Assalammualaikum. Rasa macam tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Amacam puasa tahun ni? Okey ka? Letih ka? Ada rasa lapar ka? Biasa la tu, bukan namanya puasa la kalau kena menahan lapar kan.
Aku nak update sebelum ni. Ada banyak cerita, tapi malas nak taip. Kan best, kalau aku bercakap je, pastu akan tertaip sendiri berdasarkan apa yang aku cakap. Nanti lah, bila aku cerdik sikit, aku nak cipta laptop sedemikian rupa. So sekarang, bila dah rasa nak update, tetiba lupa habis semua nak cerita apa. Hampeh sangat.
Okey la, nak cerita macamna aku berpuasa di perantauan ni. Ececece. Perantauan la sangat kan. Ni kali pertama berpuasa kat Batu Kurau ni. Kali pertama jugak aku berpuasa dengan status diri aku yang dah bekerja. Sebelum ni, kalau berpuasa kat perantauan mesti tengah belajar kat uni atau maktab.
Cerita dia, takdakla menarik mana pun. Haha. Hari pertama puasa, balik berpuasa di rumah. Heee. Bestnya. Best kan bulan Ramadhan? Bulan Ramadhan memang sentiasa dinantikan oleh aku. Walaupun dulu masa aku kecik-kecik, tak posa pun, aku tetap suka bulan puasa. Boleh pi bazaar, beli macam-macam. Tengok mama buat kuih. Merasa sekali. Hahaha. Bila dah dewasa ni, rasa best bukan sahaja sebab bazaar tapi, entahla. Nikmat bulan Ramadhan tu sangat terasa. Rasa tenang macam mana taktau. Taktau nak habaq. Tapi memang secara jelasnya, bulan Ramadhan ni memang bulan yang suci. Masa untuk kita buat amal ibadat. Bulan ni lah, pahala dari amal ibadat kita berlipat kali ganda. Tak sama dengan bulan-bulan lain. Rugi kalau tak buat amal ibadat. Rugi kalau tak kumpul pahala banyak-banyak. Mana tau ni Ramadhan kita yang terakhir, kan?
So, habis sudah sesi ustazah aku. Tadi aku tengah cerita pasal berbuka kat rumah kan? Okey jom sambung. So, berbuka haritu, tak beli banyak pun. Mama masak lauk kat rumah. Dulu, kami sekeluarga suka sangat membeli juadah berbuka banyak gila. Padahal 4 orang ja pun. Sangatlah membazir. Tapi sejak dua tiga tahun ni, sudah berubah. Hehe. Beli ikut keperluan sudey. Sayang lah nak buang kuih muih tu. Kalau panaskan pun, mesti dah tak berapa nak selera kan.
So, semalam, aku dah balik Batu Kurau. Maka berbuka lah aku di rumah sewa. Pagi tu masa nak bertolak ke Batu Kurau, mama dah bekalkan kari udang galah besar punya. Nyumssss. So, masa berbuka tu, aku goreng pasta sikit. Nasi pun ada, kari udang pun ada. Minum, teh panas sahaja. Tak pergi bazaar pun. Malas pulak nak pergi bazaar. Sebab kalau pergi bazaar, aku akan jadi juling dengan semua makanan yang ada. Semua aku nak kaut. Pastu makan sampai boroi. Pastu gemok. Pastu tak muat baju raya. NONONONO. So, ada baiknya aku elakkan dari sekarang. Kihkih.
Di sekolah, bebudak aku tu bukan main. Ada aku masuk kelas Tahun 2, "Okey, take out your activity book," Bebudak ni dengan malasnya nak keluarkan buku sambil cakap. "Alaa, teacher, kan bulan puasa nii........" SOO?? Dah bulan puasa, jadi kita haruslah tidur dan bermalas-malasan di dalam kelass?? Dalam mimpi anda lah Iqmal (nama budak tu). Ni, tahun 2 punya alasan. Jom kita tengok alasan budak tahun 6 pulak. Kira matang sikit lah."Cikgu, jangan bagi kerja rumah banyak-banyak sangat, nanti nak pi terawih" Amboiii kauu. Pandai saiko cikgu nampakkk.
Memandangkan aku mengajar di sekolah cina yang majoritinya adalah pelajar Melayu, jadi majoriti cikgu adalah cikgu cina lah jugak. Bebudak ni, suka je cakap, cikgu, kami puasa, takmau belajarr. Buat cikgu-cikgu Cina serba salah. Isk.
Cikgu-cikgu cina sekolah aku ni memang baik. Sangat menghormati kami cikgu-cikgu Melayu ni. Ada sekali tu kan, tadi la, aku bangun dari tempat aku pi toilet. Dah sudah meneran, maka aku pun balik lah ke bilik guru nak duduk. Tetiba tengok cikgu 2 orang tengah tunduk sambil makan roti. Sorang cikgu ni dia duduk tempat aku sebab kat tempat dia ada sorang lagi cikgu melayu. So, bila nampak aku, terus masing-masing sorokkan roti pastu rasa bersalah. Hahaha. Aku sebenarnya tak kisah pun. Makan je. Takpe. Tapi depa pulak yang rasa bersalah. Nak minum air (orang cina kan suka bawak botol air kosong yang besar) pun, pergi belakang almari untuk minum. Hehe. Tetiba terasa comel perbuatan mereka itu. Hehe. Padahal, aku rilek je. Lain lah, air yang depa minum tu, cendol ka, teh ais ka, makan aiskrim ka, mungkin kot aku terliur. Tapi setakat air kosong, wa tara hal punya.
Tapi cikgu-cikgu Cina sekolah aku ni memang baik. Kan, bebudak aku mostly Melayu. Bebudak ni kekadang mengada mengalahkan apa lagi, sampai aku rasa nak PANGG ja. Tapi aku tengok cikgu-cikgu cina layan depa, alahaiii, baik sungguh. Aku pulak yang rasa geram sebab nampak macam depa tak hormat cikgu. Cikgu-cikgu ni boleh sapu-sapu kepala lagi.Kekadang mengada-ngada masa rehat, pi meminta-minta biskut yang cikgu tengah makan. Cikgu-cikgu cina yang baik hati ni pun, bagi. Baik kan? Hum. memang tak dinafikan cikgu sekolah aku memang baik. Siap ada sorang cikgu cina ni pi hantar, pi balik dua orang budak ni sampai rumah.
Aku bukan nak racist ka apa, tapi pengalaman aku bekerja dengan orang cayanunalip ni, buat aku ada pandangan serong sikit lah kat depa. Dulu masa form 6, aku sempat lah bersekolah 2minggu di sekolah cina. So, di situ, aku dah nampak cikgu cayanunalip ni camna. Mana nak layan sangat,kami-kami Melayu ni. Kami pun dok belakang ja dalam kelas.
Pastu aku sempat jadi cikgu tusyen dekat satu pusat tusyen yang femes ni di Bukit Mertajam. Ajar budak-budak cayanunalip gak. Pergh. Belagak gila. Padahal baru darjah 2 okey. Memang lah speaking macam air, ayah pun bisnisman yang hebat dan kaya raya, tapi tu bukan alasan untuk tak hormat cikgu. Cikgu cayanunalip yang kerja kat situ pun nyombong sangat. Dengan aku muka nak masam je, bila jumpa geng sekaum, riuh rendah.Aku kawan dengan budak India je memandangkan takda cikgu Melayu kat situ. Parents kat pusat tusyen tu pun sangat fussy. Tak boleh nak bergerak langsung aku. Rimas. Diperhatikan. Tapi ada gak anak murid aku yang cayanunalip yang baik, peramah, comel pulak tu. Yang ni aku suka la. Depa suka tegur fesyen selendang aku time tu. Hehe. Rindu pulak kat depa.
Sampai lah, aku diterima bekerja sebagai pensyarah di kolej PTPL, Penang pun masih dalam komuniti depa jugak. Aku tengok, semua pensyarah semua depa ja. Student lagikla, ditambah dengan foreign students. Yang intebiu aku tu pun cayanunalip. Masa intebiu tu nampak ramah tamah la kan. Time keja taktau la camna. Dan alhamdulillah aku tak sempat nak masuk kerja situ, tetiba aku dapat tawaran sambung dalam bidang perguruan pulak dan sangat mengejutkan optionnya adalah untuk SJKC. Hahaha. Mana-mana aku pi pun, tercampaklah aku di komuniti mereka.
Tapi tak semua teruk macam tu. Macam kat sekolah aku ni, semuanya baik gila. Faham sensitiviti kaum lain, bertimbang rasa dan tak sombong. Depa ni kan, kalau nak buat jamuan, punya lah risau bab halal haram ni. Awal-awal dah bagitau, depa beli kuih ni kat makcik melayu, boleh makan, halal punya jangan risau. Pastu gigih terangkan beli kat kedai makcik ni kat simpang tiga jalan mana ntah. Bersungguh takut aku tak percaya. Nak beli kuih-kuih pun, depa cakap, depa beli kat tesco, halal punya. Nak masak pun, depa sanggup beli sayur pastu beli pisau baru, tempat pemotong apa semua baru untuk memastikan ianya halal. Hahaha. Over kan? Hihi. Apa pun syukur Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment