28 June 2009

tak leh tido



skang pukul 2am.
sepatutnya aku da boleh tdo sebab hari ni aku letih gila.
jalan sana sini.
tapi still tak boleh lena.
nak tau kenapa?

sebab ada 2orang sedang marathon berdengkur.
jadi ada 2 pesen berdengkur yang berlainan.
satu mama, satu adik.
nasib baik abah senyap ja.
mama punya pesen, agak ganas sket.
macam lebih kepada latihan vokal.
"aaaaahhh"
adik pulak lebih kepada latihan utk mengeluarkan kahak.
"khhqqqqqqqq"

ingat nak upload gambar-gambar sepanjang perjalanan.
tapi macam malas lak.
tak pe, aku upload sikit-sikit k.
aku upload gambar randomly k.
bukan ikot susunan

ni view dari tingkap bilik hotel aku. jam gila lah. tapi boleh nampak taming sari. nampak tak? taming sari tu menara yang tinggi tu. dulu aku penah naik. tak best ponnn. huhuh






muka tak boleh tido. mata jadi kecik sebab tahan flash camera (padahal tanak mengaku mata sepet). nampak kain batik tu tak? aku tido atas kapet. bukan atas katil sebab aku lebih suka tido atas lantai/carpet.




inilah terjadi apabila amek gambar di atas kereta yang bergerak.



yeay. dah sampai melaka.



kat nilai. teman mama survey kapet.


sebenarnya banyak lagi gambar.
tapi mata aku dah sakit arr.
dok ngadap laptop dalam gelap ni.
pening rasa kepala.
jadi aku tido dulu yep.
nanti ai update lagi.
niteeeeeeeeeee.

p/s: rindu gilaa kat kawan-kawan ukm.
mmuuaahh untuk korang.
rakan skenyet ku, janganlah ko curang terhadapku okai?

27 June 2009

update


aku telah berjaya menghabiskan pengajianku di ukm selama 3 tahun pada 26 jun yang lalu.
exam aku 26 jun.
lepas tu, parents aku terus datang amek aku.
memula nak balik naik bas. tetapi gile banyaakkk barang nak angkut.

lepas balik, singgah nilai amek adik.
lepas tu singgah seremban, rumah maksu aku.

skang aku ada di melaka.
aku tengah online kat mahkota hotel kat melaka ni.
ahad ni baru balek kedah kot.
nanti aku upload gambar-gambar gedik aku k.
sebab agak banyak ar gambar nak upload.
tapi usb kamera ada kat keta kat bawah lak.
so nanti aku update lagik ek.

25 June 2009

tiba-tiba mood insaf mai.


Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

aku rasa macam berguna. sebab kalau mandi wajib salah. mestilah amal ibadat yg kita buat sehari-harian tak sah. buat letih je. jadi marilah mandi bersama. eh.
maksud aku marilah menghayati bersama

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara.

Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Rukun mandi wajib yang ke2,
iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Rukun mandi wajib yang ke3,
meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

ciri-ciri seorang blogger yang pemalas ialah













-meng aplod gambar sebanyak mungkin.
dan menaip sesikit mungkin.

emo

tetibe aku emo.
nape budak-budak suke amek gambo buat mulut itik?
mulut ikan buntal lah.
pastu mulut senget lah.
gambo lak mesti dari tepi aje.
takpun dari atas pale.
pastu buat pouty lip lah.
kekunun muncung nak ciom sape tah.
perasan seksi ka?
part ni memang aku tak suke sebab bile aku buat, jadi buruk.
daripada nak jadi seksi,
terus jadi tak menyelerakan.
pastu tulis tu adoi la.
memang sakiiit mata aku.
'law ta na bcew, slew kua dari blog aye.'
iskk.
geram.
emo.emo.
apahal tah aku emo pepagi buta ni.
padahal period baru je lepas.

24 June 2009

rezeki atau mencuri?


kejadian ni berlaku beberapa hari yang lalu.
tetiba rasa nak cerita kat blog pulak.

macam biasa, aku balik dari ukm naik bas mini.
jejak je kaki atas tangga bas, mak aih, suma mata pakat dok hala kat aku.
dahla semua lelaki.
memula timbul la sikit bibit-bibit perasan dan takbur serta bongkak sebab orang tengok aku kan.
lepas tu aku amati muka sekor-sekor dalam bas tu, oh.
terus luluh hatiku.

memang pelbagai bangsa ada.
bangla, myanmmar, nepal, indonesial.
melayu?
aku sekor je kot.
eh, dua ekor.
campur dengan pakcik drebar bas.

lepas tu, aku dengar ah kan,
hp sapa tah dok bunyi tut tit tut tit.
memang taktipu ok.
bunyi dia memang macam tu.

tengok-tengok,
ohh. indon ni dok berbalas mesej.
jadi aku wat derk je.

pastu, dorang pun turun kat satu tempat ni.
aku nye seat memang depan sekali.
sebelah drebar bas.
jadi aku menghadap semua orang la.

aku baru terperasan,
mamat indon ni, tertinggal hp dia kat atas seat.
aku nak panggil dia tapi dia dah turun.

aku sorang je yang perasan.
orang lain tak perasan lagi sebab mamat indon tadi dok depan sekali.
jadi orang yang belakang-belakang tu tak nampak la.

ala. hp biasa ja.
yang bunyi tut tit tut tit tuu.

aku ni taktau nak buat apa.
nak bagitau drebar bas ke?
macam malas je.
aku nak amek ke?
malas ah.
aku pun dah ada hp.

lepas tu kan,
ada orang tekan loceng,
dia nak turun.
mamat bangla pakai kemeja kotak-kotak.
dalam perjalanan nak turun bas tu, dia ternampak la hp atas seat tu.
dari gaya dia, dia macam nak amek tau.

tapi aku tenung gila dia.
wat muka marah kan.
dia macam takot,
terus dia turun bas tanpa mengambil hp itu.

haha.
apa kes tah aku ni.
aku macam tak sampai hati tengok orang amek hp tu.
yelah, bukan hak dorang pun.
tapi nak pulangkan kat tuan dia pun takleh gak sebab aku tak kenal.


lepas tu, ada lagi tekan loceng,
dalam perjalanan nak turun bas tu, dorang pun baru perasan hp tu.
semua pakai nak amek.
tapi aku asik tenung ja.
pakat-pakat tak jadi amek.

last-last turn aku turun.
pas aku turun tu,
aku kompom la orang yang masih ada dalam bas tu terus kebas hp tu.

mesti bagi dorang, ni rezeki, jangan ditolak.
sebab nak bagi kat tuan dia pun, tuan dia dah turun bas.
haii.. rezeki ke mencuri?

22 June 2009

liquid eyeliner and pencil eyeliner


tadi aku tercari-cari pensel eyeliner aku.
sebelum ni memang ada, tapi aku campak merata-rata sebab aku dah ada liquid eyeliner.
jadi buat apa mau guna itu pensel eyeliner lagi.
dahla murah je aku beli.
dah tak berguna lagi, walaupun dah banyak berjasa kepada aku.
jadi aku campak merata-rata sebab buat menyemak je dalam almari aku.
liquid eyeliner aku lagi mahal.

sekarang, liquid eyeliner aku tak jumpa.
aku mana boleh tak pakai eyeliner.
mesti kena pakai.
jadi aku cari balik pensel eyeliner aku.
mana dia?
hilang.
hari tu aku nampak.
tapi dah lupa kat mana.

baru aku nak menyesal sebab tak simpan elok-elok.
sekarang aku perlukan sangat pensel eyeliner aku tu.
mana dia?
aku perlukan ko.
walaupun ko murah je,
tapi ko dah banyak berjasa dengan aku.

manusia memang macam tu kan?
bila sesuatu benda tu dah lama ada depan mata,
langsung tak reti nak hargai.
langsung tak reti nak jaga elok-elok.
langsung tak pandang.
benda yang baru, mesti akan dijaga dengan baik.
dipuji, dibangga.
walaupun pada hakikatnya,
benda itu masih baru dan masih belum serasi pun dengan kita.
tapi disebabkan benda itu baru dan mahal.
semuanya elok di mata kita.
bila benda baru tu buat hal,
rosak, hilang atau sebagainya.
baru tercari-cari kembali benda yang lama.
baru ingin balik kepada yang lama.

malangnya, benda yang lama itu sudah membawa diri.
menghilangkan diri kerana sering tidak dipedulikan.
dan barulah kita nak rasa menyesal.
menyesal kerana tak pernah menghargai apa yang pernah kita ada.

p/s: aku suka pakai eyeliner maybelline. tak kira liquid atau pensel.
p/s : entri menyindir. :)

21 June 2009

hari ni ke hari bapa?


wohh.
aku ni mati-mati ingat minggu lepas hari bapa.
teruja aku beli kad hari bapa, potong riben, dan lekat sajak yang aku wat kat abah aku dalam kad tu.
dan aku pos kad tu.
dan abah aku dah dapat dah pun.
dan dia seronok.

dia mesti taktau hari bapa bila.
sebab dia tak kata apa pun tentang keawalan ketibaan kad tu.
tapi dia cakap thanx.
mama aku kata dia seronok.
dok ulang baca dua tiga kali.
dan dia letak atas dashboard kereta kad tu.
haha.
tapi mama aku amek simpan letak dalam almari.
kononnya seronok tengok koleksi kad-kad yang aku penah bagi.

hehee.
bagi aku tak kisah pun hari bapa bila.
bagi aku hari-hari hari bapa.
kecuali bila aku kena marah dengan abah.
huuu.


abah,
terimakasih untuk segalanya.
abah dah sediakan macam-macam untuk kakcaq.
apa yang kakcaq nak mesti abah takkan gagal untuk penuhi.
walaupun memang wajib, abah akan membebel sikit-sikit sebab kekadang tu kakcaq memang mintak benda yang merapu-rapu.
tapi abah tetap akan tunaikan.
kakcaq harap abah sihat selalu.
kontrol sikap panas baran tu.
dan kurangkan makan benda manis.

love you dad.

P/s: ayat aku kali ni banyak yang aku merepek. ntahla. macam takda mood nak update blog lately. why ahh??

17 June 2009

PANAS!


cuaca panas camni
nak buat apa pun malas.
aiseh


adoi.
dah penat.
dah tak mampu.
sampai bila nak macam ni?

16 June 2009

LV = status?



haruslah bangga sampah-sampah itu berada di dalam beg sampah LV.
mueheheheh

pernah tak korang rasa .. ?


aku ada satu habitat ni.
eh, tabiat. bukan habitat.
masa sekolah rendah memang aku selalu kompius ok, perkataan habitat dan tabiat.

ok.
sambung.
aku ada satu tabiat ni.
kalau aku pegi mana-mana kan, mesti dalam hati aku, tak sesabar nak update kat blog pasal tempat yang aku pegi tu, pengalaman aku, perasaan aku, apa yang terjadi.
siap dok reka-reka dah ayat apa nak letak dalam blog.
sama ada penggunaan ayat pasif atau aktif.
penggunaan imbuhan yang betul dan pengolahan isi-isi penting.
memang teruja gila lah nak letak dalam blog.

pastu bila balik,
bukak laptop, terus kemalasan mempengaruhi diri.
maka hilanglah segala ayat pasif dan aktif,
penggunaan imbuhan yang betul dan pengolahan isi-isi penting.
yang ada hanya virus-virus malas dalam kepala otak aku.

selalu sangat macam tu.
tadi aku ada buat aktiviti sikit.
pastu, teruja la nak letak dalam blog kan.
dalam bas nak balik kolej tu, dok pikir dah nak cerita macam-macam.
pastu bila balik,
hampehhh~


korang ada tak rasa cam aku?
ke aku sekor-sekor je yang mengalami sindrom-sindrom sebegini?

15 June 2009

kes buli yang semakin menjadi jadi


gambar pembulian ini telah tersebar dengan luas di internet.
sangat tidak berhati perut pembuli itu.

14 June 2009

http://apps.facebook.com/quizdoyouknowme/take_quiz.jsp?q=12233190&key=0TZE

ada orang kat sini minat adam lambert tak?

adah. ko minat suara dia je kan.
sesapa yang minat suara dan muka dia sekali, jom layan gambar.
bf dia boley tahan gak kan.
walaupun jalan kepit.
muahahaha.








13 June 2009

daily routine at home

okey.
ni cerita lama daa.
hehe.

cerita aktiviti aku masa kat rumah hari tu.
layan gambar nak?


kan aku kata nak bagi hadiah hari ibu+besday mama aku kan.
ha . ni lah dia.
share duit dengan adik aku.
besday mama 10 jun.


penat oh belajar balut reben kat youtube.
heee.
aku ni punya tak sesabar nak bagi hadiah ni kat mama.
aku memang camni.
aku akan belek hadiah yang aku nak bagi tu, pastu dok prektis, cara nak bagi yang betul.
memang tabiat aku macam tu.
aku balik rumah 5hb.
dah tak sabar-sabar dah nak tunggu 10hb baru nak bagi.
adik aku cakap suruh tahan.
tunggu sampai 10hb baru bagi.
kalau tak tak suprise la.
aku ni sampai kejang-kejang otot dah tak tertahan.
tangan tu sampai kebas, tak tahan nak bagi sangat.
adik aku cadangkan aku dikurung di dalam bilik air
supaya aku dapat tahan dari bagi hadiah tu.
eceh.
macam la, adik aku tak boleh tolong simpankan aje hadiah tu dulu.
heeee.
memang tak boleh pun.
sebab aku nak pegang.
aku teruja ok.
last-last, 7hb aku terus pi bagi hadiah ni kat mama.
masa tu aku tak diawasi oleh adik.
jadi aku terlepas kandangla.
hahah.
HEPI BELATED BESDAY MAMA.
luv u.

abaikan muka aku berminyak.

mama tengah layan cerita Matahari

adik tengah baca majalah aku yang diselongkar dari bilik aku. hurghh!

nampak dak kaki aku dok terkangkang tu. hehe

pasaraya 10 besar. nanti dah siap GIANT, aku da tak layan dah luu.hehe
pengumuman, di kulim pasaraya yang paling besar adalah GIANT yer.
tu pun still under construction.
takpe, dah nak dekat siap dah.
i lap yu KULIM.


dalam-dalam duit takdak, sempat melahap ke hep si.


eleh. eksen je weyhh. padahal adik aku yang drive.


huk aloh. sesat lak gambar neh. *sengih*


lu ingat lu best ke buleh drive.


tak berkenan sungguh aku dengan getah gelang tu.


muka ada serupa ka?

tak sabar la aku nak balik pulak.
hm.
tapi adik dah balik kolej dia.
pasni mesti dah susah nak jumpa dia.
sob3




kuasa besar hanis zalikha


ada sesapa tak kenal dia?

KELIK sini bagi yang tak kenal.

aku boleh kata hampir semua bloggers yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni akan link blog dia.
kenapa aku cakap camtu?
sebab aku pun sama.
masa mula-mula buat blog, aku link blog dia dulu.

aku ada masalah dengan dia?
owh . tidak. tidak.
belog dia memang best.

tadi aku takda kerja aku pun membuat lompatan bergalah ke blog-blog yang lain.
dan agak banyak juga blog-blog yang cara penulisannya macam si HZ ni.
dan juga MACHAM IZ PUNYE.
korang tau blog dia?
kalau taktau sila KELIK.

tak perlu kot meniru gaya penulisan orang lain yang FAMOUS AMOS hanya untuk menjadikan dirinya FAMOUS AMOS juga.

oh. oh. tiba tiba terfikirkan mengenai famous amos di kl sentral yang sungguh lazat sama lazatnya seperti penjualnya juga yang rupa-rupanya seorang warganegara bangladesh. tsk tsk (-_- ")

lebih kurang gitulah cara penulisan mereka. sampaikan HZ dan MIP wannabes' ni guna font yang sama jugak dengan blog HZ dan MIP! wth?

itulah kuasa besar HANIS ZALIKHA dan kawan baiknya itu.

well, tak salah kot kalau kita gunakan identiti kita sendiri.
tidak perlu kot meniru cara orang dengan harapan kita akan nampak cool seperti orang yang ditiru itu.

that's all for now.
adios~

12 June 2009

besties~




saat melepak bersama mereka sangatlah seronok.

good news~

ok.
the bad news dah revealed.
jadi skang good news plak.
tapi aku rasa macam dah basi plak.
sebab dah lama.
jadi old good news plak.
ke good old news?
ke old newspaper?
ke surat khabar lama?
ntah.

tapi tak pe.

memandangkan aku dah janji jadi aku cakap gak.
good news nya adalah...


tesis aku dah siap.
yeay!
yer, aku tau la menda ni dah basi.
orang lain dah hantar lama dah.
aku kot yang paling last hantar.
hahaha.

aku dah muak dengan tesis ni.
jadi aku sangat bergumbira bila dah siap hantar.
tebal kan aku buat.
170 pages tu weii.
aku kan pelajar yang hebat.
muahahahahahahaah.

mesti aku kena keji dengan korang ni kan.
ok, sila jangan tertipu yer.
tesis aku hanya 51 mukasurat sahaja.
yang lebihnya adalah skrip felem sweeney todd.
hahah.

muka ni nak buat sampai 170 pages??

'muka ni' merujuk kepada muka makhluk yang bertopi bukan makhluk yang bermisai itu.
terimakasih.

11 June 2009

bad news~

ko dah tau dah bad news aku ape wahai adah.

ok. bagi yang taktau.

alkisahnya, aku ni sangat teruja nak shopping secara online.
tiba-tiba dapat tau dari cik kekotak yang ada satu blog ni jual shawl murah gile.
satu shawl rm10 you.
tak ke murah.
jadi aku pun dengan tamaknya order sampai tiga.
rm3o semuanya.
ok,plz noted that, this is my first attempt in online shopping.
jadi haruslah extra teruja ok.
tambahan pulak, semua shawls yang aku order untuk raya nanti.

untuk tau sambungannya, silalah KELIK di sini.
segala kemarahanku, telah aku wakilkan kepada cik kekotak. (boleh lak gitu)
tapi serius.
aku sangat marah.
marah yang seriously marah ok.

marah yang extreme lagi dari aku marah apek (sila kelik untuk rujukan entri) tak guna tu.
sebab rm30 tu sangat berharga.
tambah-tambah dalam keadaan ku yang sedia pokai neh.
grrrrrr

ada muka tengah marah tak?
aku tengah marah ni.
kalau aku marah, aku suka mekap-mekap then snap gambar.

good news and bad news


nak mula dengan yang mana?
good news ke bad news?

result dah kuar weyhhh

alhamdulillah~
bersyukur dengan keputusan aku kali ni.
risau je takut pointer jatuh, handphone baru kena tarik balik.
hehe.
nasib baik naik.

10 June 2009

heloo everybody!


woih. dah berapa lama weyh aku tak update blog ni.
aku dah mesin dah rumput lalang yang tumbuh meliar di kawasan blog aku ni.

dalam dok mesin-mesin rumput tu, sempat la jumpa beberapa ekor haiwan liar yang berhabitat di blog aku ni.

ni menunjukkan dah berapa lama aku tak jenguk blog aku ni.

banyak entri-entri korang yang best aku terlepas.

takpe-takpe nanti aku tangkap balik ek.

eceh.
kecoh macam sebulan tak update blog.
padahal baru 3/4 hari.

hehe.

aku baru je sampai ukm petang tadi.

bermulalah kembali episod keboringan ku.

sebab tu aku update balik blog aku.
hehe.

dok rumah best.
dapat jumpa abah mama adik abu.
bukan senang nak jumpa adik.
oklah. nanti aku cerita lagi ok. ada dua tiga cerita yang aku nak gitau.
okes.


bubbyee


aksi datin waniey, isteri kepada dato' faizal yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera.

current mode : gedix

06 June 2009

padan muka aku.

padan muka aku kawan-kawan.
kunun-kunun malas nak update, tapi tak malu, update jugak.
hahah!
tapi itu bukan persoalan utama.
ada satu lagi masalah besar.
yer. seperti yang anda semua maklum, aku sudah selamat sampai di rumah.
seronok. aku turun di butterworth pukul 5pm, lepas tu macam biasa jelajah penang sampai pukul 12 am baru balik rumah. haha.
balik rumah jumpa abu. wahhh. abu sudah besar la wehh. tapi masih ganas macam biasa.
lepas tu, terima hempon baru sangat gembira, jakun dan teruja.
tido henpon, makan henpon dan minum henpon
pastu kerana jakun dengan henpon baru, semua benda aku tekan.
tekan sini teka sana.
download sini download sana.
ubah theme sini, ubah theme sana.
tukar pin code sini tukar pin code sana.
lepas tu tersalah tekan pin code selama 3 kali.
terus sim kena BLOCK!!!
uwarrgggghhh.
aku belum menamatkan lagi sesi kejakunan aku, hempon baru sudah tak boleh pakai.
arghhhh.
tension.
dia mintak PUK number.
mana aku ingat.
nak kol enchek boyfie tanya, tapi tak ingat nombor dia.
arghhhh!
(aku tak ingat sebab dia baru tukar celcom. maxis dia, aku ingat la. bukan salah aku k)
grrrrhh.
sekarang tido tarak hempon, makan tarak hempon, minum tarak hempon.
jadi kawan-kawan, hempon aku di off buat sementara waktu k.
aku hanya boleh belek-belek ja hempon aku.
belek sini, belek sana.
slide sini, slide sana.
tapi.
dalam keadaan hempon yang di off.
sadis kan keadaan aku?
sapa-sapa ada pengalaman sim kad di block, cakap kat aku k.
mungkin ada nombor celcom yang boleh aku kol. jimat sket masa aku.
mungkin aku akan pergi celcom centre untuk uruskan.
tapi adik+abah g kenduri, mama keja.
aku nak pegi dengan apa?
nak tunggang abu?
hahah.
perkara ini belum diketahui oleh abah.
kalau tau ..
mau dia tarik balik henpon tu.
bagi tak sampai satu hari, aku dah godek-godek sampai tak leh pakai.
tapi kan, kalau kita masukkan sim kad lain, dia boleh on tak eh?
________________________________________________-
ok guys.
problem solved!
hehe.
tah macam mana aku godek sini,godek sana.
kol sini kol sana.
try masukkan puk nombor.
ada 10 attempts semuanya.
last attempt tu baru boleh.
hahah.
ok.
nak sambung menjakunkan diri.
byeee

home

sekarang dekat rumah di kedah
hehhehe

04 June 2009

pengakhiran.

aku rasa macam dah malas la nak update blog ni.
aku hanya suka baca cerita orang saje.
jadi mungkin selepas ni blog ni akan bersawang, dipenuhi dengan sarang labah-labah dan rumput lalang yang panjang.
sekian.

03 June 2009

lambaian pertama dan terakhir

fuh. penat.
aku baru balik dari kedai.
gi jilid tesis aku.
alhamdulillah.
selesai jua akhirnya tesis aku.
walaupun masih ada lagi masalah tadi tu.
issh.
betul la cam lenka kata.
trouble is a friend

lepas habis jilid, aku pun pegila tunggu bas mini nak balik.
macam biasa la.
aku jadi model kejap kan.
tunggu bas tepi jalan.
dok tayang muka la.
apa lagi.
hahah.

sementara tunggu bas datang tu, aku suka perati kereta-kereta dan moto lalu lalang.
kalau kereta hebat sikit lalu, aku perati sapa drebar dia.
pastu banyak la assumption yang aku buat.
kalau lelaki muda yang bawak, mula la aku dok menyengih sekor-sekor, berangan.
kalau pompuan muda, mesti aku kagum.
kalau pakcik tua, aku buat bodo ja la.
hahah.

tengah dok perati-perati kereta,
tiba-tiba ada skuter ni lalu depan aku.
ada dua orang aweks.
pastu kan.
tetiba, pompuan yang bawak skuter tu lambai kat aku dengan ghairah sekali.
aku tengok,
pastu dengan automatiknya, aku membalas lambaian tersebut dengan penuh teruja sekali.
memang teruja ok.
siap sengih sambil nganga-nganga mulut sambil membeliakkan bijik mata.
teruja tak aku?
hehe.

sampai nak kena hentam dengan lori, skuter tu, sebab dia asyik dok lambai aku sampai skuter terhuyung-hayang.
lori tu dok belakang dia.
terkejut aku.
nasib baik takda apa-apa.

lepas dia dah melepasi aku.
aku sambung la tunggu bas.
pastu aku terpikir.
eh, sapa yang lambai aku tadi?
aku kenal ke dia?
napa aku balas lambaian dia??

aku takdak kawan yang pakai skuter biru.
sorang je kot kawan aku yang pakai skuter.
tu pun akak rumet aku.
tapi dia pakai skuter lain kaler merah.

laaa.
tah sapa-sapa tadi lambai kat aku.
siap sampai nak kena langgar lori lagi.
tapi takpa, yang penting aku membalas lambaian dia.
aku ni otomatik gi lambai balik.

at least dia tak keciwa kan, sebab aku balas lambaian dia.
cuba tadi, aku buat bodo ja kat dia.
mesti dia malu dan mengalami kekacauan jiwa lalu bertindak untuk membunuh diri dengan menghumbankan skuternya di longkang berhampiran.
bukan sahaja dia, malah pembonceng yang tidak berdosa itu turut menerima akibatnya.

jadi tak salah kot aku babai balek kat dia.
tapi sapa ek dia?
aku taktau lah, ransangan apa yang ada kat otak aku, yang membuatkan aku babai dia dengan begitu bernafsu sekali.

hm.
dia kenal ke aku?
ke muka aku ada iras-iras penyanyi kesayangan dia ke?

aku arap lambaian tadi merupakan lambaian pertama dan terakhir antara aku dengan dia.
ecehh.
dah macam aku clash dengan dia lak.
eheh

gedikan aku di waktu malam



napa aku rindu sama enchek boyfie nii.

uwarghhh.
tak puas lansung cakap tepon dengan dia tadik.
kesian dia letih baru balik keja.
aku sangat jeles dengan engkau wahai cik kotak kekotak.

ini chek girlfie.
gambar enchek boyfie saja takmau letak.
sebab ni bukan blog dia, ni blog aku.
hohohohoh.

02 June 2009

counting days..

Disebalik kesedihan yang bertimpa-timpa ni, ada jugak kot kegembiraan.

sedih bila:

*aku salah paham apa supervisor aku cakap, dan dah print suma tesis aku. dan kos nya kira-kira rm50. tiba-tiba supervisor dengan selamba berkata, kena edit lagi,dan perlu re-print. hahah. mungkin noni ingat aku anak sultan kedah.

*enchek boyfie tetiba dapat kerja part time dan aku tak dapat jumpa dia. dah sebulan tak jumpa neh. huhu. redha je lah.

tetapi gembira kerana:

*dapat balik rumah jumpa abah mama abu plus! adik yang cuti semester. hahah. gembiranya. rindu gila ni dengan depa-depa itu.

*dapat henpon. yeay!! serunut!.

*shopping selendang walaupun dengan keadaan diriku yang sengkek ini. huehue. shopping is da best medicine la weyhh. hee.

*tak sabar aku nak balik bagi hadiah hari ibu/besday kat mama. besday dia 10/6. aku satukan jela dengan hari ibu kan. botakla aku yang nak beli adiah dua kali. dahla aku memang kering kontang bak gurun sahara yang hanya ditumbuhi dua pokok kaktus yang berduri tajam sehingga boleh membunuh manusia. tragis tak tahap kemiskinan aku? sampai boleh membunuh manusia tu.

*nanti aku update kat entri ok, tunjuk apa yang aku beli kat mama. babaiii. lap u all. heheh.

01 June 2009

kawan


perlukah aku melayan kawan yang telah menyakitkan hati aku?
tak perlu kot.