17 July 2012

Kerja untuk Makan !

Betul weh. Sekarang aku rasa, aku pi kerja hari-hari adalah untuk makan. Free pulak tu yang best nya. Untung sungguh aku dapat sekolah kurang murid dan guru ni. Memang tersangatlah kerap buat jamuan makan-makan. Kalau tak buat jamuan makan-makan, Guru Besar akan belanja. Dia akan cakap, okey you all order je apa-apa hari ni, hari ni I belanja. Selalunya bila ada mesyuarat, dia akan bermurah hati belanja semua orang. Hehehe.

Kalau bukan GB belanja ada sorang cikgu ni suka belanja jugak. Dia suka belanja aku, bagi macam-macam kat aku kalau laki dia dapat barang makananan. Laki dia kerja kastam. Haritu dia belanja McD breakfast, panas-panas lagi woohh. Dia tanya aku nak pesan tak sebab dia nak singgah McD sebelum datang kerja, so, aku pun pesan satu set. Sekali dia datang letak atas meja aku, tapi takmo duit. Pastu dia jugak belanja Choc Indulgence Secret Recipe. Dia jugak belanja donat panas-panas dan gebu masa mesyuarat haritu. 

Pastu tadi, dia jugak belanja KFC 30 ketul. Perghh. Dahla aku ni tengah ketagih KFC yang baru tu. Yang ada emping jagung tu. Sekali dia pi belanja pulak. Maka berpulun lah aku. Hahahaha. Cikgu kat sekolah aku ni sikit je. Pastu semua kurus-kurus jer. Makan pun sikit jer. So, aku sangat untung di situ. Muahahahah! So tadi, semua pakat ambil yang paling kecik. Aku ja dok pulun yang paling besaq. Kah3. Rezeki jalan ditolak yer. Aku pulun sampai 4 ketoi. Omg! Over kan? Hehehe. Pastu ada lebih banyak lagi sebab semua dah kenyang dan depa semua tak suka yang rangup ada emping jagung tu sebab agak pedas. Aku pulak sukaaa. Hehe. Tapi series aku dah kenyang sangat dah masa tu. Tapi memandangkan semua dah balik, aku balik lambat sebab ada tusyen, so cikgu Gan tu paksa jugak suruh aku tapau semua ayam-ayam itu. So, aku dengan berat hati (ececeece) tapau lah satu kotak besarrr punya. Hehe.

So, jom lah kita layan gambar makan. Dahla semua makanan yang diorder memang sedap wehhh. Area Batu Kurau ni, memang sedap gak masakannya. Cikgu-cikgu kat sini suka order kat makcik kedai sebelah sekolah ni.

kotak besarrr punyaaa

 Pizza Hut dan KFC

 Masa ni memang aku kenyang sampai tak boleh bangun.

 Sambal petai dia adalah yang termanthobsss!
(Masa ni aku baru masuk kerja so macam malu-malu sikit nak melantak, bhahahah!)


 Yong Tau Fu segera yang ustaz bawak ni memang sedap la wehh. Baru pertama kali aku dengar dan makan yong tau fu segera berserta kuah sekali. Kuah dia sedap gila. 

Kek sampai tiga bijik hoiii

 Ni hari lain pulak

Ada gambar yang aku tak snap. Sebab sibuk melantak lah katakan. Hik3. Haritu GB belanja Tom Yam. Sedap sungguh. Tetiba lapar balik. Jom kita pi masak. Ayuhh!

2 comments:

Masjue Masjuwita said...

kak waniey, nak ngajo cnie jgak~~

:P

wanieybintang said...

mai la masjue. baru kak ada geng. hehehe