20 August 2011

Abah #2

Sambungan daripada entri INI


Lepas tu, tetiba Abah bukak satu laci ni dan terpandang dua batang berus gigi berwarna hijau dan merah jambu. U’uhh. Mati aku. ‘Abah cari apa, Abah?’ Aku pura-pura tanya lagi bagi menghilangkan debaran jantung aku yang macam nak terkeluar je dari dada ni. ‘Abah cari barang,Abah. Ni apa banyak sangat berus gigi ni kat sini???’ Mata Abah dah terbeliak. Kalau Abah marah, mesti mata Abah terjegil. Abah keluarkan berus gigi tu. ‘Errr. Berus gigi tu lama punya.’ Huhuhu. Aku taktau nak bagi alasan apa dah. Yang tu yang terpacul dari mulut aku. Tak sempat nak fikir alasan yang gempak sikit time-time darurat camni. ‘Rosak pediaa nya, Abah tengok baru lagi??. Mai sini, mai sinii. Nak kena budak ni nihh. Dok membazir tak tentu hala, mai sini lekass !!!’ Makin besar mata Abah, maka makin meningkat lah tahap kemarahannya. Wuuu. Aku takut sangat. Habis la aku, dah terkantoi. Pastu macam biasa aku kenalah sebatan demi sebatan. Tapi aku tak berapa ingat lah kena dengan apa. Mungkin rotan, mungkin tali pinggang, mungkin batang paip. Lepas kena tu, sempat lagi aku nak mempertahankan diri. ‘Tapi doktor gigi tu cakap, kita kena tukar berus gigi setiap tiga bulan. Caq ikut cakap doktor gigi tu ja’ Dah meraung-raung aku nangis dah masa ni. Masa ni kompem lah aku nangis. Sakit kot wehh. ‘Tak payah dok ikut cakap doktor tu! Guna berus gigi tu sampai rosak, baru boleh tukar yang baru, PAHAM ??!!’ Aku nangis lagi teresak-esak. ‘PAHAM TAKK ABAH CAKAP NI??’ ‘Faham...’

Kelakar betul bila ingat balik. Bukan nya aku ikut sangat pun saranan doktor gigi tu. Aku suka ambik berus gigi yang baru, kekadang aku buat sapu-sapu habuk tepi tingkap. Ala, bahagian-bahagian yang macam sempit-sempit tu dan susah nak dicapai. Berus gigi kan berlambak, aku tengok comel jadi aku guna sesuka hati untuk pelbagai jenis tujuan yang sia-sia. Hehe.

Bercakap pasal pembaziran ni kan, aku teringat lagi satu kisah dan kisah ni ada kaitan dengan Abah pastinya. Masa ni, aku dah masuk sekolah menengah. Mungkin Tingkatan 2 atau 3. Aku ni ada hobi. Hobi mengumpul jam tangan. Jam tangan akan dibeli pelbagai warna mengikut warna baju yang aku ada. Abah selalu ada seminar atau mensyuarat di Kuala Lumpur, dan kalau Abah ke sana, dah jadi satu kemestian, Abah akan beli cenderahati untuk aku, Adik dan Mama. Selalu aku akan pesan supaya Abah belikan aku jam tangan. Kekadang Abah dah tau. Tak perlu tanya, bila dia balik je, tengok Abah dah belikan jam. Yeayy. Kekadang Abah belikan dua utas sekali. Best gila. Ala, bukan jam yang ratusan ringgit tu. Jam yang dalam lingkungan Rm29-RM49 tu. Macam-macam style Abah beli. Pandai jugak Abah pilih. hehe.

Aku akan susun koleksi jam tangan aku tu di atas rak meja solek aku. Happy je tengok jam tangan yang banyak dan pelbagai. Tapi aku tak pernah puas mengumpul jam tangan. Ada satu hari tu, aku plan nak keluar teman kawan aku shopping. Aku keluar dengan dihantar oleh Abah ke shopping mall. Takda la shopping mall sangat kan. Bajet macam Kulim ni KL pulak kan. Lebih kurang macam mini shopping mall (taknak sebut supermarket, rasa cam tak standard. hehehe) Aku ni, susah sangat nak keluar seorang diri. Abah memang tak bagi aku naik bas sebab Abah tak percaya kat aku. Takut aku keluar jumpa boyfriend. Hahaha. Kelakar betul. Aku tak da boyfriend pun time sekolah menengah. Sama ada Abah hantar aku ke tempat yang dituju, ataupun Abah hantar aku, dan jemput semua kawan-kawan aku yang nak keluar dengan aku tu betul-betul di depan rumah depa. Baik tak Abah? haha Kira takda peluang la aku nak menipu cakap, keluar dengan kawan ni, padahal pegi jumpa dengan lelaki. Noo. Sebab tu dulu masa sekolah, sekali pun tak pernah aku keluar dengan lelaki. Kalau aku nak keluar dengan 4 orang kawan, makanya 4 orang kawan tu lah Abah pegi jemput depa dan hantarkan pulang jugak. Kalau bukan Abah, aku dijemput oleh ayah kawan baik aku. Ayah dia datang jemput aku di depan rumah. Jadi Abah tau dengan siapa aku keluar. Nanti balik pun, ayah kawan aku tu hantarkan jugak. Aku dengan kawan baik aku ni lebih kurang je, diawasi ketat oleh ibu bapa cuma bezanya kawan aku ni, ayah dia suka bagi dia duit. Senang gilaa dapat duit. Jeles aku.

Jadi masa keluar tu, memang best lah, walaupun pekan Kulim ni apa la yang ada sangat kan. Tapi mempunyai kebebasan tu yang membuatkan aku rasa syok sangat. Aku melilau merata-rata. Tapi tak pegi jauh pun sebab jalan kaki je dari satu tempat ke satu tempat. Tetiba aku masuk ke kedai jam. Aku memang suka masuk situ sebab jam dia comel-comel. Dulu masa zaman aku tu, jam tangan yang tengah naik adalah jam yang jarum dia berbentuk yang comel-comel. Jarum saat dia pun comel gila. Comel je tengok bergerak-gerak setiap saat. Tali jam pun mengikut tema bentuk jarum tu. Katakan la, jarum dia berbentuk ikan, maka tali jam pun ada corak ikan, background muka jam pun ada ikan. Comel betul. Aku minat sangat jam-jam gitu. Ala-ala Swatch gitu. Tapi yang aku tengok ni versi murah la. Aku tengok pastu bercadang nak beli. Kawan-kawan aku ni menyokong je. Sekali sampai tiga aku beli. Gila betul. Dahla satu rm20. Habis duit aku. Dah la masa tu aku baru Tingkatan 2. RM60 tu macam RM100 bagi aku.

Bila tepat pukul 5, kami kena balik. Wajib balik rumah sebelum Mahgrib kalau tak, aku takkan dibenarkan langsung keluar rumah lagi. Ntah macam mana, boleh terkantoi aku beli jam tangan yang banyak tu.Abah panggil aku ke ruang tamu. Berbakul-bakul kena leter. Lepas tu Abah ajak aku ke luar rumah. Aku ikut je. Lepas tu Abah menuju ke satu tong sampah yang terletak di luar pagar rumah aku ni. Tong sampah tu tinggi dan besar. Ala macam yang makcik-makcik cleaner selalu dok tolak tu. Yang ada dua roda tu. Abah bukak penutup tong sampah tu, dan arahkan aku campak ketiga-tiga jam tangan yang baru dibeli tu ke dalam tong sampah. Aku ni kan jenis keras kepala, keras hati. Tak pulak aku menangis ke, merayu ke nak selamatkan jam aku tu. Sebaliknya, aku buang je jam-jam tu, pastu aku senyum je kat Abah. Abah renung je aku. Mesti dia rasa pelik. Lepas tu suruh aku pegi sambung study.

Masa tengah study tu, aku rasa ralat jugak la. Sayang betul jam-jam aku tu. Dahla comel. Baru je ingat nak menayang kat kawan-
wan-kawan kelas esok pagi. Aduii. Tapi takda la aku menangis. Selepas sejam mengulangkaji, Abah melaung panggil aku dari ruang tamu.Hmm. Nak apa lagii.... Aku mengeluh. Aku pun pegi la dekat Abah. ‘Awat?’ Muka aku macam bengang sikit lah. Yalah, marah pasal kes tadi tak habis lagi. ‘Caq tau dak pasaipa Abah marah?’ Abah memang suka tanya camni setiapkali dia dah marah aku. ‘Hm. tau.....’ Malas je aku menjawab. ‘Hah kenapa?’ Abah marah sebab Caq suka membazir, beli yang bukan-bukan...’ Memang muka tak ikhlas aku menjawab ni. ‘Ha, tau pun. Bukan senang Caq oi, nak cari duit. Abah bagi duit tu, untuk Caq simpan. Bukan untuk beli benda-benda merapu.’ Aku kalau Abah marah aku suka buat keras kepala, aku buat muka selamba aku pandang tempat lain. Pandang dinding lah, luar lah. Aku takkan tunduk tanda aku dah serik. Tunduk tu tanda menyerah kalah! ‘Hmm. dah. Lain kali jangan buat lagi tauu. Pi ambik balik jam-jam tu’ Terus aku pandang muka Abah dengan wajah bersinar-sinar. ‘Yaka, Abah??’ ‘’Ya. Lain kali jangan buat dah tau.” “Ya.” Aku tetap buat muka sekupang aku, aku tak tunjukkan pun kegembiraan sebab dah dapat balik jam aku tu. Punyalah keras kepala.

Bila aku mula sekolah menengah, umur 13-15 tahun, masa ni aku dah mula memberontak. Aku rasa family aku tak sayang aku. Aku buat perangai. Aku rasa aku ada buat entri pasal ni dulu. Klik SINI

p/s : nanti aku buat entri tentang abah yang baik sangat-sangat dan suka mewahkan kami adik beradik dan kisah sewaktu abah jatuh sakit dan semestinya mematahkan semangat aku untuk teruskan hidup.



3 comments:

intanurulfateha said...

best pulak entry neh kikikiki :p

kite dulu suke kumpul tddybear >_<

wanieybintang said...

hehehe. i suke kumpol barbie. tp ble nk tdo, sume barbie kna campak luar sbb takot dorg idop mcm chucky. huhuhu

Masjue Masjuwita said...

dh bace dah..hehe..aru tue lagi panjang kot..jgn lupa sambungn nye ye..hehek