Menyorot kisah pertemuan mereka, Irma berkata, dia bertemu suaminya ketika mengerjakan umrah pada 14 Februari lalu di Makkah. Pada awalnya, dia berkenalan dengan ibu mentuanya dan kemudian baru dipertemukan dengan Redza. Begitu pun, ketika pertemuan makan malam diatur itu, mereka tak banyak berbicara.
Irma berkata, ketika itu, dia dan beberapa teman diajak untuk menikmati makan malam bersama. Namun, sebelum pulang ke tanah air, mentuanya ada membisikkan ke telinga bahawa mereka sekeluarga mahu menjodohkan dia dan suami. Malah, tidak lama selepas itu, keluarga Redza datang untuk merisik.
Sebaik proses merisik, pasangan pengantin ini terus mengikat pertunangan pada 24 Mac lalu. Kurang dari tiga bulan majlis pertunangan itu dilangsungkan, Irma dan Redza selamat bernikah dengan diwalikan bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad.
Majlis resepsi mereka berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), malam Ahad lalu dengan tema 憊intage� moden.
Setia mengekalkan tema putih pada majlis resepsi itu, kira-kira 1,500 tetamu di kalangan keluarga, kenalan, sahabat sekolah, rakan artis dan wakil media hadir meraikan persandingan Irma dan Redza.
Ramai juga rakan artis yang kelihatan meluangkan masa hadir meraikan pasangan raja sehari itu antaranya Awal Ashaari dan isteri, Scha Al-Yahya, Rashidi Ishak serta Vanidah Imran, Tam Suhaimi, Sari Yanti dan Rabecca Nur Islam
Aku copy paste dari Internet kisah kat atas tu. Sweeeeeeeeet sangat la aku tengok semua gambar nikah Irma dan husband. Gambar semua macam malu-malu gitu. Comelll sangatt. Irma pun lawa gilaaa. Berseri-seri. Best kan, bercinta selepas kahwin? berbeza dengan bercinta bertahun-tahun sampai nak basi baru nak kahwin. Aku pernah gak berangan nak bercinta lepas kawen. Itulah kelebihan menjaga batasan semasa perhubungan. Bila dah kahwen, rasa macam takmo lepas je. Nak berkepit je. Aku pun banyak sangat khilafnya time kapel-kapel dulu.Pegang tangan la, cubit pipi la, kira bersentuhan dengan yang bukan muhrim lah cerita dia. Hmm. Sekarang kena kuat, takmau pegang-pegang. Bahagia kan bercinta lepas kahwen? Indahnya... Dahla berjumpa di Mekah. Irma, gua berdarah hidung tengok gambar-gambar lu dan kisah cinta lu. Wuuuu. Semoga berkekalan Irma. InsyaAllah.
1 comment:
Wanie,
Td baru je kejap td ak msg kt num ang..
Tp aku xsure ang masih guna that num or not.
Haha.
Aku msg just nak bgtau..
Bila ak tgk Irma Hasmie, aku trringat ang!
Muka ang cam dia kot!
Before this aku pernah bgtau benda yg sama kat ang kan?
Hahaha,
Post a Comment