuh, pastu tidur balik, tengah hari baru nak bangun.
taknak lah macam tu.
dan memang aku sepatunya kena tidur awal malam ni
sebab esok pagi, aku ada hal.
cer teker cer teker hal apa??
hehehe.
nanti aku update ya
kalau aku rajin nak update .
hehe
susah sikit aku ni, kata nak update entri ni entri tu
lepastu entri lain jugak yang aku update.
haha.
nak buat camne,
dah nama pun nur shazwani. hahahaaaa (ada kaitan ke?)
erm,
nak tau nape aku tidur lambat malam ni?
sebab aku dok belek-belek entri aku yang lepas-lepas.
rasa cam seronok pulak baca.
ada time yang aku happy,
ada time yang aku sedih,
ada time yang aku marah.
ok jugak kan ada blog ni,
kira macam online diary la.
aku tersenyum sendiri je bila baca balik entri-entri yang lepas-lepas.
macam aku mengimbau kenangan yang lepas.
kebanyakkan entri aku happy-happy je.
ada la dua tiga yang sedih or marah.
tapi tak banyak pun.
seronok je tengok life aku happy je dulu.
hm. sekarang tak happy ke?
haha.
happy lah.
of course aku happy.
dok rumah dikelilingi family yang disayangi.
cuma ..
ada certain things yang lately buat aku terganggu.
yang aku taktau macam mana nak cerita.
tapi bukannya masalah besar pun.
it's just that sebab aku duduk rumah je.
dan tak da benda yang buat sangat kat rumah
membuatkan aku asyik ingat benda tu je.
kalau aku ada kuliah ke, atau dah start kerja ke,
mungkin dengan sekelip mata je, aku akan lupa masalah kecik yang mengganggu aku ni.
erm.
benda ni takda la masalah sangat pun.
it's more to erm, how to say it.
benda yang seringkali membuatkan aku berfikir.
haaa, gitu.
kira, kalau aku abaikan pun, takda mengganggu sesiapa pun.
malah, ada pihak yang tersenyum lega kot kalau aku abaikan.
tapi dah menjadi tabiat aku yang suka berfikir.
lepas fikir, mula come up with theories.
kekadang tu teori yang tak masuk akal.
dan aku akan terus berfikir dan berfikir.
apa yang buat lagi aku terus berfikir adalah sebab aku tak pernah dapat jawapan yang aku nak.
seronok ye anda, biar saya berfikir begini?
kekadang, aku nasihat pada diri aku, dah-dahla tu fikir,
bukannya penting punnn.
ya, memang tak penting pun.
tak penting langsung sebenarnya.
tapi end up, esok bangun pagi, fikir lagi dan lagi.
aku hanya berhenti berfikir pasal benda tu bila aku berborak dengan sesape je.
dengan mama ke adik ke, kawan ke.
bila aku dok sensorang, aku dah start fikir.
kenapa blablabla?
mungkin sebab aku blablabla?
atau blablabla?
serabut aku rasa.
tak baik tau, kalau kita tinggalkan orang tu dengan seribu satu persoalan...
kan lebih baik kalau kita terang kat dia satu persatu.
kenapa macam ni, kenapa begini, kenapa tak begitu.
kalau nak lari je dari persoalan tu macam erm
macam tak bertanggungjawab pun ada gak.
macam tengok movie yang takda ending.
yang takda sequel.
mesti kita akan rasa, membazirnyaaa duit beli tikettt!
tambah-tambah kalau kita belanja pulak kawan-kawan tengok wayang.
lepastu wayang pulak takda ending.
tergantung macam tu je.
rasa macam wat da??
aku lebih rela movie tu ending dia tak best dari takda ending langsung.
ye tak??
takda la rasa MEMBAZIR MASA, TENAGA DAN DUIT kan??
kawan-kawan aku agak ramai yang baca blog aku yang ntah apa-apa ni.
hye guuyyyysss !! (sambil lambai-lambai sengih-sengih)
jadi, memang lah aku kena jaga sikit bab penulisan aku.
jadi anda, ya kamu. i m referring to you.
memang bernasib baik lah.
sebab aku memang tak boleh nak luahkan sangat apa yang aku rasa sekarang ni terhadap kau.
sebab nak jaga nama baik beliau.
tengok, baik tak aku?
aku memang kalau orang tu layan aku baik,
aku pun mestiii baik dengan dia.
tapi kalau orang tu buat tak baik dengan aku,
buat aku marah ke sedih ke,
Let the Almighty do His job.
:)
ok, kena tidur ni.
it's getting pretty late.
ok, nite guyss.
aku sayang sangat semua kawan-kawan aku, family aku, kazen-kazen aku.
muah muah.
kamu sorang je yang tak sayang saya.
bye bye
16 June 2011
if you're happen to read this.
is this what you want?
is this what you want since the first day we met?
ok, no worries, i'll give you want you want.
i never knew that you want this so badly because you never tell.
the problem is, you never tell.
speak out my dear.
i know you're good at talking.
i just love to see how you talk and voicing out your opinion.
so high spirited.
sometimes i feel motivated just listening to your thought.
*wink wink*
but when it comes to this.
you just lost in the wind.
and i couldn't find you.
and i even have to ask for the birds' help to find you.
you have lost in the skies.
your own created skies.
ouh, it has been a long time since the last day i created poems
i love writing poems you know.
expressing your feelings and thought
but not in a direct way.
so that people (those who just can read between the lines) won't notice what i feel.
the sadness or happiness.
because i don't really like letting people know about my feelings.
especially my sadness.
it has something to do with my ego.
haha
hm.
so, you.
yes my dear you.
you're actually one of my best.
i've met a lot of people and you are in the best group of people that i've met.
i met a couple of great people.
you should feel lucky because you're one of them.
but it seemed like, you're not feeling lucky because
*sigh*
ok, i think i gotta go.
if you need me, i'll be around.
you know where to find me.
and hey guys,
i just found out some clips that i think pretty awh-some.
it's just clip about the random stuffs that we usually do which are sooo true.
haha,
i'll post it later.
anddd
-Day 2- Your Favourite Movie?-
hurmm.
i just realized that i hate rules.
imma rule breaker just so you know.
so i don't like to follow rules.
i just write what i want in my blog.
if i decided not to write what i hate to write.
i won't write it.
hurm. it's not hatred actually. it's more to laziness.
haha
ok guyss.
daa
14 June 2011
this lame issue. *again*
adehh.
ada orang nak stalk-stalk bagai kan.
kau nak stalk, pi la jadi jack and the bean stalk tu.
eh, tapi aku memang artis ape.
kan ke orang kata aku macam misha omaq, rita rudaini, eh bukan. rota rodainoks, irma hasmie dgn erra fazierra??
hahahah.
jangan marah. jangan marah.
saja ja nak kasi hangin itu stalker.
dulu aku bajet,
wah bestnya dia ada stalker.
mesti dia famous sampai ada orang nak stalk dia.
duhhhhhh~
=_=
tak best mana pun ada stalker ni weh.
rasa rimas lagi adalah.
nak-nak kalau dia melibatkan kazen dia lah, kawan dia lah, makcik dia lah.
amboiii, tetiba satu kerabat family nak ngintip personal life aku kann??
wahh, artisnyerrr aku niiii.
haha
well just wants to update my stalker.
I’m at longitude 345789.24 & latitude 263784.47 and I am cleaning my gun.
ha, kau.
blog aku pun dia stalk jugak.
dan of course lah beliau gigih baca blog huduh aku ni dari first entry aku lagi.
bayangkan aku dah ada 600+ entri.
mesti dah khatam beberapa kali tuhhh.
eh, kata stalker tegar kan.
harus lah semua online masterpiece aku dia nak usyar.
syabas lah kau.
nanti aku kasi email twitter, flickr, myspace dan formspring aku kat kau eh.
mesti kau rasa sangat teruja sampai melompat dan kepala terus melekat di siling.
heee~
lepastu, nak copycat pulak.
dasar stalker yang suka salinkucing betul dia ni.
just put on your own identity la.
memang sahhh aku artis.
nak stalk, pastu nak salinkucing i lagi.
ouh em geee.
i am so touched!
p/s : kamu. ya kamu. saya merindui kamu.
13 June 2011
1.28 AM
.
''sometimes you just have to sit back and laugh at some people immaturity, it just makes you realize how much growing up they still have to do''
12 June 2011
LOL
i mean, i am almost in tears laughing because of this super duper humorous joke.
the joke of the year, mannn.
.
adoii.
but thanks for entertaining me with your joke.
you light up my day.
like seriously.
macehhhhh~
.
nahh, a sincere smile from me to you, my lovely entertainer.
muah muahh
p/s : adoih, dah memang jadi tebiat cikgu english kot nak membetulkan grammar anak-anak murid yang berterabur sana sini. tapi beliau bukan anak murid saya, macam mana? tapi sakit mata teacher waniey ni haaa.
you think you know me?
.
ada sesapa nak lempang tak tengok muka aku ni.
aku ni sukakan kelainan.
asal pose je, nak senyum.
so, kali ni tak payah senyum.
kita ketap bibir, redupkan mata, angkat sebelah kening sikit.
done.
siaplah muka mintak pelempang kita.
11 June 2011
Day 1 - My Favourite Song
hurm.
aku memang suka dengar lagu.
ntahla, lagu ni macam satu terapi untuk aku.
dan kadang-kadang tu, aku menghayati lagu tu sebab lirik dia kena ja dengan situasi aku waktu tu.
ada jugak lagu yang aku layan sebab rentak yang best walaupun lirik cam ntahpape.
jadi, lagu kegemaran aku yer?
hurm. banyak kot.
okey lah.
aku bagi satu lagu memandangkan lagu ni yang sedang aku dengar berulang-ulang kali.
ni lagu lama sebenarnya.
tajuk dia - Take A Bow by Leona Lewis.
dulu aku memang sangat gila dengan lagu ni.
masa aku tengah buat degree di UKM.
macam mana aku boleh tersuka dengan lagu ni?.
masa aku tengah browsing blog-blog.
tersinggah dekat satu blog ni.
memula dengar rentak dia,
eh cam best ja.
so dengar jap.
dengar-dengar tu, macam eh lirik dia memang sangat kenaa dengan perasaan aku time tu.
terus aku download lagu tu dan dengar 3ribu juta kali tanpa henti.
siap hafal lirik.
hari-hari dengar lagu tu,
siap buat ringtone hp lagi tu.
sebab lagu ni macam suara hati aku ja.
haha,
kalau nak tau, cepat gi search lyrics Take A Bow by Leona Lewis.
Leona Lewis ok, bukan Rihanna tau.
sebab Rihanna pun ada lagu tajukTake A Bow jugak.
lepas tu,
tetiba aku dah fobia dengan lagi tersebut.
kenapa?
sebab bila aku dengar lagu ni, aku akan teringat la zaman-zaman tak berapa betul aku tuh.
dan aku tak suka.
dan agak bertahun-tahun jugak la aku lagu tu tak menjadi teman halwa telinga aku ni.
tapi semalam,
aku tetiba singgah kat blog yang dah berapa tahun aku tak jenguk tu.
dan lagu tu tetiba berkumandang lagi kat telinga aku.
terus aku terimbas balik kenangan dulu.
dan aku rasa tergelak sendiri.
haha.
yela, macam mana keadaan aku time tu.
pastu dengan kehadiran best friend yang sangat aku sayangi yang sentiasa dengan aku 24/7
siap datang tidur bilik aku lagi, teman aku waktu tu..
thanks bestie. miss you.
dan sekarang aku macam gila balik dengan lagu tu.
asyik repeat je lagu tu non stop.
haha
best. cepat pergi cari.