Minggu yang sangat sibuk.
Aku demam. Mungkin akibat terlalu sibuk dan aktif berlatih untuk senamrobik nanti (jadi instructor. wohhh)
Dah la demam, kena jawab online test Cambridge Test pulakkk. Banyak yang listening. Bila demam, kepala pun pening, telinga pun jadi tak dengar. (audio dalam accent British okehhhh)
Malam ni adalah sangat bz tapi meluangkan masa jap dengan blog. Kepala rasa berat, tekak rasa perit, hidung rasa berhingus.
Demam tapi kena pura-pura kuat sebab esok, ada raptai sukan dan senamrobik. Esok jugak kena balut hadiah untuk cenderamata, esok jugak kena plan nak bagi kerja kat budak sebab next week, satu minggu i won't be around.
Isnin minggu depan, ada taklimat from 8.30am-4.30pm.
Selasa minggu depan, sukan. Step senamrobik pun masih tak ingat. Rasa nak pengsan.
Minggu depan jugak ada trial UPSR dan aku masih tak sempat nak bagi latih tubi banyak-banyak pada budak Tahun 6. Uwarghh. risaunya pada mereka.
Pack nya these two weeks.
p/s : Penat macam mana pun, cabaran 10 hari masih diteruskan. Nampaknya hari ke 5 masih okey walaupun badan sangat lemah.
p/s : Anis, aku tidak mendapat mesejmu itu.. Kawan aku Anis cakap muka aku macam muka Irma Hasmie, uwarghhh. Pengsan! Aku rasa Irma Hasmie tu yang macam aku. Hahahaha. Mau kena tumbuk nanti. Tak, aku adalah gemuk bulat pendek dan hitam. Si Irma adalah seperti seorang puteri, wahai Anis.. Tapi Anis, hang telah menggembirakan aku selama beberapa menet akibat syok sendiri. Terima kasih. hehe
No comments:
Post a Comment