03 June 2009

lambaian pertama dan terakhir

fuh. penat.
aku baru balik dari kedai.
gi jilid tesis aku.
alhamdulillah.
selesai jua akhirnya tesis aku.
walaupun masih ada lagi masalah tadi tu.
issh.
betul la cam lenka kata.
trouble is a friend

lepas habis jilid, aku pun pegila tunggu bas mini nak balik.
macam biasa la.
aku jadi model kejap kan.
tunggu bas tepi jalan.
dok tayang muka la.
apa lagi.
hahah.

sementara tunggu bas datang tu, aku suka perati kereta-kereta dan moto lalu lalang.
kalau kereta hebat sikit lalu, aku perati sapa drebar dia.
pastu banyak la assumption yang aku buat.
kalau lelaki muda yang bawak, mula la aku dok menyengih sekor-sekor, berangan.
kalau pompuan muda, mesti aku kagum.
kalau pakcik tua, aku buat bodo ja la.
hahah.

tengah dok perati-perati kereta,
tiba-tiba ada skuter ni lalu depan aku.
ada dua orang aweks.
pastu kan.
tetiba, pompuan yang bawak skuter tu lambai kat aku dengan ghairah sekali.
aku tengok,
pastu dengan automatiknya, aku membalas lambaian tersebut dengan penuh teruja sekali.
memang teruja ok.
siap sengih sambil nganga-nganga mulut sambil membeliakkan bijik mata.
teruja tak aku?
hehe.

sampai nak kena hentam dengan lori, skuter tu, sebab dia asyik dok lambai aku sampai skuter terhuyung-hayang.
lori tu dok belakang dia.
terkejut aku.
nasib baik takda apa-apa.

lepas dia dah melepasi aku.
aku sambung la tunggu bas.
pastu aku terpikir.
eh, sapa yang lambai aku tadi?
aku kenal ke dia?
napa aku balas lambaian dia??

aku takdak kawan yang pakai skuter biru.
sorang je kot kawan aku yang pakai skuter.
tu pun akak rumet aku.
tapi dia pakai skuter lain kaler merah.

laaa.
tah sapa-sapa tadi lambai kat aku.
siap sampai nak kena langgar lori lagi.
tapi takpa, yang penting aku membalas lambaian dia.
aku ni otomatik gi lambai balik.

at least dia tak keciwa kan, sebab aku balas lambaian dia.
cuba tadi, aku buat bodo ja kat dia.
mesti dia malu dan mengalami kekacauan jiwa lalu bertindak untuk membunuh diri dengan menghumbankan skuternya di longkang berhampiran.
bukan sahaja dia, malah pembonceng yang tidak berdosa itu turut menerima akibatnya.

jadi tak salah kot aku babai balek kat dia.
tapi sapa ek dia?
aku taktau lah, ransangan apa yang ada kat otak aku, yang membuatkan aku babai dia dengan begitu bernafsu sekali.

hm.
dia kenal ke aku?
ke muka aku ada iras-iras penyanyi kesayangan dia ke?

aku arap lambaian tadi merupakan lambaian pertama dan terakhir antara aku dengan dia.
ecehh.
dah macam aku clash dengan dia lak.
eheh

3 comments:

waNiFarees said...

hahahhahaa!!!!

Aku slalu jadi macam orang yang bawak moto tuh.. sebab aku rabun.. tah sapa2 ja aku p senYum2 lambai2, pastu.. bila da dekat, Tengok muka xkenai...Trus Malu sorang2..


HOoHooo.. tengKIu2 Kerana ada orang cam hg.. sebab memberi response..

Always Me! said...

waniey.
ang prasan dak ada org kt blkg ang?
atau kedai berhampiran?
mungkin dia dok lambai2 kat org blakang ka?
hehe..
:P

wanieybintang said...

waniFarees: ooo. aku agak2 la kan, mungkin yang babai kt aku tu tak nampak kut kan. mungkin lindung dgn helmet die ke?

anis: xda org. aku sorg je kt c2. mana da kedai berhampiran. huhu. aku dok tggu kat ktm tu.