26 March 2010

dissapointed at myself.

.
.
apa yang anda perasan tentang gambar di atas?
aku tak pakai secalit mekap pun.
bedak pun tadak,
eyeliner tadak,

lipstick tadak, even lipgloss pun tadak,
blusher pun tadak.

apatah lagi eye shadow.
.
nampak cam kering kontang ja wajah aku.
aku bukan nak tunjuk best,
sengaja amek pic tak pakai mekap
kekonon nak tunjuk natural beauty ke apa
sebab aku tau aku mmg tak cun pun.
.
aku bukan sengaja tak pakai mekap.
aku tak pakai adalah sebab sebungkus beg mekap aku yang amat dicintai telah ditinggalkan di surau RnR Bukit Gantang.
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
gila tension, tau tak.
.
dalam beg aku tu,
ada simpanan koleksi barang mekap aku yg dikumpul selama 3 tahun tau.
segala compact powder dan apa kejadahnya lagi semua dalam tu.
sekali pencuci muka sekali aku sumbat dalam tu.
alih-alih aku dengan murah hatinya pi derma kat cleaner-cleaner kat situ.
.
masa tu aku pi solat isya' kat surau tu.
dah lewat la.
dalam pukul 4-5 pagi.
takda orang pun kat situ.
so aku enjoy la.
dok baring-baring, lepak-lepak kat situ after solat.
mekap-mekap semua siap.
.
pastu dah siap, pegi join abah n mama makan.
pastu dah habis makan,
teruskan perjalanan macam biasa.
pastu bila berhenti di RnR seterusnya,
aku nak cuci lens aku yang berhabuk tu,
nak cari casing lens dia yang aku letak dalam beg mekap tu,
baru pasan beg tu dah tadak.
gilagelabah aku time tu.
terus hilang mood.
.
dahla tengah sengkek.
beg mekap pi hilang plak.
so skang ni,
kalau nak keluar,
memang aku muka kering macam dalam gambar kat atas tu la.
even bedak pun tak pakai.
eyeliner lagi laa.
dah la eyeliner memang jadi kewajipan aku untuk pakai.
dalam beg aku tu ada 3 eyeliner.
liquid satu, pensel dua.
semua hilang.
uwaaaaaaaa
benci !!
.
skang ni satu habuk mekap pun aku takda.
langsung takda.
sayang gila la barang-barang yang hilang tu.
dah la banyak.
maskara la eyeshadow la,
berus berus segala jenis berus.
huhuh.
sedih i tauuu.
.
skang ni tak pakai mekap pun.
malas la nak pinjam bedak mama.
sebab aku tak suka campur-campur bedak.
cuma kekadang pinjam lipstick mama,
tapi merah menyala nyahh.
hehehe.
aku tempek sikit ja kat mulut,
pastu kemam-kemam mulut kasi dia kembang.
satgi orang dok ingat aku marylin monroe plak.
marylin monroe takpa, jgn marylin manson sudah.
.
so, tadi abah bagi rm 100 suruh pi beli apa-apa yang patut.
huhu.
mana cukup abah rm100.
compact powder ja pun dah brapa.
tapi aku tanakla merengek-rengek depan abah kan.
sekali dia PANGGG,
terus tak payah pakai blusher kan.
.
kalau merengek kat mama,
mungkin boleh dapat lagi rm100.
tapi kena tetiba berlagak rajin seperti,
iron baju abah mama, mop lantai, ngaji quran hari-hari,
masak yang best-best, sapu sampah.
boleh la dapat lagi rm100 tu.
boleh la beli yang asas-asas dulu kan.
tapi banyak gakla liku-liku hidup yang perlu diharungi sebelum dapat rm100 tu.
.
semalam pegi giant,
aku ingat nak amek kesempatan la kan,
nak campak-campak ja barang mekap yg aku nak dalam troli tu.
sebab aku tak payah nak mintak,
pakai letak ja dalam troli.
tapi apa laaa yang ada sangat kat giant.
dalam giant tu,
yang ada barang-barang mekap aku sikit pun dekat watson.
tapi takboleh.
susah kalau nak ajak abah pi watson semata-mata nak beli barang mekap.
dia akan jadi macam liat sikit.
bebelllll ja.
.
tapi kalau pi giant,
sambil-sambil shopping barang dapur tu,
aku boleh amek apa saja campak dalam troli.
aku pun tak payah nak mintak kebenaran nak beli ka apa.
kalau nak pi watson,
nak kena susun-susun ayat,
'abah, jom pi watson sat'
'nak watpa??'
'nak beli alat mekap'
'ok'
.
ok la jawabnya.
tapi nanti aku la yg kena bayar.
dahla duit tadak.
kalau masuk giant,
kompom-kompom la abah bayar semua yang ada dalam troli tu kan.
sebab tu la aku kata, kena susun-susun ayat yang betul supaya aku boleh masuk watson beli barang-barang aku dan abah yang bayar.
.
so semalam,
masuk dalam giant
aku ni taktau nak beli apa, kan.
boleh tak aku pi ambek pengasah pensel eyeliner tu yang berharga rm2.90?
eyeliner pun tadak, apa kejadahnya ko p amek pengasah tu waniey?
aku ni jadi macam blur ja taktau nak amek apa.
.
at least amek la berus blusher ka apa ka.
amek yang aku tak berapa nak mampu nak bayar.
last-last sharpener tu jugak yang aku capai.
hisss.
.
tapi takpala, bersyukur la dapat rm100 tu dulu. so japgi nak pegi beli compact powder dulu.
.
aku geram sangat kat diri sendiri pasal ni. careless ja memanjang. dari dulu sampai la skang ni. apa nak jadi laa dengan aku ni. hmm.

3 comments:

kOkO cokeLaT said...

perghhhh,
murah gile ati bapak ko kasik duet sratos utk make-up~~~
perghh..jeles yg amat..
ape2 pon, tompang sedih kat beg make-up ko yg ilang..

waNiFarees said...

wah!! entry ni banyak emosi..

alaaaa.. hg still lawa even xpakai make up pon..

beloglala~ said...

haha
org pompuan mmg suka bagi barang kesayangan kan:)