30 March 2009

rindu.

aku pulang ke kolej semalam pada pukul 11 malam. pelan awalnya adalah untuk pulang ke kolej pada waktu petang supaya abah dan mama tidaklah keletihan sewaktu memandu untuk pulang ke kedah. tetapi selepas menghantar adik di Johor Bahru, kami singgah pula ke Muar untuk berjumpa kenalan lama abah. Kemudiannya kami singgah pula ke Tangkak. Sedar tak sedar dah pun malam. sewaktu abah dan mama menghantar ku ke kolej, malam sudah larut dan aku meminta bantuan Cik Suraya Seman untuk menjemput aku menggunakan superbike berkuasa tinggi nya. Ini memandangkan blok aku terletak paling hujung sekali.
Dan sewaktu abah dan mama hendak meninggalkan aku, bibit-bibit kesedihan mula menyelinap. Ku tahan juga air mata ni, dan aku berjaya untuk tidak menangis. :) Sangat rindu abah dan mama pada waktu ini. :(

ok. sekarang aku akan memberi lintas langsung mengenai aktiviti ku pada hari ini. Tadi aku dan Cik Suraya Seman ke pasaraya Warta untuk membeli belah barang-barang dapur. aku sedang membelek-belek cili di bahagian cold storage dan mengambil sebungkus cili untuk bekalan memasakku. sewaktu aku hendak menoleh, aku terperasan seorang jejaka ni. Rasa macam ku kenali. aku juga tak menyedari yang aku telah menatap wajah si jejaka ni untuk beberapa saat. Kira-kira 6 saat. Jadi si jejaka ni pula, berasa hairan kerana jarang ada perempuan yang sangat cantik memandangnya seperti itu. (ok aku perasan, sila abaikan) Dan setelah beberapa ketika memandang nya, aku berjalan melepasi nya. Aku memandang Cik Suraya Seman untuk meminta kepastian. Dari jauh, Cik Suraya Seman hanya mampu tersengih sambil menggangguk. Jadi sahlah, bahawa jejaka tersebut adalah seorang pelakon yang telah aku agak . Aku tidak tahu namanya. Tapi akan ku tempekkan gambar nya untuk rujukan para pembaca.

~~~


oh. harap maaf. gambar beliau tidak dapat dijumpai kerana proses pencarian nya agak susah memandangkan aku tidak mengetahui namanya.

tetapi jikalau anda masih belum berpuas hati dan masih ingin melihat wajahnya, silalah klik di sini.

klu : beliau membintangi siri drama SPA Q 2 dan memegang watak Fahmi.

itu sahaja buat hari ini. daa~

notakaki : Tahukah anda bahawa Nur Shazwani Bt Abdul Azim adalah seorang pemalas. Beliau sangat malas untuk menaip di section notakaki ini.

13 comments:

Always Me! said...

ko bengong ah wanie.
hehe :P
t jumpa yea!

wanieybintang said...

iyerr.. agak ensem die tu. hihi

wanieybintang said...

eh lupe lak nme watak spa q die nk same dgn.. tututut. hehe

sweetsuraya said...

hehehe....

syok giler ptg td kn???

sakan giler aku shopim...huhu...

yg best, siap jupe si fahmy 2...(aku pn tataw name sbnar mamat 2)

lenkali,kalu kite g warta lagi eh..

stiap ptg hari isnin..=P

wanieybintang said...

iyer. leh tgk die sopping sayour lagik. hehe

wanieybintang said...
This comment has been removed by the author.
fidodido said...

hehe agak lawak n agak perasan....lols :-P
next time snap la pict sama2 artis tuh...
n jgan lupe snap sekali bersama cili tuh....lols :-P
nnti aku pun nak lepak warta gak la....
untung2 leh jmpe pelakon2 spa-Q....hahaha lols :-P

wanieybintang said...

uih. ko minat gak ker c pelakon lelaki ittew?
adakah ko ini seorang ... ?
ngehehehee~

fidodido said...

haha gle ke ape...
im not ghey k...
i mean pelakon2 spa-Q yang lain la...
pompuan-pompuan dia la...hehe :-P

Always Me! said...

ehem2..
azrul fidodido..
perempuan manakah itu??
:P panas jer nih..
haha

wanieybintang said...

sabar anis. aku yakin perempuan india yg pegang watak tambahan tu yg dia nak jumpa.
ko lagi cun ok. jgn risau.
ohohoho

fidodido said...

to ansi:
aduh~!
mampus aku kena baling lesung batu ngn mrs fidodido nnti...
:ampun: :ampun:

to wonderful:
bukan girl india tu la...
aku nak jumpe kakak qistina yang tua lagi seksi tula...hahahahahha :-P

wanieybintang said...

anis, tengok. dia taip nama hang ansi.
cepat2 p cubit dia. ;p