25 March 2010

facebook.

.
.
hari ni, aku rasa nak berhujah sikit.

hehe.
sebenarnya, dah lama aku nak bercakap pasal facebook ni.
aku rasa sekarang ni, boleh dikatakan hampir semua lah ada facebook,
makcik pakcik adik kakak abang, semuanya dah ada akaun fb sendiri.
sesiapa yang takda tu kira tak rock laa.
hehe.
.
ok, aku malas nak buat ayat macam tazkirah subuh plak kan.
aku just stret to ampang point ja.
.
aku pun ada fb account.
tapi aku punya account ni,
aku khas kan utk member-member rapat je.
yang tak kenal, memang tak approve.
sebab aku rasa sangat menyemak.
bukan apa,
hari tu ada aku ter approve seorang dua yang aku tak kenal,
terus hantar kat wall,
'hye, boleh kenal?'
adehh.
bikin semak wall aku ja.
.
so, dalam fb aku ni semuanya member-member aku ja la.
dan aku selalu jugak baca status-status depa.
dan apa yang aku dok nampak skang,
fb ni dah jadi macam tempat berperang ja.
.
contoh,
ada sorang member ni, aku namakan A,
asyik post status yang tension-tension ja,
tension dgn kerja dia.
ayat yang dia guna pun, boleh tahan tutuuuuutttt jugakla.
huhuh.
pastu ada sorang member aku ni B,
berkawan jugakla dgn si A.
dia pun letak status
'haaiii, orang lain pun ada kerja, tension jugak, tapi takdalah nak maki hamun cam dia'
haa..lebih kurang camtulah status dia.
dah macam nak bergaduh pulak kan.
aku ni tengok ja la dari jauh.
takda la nak masuk campur.
.
ada yang suka update status yang macam nak show off.
nak berlagak cam dia tu hebat lah secara tak langsung.
contoh : 'haih, letihnya baru balik dari shopping lcd screen komputer. habis rm 600++ hari ni.'
'hm. duit dah cukup nak beli alza ni, nak beli kaler apa ya?'
'i feel stupid when i speak kedahan. i better stick to english'
banyak lagi sbnarnya.
tapi aku mcm dah sakit hati nak ingat banyak2.
budak ni mmg aku bengang dgn dia.
smpai aku block dia dr fb aku.
hahaha.
sbb status dia semua sangat annoying.
tambah-tambah bi grammar berterabur gila,
pastu nak update in english.
aku pun bodo gak english, tapi at least aku takda la nak show off cam dia.
mentang-mentang lah dia cikgu bi,
dia ingat dia dah tere sgt kot.
ok, maaf,
tetiba aku menjadi emo
bila bcakap pasal dia.
hehehe.
sebab aku mmg nyampah gila lah dgn status2 dia kat fb.
.
ada jugak yang suka show off pasal keja dia.
contoh :' haii, lepas ni nak kena pegi ****** (tempat glemer) nak buat keja. letih.letih.'
'duit asyik masuk ja ni, wakakakaka'
yalah, aku tau kau dah keja glemer skang.
tapi tak perlu nak show off kot.
.
.
kat fb jugak,
aku terjumpa rakan2 lama aku.
yang aku terkejutnya,
dulu masa kat sekolah,
pakai tudung labuh tu,
skang ni,
aku dah mcm tak kenal dah depa.
clubbing, merokok, pakaian yg ntah apa2 la.
hurmm.
tapi mungkin dorang berfikir,
tu hak dorang nak pakai camna pun,
asal dorang tak ganggu org lain.
.
bagi aku,
bagi aku la kan.
memangla tu akaun fb aku,
memang aku punya suka hati nak upload pic apa pun,
update status apa pun.
tapi aku tak boleh la.
sebab kita hidup bermasyarakat.
banyak mata yang memerhati.
contoh, dalam akaun fb aku tu,
ada member-member aku, ada sepupu sepapat aku.
so, aku sepatutnya ada limit la kan nak buat apa-apa.
sebab orang boleh judge personaliti kita just melalui status2 kita dan pic2 kita di fb tuh.
mungkin org cakap, nonsense lah.
tapi mmg camtu.
masyarakat malaysia mmg camtu.
.
contoh,
dalam fb, dok update status pasai cintan 24 jam.
takpun, kalau sakit, satu hari tu lah, dok update psal sakit dia tu,
atau kalau putus cinta, seminggu dok update pasal kekecewaannya.
aku tak la refer kat sesapa kan benda ni.
cuma dari status-status kita kat fb tu, orang akan nilai kita.
.
aku akui adakala nak luah perasaan kat fb.
nanti member boleh bg nasihat yg akan menenangkan hati kita.
ok, itu betul jugak.
kalau sekali sekala, takpa boleh.
ni dah setiap kali update status, nak marah, nak maki, nak cintancintun, nak show off, nak sgalanya.
bosan gak org.
.
slalunya kalau dapat kes camni,
aku hide ja status dorang dari pandangan aku.
takdalah aku nak pegi komen2 panas kat status dorang kan.
ehhee.
cuma bagi kes budak yang aku emo kat atas td tu,
aku dah fed up sgt dgn dia,
so, aku block terus.
hehe.
.
ada lagi satu kes,
baru-baru ni.
tetiba ja kan,
member laki sekolah aku,
komen gambar2 aku.
agak pedas jugakla komen dia.
taktau lah apa motif dia komen camtu.
sebab sebelum ni, aku bgurau senda dgn dia tu pkara biasa.
tapi kali ni mcm over the limit pulak.
so, aku pun block lah dia.
bukan apa,
komen dia tu tak logic.
lain lah kalau aku pakai yg seksi2 ke,
dia nak komen pedas2 aku paham lah kan.
ni, tang mana lah salah gambar aku tu.
ada satu gambar tu,
komennya cam ni
'kesiannya. dah apply elaun OKU?'
well, mesti korang ingat dia nak bergurau ja kot dgn aku.
aku memang boleh terima gurauannya tu kalau gambar aku tu, memang aku posing cam bengong-bengong.
ni tak, aku senyum, mcm biasa.
gambar aku tersenyum macam biasa.
so, aku macam terasa lah.
apa masalah dia dgn aku?
.
satu lagi gambar,
aku rasa penah aku tempek kat sini.
aku pakai cardigan labuh panjang.
komen dia
'pakai cardi tu sah nak cover baju nampak pusat'
errr.
apa masalah dia?
and ada lagi satu gambar.
aku tengah sengih.
cam biasa la kan.
aku kat bajet hawttt.
hahahah.
padahal huduh nak mapuh.
dia komen.
'harap dapat menutup aurat pasni, thanks.'
erk!
aku ni hairan sesangat lah.
celah mana plak aku tak tutup aurat dalam pic tu.
puas aku tilik dan belek pic tu.
tudung pakai, pastu pakai baju kurung pulak.
so???
aku motif si beliau itu???
.
hm.
tapi fb ni banyak gak kegunaan dia.
aku dapat tengok update2 kawan-kawan ku yang dirindui.
dapat komen-komen.
walaupun jauh, tapi dekat di alam mayat.
eh, alam maya.
so tu jalah.
maaf lah sebab panjang.
mesti bosan kan.
k bye.

3 comments:

waNiFarees said...

sangat2 setuju wei.. aku pelik ngan laki camtuh.. ada sorang laki tuh.. dalam status aku dok kata sewel sampai 3x.. apa masalah dia.. bila aku xreply dah komen2 dia, dia kata aku emo.. menyampah gila..

wanieybintang said...

aku rasa la kan, makhluk2 yg nak mengganggu kita tanpa sebab ni adalah mereka2 yg dengki dgn kita kot. tensen gak aku kkdang

peAnut said...

hahahahaha~
ko da blok upenye??haha..
adoiii..ak ni dok tahan nii..
tgk pertimbangkn nk blok or hide update dr 'dia' tuhh..huhh
freaking annoyinggggg!!!