saya : ok lah awak, saya nak pi tengok Dejavu di Kinabalu ni.
awak : Best sangat ke citer tuh?
saya : Best jugak. Suka tengok Bazli. Baik sangaaaat.
awak : Awat? Romantik sangat ka dia tu?
saya : Romantik la. Pastu baikkk. Bagi macam-macam kat gepren dia. Bagi rumah, bagi itu bagi ini. Gepren dia suruh buat apa pun dia buat. Awak jadi la macam Bazli.
awak : Saya pun selalu buat apa, apa je yang awak suruh.
saya : Yaka?
awak : Ya la.
saya : Okey, sekarang saya nak suruh awak buat something.
awak : Buat apa jadi macam Bazli. Baik jadi diri sendiri, lebih baik. *amboiii dan-dan je kan, bila aku nak suruh buat something*
saya : Eleh. Tadi cakap, saya suruh buat apa pun, awak buat.
awak : Nak suruh buat apa?
saya : Nak suruh awak beli baju raya untuk saya lagi sepasang. Muahahaha.
awak : Yela yela. Nanti saya balik, kita pi shopping raya sama-sama.
saya : Yeayy yeayyyy.
Terima kasih Bazli sebab membuatkan 'awak' tercabar. Hehe.
p.s : 'awak' ni selalu bersemangat nak jadi romantik, tapi tak tau cemana. Hahaha. Lepas buat sesuatu, dia akan tanya, saya buat camni, romantik tak?? Hahaha. Tak sampai hati pulak nak cakap tak romantik.
People that don't know her, think she's quiet. People that know her, wish she was.
31 July 2012
Siapa Ada Hilang Handphone?
Seorang member aku terjumpa hp model HTC yang latest dalam toilet. Tunggu sampai dua minggu takda sapa pun call hp tu. Beliau takut nak simpan hp tu, takut dianggap mencuri. Taknak simpan, sila bagi aku. Aku takkan simpan sebab aku pun dah ada hp. Akan ku jual hp tu. Mesti dapat harga tinggi sebab masih baru lagi. Huahuahua. Tapi kenapa tuan nya tak call sampai ke hari ni ek?
30 July 2012
Hm.
Tadi aku tersedar yang duit simpanan aku short rm200. Hui. Macam mana boleh terkurang ni? Aku dah bajet dah, dah plan dah. Dah asing-asing semua untuk keperluan-keperluan, tetiba aku kira balik terkurang RM200 dari apa yang aku catat dalam diari aku. Mana boleh ini macam. Adush. Banyak tu rm200. Cemana leh terkurang 200 ek. Aku dah spend ikut yang aku plan. Cemana boleh terkurang 200 ni????? Stresssss aku memikir. Banyak tu 200. Aku ter over spent kah tanpa disedari? Tak mungkin. Tak mungkin. Duit untuk belanja hari-hari dalam akaun lain. Duit gaji dalam akaun lain. Duit simpanan dalam akaun lain. Takkan terguna punya. Haihhhh. Terkurang 200 simpanan aku bulan ni. By the way, aku dah dapat dah medical card aku semalam. Untuk insuran punyerrr. Prudential BSN. Boleh guna anytime. Dia cover RM150 semalam atau lebih untuk mana-mana hospital yang terpilih.
25 July 2012
Juadah Berbuka Saya
pasta goreng
Dah siap masak. Ini je juadah aku hari ni dengan air kotak soya. Simple kan? Malas nak pergi bazaar beli makanan. Lagipun sedang berdiet. Pasta adalah antara makanan yang bagus untuk orang yang nak kurus. Boleh meningkatkan metabolism. Semalam pun goreng pasta tapi hari ni aku improvise sikit. Masukkan cherry tomato, kubis, cendawan jenis apa ntah aku beli tadi, ikan bilis, ayam kisar dan telur. Pastu tambah sikit sos prego (roasted garlic and parmesan) sos tiram, cili kering yang dikisar dengan bawang merah dan black pepper. Semalam masak macam sedap je. Hik3. Sebab tu harini menu yang sama tapi ditambah baik. Rasanya taktau lah camna kan, sebab tak boleh merasa. Masin ka, tawar ka, satgi kita tau lah time azan Magrib. Okey, selamat berbuka semua.
24 July 2012
Salam Ramadhan
Assalammualaikum. Rasa macam tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Amacam puasa tahun ni? Okey ka? Letih ka? Ada rasa lapar ka? Biasa la tu, bukan namanya puasa la kalau kena menahan lapar kan.
Aku nak update sebelum ni. Ada banyak cerita, tapi malas nak taip. Kan best, kalau aku bercakap je, pastu akan tertaip sendiri berdasarkan apa yang aku cakap. Nanti lah, bila aku cerdik sikit, aku nak cipta laptop sedemikian rupa. So sekarang, bila dah rasa nak update, tetiba lupa habis semua nak cerita apa. Hampeh sangat.
Okey la, nak cerita macamna aku berpuasa di perantauan ni. Ececece. Perantauan la sangat kan. Ni kali pertama berpuasa kat Batu Kurau ni. Kali pertama jugak aku berpuasa dengan status diri aku yang dah bekerja. Sebelum ni, kalau berpuasa kat perantauan mesti tengah belajar kat uni atau maktab.
Cerita dia, takdakla menarik mana pun. Haha. Hari pertama puasa, balik berpuasa di rumah. Heee. Bestnya. Best kan bulan Ramadhan? Bulan Ramadhan memang sentiasa dinantikan oleh aku. Walaupun dulu masa aku kecik-kecik, tak posa pun, aku tetap suka bulan puasa. Boleh pi bazaar, beli macam-macam. Tengok mama buat kuih. Merasa sekali. Hahaha. Bila dah dewasa ni, rasa best bukan sahaja sebab bazaar tapi, entahla. Nikmat bulan Ramadhan tu sangat terasa. Rasa tenang macam mana taktau. Taktau nak habaq. Tapi memang secara jelasnya, bulan Ramadhan ni memang bulan yang suci. Masa untuk kita buat amal ibadat. Bulan ni lah, pahala dari amal ibadat kita berlipat kali ganda. Tak sama dengan bulan-bulan lain. Rugi kalau tak buat amal ibadat. Rugi kalau tak kumpul pahala banyak-banyak. Mana tau ni Ramadhan kita yang terakhir, kan?
So, habis sudah sesi ustazah aku. Tadi aku tengah cerita pasal berbuka kat rumah kan? Okey jom sambung. So, berbuka haritu, tak beli banyak pun. Mama masak lauk kat rumah. Dulu, kami sekeluarga suka sangat membeli juadah berbuka banyak gila. Padahal 4 orang ja pun. Sangatlah membazir. Tapi sejak dua tiga tahun ni, sudah berubah. Hehe. Beli ikut keperluan sudey. Sayang lah nak buang kuih muih tu. Kalau panaskan pun, mesti dah tak berapa nak selera kan.
So, semalam, aku dah balik Batu Kurau. Maka berbuka lah aku di rumah sewa. Pagi tu masa nak bertolak ke Batu Kurau, mama dah bekalkan kari udang galah besar punya. Nyumssss. So, masa berbuka tu, aku goreng pasta sikit. Nasi pun ada, kari udang pun ada. Minum, teh panas sahaja. Tak pergi bazaar pun. Malas pulak nak pergi bazaar. Sebab kalau pergi bazaar, aku akan jadi juling dengan semua makanan yang ada. Semua aku nak kaut. Pastu makan sampai boroi. Pastu gemok. Pastu tak muat baju raya. NONONONO. So, ada baiknya aku elakkan dari sekarang. Kihkih.
Di sekolah, bebudak aku tu bukan main. Ada aku masuk kelas Tahun 2, "Okey, take out your activity book," Bebudak ni dengan malasnya nak keluarkan buku sambil cakap. "Alaa, teacher, kan bulan puasa nii........" SOO?? Dah bulan puasa, jadi kita haruslah tidur dan bermalas-malasan di dalam kelass?? Dalam mimpi anda lah Iqmal (nama budak tu). Ni, tahun 2 punya alasan. Jom kita tengok alasan budak tahun 6 pulak. Kira matang sikit lah."Cikgu, jangan bagi kerja rumah banyak-banyak sangat, nanti nak pi terawih" Amboiii kauu. Pandai saiko cikgu nampakkk.
Memandangkan aku mengajar di sekolah cina yang majoritinya adalah pelajar Melayu, jadi majoriti cikgu adalah cikgu cina lah jugak. Bebudak ni, suka je cakap, cikgu, kami puasa, takmau belajarr. Buat cikgu-cikgu Cina serba salah. Isk.
Cikgu-cikgu cina sekolah aku ni memang baik. Sangat menghormati kami cikgu-cikgu Melayu ni. Ada sekali tu kan, tadi la, aku bangun dari tempat aku pi toilet. Dah sudah meneran, maka aku pun balik lah ke bilik guru nak duduk. Tetiba tengok cikgu 2 orang tengah tunduk sambil makan roti. Sorang cikgu ni dia duduk tempat aku sebab kat tempat dia ada sorang lagi cikgu melayu. So, bila nampak aku, terus masing-masing sorokkan roti pastu rasa bersalah. Hahaha. Aku sebenarnya tak kisah pun. Makan je. Takpe. Tapi depa pulak yang rasa bersalah. Nak minum air (orang cina kan suka bawak botol air kosong yang besar) pun, pergi belakang almari untuk minum. Hehe. Tetiba terasa comel perbuatan mereka itu. Hehe. Padahal, aku rilek je. Lain lah, air yang depa minum tu, cendol ka, teh ais ka, makan aiskrim ka, mungkin kot aku terliur. Tapi setakat air kosong, wa tara hal punya.
Tapi cikgu-cikgu Cina sekolah aku ni memang baik. Kan, bebudak aku mostly Melayu. Bebudak ni kekadang mengada mengalahkan apa lagi, sampai aku rasa nak PANGG ja. Tapi aku tengok cikgu-cikgu cina layan depa, alahaiii, baik sungguh. Aku pulak yang rasa geram sebab nampak macam depa tak hormat cikgu. Cikgu-cikgu ni boleh sapu-sapu kepala lagi.Kekadang mengada-ngada masa rehat, pi meminta-minta biskut yang cikgu tengah makan. Cikgu-cikgu cina yang baik hati ni pun, bagi. Baik kan? Hum. memang tak dinafikan cikgu sekolah aku memang baik. Siap ada sorang cikgu cina ni pi hantar, pi balik dua orang budak ni sampai rumah.
Aku bukan nak racist ka apa, tapi pengalaman aku bekerja dengan orang cayanunalip ni, buat aku ada pandangan serong sikit lah kat depa. Dulu masa form 6, aku sempat lah bersekolah 2minggu di sekolah cina. So, di situ, aku dah nampak cikgu cayanunalip ni camna. Mana nak layan sangat,kami-kami Melayu ni. Kami pun dok belakang ja dalam kelas.
Pastu aku sempat jadi cikgu tusyen dekat satu pusat tusyen yang femes ni di Bukit Mertajam. Ajar budak-budak cayanunalip gak. Pergh. Belagak gila. Padahal baru darjah 2 okey. Memang lah speaking macam air, ayah pun bisnisman yang hebat dan kaya raya, tapi tu bukan alasan untuk tak hormat cikgu. Cikgu cayanunalip yang kerja kat situ pun nyombong sangat. Dengan aku muka nak masam je, bila jumpa geng sekaum, riuh rendah.Aku kawan dengan budak India je memandangkan takda cikgu Melayu kat situ. Parents kat pusat tusyen tu pun sangat fussy. Tak boleh nak bergerak langsung aku. Rimas. Diperhatikan. Tapi ada gak anak murid aku yang cayanunalip yang baik, peramah, comel pulak tu. Yang ni aku suka la. Depa suka tegur fesyen selendang aku time tu. Hehe. Rindu pulak kat depa.
Sampai lah, aku diterima bekerja sebagai pensyarah di kolej PTPL, Penang pun masih dalam komuniti depa jugak. Aku tengok, semua pensyarah semua depa ja. Student lagikla, ditambah dengan foreign students. Yang intebiu aku tu pun cayanunalip. Masa intebiu tu nampak ramah tamah la kan. Time keja taktau la camna. Dan alhamdulillah aku tak sempat nak masuk kerja situ, tetiba aku dapat tawaran sambung dalam bidang perguruan pulak dan sangat mengejutkan optionnya adalah untuk SJKC. Hahaha. Mana-mana aku pi pun, tercampaklah aku di komuniti mereka.
Tapi tak semua teruk macam tu. Macam kat sekolah aku ni, semuanya baik gila. Faham sensitiviti kaum lain, bertimbang rasa dan tak sombong. Depa ni kan, kalau nak buat jamuan, punya lah risau bab halal haram ni. Awal-awal dah bagitau, depa beli kuih ni kat makcik melayu, boleh makan, halal punya jangan risau. Pastu gigih terangkan beli kat kedai makcik ni kat simpang tiga jalan mana ntah. Bersungguh takut aku tak percaya. Nak beli kuih-kuih pun, depa cakap, depa beli kat tesco, halal punya. Nak masak pun, depa sanggup beli sayur pastu beli pisau baru, tempat pemotong apa semua baru untuk memastikan ianya halal. Hahaha. Over kan? Hihi. Apa pun syukur Alhamdulillah..
17 July 2012
Kerja untuk Makan !
Betul weh. Sekarang aku rasa, aku pi kerja hari-hari adalah untuk makan. Free pulak tu yang best nya. Untung sungguh aku dapat sekolah kurang murid dan guru ni. Memang tersangatlah kerap buat jamuan makan-makan. Kalau tak buat jamuan makan-makan, Guru Besar akan belanja. Dia akan cakap, okey you all order je apa-apa hari ni, hari ni I belanja. Selalunya bila ada mesyuarat, dia akan bermurah hati belanja semua orang. Hehehe.
Kalau bukan GB belanja ada sorang cikgu ni suka belanja jugak. Dia suka belanja aku, bagi macam-macam kat aku kalau laki dia dapat barang makananan. Laki dia kerja kastam. Haritu dia belanja McD breakfast, panas-panas lagi woohh. Dia tanya aku nak pesan tak sebab dia nak singgah McD sebelum datang kerja, so, aku pun pesan satu set. Sekali dia datang letak atas meja aku, tapi takmo duit. Pastu dia jugak belanja Choc Indulgence Secret Recipe. Dia jugak belanja donat panas-panas dan gebu masa mesyuarat haritu.
Pastu tadi, dia jugak belanja KFC 30 ketul. Perghh. Dahla aku ni tengah ketagih KFC yang baru tu. Yang ada emping jagung tu. Sekali dia pi belanja pulak. Maka berpulun lah aku. Hahahaha. Cikgu kat sekolah aku ni sikit je. Pastu semua kurus-kurus jer. Makan pun sikit jer. So, aku sangat untung di situ. Muahahahah! So tadi, semua pakat ambil yang paling kecik. Aku ja dok pulun yang paling besaq. Kah3. Rezeki jalan ditolak yer. Aku pulun sampai 4 ketoi. Omg! Over kan? Hehehe. Pastu ada lebih banyak lagi sebab semua dah kenyang dan depa semua tak suka yang rangup ada emping jagung tu sebab agak pedas. Aku pulak sukaaa. Hehe. Tapi series aku dah kenyang sangat dah masa tu. Tapi memandangkan semua dah balik, aku balik lambat sebab ada tusyen, so cikgu Gan tu paksa jugak suruh aku tapau semua ayam-ayam itu. So, aku dengan berat hati (ececeece) tapau lah satu kotak besarrr punya. Hehe.
So, jom lah kita layan gambar makan. Dahla semua makanan yang diorder memang sedap wehhh. Area Batu Kurau ni, memang sedap gak masakannya. Cikgu-cikgu kat sini suka order kat makcik kedai sebelah sekolah ni.
kotak besarrr punyaaa
Pizza Hut dan KFC
Masa ni memang aku kenyang sampai tak boleh bangun.
Sambal petai dia adalah yang termanthobsss!
(Masa ni aku baru masuk kerja so macam malu-malu sikit nak melantak, bhahahah!)
Yong Tau Fu segera yang ustaz bawak ni memang sedap la wehh. Baru pertama kali aku dengar dan makan yong tau fu segera berserta kuah sekali. Kuah dia sedap gila.
Kek sampai tiga bijik hoiii
Ni hari lain pulak
Ada gambar yang aku tak snap. Sebab sibuk melantak lah katakan. Hik3. Haritu GB belanja Tom Yam. Sedap sungguh. Tetiba lapar balik. Jom kita pi masak. Ayuhh!
16 July 2012
Resipi Ciptaan Wanieybintang
Tadi aku buat satu cubaan resipi yang mudah, cepat dan merepek tapi sedap pada lidah aku. Hehe. Memandangkan aku dah culik toaster dari Kulim ke rumah sewa aku ni, jadi keraplah benda alah tersebut menjadi bahan eksperimen aku. Aku malas pulak nak pi snap gambar toaster tu. Nak Google Image pun malas gak. Hehe. Alaa, ni toaster yang boleh lipat tu. Bukan jenis toaster yang bila roti dah siap bakar, roti melompat keluar. Bukan yang tu tau. Ah, kejap lah aku Google. Susah pulak kalau nak terang gini.
Ha, aku punya yang macam gambar toaster yang pertama tu.
Toaster ni dah lama sangat beli, mungkin dah 6 atau 7 tahun yang lepas, masa menda alah ni tengah hot di pasaran dan rega pun boleh tahan mahal jugak lah masa tu. Tapi takda sapa pun yang guna kecuali aku. Hahaha. Abah aku kan suka sangat beli benda-benda elektronik ni. Jadi semua dibelinya. So, toaster ni, aku je pun yang kerap guna. Itu pun masa awal-awal beli, pastu dah tak guna, mama pun simpan je dalam almari. Baru-baru ni, aku selongkar-selongkar almari tengok-tengok terjumpa toaster ni lalu, aku pun basuh bersih-bersih dan nampak macam baru beli! Walahhh~
So, dulu masa baru-baru beli, aku suka bakar roti, pastu letak hirisan tomato dan bawang kemudian bakar. Pastu minggu lepas, cuba lagi yang baru, roti sapu planta, letak hirisan bawang besar (aku suka bawang) pastu tabur-tabur lada hitam, pastu letak cheese lalu diletakkan dalam toaster. Makan panas-panas masa roti tu tengah rangup dan cheese tu cair di dalam memang marvelous. Pastu tadi cuba lagi bereksperimen. Ambik roti, sapu planta, letak hirisan bawang besar, letak hirisan nipis kubis (aku punya ni, nak kata kubis pun macam bukan, macam adik beradik kubis tapi kecik dan comel berbanding kubis), sapu sos tomato prego yang perisa cendawan tu, letak satu kepingan cheese pastu akhirnya, tabur lada hitam. Pastu letakkan dalam toaster. Tunggu lampu merah yang menyala tu sampai terpadam. Dah siap, makan dengan teh o limau panas. Makan tengah-tengah hujan. Wahhhhhhh. Sedapppp dappp dappp. So, lepas ni boleh buat lagi. Cepat dah senang. Nyummmm~
Dah, siap makan, gasakla kau nak cuci toaster tu dengan lelehan cheese yang mengeras dan sos Prego itteww. Hahahaha. Takpa, rendam sikit dengan air untuk melembutkan sisa-sisa cheese itu untuk memudahkan cucian.
14 July 2012
Heyyyaaa!!!
I've had good and wonderful times!!!!! The best thing is i am recovering from my indescribable painful sore throat and coughs. Alhamdulillah. Oh, starting to miss those precious moments. :))
10 July 2012
Langgar Lari.
Sebelum nak cerita, aku nak bagitau yang aku MC lagi hari ni. Sob3. Harini dahla hari senamrobik. Rugi sangat aku tak pi. Aku tengok Facebook semua update pasal senamrobik, dalam tv pun ada. Sedihnya tak dapat pergi. Aku tak dapat tidur semalaman akibat sesak nafas. Bangun pagi pun masih teruk, tambah batuk-batuk lagi. So, aku memang tak larat nak bangun dah. Terpaksa MC lagi. Tapi semalam aku pi klinik doktor bagi surat mc sehari ja that was yesterday. Harini, aku ambil cuti MC tapi tanpa surat doktor. Camna ek? Boleh ke? Aku tak reti sangat dengan cuti-cuti ni. Ada banyak jenis. Cuti sakit la, cuti khas la, cuti tanpa rekod la. Hm,
So aku nak cerita pasal langgar lari. Berlaku dalam minggu lepas kot. Masa tu aku tengah drive balik dari sekolah. Aku balik dalam pukul 3 petang camtu kot. Bila nak sampai simpang yang nak masuk rumah aku ni, aku slowkan lah kan, sambil brek, tapi aku dok tengok dah dari cermin pandang belakang tu, nampak sorang mamat ni, maybe dalam lingkungan umur 17-20 kot tengah macam berangan ja tunggang motor. Helmet pun tak pakai. So, bila aku tengok dia macam bawak berangan je, dah la bawak tengah-tengah kan, so aku bagi la signal awal-awal. Nak bagi dia sedar aku nak belok masuk simpang. Bila dah sampai simpang, aku tengok mamat ni makin dekat ja, so aku pun slow la nak masuk simpang tu sebab jalan nak masuk simpang tu memang sempit pun. Seperti yang aku jangka, lepas aku belok je, bontot viva pun tak lepas lagi simpang tu, terus moto tu hentam belakang oranje aku. Nasib baik moto tu slow, aku pun slow je. So mamat tu taklah terpelanting. Dia just terhuyung hayang. Aku geram gila. Sebab aku tau dia naik moto berangan. Aku masuk simpang tu, aku stop, aku jenguk luar tingkap aku nampak mamat tu, nak meneruskan perjalanan cam biasa. Aku marah gile woi. Aku cakap 'TAK NAMPAK KE SAYA BAGI SIGNAL TADI??' Pastu kalau dia cakap sorry ke apa ke, tak pe la jugak, ni boleh menonong camtu je, nak blah je. Aku ni, dahla taktau belakang kereta aku tu teruk ke tak ke. Pastu dia jalan sekerat, pastu aku cakap, 'KAU DATANG SINI SEKARANG,CEPAT!' Dia boleh buat bodoh, pastu sengih-sengih nak blah. Weiii, ini sudah kasi aku baran. Aku panggil dia, just nak cakap, lenkali nak bawak moto tu tengok la depan,kiri kanan jangan nak berangan je. Helmet tu pakai. Tapi dia nak blah. Aku hangin gila, aku undur balik kereta, terus aku cari, kejar dia. Tapi mesti lah dia dapat nyorok kan? Dahla aku tak sempat tengok no plate motor dia tu. Aku cari-cari tak jumpa so aku balik rumah.
Aku balik, aku tengok belakang kereta, teruk ke tak. Alhamdulillah, takda apa. But still, aku marah gila. Bayangkan aku drive laju ke, pastu aku brek nak masuk simpang, dia pun kalau tengah laju masa tu, camna? Ha, dia la yang teruk. Helmet pun tak pakai. Nasib baik aku drive memang slow sebab aku tengok mamat ni macam tak perasan je aku dok bagi signal ni. Sebabnya simpang nak masuk rumah aku ni dekat selekoh. So, bahaya jugak. Kalau kereta ikut belakang terlalu rapat dan tak sedar kereta depan nak belok, memang hentam belakang punya. So begitulah cerita dia. Geram betul aku.
50 Tips untuk Pikat Lelaki
- Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
- Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
- Jujur dan sentiasa merendah diri.
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
- Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
- Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
- Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
- Jangan terlalu mengongkong.
- Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
- Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
- Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
- Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
- Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
- Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
- Mengetahui bila hari lahirnya.
- Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
- Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
- Manja!
- Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
- Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
- Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
- Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
- Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
- Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
- Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
- Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
- Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
- Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
- Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
- Jangan bersikap terlalu kuno.
- Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
- Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
- Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
- Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
- Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
- Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
- Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
- Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
- Jangan terlalu over
-copy paste dari sini
Tips-tips ni mungkin dari mata lelaki. Apa-apa pun menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Tapi apa salahnya mengubah diri sendiri kepada sesuatu yang lebih postitif kan? hee. *winkwink*
09 July 2012
anda setuju dengan jalan cerita yang disajikan?
gambar intro, anak-anak aku tahun 1. sayang semuanya walaupun semua nakal nak gile. -_-'
Aku rasa macam dah kebah demam sikit. Harus berlagak sihat untuk bersenamrobik esok.Jadi, tetiba semangat nak update blog. Aku nak tanya, kalau korang tengok wayang ke, tengok drama ke, baca novel ke, adakah korang akan bersetuju 100 persen dengan jalan cerita tersebut. Contohnya, kalau si A dan B jatuh cinta dan ada watak jahat dalam jalan cerita, korang akan 'merasakan suwit sangat A dan B' . A dan B adalah sangat sempurna sebab watak mereka watak baik dan watak jahat tu pulak, korang memang akan benci gila. Kiranya, korang takkan mempersoalkan langsung jalan ceritanya, apa yang si tukang buat cerita bagi, korang pun terima ja bulat-bulat?
Aku ni kekadang jenis mempersoalkan jalan cerita. Okey la contohnya, macam cerita tengah hot sekarang, Dejavu di Kinabalu. Betul tak tu tajuk tu? Aku hentam saja sebab aku kekadang follow kekadang tak. Nak dekat semenjak dua menjak ni rajin follow. Sapa yang tak follow, aku cerita sikit kisahnya secara sangat ringkas. Si Aqasha dah kematian geprennya tiga tahun yang lalu. Dia sangat sayangkan geprennya walaupun dah mati. Kira setia gila dan takda pengganti. Si Tiz Zaqyah pula telah bertunang dengan seorang lelaki yang sangat cintakan dia dan sangat baik. Nak dijadikan cerita Tiz buat pemindahan jantung dan jantung yang dia dapat tu adalah jantung gepren si Aqasha yang dah mati tu. Dan, ntah macam mana, si Aqasha jatuh cinta dengan Tiz dan Tiz pun sama. Jadi kesian lah si tunang Tiz yang sangat baik hati dan sanggup menunggu tu.
Kisahnya, aku pun mempersoalkan lah, kesiannya si tunang Tiz ni, dah lah baik gila, si tunang sendiri pulak curang. Tapi kawan aku sorang ni, komen dia, memang aku dah expect pun. Haha. Dia cakap, kalau cinta kena lepaskan, kalau cinta kena korbankan. Aku malas nak argue sebab aku tau dia ni, memang kalau bab tengok tv ni, mengikutt je apa yang jalan cerita bagi. Boleh je aku nak argue point dia tu, dia ingat senang ke woi nak lepaskan? Cakap senang la, sebab aku seniri pernah lalui dulu. Tapi aku senyum je la dia cakap gitu. Malas mau debate perkara ciput gitu.
Jadi aku nak bercerita pasal kawan aku tu lah. Kat atas tu salah satu contoh je. Ada lagi cerita tv lain, kalau dalam cerita tu, watak A tu watak heroin yang baik lagi suci, kalau aku terbagi kritikan sikit, amboih, takboleh. Si A adalah sempurna seperti yang sepatutnya terjadi dalam jalan cerita. Tak boleh tak sempurna. Pastu kalau aku sokong ke watak jahat dalam cerita tu, punnn tak bolehh. Watak jahat sepatutnya jahat, so kita kena benci watak jahat. Zzzzz. Bosannya alahaiii.
Pastu kalau dalam cerita tu, watak tu kononnya lah sakit cancer ke kan, si pelakon tu buat lah batuk-batuk sikit tanda sakit, yang kawan aku ni pun, 'kesiannyaaa, kenapa la si B (watak jahat) buat gitu. Jahatnya si B.' Padahal aku nak tergelak tengok si pelakon tu, asal sakit je, nak batuk. Sakit apa pun semua kau nak batuk kan? Cancer pun batuk. Oi, kau tahu kah, betapa seriusnya cancer tu. Bukan setakat batuk kong kong kong je. Pesakit cancer di luar sana berjuang nak survive. Yang dalam tv ni, asal cancer je, baring pastu batuk. zzzzzz.
So, aku pun mengkrtik lah pelakon tu. Teruslah kawan aku ni, 'Kesianlah kat dia tengok' Helooo, tu berlakon ja cheq oi. Kalau camni lah kan, senang keja penerbit, produser filem dan semua pelakon dengan adanya penonton macam kawan aku ni. Apa orang bagi kat dia, semua dia terima seketoi-seketoi.
Demam
Dah makin teruk, baru tau nak pergi klinik ambil ubat.:(
Aku selalu perasan aku adalah kuat, tidak perlu ambil ubat di klinik.
Rehat sikit ja, mesti esok dah lega.
Tapi makin teruk. Dalam tekak aku ntah apa jd pun entahla.
Doktor cakap dah bengkak. Patutlah seksa sangat nak menelan air liur.
Pastu batuk sampai sesak nafas. Tak sukanya kalau dah mula batuk.
Nanti akan berlanjutan berbulan-bulan. Batuk sampai rasa sesak nafas, air mata pun keluar.
Pening lagi. Demam lagi.
Esok senamrobik. Boleh ke aku ni?
Tapi kesian kat cikgu CY, dia sorang je jadi instructor, dah la dia tak ingat step sangat.
Hm..
05 July 2012
Sibuk !!!!
Minggu yang sangat sibuk.
Aku demam. Mungkin akibat terlalu sibuk dan aktif berlatih untuk senamrobik nanti (jadi instructor. wohhh)
Dah la demam, kena jawab online test Cambridge Test pulakkk. Banyak yang listening. Bila demam, kepala pun pening, telinga pun jadi tak dengar. (audio dalam accent British okehhhh)
Malam ni adalah sangat bz tapi meluangkan masa jap dengan blog. Kepala rasa berat, tekak rasa perit, hidung rasa berhingus.
Demam tapi kena pura-pura kuat sebab esok, ada raptai sukan dan senamrobik. Esok jugak kena balut hadiah untuk cenderamata, esok jugak kena plan nak bagi kerja kat budak sebab next week, satu minggu i won't be around.
Isnin minggu depan, ada taklimat from 8.30am-4.30pm.
Selasa minggu depan, sukan. Step senamrobik pun masih tak ingat. Rasa nak pengsan.
Minggu depan jugak ada trial UPSR dan aku masih tak sempat nak bagi latih tubi banyak-banyak pada budak Tahun 6. Uwarghh. risaunya pada mereka.
Pack nya these two weeks.
p/s : Penat macam mana pun, cabaran 10 hari masih diteruskan. Nampaknya hari ke 5 masih okey walaupun badan sangat lemah.
p/s : Anis, aku tidak mendapat mesejmu itu.. Kawan aku Anis cakap muka aku macam muka Irma Hasmie, uwarghhh. Pengsan! Aku rasa Irma Hasmie tu yang macam aku. Hahahaha. Mau kena tumbuk nanti. Tak, aku adalah gemuk bulat pendek dan hitam. Si Irma adalah seperti seorang puteri, wahai Anis.. Tapi Anis, hang telah menggembirakan aku selama beberapa menet akibat syok sendiri. Terima kasih. hehe
Aku demam. Mungkin akibat terlalu sibuk dan aktif berlatih untuk senamrobik nanti (jadi instructor. wohhh)
Dah la demam, kena jawab online test Cambridge Test pulakkk. Banyak yang listening. Bila demam, kepala pun pening, telinga pun jadi tak dengar. (audio dalam accent British okehhhh)
Malam ni adalah sangat bz tapi meluangkan masa jap dengan blog. Kepala rasa berat, tekak rasa perit, hidung rasa berhingus.
Demam tapi kena pura-pura kuat sebab esok, ada raptai sukan dan senamrobik. Esok jugak kena balut hadiah untuk cenderamata, esok jugak kena plan nak bagi kerja kat budak sebab next week, satu minggu i won't be around.
Isnin minggu depan, ada taklimat from 8.30am-4.30pm.
Selasa minggu depan, sukan. Step senamrobik pun masih tak ingat. Rasa nak pengsan.
Minggu depan jugak ada trial UPSR dan aku masih tak sempat nak bagi latih tubi banyak-banyak pada budak Tahun 6. Uwarghh. risaunya pada mereka.
Pack nya these two weeks.
p/s : Penat macam mana pun, cabaran 10 hari masih diteruskan. Nampaknya hari ke 5 masih okey walaupun badan sangat lemah.
p/s : Anis, aku tidak mendapat mesejmu itu.. Kawan aku Anis cakap muka aku macam muka Irma Hasmie, uwarghhh. Pengsan! Aku rasa Irma Hasmie tu yang macam aku. Hahahaha. Mau kena tumbuk nanti. Tak, aku adalah gemuk bulat pendek dan hitam. Si Irma adalah seperti seorang puteri, wahai Anis.. Tapi Anis, hang telah menggembirakan aku selama beberapa menet akibat syok sendiri. Terima kasih. hehe
03 July 2012
Manisnya percintaan selepas berkahwin -Irma Hasmie & Redza
Menyorot kisah pertemuan mereka, Irma berkata, dia bertemu suaminya ketika mengerjakan umrah pada 14 Februari lalu di Makkah. Pada awalnya, dia berkenalan dengan ibu mentuanya dan kemudian baru dipertemukan dengan Redza. Begitu pun, ketika pertemuan makan malam diatur itu, mereka tak banyak berbicara.
Irma berkata, ketika itu, dia dan beberapa teman diajak untuk menikmati makan malam bersama. Namun, sebelum pulang ke tanah air, mentuanya ada membisikkan ke telinga bahawa mereka sekeluarga mahu menjodohkan dia dan suami. Malah, tidak lama selepas itu, keluarga Redza datang untuk merisik.
Sebaik proses merisik, pasangan pengantin ini terus mengikat pertunangan pada 24 Mac lalu. Kurang dari tiga bulan majlis pertunangan itu dilangsungkan, Irma dan Redza selamat bernikah dengan diwalikan bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad.
Majlis resepsi mereka berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), malam Ahad lalu dengan tema 憊intage� moden.
Setia mengekalkan tema putih pada majlis resepsi itu, kira-kira 1,500 tetamu di kalangan keluarga, kenalan, sahabat sekolah, rakan artis dan wakil media hadir meraikan persandingan Irma dan Redza.
Ramai juga rakan artis yang kelihatan meluangkan masa hadir meraikan pasangan raja sehari itu antaranya Awal Ashaari dan isteri, Scha Al-Yahya, Rashidi Ishak serta Vanidah Imran, Tam Suhaimi, Sari Yanti dan Rabecca Nur Islam
Aku copy paste dari Internet kisah kat atas tu. Sweeeeeeeeet sangat la aku tengok semua gambar nikah Irma dan husband. Gambar semua macam malu-malu gitu. Comelll sangatt. Irma pun lawa gilaaa. Berseri-seri. Best kan, bercinta selepas kahwin? berbeza dengan bercinta bertahun-tahun sampai nak basi baru nak kahwin. Aku pernah gak berangan nak bercinta lepas kawen. Itulah kelebihan menjaga batasan semasa perhubungan. Bila dah kahwen, rasa macam takmo lepas je. Nak berkepit je. Aku pun banyak sangat khilafnya time kapel-kapel dulu.Pegang tangan la, cubit pipi la, kira bersentuhan dengan yang bukan muhrim lah cerita dia. Hmm. Sekarang kena kuat, takmau pegang-pegang. Bahagia kan bercinta lepas kahwen? Indahnya... Dahla berjumpa di Mekah. Irma, gua berdarah hidung tengok gambar-gambar lu dan kisah cinta lu. Wuuuu. Semoga berkekalan Irma. InsyaAllah.
Irma berkata, ketika itu, dia dan beberapa teman diajak untuk menikmati makan malam bersama. Namun, sebelum pulang ke tanah air, mentuanya ada membisikkan ke telinga bahawa mereka sekeluarga mahu menjodohkan dia dan suami. Malah, tidak lama selepas itu, keluarga Redza datang untuk merisik.
Sebaik proses merisik, pasangan pengantin ini terus mengikat pertunangan pada 24 Mac lalu. Kurang dari tiga bulan majlis pertunangan itu dilangsungkan, Irma dan Redza selamat bernikah dengan diwalikan bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad.
Majlis resepsi mereka berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), malam Ahad lalu dengan tema 憊intage� moden.
Setia mengekalkan tema putih pada majlis resepsi itu, kira-kira 1,500 tetamu di kalangan keluarga, kenalan, sahabat sekolah, rakan artis dan wakil media hadir meraikan persandingan Irma dan Redza.
Ramai juga rakan artis yang kelihatan meluangkan masa hadir meraikan pasangan raja sehari itu antaranya Awal Ashaari dan isteri, Scha Al-Yahya, Rashidi Ishak serta Vanidah Imran, Tam Suhaimi, Sari Yanti dan Rabecca Nur Islam
Aku copy paste dari Internet kisah kat atas tu. Sweeeeeeeeet sangat la aku tengok semua gambar nikah Irma dan husband. Gambar semua macam malu-malu gitu. Comelll sangatt. Irma pun lawa gilaaa. Berseri-seri. Best kan, bercinta selepas kahwin? berbeza dengan bercinta bertahun-tahun sampai nak basi baru nak kahwin. Aku pernah gak berangan nak bercinta lepas kawen. Itulah kelebihan menjaga batasan semasa perhubungan. Bila dah kahwen, rasa macam takmo lepas je. Nak berkepit je. Aku pun banyak sangat khilafnya time kapel-kapel dulu.Pegang tangan la, cubit pipi la, kira bersentuhan dengan yang bukan muhrim lah cerita dia. Hmm. Sekarang kena kuat, takmau pegang-pegang. Bahagia kan bercinta lepas kahwen? Indahnya... Dahla berjumpa di Mekah. Irma, gua berdarah hidung tengok gambar-gambar lu dan kisah cinta lu. Wuuuu. Semoga berkekalan Irma. InsyaAllah.
Terima kasihh !
kepada yang baru follow blog aku ni. Aku ni bajet memang follower aku dah takat tu je. Dah takkan menaik dah. Menurun mungkin kot. Hehe. Sebab aku ni, bukan jenis promot-promot blog. Pastu, aku pulak pemalas laa sangat nak berkomen-komen dengan blog orang lain. Pastu lagi, blog aku tak de chatbox untuk orang tegur-tegur. Huhu. Pastu yang paling utama, blog aku bukan syok sangat pun. Takdak cerita best plus gambar-gambar DSLR. Tak menarik sungguh. Hahaha. Sebab tu la, aku rasa follower aku memang sampai situ ja. Takdak naik-naik dahh. Hehehe.
Aku tulis blog pun ikut sedap rasa aku je. Kadang-kadang tu, panjang berjela sampai aku seniri pun naik nyampah. Tapi aku suka baca balik entri-entri aku yang lepas-lepas, Macam ala-ala kenangan gitu. So, aku tulis, aku yang baca. Ohhh. sedihnya hidup ini. Inilah realiti kehidupan. *Tetiba.
Jadi. terima kasih la pada yang sudi membaca. Aku pun baca blog korang semua. Percayalah. Cuma aku malas nak komen. Tapi suka baca. Memang dasar stalker. Muehehehe. Kalau tak percaya, tengok traffic feed anda. Mesti ada wanieybintang.blogspot yang nyibuk-nyibuk di situ. Hehe.
p/s : bagi yang baru memfollow ittew, kat mana hampa jumpak blog aku ni? aku kan, sangatlah low profile. dahla kejap-kejap private, pastu public. Bajet diva. ahaha.Ada aku khesahhh?
02 July 2012
Cabaran 10 hari - Hari ke-2
Ok, hari kedua macam okey. Hehe. Bersemangat. Diharapnya semangat ini berterusan sehingga hari ke seterusnya. Hari ke 10 akan aku bagitau apakah sebenarnya cabaran 10 hari ni. Itu pun kalau berhasil la, kalau tak berhasil, aku buat-buat lupa, boleh? Muahahaha. Tapi macam dah tau je kan, apa cabaran ni. Tau ka taktau?
Pasal braces tu kan, aku dok memikir lagi ni. Nak buat ke takmau. Memang dasar gedik kan? Si tukang sponsor dok tanya dah, nak buat ke tak? Dia nak call klinik tu. Sebenarnya, memang aku bersemangat nak buat. Tapi bila si tukang sponsor sms tanya, nak buat ke ni? Nak call ni. Mula lah aku dok buat gelabah bewak. Isk, nak buat ke?nak buat ke? Tetiba nebes tak tentu pasal lak kan. Sebab, bila aku dah cakap nak buat, si tukang sponsor akan call clinic dan confirm kan. Masa tu mesti dah final decision kan? Kalau aku mengada nak tukar fikiran ke apa ke, mesti kena marah punya. Hehehe.
Aku dah tengok survey pendapat kawan-kawan aku yang buat braces. Kos nya bergantung kepada material braces tu. Silicon ke, besi ka apa ka. Kalau warna braces hampir sama dengan gigi, makin mahal la. Ada aku tengok tu, sampai rm10 hoiii. Perghhh. Aku buat below rm5ribu sudahh. Eh, tapi nak buat ke? Ha, tengok, mengada tak habis-habis. Takpa, nanti bila aku buat, aku tunjuk sini okey, camana la ghopenye.
Oh, haritu kan, aku pi langgar palang besi yang mesin ambik tiket parking tu sampai tercabut palang tu, melambung atas bumbung kereta aku, pastu bergolek-golek di jalan dengan comelnya. Terkezut betoi aku. Hehehehe. Rasakan, sapa suruh bersembang-sembang tak hengat dunia sangat. Masa tu kereta depan dah ambik tiket parking dan palang tu terangkat, pastu dia turun bawah balik, tunggu turn aku la plak kan, ambik tiket parking baru dia terangkat balik. Yang aku ni, punya lah seronok dok bersembang, tengok keta tu jalan depan ja, aku pun menonong ja nak jalan depan plak (bajet macam berenti kat trafik light, kereta jalan, aku pun jalan la) sekali gedenganggg!. Makk oiii, kusss semangat. Aku terus tutup mulut, mata bulat sambil buat muka comel sambil memandang palang yang bergolek-golek itu. Panik jap dalam 5 saat. Kih3. Pastu abang yang jaga tepi tu, macam bengang lah jugekk. Hehe. Sori bang. Yang aku boleh drive terus pi cari parking dengan rasa tidak bersalah. Habis tu kau nak aku hegeh hegeh turun kereta, pi pikul palang besi tu pi masukkan balik dalam menda alah tu? Dengan kereta lain beratur kat belakang, haaa. Mesti aku nampak taff kalau aku pikul palang besi tu kan. Memang ramai betul mata memandang. Yala, besi tu bergolek-golek kalau senyap dan sopan tak pa la. Ni, GEDEGANGG ! (jatuh atas bumbung kereta) keting keting keting (golek-golek atas jalan) Pakcik-pakcik lain di sekitarnya, gelak ja tengok aku. Ngeh3. Pastu brader tu dah pasang balik palang tu lalu berfungsi seperti biasa walaupun bila palang tu terangkat, bunyi macam nak rosak ja. Muahahaha. Pastu, baru aku pi tekan punat tu, untuk ambik tiket parking. Bumbung Oranje adalah selamat, alhamdulillah. Sebab depa dah balut dengan getah, separuh palang tu. Depa balut siap-siap sebab tau nanti mesti ada punya kes-kes terpencil macam kes aku ni. Kih3.
Ok lah wei, aku dah taktau nak cerita apa. Bye
01 July 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)