24 June 2009

rezeki atau mencuri?


kejadian ni berlaku beberapa hari yang lalu.
tetiba rasa nak cerita kat blog pulak.

macam biasa, aku balik dari ukm naik bas mini.
jejak je kaki atas tangga bas, mak aih, suma mata pakat dok hala kat aku.
dahla semua lelaki.
memula timbul la sikit bibit-bibit perasan dan takbur serta bongkak sebab orang tengok aku kan.
lepas tu aku amati muka sekor-sekor dalam bas tu, oh.
terus luluh hatiku.

memang pelbagai bangsa ada.
bangla, myanmmar, nepal, indonesial.
melayu?
aku sekor je kot.
eh, dua ekor.
campur dengan pakcik drebar bas.

lepas tu, aku dengar ah kan,
hp sapa tah dok bunyi tut tit tut tit.
memang taktipu ok.
bunyi dia memang macam tu.

tengok-tengok,
ohh. indon ni dok berbalas mesej.
jadi aku wat derk je.

pastu, dorang pun turun kat satu tempat ni.
aku nye seat memang depan sekali.
sebelah drebar bas.
jadi aku menghadap semua orang la.

aku baru terperasan,
mamat indon ni, tertinggal hp dia kat atas seat.
aku nak panggil dia tapi dia dah turun.

aku sorang je yang perasan.
orang lain tak perasan lagi sebab mamat indon tadi dok depan sekali.
jadi orang yang belakang-belakang tu tak nampak la.

ala. hp biasa ja.
yang bunyi tut tit tut tit tuu.

aku ni taktau nak buat apa.
nak bagitau drebar bas ke?
macam malas je.
aku nak amek ke?
malas ah.
aku pun dah ada hp.

lepas tu kan,
ada orang tekan loceng,
dia nak turun.
mamat bangla pakai kemeja kotak-kotak.
dalam perjalanan nak turun bas tu, dia ternampak la hp atas seat tu.
dari gaya dia, dia macam nak amek tau.

tapi aku tenung gila dia.
wat muka marah kan.
dia macam takot,
terus dia turun bas tanpa mengambil hp itu.

haha.
apa kes tah aku ni.
aku macam tak sampai hati tengok orang amek hp tu.
yelah, bukan hak dorang pun.
tapi nak pulangkan kat tuan dia pun takleh gak sebab aku tak kenal.


lepas tu, ada lagi tekan loceng,
dalam perjalanan nak turun bas tu, dorang pun baru perasan hp tu.
semua pakai nak amek.
tapi aku asik tenung ja.
pakat-pakat tak jadi amek.

last-last turn aku turun.
pas aku turun tu,
aku kompom la orang yang masih ada dalam bas tu terus kebas hp tu.

mesti bagi dorang, ni rezeki, jangan ditolak.
sebab nak bagi kat tuan dia pun, tuan dia dah turun bas.
haii.. rezeki ke mencuri?

4 comments:

Shafinaz Arshad said...

hOhh..bas mini ituu..
cm rOller cOaster pn adee..
ak pnah jtuh gedebak-debUk kt tngga
bas itu ok..
lagi la suma org pOkus kt ak...
haha~

waNiFarees said...

wah!! wah!! mahasiswi bertanggungjawab!! inilah rakyat malaysia cOntoh!!

Balqis Riza said...

hummm...aku rase tu rezeki kot..
hahaha...
tp nape ko tak amk bg kt drebar tu?? hehhe

wanieybintang said...

pinat: klu ko nak tau, roller coster itulah yang menjadi bmw aku setiap hari. dahla bas kiam da xwujud. uwaaaaaaaaaaa.
adat la tuh, jatuh dlm bas. mungkin ko nampak sngt elegan masa jatuh tu. tu yg sume pakat tgk.

mrsafiqfarees.
cuba klu hp yang tertinggal tu, sebijik pda atau blackberry atau nokia n76. mungkin cerita aku berubah sama sekali. heeee

balqis: takot pacik drebar tu teros simpan kat dia. haha
apahal tah aku ni.
belagak cam guardian angel kpd hp tu laks.