31 January 2012

Nuffnang oiiiii

weh, apa cerita ni nuffnang aku tak boleh nak log in nih???? habis la duit juta-juta aku dalam tuhhhh. *riak la sangat dengan earning tak sampai rm50 tu pun. bhahahahah!* 

Tapi kenapa tak boleh log in ek? Aku nak log in sebab aku suka tengok keyword search. Orang selalu search keyword pelik-pelik dan sampai kat blog aku. Heheheheh. Tu yang suka tengok tu. 

29 January 2012

Back to Basic

 

Aku selalu perasan yang bila aku pakai cermin mata, otomatik kening aku akan jadi lebat dari biasa. Tak tau lah kenapa. Adakah mungkin ia disebabkan ilusi optik? Dan kalau pakai cermin mata, aku rasa macam sangat over kalau aku pakai blusher dan lipstik. Tengok cermin, tengok muka sini dah macam opera cina.

Tapi kalau aku pakai lens, aku pakai blusher dan lipstik, tak nampak over pulak. Kening pun normal. Selalunya aku hitamkan jugak kening aku dengan celak walaupun kening aku memang dah lebat. Saja mengada dan hasilnya kening aku nampak comey la sikit walaupun tak berapa ada beza sangat pun antara sebelum dan selepas. Hahahah.

Tapi kan, kalau aku pakai cermin mata, pastu aku hitamkan sikit kening aku. Tudia, nampak macam Sin Chan terus abaq hang ! Awat ek? Cermin mata ni, memang membawa perubahan kepada muka kan? Antaranya, cermin mata boleh membuatkan muka kita nampak lebih bersegi. Kira macam nampak muka lebih kurus arr. Lagi-lagi kalau pakai cermin mata berbingkai empat segi. Yang tu aku taktau sebab aku nampak muka aku sama bulat ja. Cuma bila pakai cermin mata ni, aku selalu perasan aku nampak pandai sikit. Muahahahah. Sebab kawan mak aku pernah kata aku ni muka pandai (bila pakai spek) Padahal pandai buat eskrem oreo je pun (tetiba).

Tapi, kalau anda memakai cermin mata dan memakai pakaian yang sesuai, memang anda akan nampak lebih terpelajar. Betul ni. Tapi biarlah cermin mata yang sesuai ek. Ni dok sarung cermin mata hat macam korea dok pakai, hat serupa tokwan-tokwan dok pakai, bingkai itam patsagi besaq tu, tak payahlah.  Ni adik aku baca kompom terasa ni. Kahkahkah. Tapi serius, cermin mata tu orang memang tau kita sengaja pakai untuk mengikuti arus perkembangan fesyen. Amboi, mengikuti arus perkembangan fesyen lagi noks. Saja la buat ayat skema-skema sikit. Kan aku tengah bercermin mata ni, jadi aku tengah menghayati watak.

Aku ni dah lama pakai cermin mata. Sejak aku Tahun 5 lagi. Haa, dah lama kan? Jadi aku pakai cermin mata atau lens bukan sebab mengikuti arus perkembangan fesyen (lagi sekali) tapi memang rabun. Shayew wabun okiew. 

So sekarang memandangkan, aku dah malas nak dress up macam dulu, so aku dah kembali back to basic. Macam dalam gambar di atas, pakai tudung biasa, no more selendang. Pakai cermin mata, pakai kemeja besau. Mungkin aku kena slim melim cam dulu balik kot baru aku ada mood nak dress up. Mungkin Mungkin. Kita tunggu dan lihat.

hat = yang
patsagi = empat segi

Azam 2012

Aku tetiba baru ingat kita dah masuk tahun baru dan aku belum ada azam. Jadi azam aku adalah lebih kurang sama macam azam-azam tahun lepas. Cuma satu je azam yang tak pernah ada dalam senarai tapi tahun ini ada.

1. TAK MAU BOROS. NAK JIMAT. NAK SIMPAN DUIT BANYAK-BANYAK.

2. NAK SEMAYANG CUKUP 5 WAKTU HARI-HARI. TAK MAU TINGGAL-TINGGAL DAH.

3. NAK KAWAL NAFSU MAKAN SEBAB NAK KURUS.

Okey. 3 tu je aku nak tunaikan tahun ni dan tahun-tahun seterusnya. InsyaAllah. Yang no 3 tu senarai baru. Hahahah. Tak pernah-pernah aku berazam nak kurus. Selalu berazam nak gemuk je. Sekali haa, AMEKAU.

Okey. Itu je. Assalammualaikum.

28 January 2012

Dah MALAS

Assalammualaikum.

Aku dah makin malas lah sekarang. Malas apa? Malas nak bercantik-cantik macam dulu walaupun pada hakikatnya, gigih bercantik-cantik, padahal huduh gak sebenarnya. Tapi serius la. Aku dah malas nak pakai baju yang moden moden ni. Malas nak lilit selendang bagai. Bila ntah kali terakhir aku pakai selendang. Aku pun dah lupa. Dah tak kuasa la nak berfesyen-fesyen sejak kerja ni. Awat taktau. Nasib baik, masih rajin nak touch up jugak muka. Kalau tak, mesti selenga habis aku ni. Touch up pun touch up yang simple je pun. Bedak, eye liner, blusher, lipstik. Done. Takda lagi concealer ke, eye shadow ke, foundation ke, segala mak nenek tu, dah takda dalam list.

Kalau nak keluar pi jenjalan, nanti aku mesti serabut nak pilih baju sebab ntahla, semua baju aku rasa tak sesuai. Padahal penuh almari aku tu dengan baju. Last-last aku sarung tshirt lengan panjang (dahla tshirt maktab pulak tu) pastu sarung jeans, pakai tudung yang jenis sarung je tu sama ada syria atau ariani (warna hitam) pastu pakai crocs or selipar jepun. Dah. Ready untuk keluar jenjalan. Kalau rajin pakai lens, kalau malas pakai cermin mata je.

Aku hanya teruja nak pakai cantik-cantik kalau pi kerja ja pakai baju kurung. Tapi tu pun takla cantik mana, selendang tetap dah lama tak pakai. Macam dah bosan pulak dengan selendang sebab macam buang masa nak lilit. Kena pulak dengan aku yang tak berapa nak rajin pagi-pagi nak belit kepala. Dahla mengantuk gila pagi-pagi time nak pi sekolah. Tak kuasa, nak lilit-lilit. Sekali terlilit leher seniri kang akibat mamai, baru tau.Hahahah. Tapi kalau mai mood rajin, lilit lah jugak. Tapi dah jarang sangat. Prefer pakai tudung yang jenis sarung tu je. Kenapa sekarang aku lebih selesa berbaju kurung ek? Adakah sebab ianya selesa. Adakah sebab aku makin menggemuk? Adakah aku makin tak berminat dengan seluar? Adakah aku semakin insaf? Aku pun tak dapat cari lagi sebabnya. Pakai baju kurung senang. Kau tak payah risau, kot-kot terbonjol sana ke, terbonjol sini ke, pakaian kau tu over ke, menarik perhatian orang ke, sebab baju kurung adalah baju kurung. Orang takkan pandang pelik bila kau pakai baju kurung kecuali kalau kau pakai baju kurung untuk pergi berjogging atau apabila mandi di pantai.

Tapi, tetiba bila tengok gambar-gambar kawan-kawan yang rajin berfesyen segala. Aku kagum. Cantik betul depa. Tapi aku dah takda nafsu nak berfesyen. Uwarghhhh. Aku nak kena cari balik nafsu nak berfesyen ni. Taktau lah aku sorok celah mana. Kalau beli baju pun, mana layan tshirt-tshirt ni. Asyik dengan blouse dan kemeja. Dok pulun yang tu ja. Aku tak pasti lah, bagus ke tak perubahan diri aku ni. Aku masih menjaga penampilan walaupun dah tak suka dress up. Takde la aku nak keluar dengan taik mata bersepah kan. Muka biarla bersih, tak macam muka orang baru bangun tidur. Cuma tu lah, dari segi pemakaian. Maybe I should change? Or just stick to what I am being now? Ntah. Mungkin akan berubah, mungkin tak. Haha. Biar masa menentukan.

27 January 2012

Jom Buat Aiskrim Oreo !!

Assalammualaikum !!!

Hari tu aku ada cakap kan, yang aku nak buat aiskrim oreo. Aku dah berjaya buat dan berjaya dihabiskan dalam masa dua hari sahaja. Sedap wohhh. Jadi, aku nak kongsi sikit lah camne nak hasilkan aiskrim oreo buatan sendiri ni.

Aku dah lama nak update entri pasal aiskrim ni tapi asyik terbantut akibat kemalasan je. Maafkan diriku ini Adah. Ni pun aku curi-curi masa sikit ni, sebab aku tengah siapkan kerja sikit. (konon sibuk nak mampus la sampai tak sempat nak buat benda lain padahal kejap-kejap refresh profile sendiri di Fb. Lempang nak?)

Sebelum aku kongsi resipi aiskrim yang mudah gila lagi mudah dan senang (ayat macam KERL sangat), marilah kita tengok cemana rupanya aiskrim ni bila siap.


Tadaaaa !!! Begini lah rupanya. Thanks to Pak Long Google.

Maaf sebab aku letak gambar hasil carian di Google dan tak letak gambar aiskrim yang aku buat sendiri. Tau kenapa? Sebab aku terlupa nak snap gambar. Melantak sampai tinggal cukup-cukup secawan je, baru teringat nak snap gambar sebab nak kongsi dalam blog. Itupun masa dah tinggal separuh cawan baru teringat. Pastu, gigih cedok dengan sudu, dan tengah snap gambar (gambar mesti lah kena cun, siap guna macro lagi). Snap dua tiga kali, tapi masih rasa angle tak cun, sampai lah aiskrim tu pun dah give up dengan aku dan dah mula cair. Aku pun ngap dalam mulut. Pastu cedok lagi guna sudu, ready nak snap, pastu jiwa memberontak nafsu rakus tak dapat dikawal, maka, tak sempat snap lalu ngap di dalam mulut. Begitulah seterusnya hingga ke cedokan yang terakhir. Tak senonoh kan aku ni? Jadinya, terpaksa menyelongkar Google cari gambar aiskrim Oreo. Tapi, gambar aiskrim yang aku buat, mirip hampir 99.99% dengan gambar diatas.

Aiskrim ni serius sedap dan banyak pulak tu. Ish, terliur pulak aku. Huuu. Rasa macam nak buat sekali lagi. Resipi ni mama aku yang bagi. Resipi ni dah lama gila sebenarnya, mama terjumpa di dalam buku resipi yang dia salin dari kawan dia. Aku pun cuba-cuba buat. Dah pernah dua tiga kali buat aiskrim ni. Ini bukan kali pertama. Sebab mudah sangat jadi aku pun buat berkali-kali.

Okey, jom tengok camna nak buat.

Bahan dia 3 jenis je. Tak banyak pun.

Bahan pertama adalah krimer coffeemate.


Ingat tau, creamer coffee mate. Bukan yang liquid punya tau. Ni kreamer yang macam tepung susu tu. Beli sebungkus dalam 450g kot kalau tak silap.



Bahan kedua ialah sekotak susu dutch lady berperisa coklat.

Bahan ketiga ialah biskut oreo. Beli sebungkus dahla. Sebab nanti nak bubuh pun takde la banyak sangat.

Okey, caranya mudah sahaja. Memula tuangkan sebungkus creamer tu ke dalam bekas mixer (bekas pemukul telur tu). Pastikan bekas nya besar jugak ek, sebab nanti dapat banyak jugak. Takut nanti nak pukul adunan tu melimpah ruah pulak.

Kemudian tuangkan sekotak susu cekelat kedalam bekas mixer tersebut. Aku tuang semua je. Selepas tuang, ha, pukul dengan mixer, eh aku taktau la orang panggil apa menatang ni. Mixer ek? Bukan pemukul telur kan? Ala yang orang selalu guna kalau nak buat kek tu. Yang pakai karan tu. Hahahah. Jangan salah faham okey, aku selalu masuk dapur dan selalu buat kek cuma aku tak pasti benda alah ni nama apa (pengakuan secara drastik yang tidak perlu sebenarnya)

Okey, dah macam chef wan pulak aku ni. Melalut tak tentu hala. Okey, lepas masukkan sekotak susu cekelat tu, korang guna lah mixer tu untuk bagi adunan tu sebati. Memula guna low volume dulu, takut nanti terpercik pulak adunan tu. Bila dah, nampak macam dah makin sebati, highkan volume mixer sampai maximum. Pukul sampai adunan nampak berbuih. Selepas nampak berbuih, terus letak bekas mixer tu dalam peti sejuk bahagian atas sekali ye. Tempat simpan ais tu.

Tunggu lah dalam sehari ke, esok tu cuba tengok, kalau dah beku, keluarkan adunan dan pukul sekali lagi dengan mixer sampai cair. Kita buat banyak kali ni sebab nak bagi tekstur nya halus. Baru best. Selepas cair, letak di dalam peti sejuk kembali. Biarkan beku. 

Kemudian ulang lagi langkah di atas. Cair kan dengan mixer sampai lah betul cair-cair, kemudian, hancurkan biskut oreo. Tapi sebelum hancurkan, keluarkan inti biskut tu ya. Nanti manis ah, kalau masukkan sekali inti dia. Aiskrim ni tak la manis sangat sebab tak letak walau se sen gula. Cuma berlemak je. Bila dah buang inti dia, pecah-pecahkan biskut tu. Tapi tak mau lah sampai hancur lumat noohh. Bagi ada la jugak kepingan-kepingan kecil. Takmau besar sangat okey. Nanti tak cantik bila kita cedok dengan sudu. Okey, masukkan kepingan oreo tu, ikut suka hati anda sebab kalau banyak sangat nanti manis. So agak-agak la. Aku masukkan dalam 4-5 keping kot.  

Selepas dimasukkan kepingan-kepingan kecil oreo tu, Kacau adunan tu supaya oreo tu sebati di dalam adunan sekerem (aiskrim le)  Lepas tu kalau korang nak pindahkan adunan tu dalam bekas lain ke, bolehla, Kot-kot taknak letak dalam bekas mixer tu dah kan, boleh la tuang adunan tu dalam tupperware ke apa ke. Lepas tu, letak dalam peti sejuk. Biarkan hingga ia benar-benar beku, terus boleh makan, NYUM NYUMMMM. Memang sedap wehhhh. Dahla dapat banyak.

Sebenarnya kan, dalam resipi yang mama aku bagi tu, tak perlu tambah oreo pun. Aku yang memandai sendiri konon kreatip la. Hahahah. Tapi tanpa oreo pun sedap. Tak manis dan berlemak. Sedapppp. Jadi cadangan aku kan, korang buat dua jenis la. Satu dengan oreo, satu tanpa oreo. Masa dah mix buat kali terakhir tu, tuang la separuh adunan tanpa oreo dalam bekas lain. Satu lagi adunan dengan oreo dalam bekas lain. Baru boleh makan dua-dua jenis. Yang tanpa oreo tu, makan dengan pisang. Ala-ala banana split. Fuhhh. Sedappp.

Selain guna susu cekelat, aku rasa boleh jugak guna susu berperisa strawberry kalau korang teringin nak buat perisa strawberry. Nanti aku nak try buat perisa strawberry pulak. So, itu sahaja. Selamat mencuba !!

25 January 2012

Pertandingan Kaligrafi di Sekolah

Assalammualaikum !!

Kali ni rasa rajin nak update panjang sikit. Hehe. Hampa rajin ka nak baca?? Sebab aku rajin nak taip. Hehehe. Okey, kali ni aku nak update mengenai Pertandingan Kaligrafi yang diadakan di sekolah aku temph hari bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina. Kan ke aku mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sekarang, jadi haruslah diadakan Pertandingan Kaligrafi tu (walaupun hampir keseluruhan pelajar sekolah ni adalah Melayu kita)

Pertandingan Menulis Kaligrafi Cina ni dibuat selepas waktu sekolah. Pukul 1.30 pm - 3.30 pm. Tapi sebenarnya habis awal daripada tu. Biasa lah, cikgu-cikgu sekolah aku ni kalau boleh nak yang simple-simple dan tak membebankan. Itu yang aku sukaaa. Hehehe.

Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori. Pertandingan menulis kaligrafi (pakai berus dan dakwat hitam) Tahap 2 (Tahun 4,5,6), Pertandingan menyalin kaligrafi Tahun 2 dan 3 (pakai pensel dengan kertas biasa) dan pertandingan menghembus dakwat dengan menggunakan straw (Tahun 1).

Untuk pertandingan menulis kaligrafi bagi Tahap 2, depa kena tulis yang susah sikit lah. Pastu renyah sikit. Tau tak renyah tu apa? Renyah ni dalam slang utara nya bermaksud melecehkan. Yelah, cikgu kena sediakan kertas merah tu. Aku suka lah kertas merah tu. Kertas tu bukan kertas warna biasa. Kertasnya macam ala-ala kain pun ada. Macam kain campur kertas. Lembut. Kemudian, cikgu kena sediakan dakwat lagi. Alatan lain seperti berus dan jugak sokabar untuk dijadikan alas tu murid yang kena sediakan. Tapi biasalah. Ada yang tak bawak, pastu baru hegeh nak pinjam kat kawan. Angin gak aku dengan murid camni. Depa kekadang sengaja tak bawak sebab tau depa boleh pinjam dari kawan. Ada sorang tu, apa pun tak bawak, berus takda, sokabar takda, memang kena la bebel dengan aku.

Haa, lupa pulak. Ada jugak pertandingan kaligrafi untuk guru. Satu kategori untuk guru Melayu satu lagi untuk guru Cina. Kalau nak buat satu kategori je, memang kalah la kan kami-kami Melayu ni dengan cikgu-cikgu Cina yang lagi hebak menulis tu.

Jom kita layan gambar dulu.

 Ha, tu Cikgu Waniey tengah gelakkan Amin yang letih sungguh menghembus dakwat dengan straw. Sebelah Cikgu Waniey tu, cikgu baru masuk. Mengekor je aku pegi mana pun. Hahahahah!


 Memula aku, cikgu baru tu dengan ustaz je yang menulis ni, tapi tetiba akak kerani pun nak join, haa, boleh-boleh. Aku lagi suka meramaikan majlis. Tu aku konon tengah khusyuk la tu.

Ingat senang ke nak tulis kaligrafi tambah-tambah pakai berus pulak tu. Aku tulis 'xinnian kuai le' yang bermaksud Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Susah kot, Bersimpang siur perkataan dia. Aku buat asyik jadi tebal je. Kalau yang cantik punya kan, dia akan jadi tebal dan nipis di ekor tu. Macam, kalau kita nak habiskan satu garisan tu, kita drag berus tu, them terus angkat. Baru jadi ekor. Eh, ni kau paham ke tak ni? Keluar habis, ekor kepala segala. Hehehehe. Lagi satu, kaligrafi Cina ni, dia pendek sebab satu karakter tu, mewakili satu perkataan bukan huruf. jadi memang amat menjimatkan ruang. Hehe


Guru Besar pun bermurah hati nak sedekahkan limau Mandarin. Manis tau yang plastik putih tu. Aku dapat yang tu. Hehe 

Yeayyy dah siap. Pemenangnya adalah Ustaz. Sebab memang cantik gila dia buat. Kemas je. Tapi Ustaz ni memang cantik pun tulisan dia. Tulisan jawi cantik, rumi pun cantik. Kemas je. 


 Ni cikgu Ooi. Aku suka dia sebab dia baik sangat dan cantik pulak tu. Cantik yang tanpa mekap. 

Ramai Melayu yang berkenan kat dia ni. Cikgu Ooi ni, punyalah baik sampai masa kereta aku ada masalah haritu, dia yang beria yang bawak aku pegi Perodua, waktu sekolah pulak tu. Pastu aku tanya, dia tau ke jalan, Dia kata dia pun taktau tapi dia boleh tolong aku cari. Baik nyaa laa. Aku sampai terharu. Pastu dia nampak aku kat Tesco sorang-sorang. Masa tu lepas sekolah terus straight pegi Tesco nak beli barang sikit. So, aku malas dah nak balik, gi amek housmate aku untuk teman lagi, nak tunggu dia bersiap lagi. So lambat. Jadi terus aku pegi sorang. Aku tak perasan pun dia. Dia yang perasankan aku. Keesokkannya di sekolah baru dia bagitau dia nampak aku, nak tegur tapi aku jalan laju. Hehe. Pastu dia sangat concern kenapa aku keluar sorang, kenapa tak keluar dengan housemate. Kalau nak ajak dia keluar cakap je kat dia, dia leh temankan. Baik betul kan? Cikgu-cikgu lain pun semua baik jugak, Baik yang sampai aku terharu nak menitiskan air mata. Tambah-tambah masa kereta aku buat hal dulu. Semua offer diri nak tolong. Xie xie ni laoshe laoshe sekalian.

 Ni Pertandingan Menulis Kaligrafi Tahap 2. Guru Besar tengah beri tunjuk ajar pada si Razak. Dia lah yang aku cakap, apa alatan pun tak bawak tu.

Razak ni Tahun 6. Murid bijak, ayah Chinese Mualaf, mak Melayu. Tapi MALAS. Hari-hari kena marah dengan aku. Aku peduli apa, hang pandai ka, bijak ka, kalau tak buat keja aku, memang kena lah. Baru adil.
Ha, lupa nak cakap, masa pertandingan tu kan, ada murid tahun 4 ni pegi jatuhkan dakwat hitam tu atas lantai. Habis kotor satu lantai, pastu cikgu suruh dia cuci, lagi dia mengelap lagiiiii laa comot. Orang sibuk menulis, dia sibuk mengelap. Haaihhhh.

 Cikgu Kong tengah demo sikit macam mana nak tiup dakwat guna straw kepada murid Tahun 1. Best gak buat menda ni, aku cuba jugak. Dulu masa sekolah pernah jugak buat tapi guna warna air yang colourful.



Ini Amin. Tengok dia sedang teliti menghembus. 

Bila hembus, dakwat tu akan berselerakan dan akan membentuk sebatang pokok yang beranting dan berdahan. Cantik tau. Lagi banyak dahan, lagi cantik. Apabila siap meniup, nanti cikgu akan bagi dakwat putih pulak untuk cop guna hujung straw untuk membentuk bunga. Cop lah di hujung-hujung dahan pokok. Memang cantik ala-ala pokok sakura. :)


Kita akhiri entri ni dengan gambar aku sekeping yang baru habis melantak di Zoo Bistro di Taiping. Sedap gila weh asam pedas dia. Slurrppp!!

24 January 2012

Lawak hari ini

Di dapur,


Adik : KAKAK !!!! Telefon !!!!!


Aku yang berada di ruang tamu terkejut.


Aku : Haaa?? Tak dengaq !!!


Adik : TELEFON !!!!


Aku : Telefon? 


Adik : Haa, adik dengaq henpon kak bunyi.


Aku pun sibuk-sibuk cari hempon. Arghh sudah. Mana pulak aku letak, cari merata-rata tak jumpa.


Aku : Bunyi call ka message??


Adik : Taktau. Yang pempuan gemuk menyanyi tu.


Aku : ????? 


Yang orang pempuan menyanyi. Aku mengambil masa hampir 10saat fikir. Yang perempuan gemuk nyanyi? Ringtone apa yang aku letak ek, yang ada pempuan gemuk nyanyi. Ish. Blur. Serius Blur. Pastu tetiba dapat fikir. Eh, ringtone message aku adalah Adele-Someone Like You. Cis, sampai hati kau adik tak kenal dia yang femes lagi cun meletop tu. Pempuan gemuk kau panggil dia ?? Hampeh betoi. Adele tu femes dan cun kot. Adele cun kan? Aku suka tengok dia, walaupun berisi sikit tapi muka dia cantik, dagu berlekuk, mekap cantk rambut cantik, semua cantik. :) Jangan layan adik aku. Dia taktau apa-apa. Dia tau KPop ja.

23 January 2012

Being Random is Fun !





Just random pictures on what i did this week. :)

p/s : Maybe I should put more pictures on my blog. I just realized that my blog look so dull and gloomy without pictures. Maybe a couple of pictures of myself would make this blog more lively? (you are allowed to puke, vomit, cough or whatever disgusting things that you could ever think of)

20 January 2012

So Random

Assalammualaikum !!


Fuh, lama siot tak update blog.  Sebabnya adalah malas campur sibuk. Sibuk dengan urusan peribadi dan kerja. Kali ni pun nak update secara rawak sahaja. Benda-benda yang aku rasa menarik je, aku nak senaraikan. Jom tengok.


- Hari tu aku pegi PetShop, aku tengok seekor hamster yang masih hidup sedang dimakan secara beramai-ramai oleh rakan-rakannya. Scaryyyyy. Aku ingatkan dorang tengah buat apa berkerumun ramai-ramai. Sekali aku angkat sekor, tengok ada darah di mulut hamster tu. Huhu


- Aku masih tak boleh mengawal nafsu berbelanja aku. Beli dengan sesuka hati dengan gaji yang dah dua kali dapat.


- Aku sedang berdiet dengan gigih. Jogging dan sit up dan Alhamdullillah, perut semakin mengempis. Ho yeahh!


- Dah agak banyak perkataan Mandarin yang aku dah hafal. Hen Haoooo.


- Aku beli lens baru ganti lens serigala (kata murid) aku tu.


- Hari tu, Oranje buat hal, tayar tetiba kempis, dan hari lain pulak, remote control alarm kereta tak berfungsi. Dan alarm berbunyi sangat kuat tanpa henti di sekolah. Nasib baik, cikgu-cikgu semua prihatin dan datang membantu. Oranje, jangan buat hal please sayang..


- Mula aktif membeli baju kurung.


- Mula aktif membeli kasut.


- Wishlist dah tercapai dua. Samsung Galaxy S (Got it), Netbook (Netbook Samsung yang masih baru is now mine. Oh Yeah! ), Samsung Galaxy Tab (Not in my wishlist tapi abah bagi, so ambik jeee) Eh, sejak bila aku layan Samsung pulak nih.


- Spek baru dah dibuat. Biru jugak. Nampaknya aku baru sedar yang aku sukakan warna biru.


- Cikgu baru dah masuk sekolah aku. Ringan sikit tanggungjawab yang ditanggung.


- Rindukan housemates aku semasa di Ipoh dulu. Guys, miss you so much.


-Baru order lens baru warna hijau. Oh yeahh!


- Sekarang aktif bersauna. Menatang sauna tu sebenarnya dah bertahun-tahun ada kat rumah, tapi aku tak pernah rasa nak guna (sebab aku kan keding dulu). Sekarang baru teringin nak berpeluh-peluh dalam kotak besar tu.


- Anda-anda yang boncet, silalah buat sit up. Memang berkesan dalam beberapa hari sahaja.


- Dah mula ngam dengan cikgu-cikgu di sini. Boleh bersembang, bergurau senda dan buat lawak bodoh sesuka hati dan yang penting, dorang dah faham dengan lawak jenaka aku. muahahaha


- Sudah mula menghias meja tempat aku bekerja. heeee :)


- Sayang sangat dengan semua anak-anak murid aku. Sekarang dah rindu mereka. :)


- Aku akan mula tersengih selama 9 hari sebelum kembali berjumpa dengan si dia. :)))))


- Abu masih lagi suka gigit kaki aku.


- Abah dah makin sihat, alhamdulillah.


- Tak jadi beli DSLR. Buang dalam wish list. Dah takda nafsu nak snap gambar sebab mungkin kesibukan kerja.


- Rasa nak buat aiskrim oreo yang macam aku buat dulu tu. sedap weh. sapa nak resipi sila cakap.


- Tak suka lesbian, pengkid.


- Aku rasa aku dah mencapai separuh impian dalam hidup aku. Alhamdulillah.




- Baru-baru ni ada orang cuba hack fb aku. Fb ada inform mengatakan seseorang somewhere in KL tried to hack my account. tapi tak berjaya sebab taktau paswod. Wujud lagi ke manusia tak berguna yang nak kacau hidup aku ni. Aku ingatkan benda ni dah stop.


Okey, tu je kot. Assalammualaikum..

04 January 2012

Budi Bahasa Budaya Kita

Sorang kenalan ada hantar sms yang berbunyi begini

'Salam hg ajaq apa?nk contoh rph bi'

Sebelum tu, meh aku nak terangkan sikit apa itu RPH. RPH tu singkatan bagi Rancangan Pengajaran Harian. Contohnya, sebelum sorang guru nak mengajar, dia kena lah siapkan RPH dahulu merangkumi, topik apa yang nak diajar, aktiviti apa yang nak dijalankan, sukatan pelajaran apa yang terlibat, objektif pengajaran dan beberapa lagik lah.

Okey, berbalik kepada SMS yang dihantar tu. Apa pendapat korang? Nak kata aku rapat dengan si penghantar mesej tu pun, takla rapat mana. Cuma rakan sekelas je. Tapi cara kau mintak kat aku tu macam agak kurang ajar la der.  Macam kau tu anak raja, kau mintak, aku kena bagi. Kan ke elok kalau kau tulis bebaik sikit. Dahla tak pernah mesej aku, tetiba mesej terus kasar camni. Memang takdak la aku nak tolong kau walaupun aku ada je contoh RPH tu. Please learn some manners la weh. Kata cikgu, dok pung pang pung pang dok heboh kena ajar murid-murid nilai murni lah apa lah. Tapi kau punya nilai murni kau selit celah ketiak ke? Jadi, of course lah aku abaikan sahaja mesej kau.

P/s : si budak yang gigih scan slip gaji dan upload di FB. HAHAHA.