21 October 2009

This is what we call NIGHTMARE



Dua malam lepas, aku dapat satu mimpi ngeri.
Sangatlah ngeri ok.
dan
SANGAT REAL!
.
aku rasa macam betul-betul aku berada dalam situasi tu.
fuhhh.
setakat ni, ni la mimpi yang aku rasa paling real dan menakutkan.
.
ok,
meh aku cerita.
sebelum tu, aku nak cakap ni bukan mimpi hantu ek.
kalau setakat mimpi hantu tu, takde la aku takut mana.
sebab kadangkala mimpi hantu aku kekadang tak logik.
kejap aku ada kat rumah,
alih-alih aku ada kat luar rumah nampak hantu.
cam tak logik sebab location tu berubah-rubah je kan.
.
tapi mimpi kali ni logik.
takda satu pun yang tak diterima akal.
semuanya make sense.
but i'd better not tell the ending of my story at the beginning.
.
biar aku cerita dari mula.
malam tu aku tidur awal jugak.
awal la bagi aku.
1030pm.
.
tapi aku tak pasti pulak aku mimpi tu pukul berapa,
yang pasti mimpi tu berlaku nak dekat-dekat pagi sebab aku terjaga.
.
dalam mimpi tu.
aku dan adik aku pegi kfc,
nak beli ayam goreng.
kami pegi naik moto.
adik yg tunggang, aku bonceng.
.
bila sampai,
aku suh dia yg order
memandangkan aku ni kan sengkek takda duit,
dan dia pulak mmg jutawan hartawan kalau nak dibandingkan dengan aku.
so dia yang beli.
beli pulak yang combo bucket tuh.
sampai 20+ ketul.
adeh,
banyak nye ko beli adik.
.
so, kitorang bungkus,
and bawak balik makan kat rumah.
tapi tak masuk dalam rumah,
dok kat luar je.
melantak kat luar rumah.
buruk kan perangai?
mmg makan kat luar luar la, luar dari pintu pagar.
kira depan rumah la.
dengan tak ajak mama abah makan sekali.
padahal mama abah ada dalam rumah.
.
so kitorang pun lepak-lepak la kat bawah pokok rambutan depan rumah aku tu,
sambil makan-makan, borak-borak, ketawa-ketawa.
lepas tu tengah makan-makan tu,
aku tengok macam ada ramai pulak orang datang rumah aku.
sebiji demi sebiji kereta park depan rumah.
.
aku pun segan la,
sebab tengah dok melantak kan masa tu,
so aku tanya lah,
ada apa datang rumah,
sebab yang datang tu, aku kenal belaka,
kawan abah, mama, adik,
kawan aku pun ada kot rasanya.
.
dorang cakap, mama abah aku buat open house.
laaaa.
apsal aku taktau pun?
adik pun taktau gak.
patut la dari luar aku tengok pintu terbuka luas je.
.
so aku suh la dorang masuk dulu.
makin lama, makin penuh rumah aku.
aku pulak, tak pulak masuk dalam rumah layan tetamu.
hehe.
sungguh tidak sopan kan aku?
boleh dok melantak ayam goreng kat luar.
.
sebenarnya, aku malas nak masuk sebab pakaian aku mcm kurang sesuai untuk bergedik-gedik depan tetamu.
aku rasa mcm comot sikit.
tu yang segan tu.
.
lepas makan,
aku tengok,
adik dah nak buang kotak ayam kfc tu.
aku tengok dalam,
laaa,
banyak lagi yang tak habis.
tula, sape suh beli banyak-banyak kan.
aku cakap, jangan buang.
sayang..
biar aku yang habiskan
dia cakap, dia dah takmau makan sebab tak bagus
makan ayam kfc banyak-banyak.
ada rempah+perisa
.
pastu adik membebel-bebel cakap,
membazir betul duit dia beli
ayam banyak-banyak.
bukan dia makan habis pun.
aku pun malas dengar dia potpet
aku hulur la rm10 kat dia.
mcm gantirugi la lebih kurang.
.
dia pun sengih la.
terus dia kata nak topup dgn rm10 tu.
dia ajak la aku sebab dia nak topup masa tu jugak.
pastu sebelum nak blah tu,
kitorang bagitau la abah kata yang kitorang nak kuar jap.
tapi kitorang tak masuk pun bgtau.
just jerit-jerit je dari luar.
isk-isk.
apa punya perangai la.
dah la tetamu sangat ramai waktu tu.
abah macam marah-marah je kitorang nak kuar.
dahla tak tolong kat dapur.
pastu hari pulak dah petang+nak hujan.
pastu abah membebel-bebel.
aku cakap,
kitorang gi topup je,
pastu kitorang balik.
.
pastu naik lah moto,
aku ni sangat tamak, bawak sekali ayam-ayam goreng yang tak habis tadi tu.
letak dalam raga moto adik.
.
lepas gi topup,
adik ajak aku ronda-ronda jap.
masa tu dah petang sangat.
dalam 645pm.
aku ikut je, sebab mmg kami berdua suka ronda-ronda naik moto.
tapi aku risau gak sebab hari mcm nak hujan.
.
pastu kitorang ikut satu jalan ni.
jalan atas bukit,
bengkang bengkok lak tu.
erm, korang penah gi cameron highlands tak?
kan ada jalan bengkang bengkok hutan kiri kanan tu kan.
ha, mcm tu lah.
macam jalan nak pegi kuala pilah.
hutan rimba, pastu bawahnya ada gaung.
huhuh.
seremmm.
.
tah napa adik nak ikut jalan tu tah.
tengah bawak moto tu, ada ternampak macam satu kawasan perumahan.
macam flat la lebih kurang.
ada satu sekolah kat situ.
so, adik cakap, jom belok masuk
tengok sekolah tu.
aku pun iye kan je lah.
.
masuk situ,
rasa lega sikit sebab ada la nampak orang kan.
huhuhu.
semua tengah sibuk angkat kain sebab angin kuat,
nak hujan.
langit pun mendung je.
pastu ada sorang cikgu sekolah ni tegur kitorang.
tah apa yang dia cakap pun aku dah lupa.
.
pastu aku minta diri nak balik
sebab hari pun dah gelap.
aku rasa dah pukul 7pm kot masa tu.
.
masa balik tu,
hujan dah turun.
tapi takdela lebat sangat.
tapi basah gak la aku ni.
sebab dah hujan dan makin gelap,
adik pun bawak laju.
moto dia 135lc tu mmg laju.
aku pun tak suka naik moto tu.
sebab laju lain macam.
.
dahla jalan bengkang bengkok,
dia bawak laju pulak tu.
pening aku.
tapi aku rasa agak seram gak.
korang bayangkan,
kiri kanan hutan belantara.
pastu keadaan pulak taklah cerah sengat,
takla pekat malam.
macam senja-senja gitu.
pastu hujan renyairenyai.
fuhhh.
meremang gak la.
.
tetiba,
aku rasa mcm nak makan ayam yang aku bawak tadi tu.
rasa macam lapar lak kan.
kan aku letak ayam tu dalam raga moto.
so bila aku nak amek tu,
macam berselisih la dgn tangan adik aku tuh.
tapi aku berjaya amek seketol.
pastu tengah makan tu,
aku bergurau-gurau dengan adik.
gurau ape ntah.
tak ingat.
adik pun gelak sambil nak siku aku.
dia memang tengah laju masa tu.
tah mcam mana,
jalan tu licin,
kami berdua terbabas
masuk dalam gaung.
aku rasa macam benda ni pantas sangat terjadi.
aku tak sempat nak pikir pape, nak kata pape.
.
masa jatuh tu,
aku sangat-sangat la takut.
aku pejam mata.
aku berdoa pada Tuhan.
Ya Allah, aku harap semua ni hanya lah mimpi buruk.
Sedarkanlah aku jika semua ini hanya mimpi.
Tuhan ja yang tau betapa takutnya aku masa tu.
.
aku perlahan-lahan bukak mata,
tapi memang bukan mimpi.
kami memang terjatuh dalam gaung.
tapi aku bernasib baik sebab aku jatuh atas tebing, tersangkut kat pokok.
aku tengok kat bawah.
Ya Allah, menakutkan.
aku dapat tengok kereta-kereta yang terjunam kat bawah tu.
banyak yang remuk, hancur teruk.
gaung tu sangat dalam.
.
tetiba aku teringat kat adik.
mana adik.
aku tengok kiri-kanan,
adik takda pun.
even bangkai moto pun takde.
aku dah rasa macam nak nangis.
sumpah semua ini mcam sangat real.
.
aku tengok bawah,
aku jerit.
'ADIKKk!'
takda pape.
aku takut gile masa nii.
dahla aku sensorang.
hari dah makin gelap.
.
aku panggil lagi adik.
tapi masa ni pelik sikit,
ada lagu dari radio.
aku tak pasti datang mana radio ni.
ha, kat sini tak berapa nak logik sikit.
hehe.
dengan kebisingan radio tu,
aku panggil lagi adik.
tetiiba aku dengar adik menyahut,
nun kat bawah.
tapi suara adik lemah sangat.
slow sangat.
aku bersyukur sangat kepada Allah
sebab adik masih selamat.
.
walaupun aku tak nampak dia sebab jauh sangat dalam gaung dan hari pun dah macam gelap,
tapi aku sangat lega, adik masih selamat.
pastu aku fikir, camna aku nak selamatkan diri aku n adik ni.
sebelum hari gelap,
aku kena buat sesuatu.
aku nak kena panggil orang suruh selamatkan adik gak.
aku pun taktau apa la nasib adik kat bawah tu.
cedera ke apa ke.
.
aku pun cari-cari jalan nak kembali ke jalan besar,
aku toleh kiri kanan,
semua hutan je..
huhuhu.
serius sangat menakutkan.
memang meremang bulu roma aku.
aku pikir, kalau aku dapat panjat tebing tu,
sampai ke jalan besar pun,
mana ada orang lalu lalang kat jalan tu.
kawasan perumah tadi pun dah jauh kami tinggalkan.
.
masa ni yang paling aku risaukan adalah adik.
aku risau sangat.
aku taktau apa nasib dia.
tengah-tengah aku pikir tu,
aku pejam mata,
sebab terlalu takut nak pandang sekelilng.
sambil mengharapkan yang apabila aku buka mata nanti,
ia hanyalah sekadar mimpi buruk.
.
pastu aku buka mata kembali
dan aku nampak ada langsir depan aku.
fuhhh.
mimpi buruk.
aku bersyukur sangat-sangat sebab ianya mmg sekadar mimpi buruk.
dan mimpi tu tak berpanjangan.
aku terjaga.
dan memang aku berdoa supaya aku tersedar jika itu hanya lah mimpi.
.
aku mengambil masa yang agak lama nak hadam balik apa yang telah aku baru lalui.
aku macam tak percaya,
yang semua tu hanya lah mimpi.
so, aku terbaring atas katil
sambil berfikir.
betul ke tu mimpi?
nampak macam sangat real?
dan ketakutan aku akibat kemalangan tu belum hilang lagi.
.
memang jantung aku berdegup kencang gila lah.
aku rasa macam aku ni dah ada pengalaman jatuh gaung lak.
walaupun sebnarnya (mintak dijauhkan) tidak.
.
fuhh.
berhari-hari jugak aku fikirkan pasal tu.
terdetik gak rasa nak call adik to make sure he is okay.
tapi malas.
hahaha.
.
tapi saat mimpi tu,
baru aku tersedar, yang aku sangat syang kat adik aku.
yelah wei, sapa tak sayang adik.
aku syang semua ahli keluarga aku.
abah, mama adik.
they are the reason why i'm still standing here.
tanpa mereka siapalah aku.
.
sekian, thanks for reading.
peace.

2 comments:

intanurulfateha said...

.x pe la
.nasip baek cume mmpi kan?
.len kali, b4 tido, jgn pk bukan3
.kosongkan kpale ;)

sweetsuraya said...

uish...kalu adik bace n3 ni...konpem nanges ni...sbb ade kak caq yg cayang bangat kat dia....waaaa.....