03 March 2010

kenapa aku bengang sama dia.

.
.
nak tau ke kenapa?
kenapa aku bengang kat adik aku?
tak pe ke kalau aku cerita kat sini?
korang diam-diam sudah la ek.
jangan bagitau dia k.
kita-kita tau dah la.
hehe.
dia jarang sangat tengok blog aku.
so selamaattt.
hiks.
.
takde,
camni ceritanya.
masa tu aku tengah bosan-bosan dok rumah,
jadi aku call la adik aku.
memandangkan aku ada sorang je kan adik.
takda kakak, takda abang.
so dia la tempat aku borak-borak pasal gosip-gosip keluarga.
hehe.
.
dulu sebelum aku ada bf,
masa aku dok uitm sa dulu,
hari-hari aku call dia.
sekali call melayang rm10.
ehehehe.
dah tak sapa nak call kan.
sebab kalau nak call abah mama pun,
dorang sendiri akan call aku.
abah call pagi,
mama call malam.
so, kredit yang ada digunakan untuk call adik aku.
nak harap dia call aku??
jangan harap deeee.
sampai sekarang pun aku kot yg selalu call dia.
.
tapi bila aku da start ada bf,
jarang sikit la call dia,
tapi aku still call ok.
tak penah lupa dia pun.
.
skang ni bila single balik,
aku selalu la calling-calling dia.
tapi aku bengang satu benda ja dengan dia ni bila aku call.
sebab dah banyak kali kot
bila aku call jadi camni.
.
yer, yer aku tau dia ada awek.
aku tak kisah pun.
dia nak ada 10 orang awek pun aku tak kisah.
asalkan jangan lupa mama abah.
.
so semalam aku call dia.
saja nak cerita pasal satu gosip hangat.
aku ni tengah kompiden gila babi dok cerita sampai berkerut-kerut kening,
tetiba aku dok dengar ada pompuan gedik dok gelak-gelak.
aku diam lagi.
aku teruskan bergosip.
pastu kan,
biasala bila dah banyak sangat dok bercerita,
air liur pun makin kurang la.
.
aku : bla, bla, bla, .... pastu, kan.
beliau : hahahaha. ekekeke.
*dalam hati. apahal dia ni, part yang lawak tak sampai lagi yang dok gelak apehal? mereng ke?
.
aku : hoi ! lu ni dengar ke tak?
beliau : aa? ya. ya. pastu apa? (cakap dalam nada tahan gelak)
masa ni aku dengar pompuan tu pun dok gelak-gelak.
.
aku paling pantang sekali.
serius aku paling pantang kalau aku tengah call sesiapa,
ada orang sibuk mengganggu di hujung talian.
dan orang yang aku call tu pun dok melayan orang tu,
memang aku rasa dua-dua orang itu adalah sangat BANGANG.
sebab tak respek langsung aku yang sedang berada dalam talian ni.
.
dan aku jugak,
sangat tak suka,
kalau aku, tengah call sesiapa,
ada kekawan, or sesapa jelah,
yang nak nyampuk-nyampuk apa yang tengah aku bualkan.
aku memang bengang.
mengganggu kosentrasi.
tapi kalau dengan kekawan,
aku tanak dorang berkecil hati,
aku akan lari keluar untuk mendapatkan suasana yang lebih aman untuk bercakap dlm hp.
dengan orang lain yang aku tak gelar kawan,
kena sound dengan aku kat situ jugak.
.
aku pun tak suka ganggu orang yang tengah on the phone.
walaupun yang dia call tu best friend aku ke, bf aku ke, mama aku ke,
aku tak akan nyampuk.
aku akan diam dan buat kerja aku lah.
orang tu penat-penat call,
kredit pun tengah jalan,
aku pulak nak nyampuk sesuka hati kan.
.
so berbalik kepada cerita tadi,
aku ter AMAT AMAT lah bengang.
aku tanya dia.
aku : ni dok tengah wat apa ni ha? nanti kak call balik ah!
beliau : ha, ok-ok (sambil tahan gelak) nanti adik mis..
tut..tut..tut..
.
haha.
aku letak terus kot.
geram siot aku.
sebab pompuan tu tau aku (kakak bf dia) yang call,
lagi menggeletis jadi nya.
sebelum ni pun camtu.
time aku call la
dia tetiba gedik nak cakap dengan aku la,
dok meroyan sekor-sekor kat belakang la.
dah bila aku nak cakap dengan dia,
tanak plak.
malu la takut la.
tak ke gile?
pastu dok gelak-gelak.
'hik.hik. tanakla.tanakla.maluuu'
sekali aku PANGGGGG,
terus putus saraf gedik ko kot.
tapi ok gak kalau putus saraf gedik dia tu.
takda la aku hangin.
hehe.
.
pas aku letak,
lama sikit pastu,
adik aku miss call.
haha.
jangan harap la wei aku nak call balik.
sakit hati.
aku marah dia, aku sms dia.
aku tego pompuan tu.
pastu beliau reply
'ala kak ni, sket-sket nak marah.'
'dok gelak2 pehal? bukannya orang dok wat lawak. tak respek orang, paham tak?'
'hmm. ntah'
.
hm.
malas aku nak layan.
yang boleh aku cakap,
i dont like that girl.
full stop.
.
ko tu aku rasa rupa ada la jugak.
pilih la orang yang sopan santun sikit.
orang utara lagi bagus.
dekat.
nanti kawen senang nak jaga ma abah.
tu yang penting.
.
aku ni pun rasa nak pilih yang utara la.
ceh ceh.
tetiba masuk bab aku plak kan.
bukan apa.
kami hanya dua beradik.
abah mama pun bukan makin muda.
aku nak sentiasa di sisi dorang.
tanak dok jauh dari dorang.
serius.
aku skang ni kalau dapat tawaran kerja kat selatan ke,
aku akan pikir sepuluh ribu juta kali.
aku tak sanggup nak tinggalkan dorang.
aku nak jaga dorang sampai akhir hayat.
ok,
sebelum aku meng'emo' kan diri.
aku stop di sini dulu ok.
assalammualaikum.

5 comments:

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.pehh gedik gile pmpuan tu
.mmg x layak jd adik ipar kakak
.tp klau i, sangat layak
.kan kakak kan kan? ;p

Anonymous said...

sekali aku PANGGGGG,
terus putus saraf gedik ko kot.
tapi ok gak kalau putus saraf gedik dia tu.

** haha. lawak gila ayat hang wani. pangggg kan aje. senang. aku paham. aku pon ada adik laki. heehe :D

ur silent reader,
Ainil. - hang kenai ke tak lagi aku ni. hehe

sweetsuraya said...

hahaha....nk trgelak aku bace..
patut la bengang semcm....
tp gedik la bakal adik ipar ko...
ekeke..... ;p

waNiFarees said...

hahahha.. ayat hg memang sempoi!!

wanieybintang said...

dik intan :
erm, u tak takot ke kena dera dgn bakal kakak ipar u ni?
muahahaha

ainil :
aku ingat hg la weyh. ainil syafinaz kan? hik3.
xsangka hg dok baca blog aku yg penuh rapuan dan karutan ni.
masehhhh...

su :
xkan jadi la adik ipar aku kalu pangai cenggitu.

wani :
hehehe. ayat masa tga bengang. hehe