gambar intro, anak-anak aku tahun 1. sayang semuanya walaupun semua nakal nak gile. -_-'
Aku rasa macam dah kebah demam sikit. Harus berlagak sihat untuk bersenamrobik esok.Jadi, tetiba semangat nak update blog. Aku nak tanya, kalau korang tengok wayang ke, tengok drama ke, baca novel ke, adakah korang akan bersetuju 100 persen dengan jalan cerita tersebut. Contohnya, kalau si A dan B jatuh cinta dan ada watak jahat dalam jalan cerita, korang akan 'merasakan suwit sangat A dan B' . A dan B adalah sangat sempurna sebab watak mereka watak baik dan watak jahat tu pulak, korang memang akan benci gila. Kiranya, korang takkan mempersoalkan langsung jalan ceritanya, apa yang si tukang buat cerita bagi, korang pun terima ja bulat-bulat?
Aku ni kekadang jenis mempersoalkan jalan cerita. Okey la contohnya, macam cerita tengah hot sekarang, Dejavu di Kinabalu. Betul tak tu tajuk tu? Aku hentam saja sebab aku kekadang follow kekadang tak. Nak dekat semenjak dua menjak ni rajin follow. Sapa yang tak follow, aku cerita sikit kisahnya secara sangat ringkas. Si Aqasha dah kematian geprennya tiga tahun yang lalu. Dia sangat sayangkan geprennya walaupun dah mati. Kira setia gila dan takda pengganti. Si Tiz Zaqyah pula telah bertunang dengan seorang lelaki yang sangat cintakan dia dan sangat baik. Nak dijadikan cerita Tiz buat pemindahan jantung dan jantung yang dia dapat tu adalah jantung gepren si Aqasha yang dah mati tu. Dan, ntah macam mana, si Aqasha jatuh cinta dengan Tiz dan Tiz pun sama. Jadi kesian lah si tunang Tiz yang sangat baik hati dan sanggup menunggu tu.
Kisahnya, aku pun mempersoalkan lah, kesiannya si tunang Tiz ni, dah lah baik gila, si tunang sendiri pulak curang. Tapi kawan aku sorang ni, komen dia, memang aku dah expect pun. Haha. Dia cakap, kalau cinta kena lepaskan, kalau cinta kena korbankan. Aku malas nak argue sebab aku tau dia ni, memang kalau bab tengok tv ni, mengikutt je apa yang jalan cerita bagi. Boleh je aku nak argue point dia tu, dia ingat senang ke woi nak lepaskan? Cakap senang la, sebab aku seniri pernah lalui dulu. Tapi aku senyum je la dia cakap gitu. Malas mau debate perkara ciput gitu.
Jadi aku nak bercerita pasal kawan aku tu lah. Kat atas tu salah satu contoh je. Ada lagi cerita tv lain, kalau dalam cerita tu, watak A tu watak heroin yang baik lagi suci, kalau aku terbagi kritikan sikit, amboih, takboleh. Si A adalah sempurna seperti yang sepatutnya terjadi dalam jalan cerita. Tak boleh tak sempurna. Pastu kalau aku sokong ke watak jahat dalam cerita tu, punnn tak bolehh. Watak jahat sepatutnya jahat, so kita kena benci watak jahat. Zzzzz. Bosannya alahaiii.
Pastu kalau dalam cerita tu, watak tu kononnya lah sakit cancer ke kan, si pelakon tu buat lah batuk-batuk sikit tanda sakit, yang kawan aku ni pun, 'kesiannyaaa, kenapa la si B (watak jahat) buat gitu. Jahatnya si B.' Padahal aku nak tergelak tengok si pelakon tu, asal sakit je, nak batuk. Sakit apa pun semua kau nak batuk kan? Cancer pun batuk. Oi, kau tahu kah, betapa seriusnya cancer tu. Bukan setakat batuk kong kong kong je. Pesakit cancer di luar sana berjuang nak survive. Yang dalam tv ni, asal cancer je, baring pastu batuk. zzzzzz.
So, aku pun mengkrtik lah pelakon tu. Teruslah kawan aku ni, 'Kesianlah kat dia tengok' Helooo, tu berlakon ja cheq oi. Kalau camni lah kan, senang keja penerbit, produser filem dan semua pelakon dengan adanya penonton macam kawan aku ni. Apa orang bagi kat dia, semua dia terima seketoi-seketoi.
1 comment:
betoi tu caq,klu xlalui nya, boleh r ckp kn kn kn....
Post a Comment