04 March 2010

kekeliruan

.
ni aku nak cerita sikit ni.
hehe.
aku ni sedang berkira-kira nak beli lens baru.
lens aku ni dah nak cukup 6 bulan dah pakai.
so, aku nak tukar.
lagi pun dah bosan pakai yang ni.
.
so aku pun pegi la survey kat blogshop lens tu.
JJ.Lens kot nama blog tu.
dulu pun aku beli kat situ.
.
dah survey-survey, ada yang berkenan di hati.
so aku dah ingat code lens tu.
.
keesokan harinya
aku pun melawat blog contact lens tu.
nak cari email dia,
nak order.
dah dapat email address dia,
aku pun emailkan order aku tu.
selalunya cepat je aku dapat reply.
ni lambat plak.
.
so, aku pun pegi la ke blogshop tersebut untuk bertanyakan mengenai hal itu.
aku type kat chatbox dia.
aku tanya, kenapa tak reply my email.
aku ni dahla nak bank in awal-awal.
malas nak tangguh-tangguh ,
dengan cuaca pun panas terik ni.
malas nak pegi lewat-lewat.
.
pastu dia kata dah reply pun email aku.
aku cakap, mana ada.
takda pun.
send lagi sekali.
dia send lagi dan bila aku check,
tak da pun jugak.
aku angin gak time tu.
aku cakap, mai no pon,
aku sms je apa model yg aku nak,
senang cerita.
.
pastu dia kata takboleh bagi
nanti kredit dia habis cepat.
laaa,
hari tu senang je aku nak msg dia,
apsal kali ni susah pulak.
.
pastu aku tanya dia,
lens yang aku nak order tu bila boleh sampai?
ada ready stock tak?
ke kena pre order?
ready stock = lens yang dah ada dalam simpanan dorang. harga mahal sikit. tapi sampai kat kira cepat.
pre order = kena order dulu, dalam dua tiga minggu baru sampai. harga lebih murah.
.
aku ni nak yang ready stock.
yala, aku ni kan tak reti sabar.
agak jakun nak pakai lens yg aku order kan.
bak kata orang utara.
tak dan dan.
atau pun,
tak menyempat.
heheh.
.
pastu dia kata takda ready stock
ada pre order je.
laaa.
hari tu aku tgk dalam blog dia,
dia kata ada ready stock.
pastu dia dok terang mende tah kat aku,
aku jadi tak paham.
kena order sebelum batch closed la.
takpun nak ready stock kena order after 7-8 days after batch closed.
mende ni??
tak paham aku.
dulu aku nak order senang je.
anta email,
dia kasik no akaun bank,
aku pi bank in,
dalam dua tiga hari aku dah dapat.
.
ni macam banyak songeh plak.
pastu aku dok wat tak paham dalam chatbox tu.
penuh kot dengan nick aku seko je dalam tu.
heheheh.
pastu harga pun macam mahal je.
.
pastu, selang dua tiga hari pastu.
lepas aku pikir masak-masak,
ok la, aku dah isi form yang dia suh aku isi kalau nak order.
dulu tak da pun nak isi-isi form neh.
.
pas aku isi,
aku pun pegi blog tu balik and
inform yang aku dah isi form tu,
pastu boleh dia reply macam tak kenal aku plak kan.
dia cakap,
u nak order apa ni?
i takda terima apa-apa pun.
hak elaa pompuan cina ni.
aku lepuk kang.
.
aku macam bengang je.
apsal macam bengong je aku rasa.
so, aku tensen,
aku pun pegi la bancuh milo.
hehehe.
macam tak relate je bancuh milo dgn contact lens.
.
selang dua tiga hari,
aku pun pegi survey lagi blog tu.
kononnya kali ni nak order pakai nick lain lah.
taknak guna nama aku
sebab aku kan dah menimbulkan kekecohan.
hehehehe.
.
aku klik dekat JJ.Lens tu.
dok belek-belek.
tapi yang aku nak order tu napa takde pun.
hari tu ada pulak.
hurmmm.
.
pastu aku dok belek dashboard blog aku ni
saja belek blog list aku.
baru aku pasan, aku follow dua blog lens. JJ lens dan purple lens.
haaaa.
aku dah tau dah.
.
rupanya aku dok wat keliru la sebelum ni.
aku order kat blogshop lain,
pastu dok pi marah tuan punya blogshop yang lain.
muahahaha
.
jadi kompius tau.
sampai aku pun kompius.
patut la aku tengok berubah-rubah je harga and model lens.
aku tak pasan sangat sebab macam sama je blog dorang.
hehehehe.
kesian kat dorang kan,
jadi kompius sebab aku.
.
yang aku nak order dekat JJ.lens.
tapi aku dok wat serangan hendap dekat purple lens.
hik3.
.
so aku secara berhemahnya pegi kat JJ lens.
dan pastikan tu mmg JJ lens,
dan order sekali lagi.
okey je.
takda masalah pun.
esok aku bank in duit.
ehehehhe.
.
kepada korang yang nak order lens ke kan,
meh le sini JJ.lens
setakat ni, kat situ aku rasa paling murah.
yang lain mahal benar.
1 pair sampai rm 50, 60, 70.
fuhh.
tapi aku terkompius gi masuk kat sini, Purple lens
situ agak mahal,
pastu banyak songeh.
hehehe.
.
oklah.
lenguh tangan dah.
bubbyeee

No comments: