16 July 2012

Resipi Ciptaan Wanieybintang

Tadi aku buat satu cubaan resipi yang mudah, cepat dan merepek tapi sedap pada lidah aku. Hehe. Memandangkan aku dah culik toaster dari Kulim ke rumah sewa aku ni, jadi keraplah benda alah tersebut menjadi bahan eksperimen aku. Aku malas pulak nak pi snap gambar toaster tu. Nak Google Image pun malas gak. Hehe. Alaa, ni toaster yang boleh lipat tu. Bukan jenis toaster yang bila roti dah siap bakar, roti melompat keluar. Bukan yang tu tau. Ah, kejap lah aku Google. Susah pulak kalau nak terang gini.

Ha, aku punya yang macam gambar toaster yang pertama tu.

Toaster ni dah lama sangat beli, mungkin dah 6 atau 7 tahun yang lepas, masa menda alah ni tengah hot di pasaran dan rega pun boleh tahan mahal jugak lah masa tu. Tapi takda sapa pun yang guna kecuali aku. Hahaha. Abah aku kan suka sangat beli benda-benda elektronik ni. Jadi semua dibelinya. So, toaster ni, aku je pun yang kerap guna. Itu pun masa awal-awal beli, pastu dah tak guna, mama pun simpan je dalam almari. Baru-baru ni, aku selongkar-selongkar almari tengok-tengok terjumpa toaster ni lalu, aku pun basuh bersih-bersih dan nampak macam baru beli! Walahhh~

So, dulu masa baru-baru beli, aku suka bakar roti, pastu letak hirisan tomato dan bawang kemudian bakar. Pastu minggu lepas, cuba lagi yang baru, roti sapu planta, letak hirisan bawang besar (aku suka bawang) pastu tabur-tabur lada hitam, pastu letak cheese lalu diletakkan dalam toaster. Makan panas-panas masa roti tu tengah rangup dan cheese tu cair di dalam memang marvelous. Pastu tadi cuba lagi bereksperimen. Ambik roti, sapu planta, letak hirisan bawang besar, letak hirisan nipis kubis (aku punya ni, nak kata kubis pun macam bukan, macam adik beradik kubis tapi kecik dan comel berbanding kubis), sapu sos tomato prego yang perisa cendawan tu, letak satu kepingan cheese pastu akhirnya, tabur lada hitam. Pastu letakkan dalam toaster. Tunggu lampu merah yang menyala tu sampai terpadam. Dah siap, makan dengan teh o limau panas. Makan tengah-tengah hujan. Wahhhhhhh. Sedapppp dappp dappp. So, lepas ni boleh buat lagi. Cepat dah senang. Nyummmm~

Dah, siap makan, gasakla kau nak cuci toaster tu dengan lelehan cheese yang mengeras dan sos Prego itteww. Hahahaha. Takpa, rendam sikit dengan air untuk melembutkan sisa-sisa cheese itu untuk memudahkan cucian.

2 comments:

Zura said...

nyesal baca entry ni tgh hari dikala tgh berposer nih !!... sedap nye cheese !!!

wanieybintang said...

memang sodapppp. heheh