06 May 2012

Catching Up with Wanieybintang




Pinjam spek Encik Sayang sat. hehe

                                   
                                         Macam dah gemuk je. kan?


Assalammualaikum. Bila dah lama tak berblog, tangan jadi keras untuk menaip. Ketandusan idea. Kekeringan kata-kata. Bagaimana ya. Dah hampir 2 bulan aku private blog aku. Bukan apa, tetiba aku rasa blog aku ni sangat tak berfaedah untuk bacaan sesiapa sahaja. Tiada maklumat yang berguna, tiada kata-kata membina. Tapi rasa rindu untuk menaip tu masih ada.

Apa yang dah berlaku pada aku sepanjang tempoh 2bulan? Aku mengharapkan ada perubahan yang boleh mewarnai hidup aku ni yang boleh aku kata agak bosan. Ya, memang ada perubahan. Alhamdulillah. :) Tapi ada jugak yang masih tidak berubah. Abah masih belum benar-benar sihat. Setiap kali terpandangkan Abah, hati mudah menjadi sayu. Selalu sangat aku bandingkan keadaan Abah sebelum dan semasa kurang sihat ni. Abah adalah seorang yang aku kenali sebagai seorang yang lantang dan aktif. Ya, itulah abah aku. Tapi sekarang keadaan kesihatan pun kurang mengizinkan, pergerakan pun menjadi terbatas. Abah cepat letih. Abah, caq harap abah cepat sembuh macam dulu balik.

Kerja? Aku kerja macam biasa. Kekadang terasa bosan kerana mengulangi rutin yang sama setiap hari. Jangan salah anggap. Bukanlah aku tidak minat mengajar. Aku sangat suka mengajar terutamanya kanak-kanak. Tapi rutin nya yang bosan. Hari-hari berdepan dengan pelbagai paperwork dan tugas-tugas sampingan sehinggakan keseronokan untuk mengajar juga menjadi terhad. Tiada masa untuk merancang aktiviti pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Selalunya aku lebih banyak bergantung pada buku teks dan buku aktiviti. Tiada lagi alat bantu mengajar. Tak sempat. Nak buat macam mana. Tapi aku kesiankan anak-anak aku tu. Aku nak mereka jatuh cinta dengan Bahasa Inggeris. Aku taknak mereka mengganggap Bahasa Inggeris sebagai salah satu subjek yang membosankan macam subjek-subjek lain jugak. Akan aku cuba, mencuri masa merancang aktiviti yang lebih best.

Rutin harian di rumah sewa? Bosan jugak. Balik dari sekolah, terus balik rumah sewa, lepak tengok tv, masak, buat kerja yang dibawa balik dari sekolah, iron baju kurung dan tidur. Ulang benda yang sama setiap hari. Hujung bulan dapat gaji. Bosan kan. aku takda kawan kat rumah sewa. Housemate pun sekadar housemate. Kan best kalau geng aku semua dekat-dekat dengan aku. Pasti hujung minggu penuh terisi kalau aku tak balik Kulim. Setiap minggu pasti aku balik Kulim. Kalau balik Kulim, memang masa selalu dengki dengan aku. Macam-macam plan. Keluar dengan abah. Setel bil, hutang kereta dan macam2 lagi. Keluar dengan adik, main badminton (wajib setiap minggu). Kekadang keluar dengan cuzzie tengok wayang atau shopping sikit. Tapi dah lama tak keluar. Masing-masing dah sibuk membawa haluan hidup masing-masing.

Oh, aku dah berpindah ke rumah sewa yang baru. Teruja pulak nak deco bilik bagi jadi cantik. Tapi cantik yang ala kadar je. Nak mengawal diti dari berhabis duit membeli benda yang tidak perlu. Itu kan rumah sewa je. Setakat ni, aku dah melabur duit beli tv. Yang lain-lain tu, macam almari, rak dan lain-lain. Bilik aku, katil pun takde. Tidur beralaskan tilam je. Rasanya tak perlu katil kot. Selesa je tidur atas tilam. Beli cadar yang comel, dan bungkus la tilam tu. Nanti aku uploadkan gambar. Tapi malu pulak. Bukannya bilik besar pun. 

Wishlist aku. Kebanyakannya dah tercapai kecuali satu iaitu DSLR. Rasanya minat tu dah berkurang. Mungkin sebab kekangan masa nak snap-snap gambar ni.Lagipun sekarang dah jarang keluar , jadi jarang nak snap-snap.Setakat nak snap-snap gambar biasa tu, pakai henpon sudah. Aku dah cakap ke yang aku dah beli hp baru? Dulu kan teringin sangat nak henpon baru. Tapi dah agak lama aku beli. dalam 4/5 bulan camtu. Aku beli Samsung Galaxy. Merasa jugak beli henpon guna duit hasil titik peluh sendiri. Sebelum ni abah yang belikan. Samsung Galaxy tu okey je. Cuma applicationnya yang banyak tu tak berfungsi pun untuk aku. Aku hanya guna untuk sms, call n snap gambar. Baik aku beli 3310 je kan? Tu kata adik aku. Rugi je beli henpon mahal tapi tak guna sepenuhnya. Baik guna henpon murah je. Haha. Nak buat camne dik, beli ni sebab nak puaskan hati sendiri je. Dah dapat baru puas hati. Eh, aku ada Samsung Tab yang dah berhabuk kat rumah. Ada sesapa nak beli tak? Kesian, takda sapa guna pun. Dok kat penjuru katil dan berzaman.

Aku rasa aku tengah bahagia sekarang. Tapi aku taknak cerita lebih-lebih. Cuma aku rasa best bila disayangi dan dimanjakan macam ni. Kan orang kata, lebih bagus kalau orang tu lebih sayangkan kita dari kita sayangkan dia. Kan? Dah umur 25 ni, aku harap aku makin matang dalam perhubungan. Serius cakap, aku dah malas sangat nak bercintun ni. Kalau boleh masuk minang terus. Yang ni yang terakhir, cintan cintun. Aku sampai dah kekok nak bercinta pada awal perhubungan ni. Jadi kekok nak berjiwang. Sebab dulu aku berskandal banyak. Tiada yang tetap. Dengan skandal, tak pernah jiwang. Skandal hanya untuk beronok-ronok sahaja. Sekarang, dah lain. Dah berubah. InsyaAllah.

Aku masih mengharapkan perubahan pada diri aku. Harap aku dapat mengubah diri, sebelum nafas terhenti. Assalammualaikum.

2 comments:

saadah saadun said...

kau wajib update kecurangan kau terhadap aku dgn jejaka bertuah itu. huh

p.s: aku happy utk kau. serius. plok. plok. plok. hohoho

wanieybintang said...

sygku, kau tetap no 1 di dlm carta hatiku. janji.