22 June 2009

liquid eyeliner and pencil eyeliner


tadi aku tercari-cari pensel eyeliner aku.
sebelum ni memang ada, tapi aku campak merata-rata sebab aku dah ada liquid eyeliner.
jadi buat apa mau guna itu pensel eyeliner lagi.
dahla murah je aku beli.
dah tak berguna lagi, walaupun dah banyak berjasa kepada aku.
jadi aku campak merata-rata sebab buat menyemak je dalam almari aku.
liquid eyeliner aku lagi mahal.

sekarang, liquid eyeliner aku tak jumpa.
aku mana boleh tak pakai eyeliner.
mesti kena pakai.
jadi aku cari balik pensel eyeliner aku.
mana dia?
hilang.
hari tu aku nampak.
tapi dah lupa kat mana.

baru aku nak menyesal sebab tak simpan elok-elok.
sekarang aku perlukan sangat pensel eyeliner aku tu.
mana dia?
aku perlukan ko.
walaupun ko murah je,
tapi ko dah banyak berjasa dengan aku.

manusia memang macam tu kan?
bila sesuatu benda tu dah lama ada depan mata,
langsung tak reti nak hargai.
langsung tak reti nak jaga elok-elok.
langsung tak pandang.
benda yang baru, mesti akan dijaga dengan baik.
dipuji, dibangga.
walaupun pada hakikatnya,
benda itu masih baru dan masih belum serasi pun dengan kita.
tapi disebabkan benda itu baru dan mahal.
semuanya elok di mata kita.
bila benda baru tu buat hal,
rosak, hilang atau sebagainya.
baru tercari-cari kembali benda yang lama.
baru ingin balik kepada yang lama.

malangnya, benda yang lama itu sudah membawa diri.
menghilangkan diri kerana sering tidak dipedulikan.
dan barulah kita nak rasa menyesal.
menyesal kerana tak pernah menghargai apa yang pernah kita ada.

p/s: aku suka pakai eyeliner maybelline. tak kira liquid atau pensel.
p/s : entri menyindir. :)

4 comments:

adel said...

hehehehe...sonok tol...dari eyeliner ko leh create satu cite pengajaran cik wanie...ko memang layak bergraduasi sebagai pemegang Ijazah sarjanamuda sastera dengan kepujian Kesusateraan Bahasa INggeris..pastu ku tambah skali ngan anugerah dukun dari aku ae....hihi

wanieybintang said...

Oh fadli. ko jgn bikin aku perasan ek. hehe
berbekalkan anugerah dukun ko tuh, aku akan apply kerja sbg CEO di Petronas.
ko doakan aku semoga berjaya keh.

waNiFarees said...

erk... ada cerita tersendiri ek??? aku ni lembab sket bab2 sastera... heh..

kesimpulannya:
barang yang lama selalu dilupakan tapi bila da susah baru nak cari balik???

betoi x???

Balqis Riza said...

aku suke revlon..hehe