29 December 2011

Update.

Dah bosan dengan segala status menangis, bersedih, marah dan macam-macam lagi pasal Tentang Dhia, bukak pulak blogspot, tengok di dashboard pun, entri semua mengenai Tentang Dhia jugak? Adoi. Aku hanya tengok Tentang Dhia episod pertama kemudian, tv pulak takda siaran (di rumah sewa) dan membuatkan aku lupa seketika tentang drama tu. Sekarang aku kembali ke rumah sewa, dan bosan sebab tv di rumah ni hanya ada siaran TV3 dan NTV7, jadi terpaksa lah layan TV3. Kebetulan sewaktu tekan suis tv Tentang Dhia sedang ke udara.Tak sangka pulak itu adalah episod terakhir. Kelakar pulak aku hanya sempat tengok episod pertama dan episod terakhir. Takpe, kita lupakan sebentar tentang Dhia, cerita tipu yang telah berjaya mengalirkan air mata penonton-penonton di luar sana.

Cuma nak update sikit, sekarang ni musim menyuarat. Walaupun cuti sekolah berlum berakhir, tapi aku dengan gigihnya hadir ke sekolah untuk mesyuarat selama lima hari sehingga pukul 4 petang. Saya yang menurut perintah tak layak untuk membantah. Aku dah rasa selesa sebab, banyak perkara yang buat aku serabut dulu, aku dah mula faham satu persatu dengan bantuan guru-guru di sini yang sangat-sangatlah baik hati. Guru besar yang memahami. Apa lagi yang aku nak? Ini semua lebih baik dari apa yang aku harapkan. Aku sampai sekarang masih hairan kenapa mereka sangat baik, sanggup membantu aku, bergurau senda dengan aku, berborak dengan aku padahal aku satu-satunya yang lain bangsa di situ. Aku tau, sempit kan pemikiran aku? Tapi aku cakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman aku sewaktu menjalani 'Pengalaman Berasaskan Sekolah' dahulu di SJKC jugak, menunjukkan guru-guru di sana agak bersifat perkauman. Entah la, mungkin tempoh beberapa minggu di sana belum cukup untuk aku menghakimi mereka. Tapi first impression aku pada mereka dah lain. Bukan kah first impression itu penting? Dan juga pengalaman aku mengajar anak-anak berbangsa ca ya nun alip sewaktu di pusat tuisyen dulu menggambarkan betapa mereka bersifat perkauman. Tapi lain pula di tempat aku ni. Semua sangat lah baik. Aku bersyukur sangat aku ditempatkan di sini dan tidak di tempat aku menjalani program 'Pengalaman Berasaskan Sekolah' dahulu walaupun sekolah itu terletak dekat sangat dengan rumah aku.

Sepanjang mesyuarat ni, pelbagai isu dibincangkan. Dan pelbagai tanggungjawab diagihkan sebagai persediaan untuk tahun 2012. Bahu terasa berat. Tapi stail aku, aku malas nak fikir banyak, malas nak serabut. Macam kawan aku kata 'worrying is like you holding an umbrella waiting for the rain to pour down'. Paham tak? Macam, kau serabut, risau, dan fikir pasal masalah tu sampai satu kerja pun tak jalan sebab kau asyik fikir masalah tu. Jangan macam tu. Bazir masa. Walaupun banyak kerja, dan ada yang aku pun masih keliru tentang apa yang perlu dibuat, aku hanya mahu tenang. Sebab, aku bukan keseorangan. Ada lagi 10 orang guru di situ yang boleh membantu. :) Sekarang strategi aku, siapkan kerja yang perlu dihantar dahulu, yang akan dipantau oleh PPD (takut !) dahulu. Sebab, kalau kau terus fikir untuk berpuluh-puluh kerja yang kau kena buat tu, otak kau terus akan jadi jem strawberry. Jadi, kita setel satu-satu dahulu mengikut keutamaan. 

Jangan fikir bilangan murid di sekolah aku kecil, maka kerja pun sikit. Mungkin bab menyemak kertas ujian atau buku latihan tu bukan lah beban utama di sekolah aku ni.Tapi urusan pentadbiran yang menjadi keutamaan. Buat masa sekarang aku kena update setiap fail yang ada. Fail KSSR, Fail Panitia, Fail Showcase, Fail Induk, takpayahlah nak jelaskan lebih-lebih. Buat orang muak je. Nasib baik aku tak pegang jawatan Ketua Panitia BM memandangkan satu-satunya guru BM dah bertukar. Tapi aku kena jugak mengajar BM Tahun 1 dan Tahun 6. Memang aku orang Melayu dan pandai cakap Melayu, tapi bukan senang nak mengajar Bahasa Melayu. Tapi jangan serabut, aku akan call Kak Noor (guru BM sebelum ni) untuk mendapatkan tips-tips. 

Lupa nak cakap, tetiba GB lantik aku jadi Guru Penyelaras Sukan, Guru Ko-k dan apa lagi ntah aku pun dah lupa. Selambe badak je aku lupa kan? Takpe, nanti aku semak carta organisasi. Aku yang tak suka bersukan ni dilantik jadi Guru Penyelaras Sukan? Terbaik. Saya yang menurut perintah.
.
Itu je kot yang aku nak cerita. Assalammualaikum

23 December 2011

Penghujung 2011





Semua gambar di atas diambil di negeri yang berbeza. Best sangat dapat bercuti dan jalan sana sini. Banyak lagi gambar tapi ada pemalas nak upload dan ada gambar yang aku dah terdelete dari fon. Dem! Ni yang tak suka fon touch screen ni. *tetiba*

P/s : Lama jugak aku tak update blog ek. Mood tak mari lagi ni.

16 December 2011

Tak Habis-Habis

Assalammualaikum. Uhuk-uhuk. Maaf, aku batuk. Tapi memang aku masih belum sembuh batuk pun. Wuwuwuw. Letihnyaaa. Dah nak dekat dua bulan dah batuk batuk dan batuk. Lepas makan antibiotik tu, rasa cam dah nak lega. Dah makin kurang. Tapi tetiba pada suatu hari, aku rasa lain macam. Rasa ni sebijik rasa macam aku rasa masa aku muka-mula nak batuk dua bulan dulu. Tekak rasa cam perit sikit. Dem. Bila batuk dah nak mula lega, tetiba simptom-simptom nak start batuk tu ada pulak. Sampai ke sudahla aku tak lega batuk camni. Uwaaaaa. Sekarang ni, dengan selsema pun turut mengambil acara. Aku rasa sungguh kiut macam baby bila hingus meleleh-leleh di hidung. Kiut kan? Tetiba rasa kiut macam adik sin chan. Tapi walaupun kiut, aku tetap tersiksa menanggung beban ini. Huhuhuh. Tapi bila difikirkan, ni baru sikit je. Nak dibandingkan dengan orang yang sakit eksiden ke, sakit barah ke, yang lebih teruk tu. Setakat aku yang batuk-batuk ni apa lah sangat kan. Jadi aku kekadang rasa malu pada diri sendiri dan Allah kalau aku dok mengeluh yang gedik gedik macam ni. Cuma aku berdoa je, supaya batuk dan selsema aku ni cepatlah sembuh.

So, itu je kot. Ok. Bye

14 December 2011

Mana you ni sayang?

Assalammualaikum. Aku tertanya-tanya ni, di mana dia sayang aku. Ala, si pemalu yang malu sangat nak letak nama dan link sendiri lalu menggunakan nama samaran untuk mengomen di cbox aku. Oh ya, lupa pulak, aku dah remove cbox aku, patut lah dia senyap je sekarang. Sebenarnya, aku nak tengok lama mana si anonymous ni nak komen kat cbox aku tu. Asal dia komen je, aku delete, Asal dia komen je aku delete. Lepas tu, aku sengaja remove terus cbox tu. Dengan dia-dia sekali kena remove kot, sebab diam je ni. Sayang baby, I rindukan usikan dan kutukan manja u terhadap I. Mana u ni? Takkan u pemalu sangat sampai taknak dedahkan identiti u yang sebenar. Ke u ni pengecut? Hik Hik Hik (gelak gedik).

U mesti benci tapi rindu kat I kan?? Baik u mengaku sekarang. U konon je komen di cbox I cakap blog i ni annoye (annoye? so cute!!) u. Tapi hari-hari u masih gigih singgah blog I untuk tinggalkan komen. Emmmuahhh! Sayang u sangat. Terma kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi u tu. Tapi kesian kat u pulak sebab I dah remove cbox I tu. Mesti u dah meroyan kan sekarang ni, tak dapat komen I? Takpe, u boleh emelkan je kutukan u tu di wanieybintang@gmail.com I nantikan warkah cinta u ok?

Erm. U takde keje ke kat rumah? I tengok u macam banyak sangat masa lapang sempat lagi komen-komen di cbox I. U nak keje tak? I boleh bagi. Erm. U boleh tolong siapkan fail orientasi I yang I tak sentuh lagi tu. Eh. Jap-jap. Tapi u kan IQ rendah sangat serendah tapak kaki I. Mesti u tak reti nak buat kan? Ok, lah. I taknak susahkan u jadi u boleh tolong cuci jamban rumah I je. Senang je. Tak susah. Tak memerlukan pemikiran yang banyak. :) I harap u sudi terima tawaran I ni.

Oklah u. Jangan lupa kirimkan warkah cinta ke emel I k. Byee. Sayang u sangat.

P/s : Aku rasa cbox tu macam menyemakkan blog aku lah. Dengan dok iklankan blog bisnes lah apa lah. Jadi rimas. Jadi aku remove kan aje. Kalau ada pape, tinggalkan sahaja komen di entri ye? :)

12 December 2011

To My Hater

Kecoh je tajuk kan? Hehe. Tapi nak buat macam mana, memang nick dia 'Your Hater' pun. Jadi aku merujuk kepada nick dia lah ni. Okey, kepada cik 'Your Hater' 'annoye' adalah merupakan ejaan yang salah yer. Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut adalah A N N O Y. Diulangi A N N O Y yang bermaksud menjengkelkan. Tapi comel gak perkataan 'annoye' tu. Nanti nak letak nama ikan aku 'annoye' lah. Dibaca dengan sebutan a no yay. Hehe Thanks for your idea!

Gaji oh Gaji

Assalammualaikum. Sekarang ni aku tengah mengira hari untuk gaji aku masuk. Hari tu aku tanya kakak kerani tu, dia cakap 19-20 haribulan, masuklah gaji aku tu. Aku dok berkira-kira berapa la aku nak dapat kan, lepastu kakak kerani tu terus tunjuk kat aku satu kertas ni lebih kurang macam kiraan gaji aku la, aku pun tengok la. Wuiii. Naik juling aku tengok. Hehe. Itu belum campur gaji bulan Disember dan bonus RM1000. Ka ching!! $$$$. Tak sabar nye aku. Tapi aku dah berjanji pada diri sendiri taknak boros dan boroi lagi. Tahun ni kena berubah. Simpan duit banyak-banyak dalam bank. InsyaAllah.

11 December 2011

Anak-anak kesayangan

Dari kiri : Masyitah, Azimah, Razak dan Bancha


Sebahagian daripada murid-murid Tahun 6. Baru-baru ni aku ke sekolah sebab menghadiri kelas tambahan. Rilek je kelas tambahan sebab murid pun berapa kerat je yang datang. Paling ramai pun 6 orang sebab Tahun 6 memang 6 orang je. Aku cuma bingung je sekarang sebab aku dah taktau nak buat apa dengan seorang pelajar ni. Bancha namanya, dan berketurunan Siam. Dia memang lah seorang budak yang sangat baik, rajin dan mendengar kata. Tapi dia tak tau membaca langsung. Dahla tahun depan dah tahun 6. Camna dia nak menghadapi UPSR? Aku bagi latihan Tahun 1 yang senang sangat pun dia tak boleh siapkan. Sedihnya aku. Aku taktau nak ajar dia dari mana. Nak ajar asas ABC ke? Aku ajar dia mengeja pun dia lambat sangat dan cepat lupa. Dia memang fassih berbahasa Melayu walaupun berketurunan Siam. Mungkin sebab tinggal di kawasan majoritinya Melayu kot. Tapi nak mengeja dalam Bahasa Melayu pun lemah apatah lagi Bahasa Inggeris. Aku kekadang marah jugak dia. Aku ni garang jadi kalau handle bebudak camni sebolehnya aku kena kawal kemarahan aku sebab tak nak dia down dan rasa rendah diri dan malu pada kawan-kawan lain sebab kekurangan dia tu. Tapi dia lah yang paling rajin datang kelas. Tak pernah ponteng walau sekali pun. Hurm Camne ye? Aku perlu garang ke dengan dia? Mungkin kalau garang, dia lebih berusaha?

Ombak Rindu Tidaklah Sehebat Ombak Tsunami

Assalammualaikum. Bila dah tengok ramai sangat yang teruja, termenangis (termasuklah jantan-jantan lembik. duhhh~) tersebak dan macam-macam ter lagi lah. Aku membayangkan Ombak Rindu adalah sehebat tsunami atau mungkin lebih hebat. Tapi bila dah tengok filem nya semalam, aku boleh simpulkan, aura Ombak Rindu tu sahaja yang kuat. Isinya, hanyalah seperi ombak kecil yang beralun dan tak mampu pun nak menterbalikkan sampan kecil apatah lagi kapal selam. Aura sahaja yang kuat. Siapa yang bertanggungjawab menguatkan aura Ombak Rindu ni? Mungkin orang-orang di luar sana yang terlalu cepat bersimpati dengan watak-watak yang kadang-kadang macam tak lojik pun ada.

Selalunya, sebaik saja aku keluar pawagam, mesti aku akan berasa puas dan akan buat discussion sikit tentang filem yang dah ditengok. Tapi bagi Ombak Rindu ni, lepas tengok aku rasa macam serabut, kusut dan kepuasan tu ZERO. Lepas keluar tengok wayang, terus pegi makan dan tak bincang langsung pasal filem tu. Hahaha. Ini adalah sesuatu yang berbeza. Kalaupun aku dah tengok satu filem yang macam sampah, sekurang-kurangnya lepas keluar wayang, pasti aku dan kawan aku or kazen aku (yang teman aku tengok wayang ) akan memuntahkan segala ketidakpuashatian kami terhadap filem tu. Kutuk-kutuk, kritik scene ini kritik scene itu. Tapi bagi Ombak Rindu ni, takda kritikan mahupun pujian. Mendatar. Plain. Kosong. dan stereotaip. 

Seperti yang semua tahu, Ombak Rindu adalah daripada hasil adaptasi sebuah novel. Novelnya aku dah baca dulu, di zaman aku buat ijazah dulu. Biasalah novel Melayu. Banyak kebetulan sana sini dan watak nya kekadang terlalu sempurna sampai tak tercapai dek akal. Aku sebenarnya tak ingat samada aku baca separuh je novel tu atau, aku langkau baca dari awal terus langkau ke mukasurat terakhir, aku kurang pasti. Tetapi yang pasti aku ada la sinopsis Ombak Rindu dalam kepala aku. Dan aku fikir, kalau diadaptasi kepada novel, mungkin best sebab pengarah mungkin pandai mengolah jalan cerita kepada sesuatu yang lebih lojik tanpa mengubah jalan cerita asal. Rupanya tidak. Bagi aku, Lagenda Budak Setan lebih baik bukan kerana Farid Kamil yer. Hehe. Lepas tengok Lagenda Budak Setan, adalah terkesan sikit dalam hati aku ni,Mungkin sebab lagu filem tu dulu ada lah kaitan dengan hidup aku pada waktu tu.

Dalam panggung tu, time aku pegi tengok Ombak Rindu semalam, penuh dengan pasangan-pasangan kekasih. Kalau kau ni jenis tangkap leleh ha, bolehla bawak pasangan pegi tengok. Okey, meh aku nak cerita sikit sinopsis filem ni bagi sesiapa yang taktau. Mengisahkan Izzah seorang gadis kampung yatim piatu yang tinggal bersama pakcik dan makciknya. Pakciknya jahat, suka ambil kesempatan terhadap Izzah. Ni stereotaip kan? Berapa kali dah aku dok tengok tengok drama Melayu pesen camni. Dirogol pakcik, pastu si pempuan tu punyalah lembik. Pasrah je sambil nangis. Duhhh~ Izzah ni gadis kampung yang baik, jadi ustazah kat kampung ajar budak-budak mengaji. Part ni pun streotaip. Agama Islam bukan hanya terletak pada mengajar bebudak ngaji ataupun bertudung litup. Islam adalah lebih daripada itu. Pengarah nak tunjuk Izzah ni seorang gadis kampung yang baik dan ada asas agama yang kuat, jadi wataknya ditonjolkan sebagai seorang ustazah yang mengajar bebudak mengaji. Adoiii stereotaipnya haiii.. Belum lagi campur Maya Karin mengaji yang tajwidnya pun entah ke mana, tetapi jadi ustazah ajar bebudak mengaji. Camna? Diri sendiri pun salah, nak ajar orang lagi. Contohnya, aku dengar Maya baca surah Yassin. Huruf 'Ain, dibaca seperti Alif. Yang harus didengung tak berdengung. Part ni aku rasa Maya kena asah lagi dengan ustazah yang lebih arif sebab ni melibatkan ayat-ayat suci yer. Maya ada cakap part yang paling susah adalah part mengaji Al-Quran dan dia telah berguru dengan seorang ustazah.

Satu lagi, aku tak berapa berkenan Maya jadi gadis kampung sebab accent dia macam orang putih cakap Melayu kot. Aku memang dari dulu tak berkenan dengan Maya Karin ni. Tambah tambah masa dia berlakon dalam Anak Halal dulu. Slang dia pelik sangat. Dia kan kacukan Indon dan Jerman. Indon punya slang tu kuat sangat. Pelik bila dia cuba nak ikut lenggok slang Malaysia. 

Izzah ni dibawa ke KL oleh pakcik nya untuk bekerja di kelab malam sebagai seorang pelacur. Kemudian, Hariz (Aaron Aziz) pun membeli Izzah dengan harga yang tinggi untuk menjadikan Izzah ni hakmilik dia sorang je. So, hari-hari pun Hariz dok melampiaskan nafsu dia kat si Mayat Karin ni. Tapi Maya nak Hariz menikahinya kerana inginkan hubungan yang halal. Hariz memula benci kat Maya, tetiba dah tersuka. Watak antagonis adalah mak Hariz yang kejam dan kekasih Hariz, Mila yang sayang gila kat Hariz tapi Hariz tak sayngkan dia pun. So camtu lah cerita dia. Tak da klimaks aku rasa dalam filem ni. Macam tengok cereka rama.

Filem ni adalah filem yang nak mengumpan rasa simpati penonton terhadap watak Izzah. Tu je. Pastu dengan watak Hariz yang asyik-asyik menangis je dalam ni  buat aku rasa muak pulak. Hairan betul aku dengan lelaki yang pegi tengok filem ni pastu MENANGIS?? Adoi wehhh. Tolonglah. Kalau perempuan tu aku fahamlah. Perempuan kan berhati tisu. Lain lah aku. Aku berhati kertas. Kihkihkih.

Satu lagi, ada banyak betul scene yang dipotong. Dipotong ke terpotong pun aku tak pasti. Macam tergantung. Tengah bercakap-cakap, tetiba lompat ke scene lain. Banyak kali pulak tu. Haihhhh.

Tu jelah nak cakap. Semua orang ada pandangan yang berbeza kan. Jadi ni pandangan aku. :) Bye. Assalammualaikum.

07 December 2011

Batuk

Assalammualaikum. Aku baru je beli antibiotik untuk batuk aku yang tak lega-lega ni. 6 bijik je RM2O. Huh. Mahalnya. Dahla aku tengah takda duit. Dah sebulan lebih aku batuk-batuk. Memula, aku ingatkan batuk biasa je. Lama-lama makin teruk pulak sampai sesak nafas. Aku tak boleh lansung duduk dalam aircond sekarang. Rasa pendek sangat nafas ni. Sapu vicks, baru okey sikit. Tapi kejap je. Tak lama bertahan. Lepas tu batuk-batuk. Hurm. Tak selesanya. Selalunya macam ni lah, kalau batuk dah menyerang, mesti berbulan-bulan baru nak sembuh. Letihnya. :( Aku batuk sampai sakit rahang dan otot perut. Kerap sangat batuk. Ubat batuk pun dah 3 botol aku habiskan tapi macam tu jugak. Sebab tu mama suruh pegi beli antibiotik. Harap-harap dapat sembuh cepat. sebelum aku mula mengajar. Taknak lah batuk ni mengganggu proses pengajaran aku.


05 December 2011

Now

Tahniah adik ! -updated through bloggerdroid

02 December 2011

Saya Sedang Marah.



Saya sedang marah nih. Muka saya dah sebijik macam Angry Bird kat atas ni. GRRRRRR. Tapi saya tau, tak berguna satu sen pun kalau saya marah-marah macam ni. Lebih baik saya terus dan terus berusaha dan lupakan sebentar kekecewaan saya. Mungkin satu hari nanti saya akan sampai juga ke tahap seterusnya, kan? Siapa tahu. *kenyitkenyit*

Sekarang pun saya dah sampai tahap 5. Punyalah susah nak sampai level 6. Saya lastik dan terus lastik untuk membunuh babi durjana tu dan akhirnya saya berhenti sebab bateri dah hampir habis dan saya sangat malas untuk mengecas. Hehe.



Dulu saya hairan betul, kenapa adik saya minat betul dengan Angry Bird ni. Tambah-tambah pulak adik saya tu memang gila game. Hari dok terperap dalam bilik dengan Play Station dia. Saya pulak, memang tak minat langsung dengan game. Apa-apa pun game, saya main separuh jalan je, lepas tu mesti bosan. Tak pernah habiskan satu game.

Kaum kerabat babi yang menyeringai nampak gigi yang sangat menyakitkan hati apabila mereka mentertawakan saya apabila saya kalah. Kroh kroh kroh *bunyi babi gelak* Sangat annoying tau. Sebab tu kadang-kadang saya suka mute kan sound bila main game ni.

Bila game Angry Bird ni dimuat turun (dimuat turun? gila skema) dalam handphone saya, saya belek-belek lah sikit. Sebab saya teringin jugak nak tahu, kenapa hampir satu dunia ni menggilai game ni. Main sekali, terus rasa bosan. Lepas tu, rasa nak main lagi sekali bila dah bosan sangat tak tahu nak buat apa.

Sekarang baru rasa ketagih. Sebelum tidur, main. Masa tunggu giliran di bank pun main. Masa tengah tunggu broadband connect pun main. Hari-hari main. Hahahaha. Tambah-tambah pulak, dalam handphone saya tu, macam-macam season ada untuk Angry Bird. Satu season tak lepas, saya lompat main season lain pulak. Satu season ada dalam 30 level. Hehehe.

Rasa geram sangat tak dapat letupkan babi tu. Geram betul. Sebab tu, bila tak dapat letupkan babi, cuba lagi dan cuba lagi. Bila dapat letupkan semua babi, rasa gembira sebab layak ke level seterusnya. Rasa seperti seorang wira dapat membunuh semua babi-babi hidung kemek itu. Sekarang baru saya tahu, mengapa mereka ketagih dengan Angry Bird.

p/s : Hari ni saya rasa nak bersopan dengan menggunakan 'saya' sebagai kata ganti diri. Hehe

01 December 2011

Ada lagi orang macam ni?

Stress aku dengan broadband ni. Lembab gila. Tapi tak boleh nak salahkan dia jugak sebab aku sendiri belum setelkan bil bulan ni. Hehe. Berkenaan dengan tajuk di atas, aku nak kongsi satu kisah ni. Tadi aku dengar radio siaran mengenai hal-hal agama. Sesiapa yang ada kemusykilan berkenaan dengan apa-apa yang berkaitan dengan hal-hal agama boleh lah telefon dan tanya ustaz di konti radio. Lepastu ada lah seorang pakcik ni call, berdasarkan suara dia, aku bajet dia mungkin dalam lingkungan umur 50-60 tahun camtu. Nak tahu tak apa yang dia tanya pada ustaz tu? Ni yang dia tanya

'Saya selalu dengar orang bercakap Allah tu Maha Kaya. Saya cuma musykil lah, di dunia ni, Allah kaya dengan apa? Saya pelik jugak sebab tak nampak apa-apa pun kekayaan Allah di dunia ni' (sambil ketawa menyindir)

Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang aku dengar soalan pakcik ni. Hinggakan DJ yang bertugas dengan ustaz tu pun tertawa sinis dengan soalan pakcik tu. Aku tak sangka, wujud lagi orang macam ni. Sejahil-jahil aku dalam selok belok agama, rupanya ada lagi yang lebih jahil. Dia tak takut ke dengan soalan dia tu. Dia dah dikira mempertikaikan kekuasaan Allah swt. Boleh dia tanya, Allah tu kaya dengan apa di dunia ni? Punya tak masuk akal punya soalan. Tidakkah pakcik tu tahu, semua yang ada di dunia ni milik Allah swt. Pokok, lautan, gunung ganang, semua hidupan laut termasuklah nyawa pakcik tu seniri adalah hak Allah. Kalau Allah nak, bebila pun dia boleh ambik balik.

Mungkin pakcik ni dah salah faham, maksud 'kaya' di sini. Mungkin di fikiran dia, kalau kaya tu, mestilah kaya dengan harta benda dan benda-benda yang mewa-mewah. Jangan lah nak mempertikaikan tentang hak-hak Allah swt. Jangan, sebab Dia lah, kita masih bernafas di dunia ni.

30 November 2011

Aku bukan peminat Twilight

Tapi pegi tengok wayang Twilight jugak. Hahahaha. Assalammualaikum semua. Hari ni aku rasa macam nak kongsi satu kisah yang tak pernah-pernah jadi pun dalam seumur hidup aku. Em, ada la kaitan dengan Twilight jugak

Sebenarnya, aku ni bukan peminat Twilight pun. Aku tak pernah tengok satu pun movie Twilight. Dah berapa sequel ek keluar? Ntah, aku pun taktau. Tapi aku pernah gak la tengok separuh yang paling awal sekali tu. Ntah apa ke tajuknya, aku tak ingat. Hihi. Tapi ramai kawan-kawan aku yang minat Twilight ni. Kawan baik aku, peminat tegar Twilight, kan Adah? Hihi. Beliau lah yang memperkenalkan Twilight ni kepada aku. Sebab tu lah aku tau la jugak sinopsis Twilight ni. Kenapa aku tak minat Twilight? Ntahla, mungkin sebab aku tengok scene dia macam gelap dan suram je kot. Tapi memang lah sepatutnya suram kan, sebab kisah ni pun mengenai pontianak. Rasa seram pulak bila aku sebut pontianak. Kalau sebut vampire, aku rasa tak seram sangat kot. Jadi kita jangan guna 'pontianak' okey? Kita guna 'vampire'.

Tapi baru-baru ni, aku tergerak hati pulak nak pegi menonton wayang Twilight Saga : Breaking dawn. Dahla pegi tengok hari pertama Twilight ditayangkan pulak tu. Semangat abih abaq hanggg. Ni kazen aku lah ni, beria benar ajak aku. Aku malas. Sebab yang awal-awal pun aku tak pernah tengok. Komfem lah nanti aku blur dalam wayang sekor-sekor. Yang lagi pelik, kazen aku tu pun tak pernah tengok satu pun filem Twilight, sebab tak minat. Tapi kali ni, dia bersungguh pulak. Aku pun okey je, sebab aku dah tengok trailer dia, macam menarik lah jugak.

Jadi, kami pun pegi lah beli tiket pukul 12.45pm. Masa tu takde lah ramai orang sangat sebab bukan weekend. Pastu tengahari pulak. Semua tengah sibuk kerja. Hihi. Sepanjang filem tu, okey jugak, tak rasa bosan walaupun aku macam blur-blur sebab tak pernah tengok lah katakan. So aku pun bak kata orang utara, taktau kepala ekoq. Tak tau mana punca. Hehe.Aku sibuk tanya kazen aku, eh, ni kenapa dia camni? Kenapa wolf dah baik dengan vampires? Perjanjian apa yang dorang buat? Bukan dulu dorang bermusuh ke? Bella bukan takde mak ke? Mak Bella dah berbaik dengan ayah dia ke? Haa, punyalah blurr aku ni. Sibuk aku tanya kazen aku, sepatah pun dia tak boleh jawab sebab dia pun taktau jugak macam aku. Hahahampeh! 

Aku tengok Bella sangat cantik bila pakai baju pengantin tu. Badan dia cantik. Kurus dan tinggi. Edward pulak, cam biasa masih dengan muka pucat beliau. Habis semua sedara mara sepupu sepapat muka pucat. Vampire lah katakan. Aku tak berminat dengan Edward. Maybe sebab aku tengok personaliti dia yang cool dan rileks tu kot. Aku kureng sikit. Tapi bila tengok Jacob, tetiba hati terpaut. Hahahaha. Tambahan pulak Jacob ni jenis yang suka memberontak, suka buat apa yang dia nak, sesuka hati dia. Ntahla, aku pun tak faham kenapa aku tertarik dengan lelaki yang macam ni. Dulu masa Twilight yang pertama, aku tengok Jacob adalah huduh. Sekarang hensem lah pulak. Hehehe.

Masa tengah syok-syok layan tu kan, eh tapi kan, aku tak rasa bosan pulak tengok Twilight kali ni. Selalu 10 minit pertama je, aku dah bosan. Kali ni, aku tengok permandangan dia sangat lah cantik. I loikeeee. Okey, sambung, masa tengah tengok syok-syok tu kan, tetiba skrin layar tu gelap. Ahh, sudahh. Awat pulak ni?? Tapi orang-orang Malaysia kan, baik-baik je. Diamm dan senyap je sementara tunggu cerita tu kembali normal. Lepas dua tiga minit, cerita kembali okey seperti biasa walaupun pada mulanya macam tersekat-sekat jugak. Dah macam tengok cd lanun pulak aku rasa.

Lepas syok layan selama setengah jam, dia gelap pulakkkk. Adehhh. Tapi penonton masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan masing-masing. Cuma terdengar sikit-sikit je, rungutan dan dengusan manja. Hehe.Kali ni agak lama jugaklah. Dalam 5-6 minit gitu. Kemudian, okey balik tapi, cerita dia jadi macam rewind. Pernah tengok cd yang kena rewind? Haa, camtulah. Tapi selalu kalau rewind kan, dia akan jadi cepat kan. Tapi kali ni, dia normal. Cuma rewind. Eh, korang paham tak ni? Aku memula tak perasan, tengok macam biasa je. Sekali tengok apsal serigala tu melompat tapi ke belakang. Hahaha. Lepas dua tiga minit jadi gila gitu, wayang tu dah turn upside down pulak. Kalau nak tengok,kena kepala kau di lantai, kaki di atas. Lepas tu, pihak wayang terus hentikan filem tu. Kali ni, penonton dah macam merungut-rungut dah. Aku bukan pe, kesian kat peminat hard core Twilight je. Mesti depa kecewa. Aku dengan kazen aku takda hal. Cuma kami nak duit kami balik! hehe.Dan cuba teka, depa memang refund pun. Dan depa bagi peluang untuk tengok satu lagi movie percuma pulak tuh. Duit dapat balik, pastu dapat lagi tengok satu wayang percuma. Wahhhh! Teruja gila aku. Heheheheh. 

Pastu, kami pilih tengok Happy Feet II. Siap 3D lagi wehhh. Yang paling best, FREE !!. Hehehe. Aku punyalah happy hari tu. Happy Feet memang best. Comel pulak tu. Aku nak beli kalau ada jual soft toys penguin tu. Hehehehe. Jadi, pada hari tu, kami dapat tengok satu wayang dan satu wayang separuh dengan PERCUMA. Hehehe. Best.best. Tapi aku masih tertanya-tanya gak, apa kesudahan Twilight tu. Aku sempat tengok sampai geng serigala pegi kepung rumah the vampires sebab nak bunuh Bella. Sesapa yang dah tengok tu, cerita kat aku sikit.

28 November 2011

Memorable day


Feeding the hungry monkey at the Botanical Garden, Penang.

Gigih nak kenyangkan beruk padahal perut sendiri lapar gile. Hahahah. Best sangat keluar haritu. Mini reunion. Nanti kita keluar lagik ye geng, kali ni, lebih ramai dan lebih meriah lagi. Yahoooo!

P/s: Ada stalker baru pulak. Rimas nyee lah. Aku tengah terfikir-fikir nak buat apa dengan blog kesayangan ni memandangkan beliau dah dapat cari aku di Facebook.

24 November 2011

Aku yang dulu ..

Assalammualaikum. Dah lama aku tak betul-betul menjiwai entri. Eh, apa aku merepek nih? Maksud aku, dah lama aku tak menulis macam aku menulis dulu. Dulu aku betul-betul semangat kalau menaip entri, disertai dengan gambar pastu setiap gambar tu aku terangkan satu persatu. Dulu-dulu, zaman aku bersemangat waja dengan blogging. Sekarang dah pemalas. Sama ada, upload gambar semata-mata je tanpa sebarang cerita disebalik gambar, atau menulis je tanpa gambar langsung. Haihhh. Dulu, aku selalu berkongsi kisah yang aku rasa menarik yang terjadi sepanjang hari. Aku punya cerita mesti penuh dengan emosi dan perasaan. Hahahah. Sekarang, takda dah. Aku hanya bercerita secebis kisah je yang terjadi dalam kehidupan seharian aku. Kekadang tu, aku buat luahan perasaan je dalam blog ni. Luahan perasaan yang aku sorang je faham.

Cuba selongkar entri-entri lama aku. Mesti panjang-panjang. Rajin betul aku mengarang dulu. Kalau aku melancong ke, mesti aku upload gambar-gambar sepanjang percutian aku tu, dan update setiap detik dari a-z bagi percutian aku tu. Macam mana aku boleh serajin itu ek? Hehehe. Sekarang, malas. Nak upload gambar dahla beberapa minit. Kena pulak dengan aku yang bukan spesis penyabar ni. Memang takla, aku nak menunggu je. 

Tapi bila aku tengok list pembaca yang singgah blog aku ni, ada lagi pembaca setia yang dari zaman aku gigih meng update entri, masih setia membaca entri aku di zaman kemalasan ni. Terima kasih weh. Dahla mengarut ja aku dok mengarang ni. Bukan ada info pun. Repekan semata-mata. Adala tips dua tiga aku update. Pastu takde dah sebab malas. Haha.

Kekadang, selain dari malas nak update dan kekadang bz dengan kerja, aku macam jadi segan update sebab apa? sebab kalau aku update dengan kisah yang berlaku. Nanti kalau aku jumpa member-member, aku baru ja nak cerita, depa akan kata 'Ohh, dah baca dah kat blog' Aku macam, terdiam. Oh, okey. Terus tak jadi cerita. Kekadang, aku seniri pun lupa apa yang aku dah update, tapi nanti bila jumpa depa akan tanya. 'Eh, haritu baca dalam blog, hang blablabla'. Kekadang benda tu, we want to keep it to ourself. Malas nak bincangkan. Tapi kita saja update dalam blog sebab rasa nak luahkan. Sebab tu aku tak berapa suka kalau blog aku menjadi tumpuan orang-orang yang dah memang kenal aku. Kalau kawan-kawan rapat tu, tak da hal sebab depa dah kenal aku camna, dah tau apa masalah aku without even reading my blog. So, that's okay. Bagi aku, kalau pasal blog, kita komen di blog je. Tak perlu nak panjang-panjangkan di luar, di Facebook atau apa-apa je. Itu, pendirian aku la, mungkin berbeza kot dengan pendirian orang lain kan. :)

Tapi, aku rindu dengan aku yang aktif menulis blog dulu. Dah beberapa tahun dah aku terjebak dengan blog ni. Kawan kesayangan aku Adah yang comel yang ajak aku buat blog ni. Aku dulu, kekonon malas la apa la, sekali haa, aku yang meroyan lebih dalam blog, tapi Adah rileks ja. Hahahahah. Besa la, aku kan suka lawan tokey. Dulu, beriya nak orang semua singgah blog aku. Sekarang takmau dah. Hehe. Sesiapa yang tersinggah dan terfollow, terimakasih banyak aku ucapkan. Sesiapa yang rasa blog aku makin bosan dan nak unfollow, dipersilakan, aku tak terkecil hati pun. :) Sebab aku menulis, bukan kerna nama (tapi kerna nuffnang. Hahahah!) Dah macam lagu Ramli Sarip. Takda apa yang best pun kat blog aku ni. Kekadang aku seniri tak faham apa yang aku tulis. Tulis ikut sedapa kepala hotak aku je. Kekadang aku selak-selak balik entri lepas-lepas yang aku karang. Semua mengarut merepek je. Malu aku nak baca. Hahahaha.

Hurm. Itu sahaja buat kali ni. Nak pi minum teh panas cameron perisa oren. Sedap wehhh. Byeeeee.

23 November 2011

Kenapa perlu pilih Apple Ipad/Blackberry Playbook/Samsung Galaxy Tab

Assalammualaikum. Entri kali ini adalah bersempena dengan contest yang telah dianjurkan oleh adik Ana Farhana kita. Tetiba rasa nak join sebab aku sangat amatlah sengkek sekarang. Hehehehe. Kalau menang contest ni dapat rm50. Haa, rm50 tu aku rasa macam rm500 dah memandangkan sekarang aku di zaman kebankrapan. Eekekeke. Tapi aku rasa macam susah nak menang je, sebab aku tengok yang lain yang join contest ni lagi hebat wehhh.  Tapi takpe, kita cuba nasib. Kot-kot sesapa yang nak join jugak entri ni, sila lah kelik di SINI


Cik Ana Farhana kita ni tengah kompius sebenarnya samada nak beli Apple Ipad ke, Blackberry Playbook ke, atau Samsung Galaxy Tab. Memandai je aku ni buat teori, ntah-ntah Ana ni tolong buat survey untuk kekawan or adik beradik dia je. Tapi aku memang suka buat pandai walaupun pada hakikat takla pandai mana pun. Okey, jadi ana nak la tengok perbandingan antara ketiga-tiga tablet ni, yang mana paling best.

Bagi aku lah kan, sebelum aku tengok ketiga-tiga punya function pun, aku dah pilih Samsung Galaxy Tab awal-awal. Kenapa? Ntah, kenapa aku berkenan dengan Samsung pun aku taktau. Ipad memang aku tak minat memandangkan aku kureng sikit dengan produk epal ni, Blackberry pun aku kureng sebab dia lebih kepada orang yang bisnes-bisnes ni. Setakat bisnes membela perut di rumah macam aku ni, tak payah la derr.

Setelah diteliti segala function antara Apple Ipad, Samsung Galaxy Tab dan BB Playbook. Aku tetap pilih Samsung Galaxy Tab. Kenapa? Sebab kita tengok saiz nya. Antara tiga-tiga ketoi ni, of course lah Apple Ipad lebih gabak. Skrin lebih luas berbanding Samsung dan BB. Tapi aku tak berkenan la gabak-gabak sangat ni. Tau la paparan dia lebih jelas memandangkan skrin dia lebih besar tapi aku rasa sangat tak berapa nak kiut kalau terlalu gabak dan berat. Menyusahkan je nak bawak ke hulu ke hilir. Dahla aku ni tak suka angkut benda berat-berat. Macam Samsung dan BB ni, kecik sikit berbanding Ipad. Samsung dan BB pulak, lebih kurang sama je saiz nya. Jadi di sini, kita reject Ipad.

Dari segi penyimpanan data pulak, Ipad kalah lagi. ahahah. Booo, Ipad. Ipad takde memory card. Eh, tapi BB pun takde memory card. Jadi Ipad dan BB agak teruk bagi aspek penyimpanan data. Tapi Ipad dan BB ni ada la, phone storage sebanyak, 16gb, 32gb, 64gb. Tapi susah la, kalau kau nak transfer data ke, gambar camwhore ke (tu yang paling penting bagi aku. bhahaha), lagu ke. Macam Samsung Galaxy Tab, beliau ada fungsi memory card. Haa, tak ke memudahkan.? Hehe.

Lagi satu, Ipad ni tak bukan macam handphone. Tak boleh buat panggilan ke, 3G calls ke. Kalau Samsung boleh jee. Haa, Ana mesti ingin ber3g 3gian bersama Encik Abang tersayang. Kalau BB pun enggak boleh 3G calls. Mesti best 3g call dengan tablet kan? Besooor je nampak muka. Pastikan anda memicit jerawat dahulu sebelum membuat sebarang panggilan 3g. Terimakasih.

Kamera pulak. Haaa, kamera penting ye anak-anak.  Samsung telah terbukti mempunyai kualiti kamera yang lebih hebat dari Apple Ipad dan BB. Kau nak tahu berapa MP je for Ipad? 1.3 MP je wehhh. Biar betul? Aku pun tak percaya. Bukan yang paling lekeh pun sekarang punya camera phone bukan 3MP ke? Ish.Ish. Tapi Samsung, kamera dia adalah berkualiti 3MP. BB pulak 5MP.  BB menang kalau compare bab camera. Lagi satu BB sangatlah jelas kalau nak merakam video. Siap HD lagik tuh. Tapi, aku tetap tak berkenan dengan BB. hihi

Seterusnya, dari segi kelajuan pulak. Ipad kalah lagi nampaknya. Hurm. Kasihan kau Ipad. Ipad hanyalah berkelajuan 512MB manakala BB dan Samsung berkelajuan 1GB.

Dari segi bateri pulak, Samsung kurang menonjol. Ipad dan BB boleh bertahan selama 10 jam manakala Samsung boleh bertahan 7jam je. Tapi cukuplah tu 7 jam. Takkan kau nak menghadap je benda alah tu selama 7jam tanpa henti kan? Ada ke orang melangut tengok lappy sampai 7jam?? (ada, aku la tu. tapi malas nak ngaku)

Okey. yang terakhir, kita banding dari segi harga pulak.Ipad = rm1599, Samsung = rm1399, BB Playbook =  rm1500++. Hurm, takdala mahal mana tablet ni kan? Apahal aku dok ingat tablet-tablet ni harga mencecah dua tiga ribu ek? Ni baru tau tablet seribu lebih je. Hehehe.

Setelah semua perbandingan dibuat, aku tetap pilih Samsung. Ana, akak tetap pilih Samsung, dan akak pun dah beli Samsung Galaxy S. Best jugak pakai Samsung ni. Nokia, kesian gila kat hang, takdak sapa dok pandang hang dah la ni. Babai Nor kiah. 

Jadi, itu sajalah dari akak. Kalau tak dipilih menjadi pemenang pun takpe, at least, akak dah tau info-info mengenai tablet-tablet ni, dan bolehla jadi pakar runding kengkawan ke yang nak beli (padahal saja nak cover  awal-awal, bila kalah, takla malu sangat. kahkahkah)

P/s : Sorry ye Ana, kalau ayat tunggang langgang, tonggeng terbalik. Hehe

21 November 2011

What I Would Like to Do Before I Die.

There are a few things that i would like to do before I die. It's not that I'm now suffering from a disease or what. It's just that, I have dreams to be accomplished in my life. Me myself is not very sure whether i can ever make all my dreams come true. But, I don't think it's wrong to plan. Ain't it? Because, just thinking about it, would make me smile. :)

1. I want to give something precious to Abah, Mama and Adik. You know, give something that they are dying for. I don't care how much would it cost me, but i will save money to buy something for them. Seeing them happy would make me happy too. I rarely give them something using my money that I've earned. And now that I 'm finally working, I hope that I can make this possible.

2. I want to help abandoned animals. I don't mind donating some money to animal shelter out there. I love animals.

3. I want to build my own zoo. Sounds crazy, huh? Haha. I love animals including wild animals.

4. I want to learn playing instruments. What I want to learn the most is playing piano. 

5. I want to buy a car (although I already have one). My dream car. Honda Accord.

6. I want to buy a house. Not too big and not too small. Comfortable enough for my future husband and kids and I want it to be designed and decorated my way. I like my home to be decorated in a simple way. I don't like it to be crowded with furnitures and other accessories.

7. This is important. I want to perform Haj. I really do. I hope I would have the time to save money.

8. I want to get married to a good man. A man who can guide me and my children. :)

9. I want to be fluent in a foreign language other than English. Teaching in a Chinese school might be an advantage for me. :)

10. I want to treat those people who have helped me, who have been very kind to me, who have been with me trough my hard life. My friends. You know who you are. I have friends. A lot of them. But friends who are really close to me, friends who can be trusted, honestly, is not more than 10. :)

11. I want to travel around the world. That might sound impossible so I have to be selective in choosing a few countries. Japan would be interesting country to visit. I have always want to go there (even before those Japanese drama sickness). Itali and London attract me too. I chose Japan because i love gadgets and technology while London is because I admire British. You know, their accent. Sounds so classy. :) I want to go to these places with my family. Praying that my parents would be great in health, praying that Allah would give a chance for me to go there with my beloved family.

12. To further my study. My dad is dying to see me to further on my studies. Master and Phd. InsyaAllah.

That's all I can think about right now. I really hope I can do all these things with Allah's will. InsyaAllah. Bye.

20 November 2011

Apa yang istimewa sangat?

Aku tak berapa faham sebenarnya kenapa orang terlalu teruja dengan tarikh yang kebetulan sama nombor ni. Contoh : 20. 11. 2011, 2.01.2011 dan lain-lain lagi. Bagi aku, sedikit pun takda rasa istimewa ke apa. Hari tu akan berakhir seperti biasa dan akan diganti dengan hari baru jugak. So, no big deal. Tak perlu nak taksub sangat.

P/S : Mungkin sebab aku ni, jenis tak peduli pasal tarikh kot. Aku selalu lupa tarikh. hehe

Dear YOU.

- edited -


p/s : hihi

18 November 2011

School holidays!!

Hye. How have you peeps been? Haven't updated this blog for the past five days. I've been busy, you know. Yes, i have been seriously busy (but still can spare some extra time updating status in FB. boooo!). Believe it or not, i have been and still receiving tons of work since the first day i registered at the school. I have learnt a lot of new stuffs for the past 3-4 weeks. Since the first day i stepped into the staffroom, there were like stacks of files to be updated, exam papers to be marked, oral reading to be done and updated, KSSR grade and date to be keyed in, keying in data's online and a lot more. That is not including the matters regarding my salary, medical check up, surat akuan sumpah, KWSP and many more. Alhamdulillah, i have managed to settled it before the school holiday starts (which is tommorrow). It is no surprise for me when i still got stuff to do during school holidays including coming back to school because i will be on duty on the 3rd week of school holiday and for tuition class too. But i's okey. I can do this. InsyaAllah.

I heard kids are complaining that I am too strict and garang towards them. Hihi. What to do? I can't tolerate with kids who keep forgetting to bring their books, pencils,being disrespect towards me (but this rarely happened) and not paying attention when I am teaching. I don't like to scream when scolding. I prefer using a low tone but with deadly words. Hahaha. But, I am not scolding them all the time lah. If they are well behaved, then I would be happy and i would crack some jokes to cheer them up. Being garang all the time is not good. Kids would hate you. They are behaving well because they are afraid of you, not because they respect you. I don't want that. I want them to respect me. And if i want them to respect me, i have to respect them as well, although they are still kids. :)

Okey, thats all for now. I am damn sleepy and i want to take my nap. Daa. Assalammualaikum.

13 November 2011

Aidiladha 2011











Sebenarnya, bukannya aktiviti ni je masa raya haji haritu. Fotoshoot ni baru warming up. Pastu barulah pegi beraya rumah sanak saudara, makan laksa sampai dua round, mee kari lagi, murukku lagi. Tapi semua tu aku tak snap sebab sibuk berborak, bergelak, bergossip, bermelantak sampai lupa diri.

12 November 2011

Lama pulak tak buat tag

Assalammualaikum. Entri aku kali ni adalah berusurkan tag. Boleh aku buat ayat gitu? Hehe. Dah lama betul aku tak buat tag. Kali terakhir buat tag, pun aku tak ingat bila. Kali ni aku nak tunaikan tag adik Masjue kita ni. Mahap yer dik, kak tunaikan lambat sikit.

Here are the rules to follow:
1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourself.
3. Answer the question the tagger set for you.
4. Create 11 new question for those you want to tag.
5. Choose 11 blogger to be tagged and link them to the post.
6. You're not allowed to tag back (I mean to the person who tags you)

1. Done.

2. Write 11 things about myself.

(1) Aku tak suka susu. Boleh muntah kalau terminum susu, terbau susu. Tapi susu creamer aku boleh minum. Susu dutch lady atau susu tepung yang dicampur dengan milo, teh, horlicks aku boleh terima. Susu yang memang plain susu, aku takleh terima. Yucksss!

(2) Semalam aku pegi buat medical check up, nurse tu cakap BMI aku ideal. 21.5. Dan masa timbang berat, berat aku dah turun 3kg. Yess. hehe. Sekarang dah 51.3kg. Tapi encik boroi masih jugak kelihatan sipi-sipi. Nyah kau, si boroi. cisss!

(3) Semasa memandu, aku tidak suka membunyikan hon. Kereta tu buat salah camna pun, aku hanya brek je, dan tak tekan hon. Baik kan aku? Hehe. Aku cuma takut kalau aku bunyikan hon, nanti depa terkejut pastu gi langgar kereta lain pulak.

(4) Aku ni jenis bangsa yang susah nak hafal jalan. Dengan itu, baru-baru ini Abah telah membelikan satu GPS untuk aku. Yeayyy! Mekasih Abah. Memang menatang tu sangat-sangatlah berguna bagi ku. Yang paling best, GPS tu boleh trace/detect speed trap ni highway. Ngeh3. Kalau ada speed camera dikesan di highway, dia pun cakaplah, speed camera area. pastu bunyi bip bip bip dan pempuan tu (suara dalam GPS tu) nasihat kat aku 'please observe your speed limit' sambil tunjuk speed limit kat skrin gps. hehe

(5) Aku tak suka bercakap mengenai politik.

(6) Aku tak suka tengok perempuan mencarut di khalayak umum.

(7) Aku adalah anak perempuan tunggal dalam family.

(8) Aku suka merapu. Mengarut dan merapu bersama rakan-rakanku yang tercinta. Eh, rindu pulak aku kat housemate2 ku dulu...

(9) Aku sayang sangat dengan haiwan. Tak kira lah apa jenis haiwan sekalipun. I will get emotional when it comes to animals. Tadi di pasar aku ternampak anak kucing ni jalan terjengket-jengket. Kaki dia bengkak. Kesiannya aku tengok. ;( Pastu keadaan dia macam lost. Aku pun mengorbankan lah bihun yang aku beli untuk breakfast aku dan bagi kat dia. Tengok dia makan, terus aku rasa happy. Takpa lah, aku pun beli 3 bungkus bihun goreng untuk aku seniri (gile buruk lantak). Apa salahnya berkongsi dengan makhluk Allah yang lain jugak.

(10) Ada orang cakap muka aku macam Misha Omar. Aku pun taktau sama tang mana. Dah aku tak tau nak letak apa dah ni. So, terkeluar statement perasan di situ.

(11) Aku suka makan sushi. Hari hari beli sushi. Sushi yang seafood punya sedap. Sotong, ketam, udang, siput. nyum nyum.


Rule 3

1. Awak marah tak saya tag awak nie?? ehe :p
Marah gila sampai rasa nak cium kamu. Kih3. :p

2. Your fullname and story sikit pasal your beautiful name tue. 
Full name? Nur Shazwani. Rasa macam dah ramai je nama wani ni kan. Tapi aku nak cam samada kawan-kawan aku ni alert pasal aku ke tak, senang je. Tengok camne depa eja nama aku. Selalu yang tak berapa alert ni, suka eja 'syazwani'. Di situ kita boleh tau ke elertan mereka ye.

3. Produk muka apa yang you guna. promote sket boleh?
Produk muka? Pakai yang murahan je noks. Oxy daily wash je. Pastu aku suka sapu ubat gigi di seluruh muka. Nak mengecutkan liang-liang lahad eh, liang-liang roma di muka ku. Dari dulu lagi aku suka buat. Aku saja la bereksperimen, camna rasanya kalau sapu ubat gigi di muka. Ada yang rasa pedih, ada yang rasa nyaman. Bergantung kepada jenis ubat gigi. Kalau colgate, rasa pedih sikit. Darlie okey. Selepas beberapa tahun aku buat, baru aku tau penyanyi antarabangsa Cher pun, tiru aku. Aku nak saman dia boleh?

4. Binatang yang paling you tak sampai hati nak makan.
Okey je makan semua. Cuma tak sampai hati makan hati ayam. Sebab aku memang tak suka makan organ-organ haiwan.

5. Fasha Sanda or Memey Suhaiza? hahaha
aku pilih hahaha. boleh?

6. Kalo ada duit RM 100 000, you nak buat ape dengan duit tue?
Eh, banyak kot. tak tertaip di sini

7. Tabiat tidur you yang pelik. yang pelik ok. hihi
Aku suka tidur atas lantai tanpa beralaskan tilam.

8. Kalo rase nak kentut sangat2 kat tempat yang ramai orang cth kelas, apa you nak buat? hahhaa. jahat sungguh aku.
Kentut je la. kalau tak rasa nak kentut sangat pun, aku tetap kentut gak. Pas kentut, pura-pura borak dengan muka yang sangat serius.

9. Watak movie yang you minat sangat.
Buat masa ni, robot dalam real steel. robot yang baik tu. aku lupa nama. hehe

10. Nama your blog and the reason why you chose tat name.
Pernah cerita dah. Panjangggg ceritanya. hehe. aku pendekkan, aku dulu suka melukis bintang, jadi di ukm, member gelarkan aku wanieybintang.

11. Pendapat tentang blog Si Kurus nie. nak kutuk pun takpe. hihi
Blog si kurus best sebab beliau jujur dalam meluahkan bait-bait perkataannya. Ceewahh. hehe.yer, beliau jujur dan tidak plastic seperti sesetengah orang yang suka sangat nak pura-pura dalam blog dorang.

Yeay. siap dah sume.

*Aku tak mau tag sesiapa. hehe

07 November 2011

Salam Aidiladha

Anak Abah. Hehe


Ada la lebih kurang 2 jam aku tunggu nak upload sekeping ni je. Lembab betul. Nanti nak pergi upgrade broadband ni. Oh ya, masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat teman-teman semua.

04 November 2011

Sekolahku, Cintaku.

Terimakasih wei, bagi kawan-kawan yang dah cadangkan cara untuk aku setel masalah aku di entri sebelum ni. Aku bertanya pada semua cikgu-cikgu yang aku kenal. Hehe. Cikgu masa praktikum dulu, cikgu-cikgu di sekolah aku, walaupun depa punya Bahasa Melayu pun hancussss. Tapi aku cuba jugak nak faham sikit-sikit. Pastu korek dari cikgu lain pulak. Lepas tu, tadi ada mesyuarat pasal KSSR ni, sekali dengan slide show, haa, barulaaa aku faham sebab boleh rujuk slide show tu. Legaaaa. Hehehe. Dan semua CD, slideshow, segala bahan yang banyak tu Guru Kanan dah serahkan pada aku untuk aku simpan. Bertuah tau guru English ni, semua bahan dah disediakan. CD yang ada lagu, stories, phoenics, dan macam-macam lagi lah bahan pembelajaran yang memang menarik semua disediakan. Senang kerja aku tahun depan. Alhamdulillah. Cikgu-cikgu lain semua cakap aku bertuah sebab subjek lain memang takda sangat bahan yang disediakan. Untuk english, ada big book, puppet lah dan macam-macam lagi. Aku harap semua tu dapat aku gunakan untuk mengajar dengan lebih baik dan sesi pembelajaran pun tak bosan. Aku sendiri pun teruja tengok lagu yang ada video klip yang comel-comel tu. Hehehe

Jadi sekarang boleh tarik nafas lega sebab dah faham. Tak la faham kesemuanya. Tapi aku dah boleh dapat overall picture tentang KSSR dan apa aku perlu buat. Nak key in data segala tu. Kena key in sebelum 18 haribulan ni okey. Dari Januari hingga Oktober. Fuhh. Nasib baik budak 45 orang je. Nasib baik dah tele kan KSSR dengan KBSR. Senang sikit.

Aku nak cakap yang aku dah dipertemukan pun dengan pegawai yang cikgu-cikgu di sana pulun sangat rekemenkan tu. Hahahah!  Hish. Malu gila sebenarnya. Adoi. Sebenarnya tadi (masa sesi persekolahan) , aku pegi kat kereta aku jap, ada barang aku tinggal. Pastu, tetiba Cikgu Kong panggil aku, kelam kabut. 'Cigu Wani arr, mari sini sekijap' Aku ni, dahh, apahal pulak ni. Aku dah lah tengah sibuk-sibuk alihkan barang. Masa tu lah dia nak panggil. So, aku ingat, mungkin hal penting jadi aku kelam kabut masuk library, sebab Cikgu Kong ada situ. Sekali aku masuk, tengok-tengok ada 3 orang luar.dok bincang apa ntah. Sudahh. Aku dah terkaku di situ. Pastu Cikgu Kong boleh pulak cakap, 'Haa, ini itu Cigu baru. Umur dia baru dua ploh ampat tawun. Hehehe" Dia strees ye kat umor aku tu. Segan gila abaq hang. Semua tengok aku. Nasib baiklah ketua pemantau tu sporting gila. Dok borak-borak dengan aku, tengok-tengok dia kenal lah lecturer aku yang otai kat Maktab Ipoh tu. Memang sporting lah ketua pemantau tu. Siap suruh aku panggil dia bonda lagi. Aku siap mintak no fon dia lagi sebab dia memang sangat berpengalaman dalam bidang Bahasa Inggeris ni, sebab tu dia kenal abes semua pensyarah B.Inggeris aku. Dahla lawa dan stylo pulak tu. Huhuhuh. Pastu borak-borak, aku tengok-tengok gakla pegawai yang dorang cakap HEMSEM tu. Hahaha. Tinggi baq hangg. Hehehe. Tapi aku tak borak dengan dia. Segan kot. Dahla nampak sangatlah Cikgu Kong ni memang nak kenalkan aku kat dia sorang je. Waduh-waduh. Lepas tu, aku pun terpaksa mintak diri dulu sebab leka borak sampai terlupa kelas. Kekekeke. Masuk je bilik guru, semua cikgu pakat tanya. 'Macam mana? Kamu sudah jumpa itu pegawai ka? Dia begitu hemsem kan?' Hahah. Malunya aku. Taktau nak jawab apa. Tapi aku tengok pegawai tu, biasa ja. WAKAKAK! Haa, masa aku nak blah dari library tu kan, aku mintak diri lah kan. Pastu depa dok usik-usik pulak aku dengan mamat tu. Malu nya aku. Sebab aku taktau nak respon camna. Aku taknak nampak gedik dan pada masa yang sama, aku taknak dikatakan sombong. Jadi aku senyum ja la.

Pastu masuk Tahun 1, semua pakat riuh rendah bising. Bila aku masuk, takda sapa pun bangun ucap. Aku dah buat peraturan, setiap kali aku masuk je, ketua darjah kena bagi arahan 'Stand up, Good morning, teacher' Baru yang lain ikut. Sebab sebelum ni , dorang tak praktikkan macam tu. Cikgu masuk ke tak masuk ke, dok bising macam tu lah. Jadi tadi aku masuk, tengok semua dok bising. walaupun 9 orang je. Haih. Pastu bila tengok aku masuk semua pakat diam (aku garang dengan budak sebenarnya). Aku tanya mana class monitor? Semua sibuk nak cakap yang Iqmal (class monitor) tak hadir. Pastu aku tanya, mana penolong, ha, semua satu class mengaku depa tu penolong. Berebut-rebut nak ucap selamat.Haih. Aku pilih sorang. Dia pun dengan bangga ucap selamat pagi, pastu yang lain semua ikut. Tinggal sorang budak ni yang tak dapat terima kenyataan. Dia kata dia sebenarnya penolong. Iqmal tu dah lantik dia. Tapi si Hakim ni kata, Iqmal pun dah lantik dia jugak. Hahahahah. Macam-macam hal budak-budak ni. Sebab tu aku suka ajar budak sekolah rendah. Best. Terhibur tau. Tapi aku suka buat garang dengan depa. Bagi berdisiplin sikit, kekadang ikut hari, aku lembut sikit, saja la takmau bagi depa stress. Haritu aku ada terdengar, budak-budak dok bersembang pasal aku, depa cakap aku garang. Memula kena garang la.Tahun depan, aku berlembut la sikit. Tapi kalau berlembut, depa tak ambik kisah sangat. Contohnya, bila aku masuk kelas, Tahun 4 contohnya, sebab kelas tu lemah sikit, memang aku muka bengis je. Pastu setiap kali nak jawab soalan, mesti depa berusaha bersungguh jugak cuba nak jawab dengan betul. Sebab takut kena jerkah dengan aku. Kalau aku berlembut, ajar sekali, 3 minit lepas tu, dah lupa semua. Haiyaaaa! Kalau aku marah sangat aku rotan. Tapi rotan meja la. Bukan rotan depa. Ada jugak aku rotan depa, tapi slow je lah. Kesian.. Plus, ibu bapa sekarang saman ja keja depa. Huhu. Padahal kita nak didik anak depa jadi orang yang boleh pakai.

Kalau masuk Tahun 5 dan 6. Aku rilek lah sikit. Ada masa aku usik depa, ada masa aku gelak-gelak. Ada masa aku bengis. Tapi masa aku stress dengan KSSR haritu, habis semua kena marah dengan aku. Tahun 1,2, 5, 6. Kelas-kelas yang aku ngajar haritu, semua kena marah. Kesian depa. Huhuhu.

Paling best masuk Tahun 1. :) Dah macam anak-anak aku je semua tu.Tahun depan, aku berazam nak ajar English cara yang fun. Bahan pun dah ada. Barulah dorang semangat sikit. Tahun-tahun lain pun sama. Aku nak ajar bagi menarik sikit. Barulah dorang berminat dengan English. Bebudak ni, sebenarnya, dorang tak suka English. Dengar English je, terus nak surrender. Jadi kita tukar bagi menarik. Aku harap aku ada masa nak buat semua yang aku plan ni. InsyaAllah.

Tu je kot. Nanti aku update lagi. Assalammualaikum.


Eh lupa pulak segmen Mari belajar Mandarin. Hehe. Minggu ni aku tak sempat nak belajar banyak sebab sibuk. Nak tau tak macam mana cara aku belajar Mandarin selain bertanya kepada cikgu-cikgu kat sini. Bila aku di bilik guru, aku selalu dengar kelas-kelas di sebelah bilik guru ni. Kalau dorang ada kelas bahasa Cina tu, aku dengar lah. Selalunya style cikgu-cikgu ni mengajar adalah macam ni. Contoh. "tamen - mereka " Murid-murid akan sebut 10 kali sebutan Mandarin bersama maksudnya dalam bahasa Melayu. Jadi aku pun ikut belajar sama lah. Hehehe.


Okey, perkataan pada hari ini ialah


Mingtian - Esok
Jintian - Hari ini
shi - Ya
wei sheme - Kenapa?


Tu jelah dulu. Next entri pulak. Oh ya, bagi menjawab soalan Teacher Koko, sekolah ni memang takda kantin, jadi sekolah dah sediakan makanan untuk setiap pelajar. Meja dan kerusi pun disediakan untuk depa. :)

p/s : maaf, tajuk entri geli-geli. heheheheh