21 March 2009

hari ini saya sangat rajin.

Aktiviti hari ini adalah menghabiskan masa di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), UKM sepanjang hari.
Pelan asal adalah untuk pergi pada pukul 9am dengan menaiki roller coster (bas mini) memandangkan tiada bas UKM disediakan pada hari minggu. Walaubagaimanapun, semua harapan ku musnah apabila aku bangun pada tepat 1opagi sambung tidur semula selama 15minit.
Cik Suraya Seman (rakan jenayahku) menyelamatkan keadaan apabila beliau juga ingin ke PTSL dan sekaligus mengajakku untuk pergi bersama-sama. Aku agak gembira kerana aku tidak perlu membayar 70sen untuk terumbang ambing di dalam roller coaster tersebut.
Ini kerana Cik Suraya Seman memiliki motonya sendiri.
Jadi tepat pukul 12.45 tgh hari, kami ke PTSL.


aku sedang mencari bahan sambil berblogging sambil ber sms sambil bergambar



Cik Suraya Seman yang sedang berpura-pura.

Kami hanya sempat berada di situ selama 3jam kerana PTSL ditutup pada pukul 4.30
pada hari minggu. Setelah berhibur bersama buku-buku di PTSL, Cik Suraya Seman yang kepingin waffle mengajak untuk membeli waffle di gerai mewah milik Syida.

Sempat mengambil gambar di gerai ini. Abaikan kebulatan muka ku di situ.

Setelah membeli waffle, kami yang tiada arah tuju mengambil keputusan untuk meninjau keadaan di sekitar UKM ini bagi meluaskan lagi pengetahuan kami. Memandangkan kami masih belum melihat fakulti Undang-Undang UKM, kami membuat untuk ke sana.

Fakulti tersebut merupakan fakulti yang paling terasing di UKM memandangkan ia terletak jauh di dalam hutan dan di atas bukit. Perjalanan ke Fakulti tersebut amatlah mendamaikan kerana kiri kanan jalan terdapat pohon-pohon yang menghijau aka hutan.
Dan baru ku tahu, terdapat sebuah hutan simpan kekal milik UKM.
Dengan menaiki moto Cik Suraya Seman yang berkuasa turbo, akhirnya kami sampai juga di sana walaupun perjalanan agak jauh.

Yeah. Sudah sampai.


Cik Suraya Seman yang berbaju baru juga tidak melepaskan peluang berposing.

Dan selepas menjalani sesi penggambaran yang sia-sia di Fakulti Undang-Undang, kami pulang ke kolej dan singgah sebentar di pasar malam. Ketulusan hati Cik Suraya Seman dengan meminjamkan wang kepadaku yang sangat daif ini membuatkan ku tidak terkata-kata. Aku menangis teresak-esak di tempat kejadian dan berjanji untuk membayar wang itu kembali sebanyak 4x ganda. Ok. Aku tipu.
Selepas membeli belah, kami pulang ke kolej.

notakaki: Tahukah anda bahawa Nur Shazwani Bt Abdul Azim tidak menyukai lelaki yang berambut panjang? Beliau tetap tidak menyukai golongan ini walaupun rambut panjang mereka itu diikat dengan kemas.

6 comments:

AmY-AdLi said...

saya 3 taun setengah duduk ukm pn.. tak penah skali pon jejak FUU...lagi sadis.. haha..

wanieybintang said...

huhu. sy pun baru pertama kali menjejakkan kaki di situ.
kalau memalam, perjalanan ke sana amat menggerunkan.

HannahHashim said...

malam2 mmg mengerikan..start kul 6:30 pun rasa mcm travelling ke rumah drakula je rasanya..
hehe..
btw syida, kau x pnh bgtau pun kau ada gerai mewah nelson tu..ishhh...jeles la ngan org2 mewah ni sbb aku ni miskin ni...wani pula dok tngu rm200/150 yg x ksampaian itu..;(

sweetsuraya said...

amboi3...
wahai cik wani yg poyos...
smpai ati kau gelarkan aku rakan pnjenayah???
tp nsib baek ko taruk gak gmbar aku...
kira2 bleh di maafkan la ye...
hehehehe....=P

wanieybintang said...

hana, betol2. siang2 pn menakutkan.
mlm2 lg lar.
jgn diungkit ttg wet itu.
nk nanges.
waaaaaaaaaa

wanieybintang said...

su, aku mmg sengaja nk mempopularkan ko.
ko kan penjenayah. jd aku nk polis tangkap ko bile dorg tgk gambar2 ko neyy.

ngehahaha