18 June 2011

3.46am

.
assalammualaikum ..
hai jumpa lagi.
hehe beriya je aku babai di dalam entri sebelum ni.
yalah,
babai tu sebab aku nak keluar kejap pegi kedai.
tu yang babai tu.

sekarang ni jam dah menunjukkan pul 3.24am
sepatutnya aku dah di alam mimpi waktu-waktu macamni.
tapi sejak cuti ni, kerap sangat aku tidur lewat.
pukul 3/4 baru nak tidur.
pastu bangun subuh, pastu tidur balik, tengah hari baru nak bangun.
taknak lah macam tu.

dan memang aku sepatunya kena tidur awal malam ni
sebab esok pagi, aku ada hal.
cer teker cer teker hal apa??
hehehe.
nanti aku update ya
kalau aku rajin nak update .
hehe
susah sikit aku ni, kata nak update entri ni entri tu
lepastu entri lain jugak yang aku update.
haha.
nak buat camne,
dah nama pun nur shazwani. hahahaaaa (ada kaitan ke?)

erm,
nak tau nape aku tidur lambat malam ni?
sebab aku dok belek-belek entri aku yang lepas-lepas.
rasa cam seronok pulak baca.
ada time yang aku happy,
ada time yang aku sedih,
ada time yang aku marah.
ok jugak kan ada blog ni,
kira macam online diary la.
aku tersenyum sendiri je bila baca balik entri-entri yang lepas-lepas.
macam aku mengimbau kenangan yang lepas.

kebanyakkan entri aku happy-happy je.
ada la dua tiga yang sedih or marah.
tapi tak banyak pun.
seronok je tengok life aku happy je dulu.
hm. sekarang tak happy ke?
haha.
happy lah.
of course aku happy.
dok rumah dikelilingi family yang disayangi.

cuma ..
ada certain things yang lately buat aku terganggu.
yang aku taktau macam mana nak cerita.
tapi bukannya masalah besar pun.
it's just that sebab aku duduk rumah je.
dan tak da benda yang buat sangat kat rumah
membuatkan aku asyik ingat benda tu je.
kalau aku ada kuliah ke, atau dah start kerja ke,
mungkin dengan sekelip mata je, aku akan lupa masalah kecik yang mengganggu aku ni.

erm.
benda ni takda la masalah sangat pun.
it's more to erm, how to say it.
benda yang seringkali membuatkan aku berfikir.
haaa, gitu.
kira, kalau aku abaikan pun, takda mengganggu sesiapa pun.
malah, ada pihak yang tersenyum lega kot kalau aku abaikan.
tapi dah menjadi tabiat aku yang suka berfikir.
lepas fikir, mula come up with theories.
kekadang tu teori yang tak masuk akal.

dan aku akan terus berfikir dan berfikir.
apa yang buat lagi aku terus berfikir adalah sebab aku tak pernah dapat jawapan yang aku nak.
seronok ye anda, biar saya berfikir begini?
kekadang, aku nasihat pada diri aku, dah-dahla tu fikir,
bukannya penting punnn.
ya, memang tak penting pun.
tak penting langsung sebenarnya.
tapi end up, esok bangun pagi, fikir lagi dan lagi.

aku hanya berhenti berfikir pasal benda tu bila aku berborak dengan sesape je.
dengan mama ke adik ke, kawan ke.
bila aku dok sensorang, aku dah start fikir.
kenapa blablabla?
mungkin sebab aku blablabla?
atau blablabla?
serabut aku rasa.

tak baik tau, kalau kita tinggalkan orang tu dengan seribu satu persoalan...
kan lebih baik kalau kita terang kat dia satu persatu.
kenapa macam ni, kenapa begini, kenapa tak begitu.
kalau nak lari je dari persoalan tu macam erm
macam tak bertanggungjawab pun ada gak.
macam tengok movie yang takda ending.
yang takda sequel.
mesti kita akan rasa, membazirnyaaa duit beli tikettt!
tambah-tambah kalau kita belanja pulak kawan-kawan tengok wayang.
lepastu wayang pulak takda ending.
tergantung macam tu je.
rasa macam wat da??
aku lebih rela movie tu ending dia tak best dari takda ending langsung.
ye tak??
takda la rasa MEMBAZIR MASA, TENAGA DAN DUIT kan??

kawan-kawan aku agak ramai yang baca blog aku yang ntah apa-apa ni.
hye guuyyyysss !! (sambil lambai-lambai sengih-sengih)
jadi, memang lah aku kena jaga sikit bab penulisan aku.
jadi anda, ya kamu. i m referring to you.
memang bernasib baik lah.
sebab aku memang tak boleh nak luahkan sangat apa yang aku rasa sekarang ni terhadap kau.
sebab nak jaga nama baik beliau.
tengok, baik tak aku?
aku memang kalau orang tu layan aku baik,
aku pun mestiii baik dengan dia.
tapi kalau orang tu buat tak baik dengan aku,
buat aku marah ke sedih ke,
Let the Almighty do His job.
:)

ok, kena tidur ni.
it's getting pretty late.
ok, nite guyss.
aku sayang sangat semua kawan-kawan aku, family aku, kazen-kazen aku.
muah muah.
kamu sorang je yang tak sayang saya.
bye bye

1 comment:

malika said...

yg ni agak memeningkan sikit. heheheh