31 July 2009

aku ni penting diri ke?

.
aku dah terbiasa tak berkongsi barang-barang aku dgn sapa2 kat rumah.
bila terpaksa berkongsi,
aku rasa sungguh.sungguh.sungguh. tak selesa.
huhuh...
.
tolong la aku.
rasa tersiksa sungguh.

contest foto paling cuun.

.
aku masuk contest ni.
saja gedik.
aku kan minah perasan.
ahha.
.
kena hantar dua gambar yang agak-agak paling cun.
yang menang, akan dilukiskan potretnya dan diposkan ke rumah secara PERCUMA.
.
ha?
aku hantar gambar ape?
mane leh cakap.
malu la eden.
.
tak penah lagi orang lukis potret muka aku.
yang ada pun, lukis aku orang lidi lah,
muka katon lah.
so skali skala, orang lukis lawo-lawo,
buleh gak aku gantung kat dinding tepi katil.
malam-malam leh tengok muka aku senirik.
hahaha.
.
org-org yang perasan lawo seperti aku di luar sana,
cepat-cepatla masuk contest ni.
ditutup pada 1ogos 2009.
.
sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.
.
'Create

an incident

.
*sim kad dipatahkan dicampakkan di dalam tasik*
*mencubit, menampar dan menumbuk badan suspek (padan muka)*
*memaki sebuah kereta yang tidak memberi lampu signal*
*memaki dan menengking suspek*
*berjalan ke rumah sambil diiringi moto suspek akibat kedegilan tidak mahu membonceng bersama*
.
oh ya.
lupa satu perkara.
.
*menangis sampai sakit dada*
*di akhiri dengan mangsa memberi SATU PELUANG TERAKHIR buat suspek*
(dgn pelbagai jenis syarat yang HARUS DIPATUHI oleh suspek)
.
katanya mahu berubah.
so, let's just wait and see.
tempoh percubaan ialah sebulan iaitu sehingga 3sept 2009.
ulang tahun ketiga perhubungan mangsa dan suspek.
.
cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata.

29 July 2009

erghhh

arghh.
apsal ko comel sgt hah???
korek bijik mata tu kang.

H1N1

.
aku harap korang berjaga-jaga dengan penyakit ni k.
tadi aku dengar berita, sorang dah mati.
muda lagi.
baru umur 2o tahun.
tapi dia ni sebab lambat gi klinik.
sian dia.
.
setakat ni dah setakat 1200 orang disyaki positif HIN1.
sampai mama aku kata, kalau kena pun dah tak kuarantin kat hospital,
kuarantin kat rumah je.
sebab dah terlalu ramai,
hospital pun penuh.
.
sapa-sapa yang ada simptom-simptom dia,
seperti sakit tekak, selesema, demam
cepat-cepat gi klinik tau.
.
sebab mama aku kata,
kalau early stage takpe.
boleh dipantau lagi.
.
sebab mama aku in charge wad kat spital yg ada H1N1.
memula aku risau gakla sebab mama kan lagi dekat dgn pesakit2 ni.
tapi takpe,
jururawat je yang dok bagi ubat dan berhubungan dgn pesakit2 ni.
mama hanya bagi arahan kat jururawat-jururawat sahaja.
.
aku bukan apa,
sebab cousin aku dah terkena.
kesian dia..
dia student upsi.
3 org je yang kena.
dalam ramai-ramai tu, nape la dia boleh terkena.
nangis-nangis dia.
skang ni kena kuarantin la.
aku harap dia cepat-cepat la sembuh.
sebab dia dan kakak dia memang close sangat dengan aku.
.
korang jaga-jaga ok?

jepun menjajah. alahai..baru ganti sehari.

.
ouh.
dia dah balik.
dia beriya ajak jumpa.
nak jumpa ke?
tapi saya sudah tidak bersemangat mau jumpa dia,
macam dulu-dulu.
huhu.
.
baik duduk rumah main tennis saja
.

28 July 2009

kisah gigi

.

.
nampak beza tak dua gambar aku kat atas.
satu gambar sengih nampak gigi.
satu senyum.
.
setelah menganalis dua gambar ini,
aku mendapati gambar aku sengih menunjukkan gigi arnabku itu menunjukkan muka aku lebih bujur dan panjang..
manakala apabila aku senyum sambil menyembunyikan gigiku, maka terserlahlah kebulatan pipiku.
.
dulu aku memang sengih nampak gigi,
pastu abah aku dengan selamba mamba nye, berkata gigi aku lebih mancung dari idung aku.
ok.
aku redhoo.
jadi, aku senyum kaber gigi la.
tapi sejak dua menjak ni, aku cuba try test uji sengih nampak gigi,
rasa nampak bujur sikit muka aku kan.
sebolehnya, aku ingin menyembunyikan dua bijik pipiku yang berbentuk sfera ini.
.
jadi ayuhlah rakan-rakan, sengih tunjuk gigi.
.

jum men tenis.

ok.
nak cerita pasal tennis.
aku dah janji kan?
.
well, aku belajar main tennis ni dari abah.
dulu aku tak minat.
pastu tengok abah main, macam best pulak.
.
aku main dalam rumah je.
ada jugak main kat luar rumah kekadang.
.
reket dia tak mahal pun abah beli.
dia spesel sikit.
.
.
reket ni, jaring dia besi.
haaa.
ganas tak aku?
guna reket jaring besi ooo.
.
aku tak selalu main tennis ni.
bergantung kepada jumlah lalat.
.
yelaa. lalat.
sebelum main tu, aku pakai la pakaian yang sesuai kan?
ala-ala serena williams tu.
.
pastu, dengan segala kudrat aku,
aku hayunkan reket kesayangan aku ni ke arah lalat-lalat tersebut.
prappp!
bila terkena sekor, aku rasa puas hati sungguh.
tengok lalat-lalat tu melekat kat jaring besi sambil terbakar seluruh tubuh.
hahahah.
rasa gembira sekali.
.
reket ni, dia ada punat.
bila kita hayunkan reket ni kenala tekan punat ni.
punat ni mengalirkan arus elektrik kepada jaring dia.
.
kekadang bila dah melekat lalat kat jaring tu.
aku tekan lagi punat lama-lama.
meletup-letup dia (sang lalat).
hahaha.
sampai berasap dan bau hangit.
ya, aku pemain tennis yang kejam.
.
selalunya memang mengeluarkan peluh kalau main ni.
aku dah bagi nama nak masuk tournament.
kot boleh dapat trofi macam venus ka, konikova (betul ke ejaan dia) ke.
so, klu korang tengok aku bertanding kat espn nanti, jgn terkezut arr
.
oh, ya.
reket ni memang boleh didapati di mana-mana.
memang boleh dimiliki oleh sesiapa saja.
jenama dia em.
tak tulis pulak.
tapi aku namakan dia the lightning.
sebab dia ada lambang kilat kat jaring dia tu.
haa.
hebat kan.
boleh didapati dengan harga rm1o di kedai-kedai runcit berdekatan.
.



aku dah dapat keje!. penonton tv sepenuh masa.

.
yeay.yeay.
GG season 2 dah start.
padahal, orang lain dah khatam pun season 2.
aku malas nak tengok kat laptop.
cam tak puas rasanya.
baik tengok kat tv.
takpe walaupun lambat sikit.
tapi puas.
.
zaman the biggest loser dah lama lepas,
aku baru nak minat.
yelah, dulu memang aku minat masa dimainkan kat AXN kalau tak silap.
pastu skang tukar Hallmark pulak.
aku, sejak astro buat sistem no saluran dia ke 3digit ni,
memang aku blurr je.
dulu masa dua digit, memang aku hafal sumanya.
skang ni, hafal yang penting-penting je.
dan aku baru je discover channel hallmark ni.
dan baru terjumpa rancangan TBL ni.
tak sabar nak tunggu the biggest loser asia plak.
rasa macam, teruja la tengok perubahan dorg dari gemuk gile ke badan yang kurus.
ngeh3.
.
dulu minat the prison break gak.
minat sebab ada wentworth miller je.
jalan cita pun agak minat la.
tapi makin lama makin bosan.
tah bila nak kuar penjara tah.
.
desperate housewives.
memang minat dari dulu.
suri rumah kat malaysia macam tu tak ek?
.
ANTM.
yang ni memang aku follow dari season 1 sampai la the latest.
yang ni semangat lak aku tengok kat utube.
walaupun tak clear smpai pening kepala aku.
tapi semangat nak tau sapa menang.
lepas tengok cita ni je, mule ar berangan nak jadik model.
hak3.
tinggi pun tak cukup weiii.
.
oh.
aku puasa hari ni.
puasa ganti.
ada lagi 5 hari.
huahuahua.
bak kata cik intan nurulfateha,
baju raya dah dapat, puasa haruslah diganti dengan cepat.
.ahha.
.
oh. lupa.
jugak peminat setia battle of angels.
cerita siam.
hehe.
.
p/s: dulu susah sangat nak tengok tv. skang nak balas dendam.

27 July 2009

baju raya dah siap, yeay.

.
tadi macam biase,
aku keluar lagik.
hehe.
.
tapi kali ni aku kluar dengan cousin aku.
dan dia belanja sume.
ngeh3.
makan di kfc.
makan cheezy chicaroni.
waahh.
nyummyyy.
.
dan pegi amek baju raya.
sgt berpuas hati dengan jahitan dia.
dua sudah siap.
lagi sepasang masih on the way.
hehe.
yg masih belum siap tu, dikhaskan untuk konvo.
nanti aku kasik tunjuk sikit eh,
walaupun korang tamo tengok.
nak tunjuk jugak.
hehe
.
ouh. hari ni taksempat main tennis.
letihh ar.
.

26 July 2009

daily update.

.
aku bz sikit skang.
bz dengan latihan tennis.
at least dapat ler aku mengeluarkan peluh kan.
ye dok?
.
ok.
nanti aku update lagi pasai tennis ni k.
.
p/s: esok keluar nak gi amek baju raye. wuh. excited.

25 July 2009

update.

.
aku malas la dengan blog aku ni.
aku dah taip entri yang panjang pasal aktiviti aku semalam,
alih-alih bila aku insert gambar,
habis jadi berterabur sume.
jadi macam double spacing lak sume.
arghh.
malas ah aku nak edit and publish.
dudukla engkau terperap dalam draft tu wahai entri.
.
post gambar je buley.
gambar aku yang syok sendiri masa kuar gi penang semalam.
.


tengah bersiap dalam bilik.


tengah gedik dalam keta.

dah balik, letih.

.

p/s: tadi kuar lagik. hihi. hari-hari aku kuar. sangat tidak buhsan duk umah. huhihui

23 July 2009

i am ok.

.
ok kawan-kawan yang disayangi sume.
aku dah ok.
hehe.
:)
.
saje rase gedik nak buat entri benci kan.
hehe.
.
aku skang tengah pikir-pikir nak dok bilik sape time aku g ukm nanti.
pasti aku akan bawak beg sebesar-besar alam walaupun nak dok 5 hari jek.
hehe.
hm. nak dok bilik sue, ke adah, ke anis ke ijan?
.
anis, boleh ka kalu aku nak tumpang bilik hang?
hehe.
.
pastu aku ingat bila aku sampai ukm nanti,
aku nak kuar dengan 'anda-anda' sume.
buleh ke?
aku nak pi karoke, maen boling pun takpe.
if nak lebih extreme lagi, pi times square perabeh duit.
takpun lepak unikeb, makan sambil bergosip.
besh gak tu.
membuat dosa di depan rezeki.
ha. best-best.
hehehe.
.
miss my buddies badly.

22 July 2009

you're history

aku BENCI dengan KAU.
serius la, aku BENCI.
i hope i've taken the right decision.
because, being with you, was the biggest mistake that i've ever made.
FULLSTOP.

21 July 2009

haish

.

apsal aku sikit pun tak teruja nak konvo?
orang lain semua nya teruja.
aku rasa macam takda apa ja.
.
aku rasa macam malas ah nak naik stage la, amek skroll la.
beratur-beratur, berhimpit-himpit.
.
yang bestnya sebab nak jumpa kawan-kawan je.
dan lepas konvo, nak gi makan angin jap.
tu je yang buat aku best.
.
pelik ah aku ni.
.
rindu pada depa-depa ni.






20 July 2009

JANGAN PANDANG BELAKANG

.
aduh.
sakit gile kaki aku ni.
aku rasa da terseliuh.
tiga jari kaki terakhir aku yang sakit.
kiranya jari kaki aku tiga dari kanan.
bengap kan aku.
tatau nama jari.
huhuh.
.
alkisahnya begini.
aku ni suka main kejar-kejar dengan abu si kucing hutanku itu.
kalau dia lari, aku kejar,
kalau aku lari dia kejar.
.
pastu pada satu hari,
aku ni lari la selaju mungkin sebab abu ni memang lari laju gila.
lompat pun tinggi ooo.
kucing hutan katakan.
.

aku ni teruja la berlari kan sambil dok gelak-gelak.
tengah dok syok berlari tu,
aku toleh la belakang nak tengok posisi abu kan.
kot dia dah makin dekat dengan aku.
bolehla aku menambah kelajuan larianku.
.
bila aku toleh, tak nampak lak dia.
pastu aku toleh depan balik,
GEDEBUK!.
aku pi langgar dinding.
.

jatuh tergolek aku.
sakit oooohh.
kepala aku tak sakit sangat, sebab aku sempat tahan dengan tangan aku.
kaki aku ni la yang sakit gila
sebab jari kaki aku terlipat 90 darjah
.
..

fuhh.
sakit wehh
aku ni dok tergolek sambil meraung-raung sambil pegang kaki aku.
pastu aku tengok ar abu.
.
tau tak dia tengah buat ape?
dia tengah dok jilat bulu dia.
dia tak peduli pun kat aku.
dia TAK KEJAR PUN AKU.
.
jadinya tadi aku dok meroyan sekor-sekor je la.
hak elaaaa.
tak guna punya kucing.
.
dahla aku tengah dok meraung,
dia tak datang pun tengok aku.
.
jadi pengajarannya, kalau nak main kejar-kejar dengan kucing, pastikan kucing tu kejar kita dulu baru lari ok.
pastu bila lari tu, JANGAN PANDANG BELAKANG.
.
sekian.

19 July 2009

mourning ..

.
.
sedihnya.
cepat sangat dia tinggalkan aku.
tak sempat aku tengok dia membesar.
:(
rest in peace dia.
sedih.

18 July 2009

satu kejadian

satu perbualan di ym.

hello my fren...
louqeu 2003 (17/07/2009 22:54:20): assalamualaikom
louqeu 2003 (17/07/2009 22:54:20): how do u do..
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 22:54:29): waalaikumussalam
fascinate_fariesha (17/07/2009 22:54:34): im doin good
.
louqeu 2003 (17/07/2009 22:55:01): hehehe
louqeu 2003 (17/07/2009 22:55:01): i thought i found a right person now...
louqeu 2003 (17/07/2009 22:55:01): huhuhuh
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 22:55:20): ha? what do u mean?
.
louqeu 2003 (17/07/2009 22:55:29): pls..
louqeu 2003 (17/07/2009 22:55:37): teach me a good english..
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 22:55:53): ha? do i noe u?
.
louqeu 2003 (17/07/2009 22:56:03): huhuu..
louqeu 2003 (17/07/2009 22:56:13): sowi forgot to introduce myself
louqeu 2003 (17/07/2009 22:56:19): im man...
louqeu 2003 (17/07/2009 22:56:27): and u are wany right..
louqeu 2003 (17/07/2009 22:56:56): 26 years young...
louqeu 2003 (17/07/2009 22:58:02): i think we already know each other..
louqeu 2003 (17/07/2009 22:58:05): huhuu
louqeu 2003 (17/07/2009 22:58:16): sowi if had mistake there..
louqeu 2003 (17/07/2009 22:58:23): u from kulim right..
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 22:59:28): yeke?
fascinate_fariesha (17/07/2009 22:59:36): i dun remember u
.
louqeu 2003 (17/07/2009 22:59:50): erk?
louqeu 2003 (17/07/2009 22:59:55): nope problem..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:00:13): since u still want accept me as ur friend..
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:00:27): ok.. aslplz
.
louqeu 2003 (17/07/2009 23:00:35): u will or not?
louqeu 2003 (17/07/2009 23:00:54): 26 m kdh..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:01:13): remember dak yang sy ckp kedah ngn awak?
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:01:20): tak pun
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:01:23): bile ek
.
louqeu 2003 (17/07/2009 23:01:41): berbulan yang lalu..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:01:53): tak ingat ke?
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:01:54): oooo. tak ingatla..
.
louqeu 2003 (17/07/2009 23:01:56): huhuhuu.leh tak..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:04:03): request ni..
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:05:45): request apa?
.
louqeu 2003 (17/07/2009 23:06:09): teach me how to speak full english...
louqeu 2003 (17/07/2009 23:06:15): huhuhu
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:06:20): sy pun xpandai mana pun
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:06:24): biasa2 ja..
.
louqeu 2003 (17/07/2009 23:06:42): tp pastinya lebih pandai dari sy...
louqeu 2003 (17/07/2009 23:06:45): huhuuu
louqeu 2003 (17/07/2009 23:06:49): tlg...
louqeu 2003 (17/07/2009 23:06:57): tlg la sy sebagai kawan...
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:07:23): knapa? awak nak g interview ke
.
louqeu 2003 (17/07/2009 23:07:38): bukan...
louqeu 2003 (17/07/2009 23:07:53): sebab sy nak improve english sy..
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:08:18): sy tak reti nak mengajar orang
louqeu 2003 (17/07/2009 23:08:33): takpa..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:08:47): kurang2 dapat jugak ilmu utk sy...
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:09:08): sy mmg tak retila nak mengajar
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:09:16): awk ni sapa? sy pun tak kenal
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:09:19): tetiba je
.
louqeu 2003 (17/07/2009 23:10:03): memang kita tak kenai..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:10:03): kenai dlm ni ja..
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:10:12): awak keja pa
louqeu 2003 (17/07/2009 23:10:16): tp sy memerlukan pertolongan wak untuk bagi sket ilmu yang wak asa..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:10:27): sy keja wat bangunan..
.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:10:43): k.
fascinate_fariesha (17/07/2009 23:10:47): awk nak sy ajar pa
.
louqeu 2003 (17/07/2009 23:11:11): yang pasai past tense..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:11:16): present tense..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:11:26): yang tense2 tu..
louqeu 2003 (17/07/2009 23:11:27): huhuu
.
.
pelik tak?
mamat ni mai dari celah mana tah add aku kat ym tetiba suh aku ajar grammar?
wth??
.
sumpah aku tak kenal dia.
pastu bajet macam aku tere gila english.
huhu.
.
memula aku ingatkan tu taktik dia ja nak ngorat aku.
alah.
macam aku tak kenal chatters ni.
.
tengok-tengok dia memang bersungguh.
walaupun aku berkasar gila dengan dia sebab aku masih rasa was-was dengan dia.
tapi dia wat bodo ja.
.
pastu dok wat ayat-ayat skema dia.
.
louqeu 2003: huhuu
louqeu 2003: tu yang takut..
louqeu 2003: maaf kalau sy menggau masa waniey nih..
.
fascinate_fariesha: x
.
lalouqeu 2003: tp sy memerlukan pertolongan seorang kawan untuk ajar sy,,,
louqeu 2003: huhuu
.
fascinate_fariesha: yer
fascinate_fariesha: hai
fascinate_fariesha: da sy kata nk ajar sy ajar la
fascinate_fariesha: xyah wat ayat2 sedih
.
louqeu 2003: bukan ayat sedih..
louqeu 2003: ayat berterima kasih tu..
louqeu 2003: terima kasih..
.
fascinate_fariesha: sama2.
.

memang masa ni aku dah agak bengang.
tah bapa kali dok berterima kasih kat aku.
hargai jasa aku la apa la.
hak ela.
lu diam boleh tak?
dah aku kata nak ajar,
dok diam dah la kan.
.
aku tak kisah kalau orang tu nak berterima kasih kat aku.
tapi jangan la dok melebih-lebih lak.
buat aku rimas.
rimas ku dalam pelukanmu tidak ku sangka kau begitu.
inilah lumrah dalam bercinta.
berilah aku ruang agar ku selesa.
.
ok
feeling rafej jap.
.
dahla aku ni pun bukan pandai english sangat pun.
yang dia tanya lak, past tense, present tense, past participle la ape kejadahnye tu.
yang aku sendiri masih keliru.
dia tanya apa beza 'had been, have been,'
yang ni memang aku nganga sikit nak jawab.
.
tapi untuk mengelakkan air muka ku tumpah ke lantai mozek ni,
aku cakap kat dia belajar yang basic-basic dulu.
.
yang tu nanti dia susah nak paham.
hahah.
.
aku just ajar dia past, present, dgn future dulu.
.
pastu dia memang betul-betul anggap aku macam cikgu dia lak tu.
aku marah dia pun, dia tak kisah.
siap mintak maaf lagik.
memang macam anak murid dan guru ah.
.
haha.
aku pulak apa lagi
.
bukan berlagak jadi guru je, dah jadi cam guru besar je.
seronok lak marah dia.
klu da rotan, bleh gak aku rotan dia.
hahaha.
.
tapi dia memang bersungguh nak blajar.
dia kata orang selalu gelakkan english dia masa wat report kat opis.
.
jadi dengan ilmu yang sebesar taik semut ni, aku ajar la dia sikit.
bolehla aku ingat jugak.
ye dok?
.
k ah.
.
aku nak mandi jap.
panas wehhh.
byeeeeeeeeee

17 July 2009

soklan-soklan maut

.
.
apsal aku rasa cam enjoy je dok umah.
hehe.
tak busan langsung.
boleh tak kalau aku tamo keje.
dok mengabeskan beras je kat rumah.
.
hari ni abah ngan mama cuti.
tadi aku teman abah pi dusun.
amek buah lagi.
banyak betol langsat dengan manggis.
aku memang kureng sikit buahan-buahan tempatan ni.
ai layan stroberi dengan grep je. (tembakla aku klu berani)
.
lepas amek buah,
gi umah mak su, umah misi-misi yang sewa rumah mama tu, umah paknjang plak.
bagi buah-buah tu.
sebab banyak sangat.
pastu gi repair spec aku jap.
then, abah kasik aku drive.
haha.
mama cakap aku dah cekap.
skang ni aku dah gila stereng.
sampai mimpi-mimpi lak.
dahla mimpi aku bawak keta sampai tecabut batang gear tu.
gila ganas aku ni.
.
pastu mama cita,
masa gi kenduri kawen umah jiran aku minggu lepas,
ada la jiran aku ni tanya kat abah sal aku.
tanya aku ni bila lagi?
memula aku ingatkan bila nak keja,
rupa-rupanya bila nak kawen.
.
hak ela..
ni yang aku malas tanya bab-bab kawen ni.
seb bek dia tanya abah.
pastu abah balas balik,
'dok tanya-tanya orang,yang lin tu pulak bila? dia lagi tua dari kakcaq (aku)'
lin tu anak jiran aku tu.
aku panggil kak lin.
.
mama aku cakap,
abah aku bengang betul, asyik-asyik tanya yang tu,
asyik-asyik tanya yang tu,
sebab tu abah balas balik camtu.
hahah.
.
apekemende laaa.
aku ni skang dok risau pasal keje je.
pasal kawen, tak pk langsung.
kak lin tu takpe ar.
dah keja akauntan pun.
dia tua 2tahun dari aku.
jadi memang patut ar dia kawen dulu.
hahah.
.
memandangkan aku pun dah abes blajar.
lepas ni mesti aku kena bersedia dengan soklan-soklan camni.
'bila nak kawen, lepas ni keja apa?'
arghhhh.
mesti bosannnnnnn.
.
tetiba aku rasa aku macam anak dara tua yang tak bekerja lak.
huwaaaaaaaaaaa
.
.
p/s: apesal ha? entri aku jadi bersambung-sambung. padahal aku tekan je enter.
sebab tu aku terpaksa letak titik sebagai pemisah.
klu tak pening pala hangpa baca.

syukur

.
i guess this is the best time of my life.
no more tears.
no more heartache.
no more stupid arguments.
.
yes.
i am living happily now.
i am surrounded by wonderful people and adorable pets.
:)
what else could i wish for?
these are more than enough.
.
alhamdulillah.

16 July 2009

akhirnya

yeh.
keputusan short sem aku dah kuar.
serius aku target C
asal tak D sudah.
tengok-tengok dapat A-.
hahaha.
mungkin kertas jawapan aku tertukar dengan pian kot.
sian pian.
mesti dapat C tu.


aku buat assignment pun cincai-cincai je.
dahla tak buat cover depan pun.
orang lain semua bind elok-elok,
aku pakai klip kertas je.
huhu.


dahla tak penah datang awal kelas.
paling awal aku datang adalah,
lewat sepuluh minit.
paling lambat?
jangan tanya lah.


dahla lewat, pastu dok belakang sekali.
pastu dok menyembang dengan rakan sejawatan skenyetku adah.
sembang senyap-senyap takpe.
ni sembang, bergelak ketawa, mengutuk lecturer,
sehingga dimarahi oleh suami adah dan keling-keling yang malam hitam pekat tiada walau sebijik pun bintang.


dan aku masih dapat A-?
apa pun aku amat bersyukur.
en. fendi, eh, fadly? en. fazri?
aku tak ingat nama lecturer aku.
en. pensyarah yang comel bagaikan santa claus yang hidup di bumi malaysia, ampunkan anak muridmu ini di atas segala kutukan ku, dan rakan sejawatan ku serta suami rakan sejawatan ku juga.


dan, insyaAllah aku akan menerima segulung ijazah pada 18 ogos 2009.
pasni nak kena terbang pi ukm sat.
amek jubah, transkrip exam, bayar yuran lg rm10,
pastu pi raptai konvo on the 13th.


pastu balik kulim.
pastu datang lak dengan parents untuk the real convo.
gedik kan aku nak balik umah jugak.
padahal boleh je stay sampai convo.


tanak.
aku nak datang dengan mama dgn abah.
baru rasa teruja.
heeee~


13 July 2009

suratan atau kebetulan?

.
malam semalam aku mimpi.
aku mimpi aku gi kelas.
hehe.
nampak sangat aku rindukan zaman uni aku.
.
aku pi kuliah kat dewan kuliah dengan rakan jenayahku, saadah saadun.
masa tu dah lambat dah.
lecture hall memang dah penuh dah.
.
jadi kami kelam kabut terpaksa duk kat barisan yang agak depan.
sebab kat situ je yang kosong.
.
tengah dok kelam kabut cari tempat duduk,
aku ternampak siti nurhaliza,
ya SITI NURHALIZA pun ada dalam dewan tu.
.
aku pikir dalam hati,
eh, siti pun amek subjek ni ke?
hehe.
.
bila dah duduk,
sedar-sedar aku duk sebelah siti.
.
dia tegur aku.
cakap 'hai'
ingin diingatkan disini bahawa aku bukanlah peminat siti.
benci pun tidak
suka pun tidak.
.
aku tengok muka dia,
comey sungguh.
.
dia pakai baju pink
dengan tudung ala-ala nampak jambul tuh.
.
pastu aku tengah dok borak-borak dengan adah,
dia tegur aku,
cakap yang kerongsang kat tudung aku tercabot.
jadi dia tolong bubuhkan balik.
.
aku duk pikir,
nanti pas abes klas,
nak ajak dia bergambar ah,
pastu nak cita kat mama.
sebab mama memang minat siti.
.
pastu tah macam na, aku terjaga.
tak sempat nak bergambar dengan siti.
.
pastu tadi, tengah-tengah aku baca paper utusan.
ada gambar siti.
cita pasal pencalonan dia dalam anugerah industri muzik.
.
yang peliknya,
dalam gambar tu, dia pakai baju pink,
memang sebijik dalam mimpi aku.
.
tudung sama, baju sama
mekap sama
brooch dekat baju dia sama
semua sama.
.
padahal, aku tak penah lagi tengok dia pakai baju kaler tuh.
aku cita kat mama pasal mimpi tuh dan tunjuk gambar siti tu.
mama gelak sambil cakap, mungkin betul kot aku akan jumpa siti.
hahahah.
.
yele sangat.
kalau jumpa, aku nak cakap kat dia, apahal dia suka pakai tudung pelik-pelik?
pakai elok-elok takboleh ka?
-aku mintak mahap kepada semua peminat siti yerk-
.
.
jadi semua ni suratan atau kebetulan?

12 July 2009

enchek broadband


memang vavun la broadband ni.
bila abah aku takdak kat rumah,
internet tak dapat lansung.
dan membuatkan aku hangin.

jadi bila balik keja,
aku ngadu ar kat abah.
broadband yang dia bangga-banggakan sangat tu takleh pakai.

tapi bila dia on ja pc, dapat lak tenet.
hish.
bengang, tak bengang?

pastu abah pun dengan riak ar cakap
'ha, boleh ja abah wat, caq wat camna takboleh?'
sambil sengih-sengih bangga.

ok.
mungkin tu hanya satu kebetulan kan.
tapi harini,
satu hari aku try connect,
tak bolehhhhhhhhhhhhhhhh.

pastu bila abah balik keja petang hari,
aku cakap ar, broadband bengong.
dia on laptop ja, teros dapat yahoo.

ok.
mungkin aku telah tercarut dekat broadband ni, jadi dia nak balas dendam kat aku.
pergi jahanam ko broadband.
hahaha.
suka hati aku ar nak carut kat ko, wahai broadband.
ko nak wat perangai pun buat ah.
aku boleh pi cc.
hahahahaha

ok.
aku takdak duit nak pi cc.

jadi ko jangan wat perangai.

abah pun rasa macam dia ada aura internet la konon.
bila dia ada kat kat umah baru dapat internet.
dok bangga-bangga kat aku.

pastu bila aku nak guna laptop,
time tu jugakla dia nak cari klip lagu agogo kat utube.
arghh.
padahal boleh je kan dia on pc.

dan masa tu jugakla mama nak cari resipi online.
ok.
kenapa tiba-tiba semua tertarik dengan laptop aku?

broadband, kalo ko sesungguhnya ada kuasa dan nak balas dendam kat aku,
aku mintak ampun.

11 July 2009

temporary



i think im gonna stick with this plain template for the moment.
still searching for a better and cuter template.

________________________________________

*muahx*

baikpulih

mesti korang serabut kepala hotak kan tengok blog aku neh?
still under construction niiii.
aku pun sakit mata tengok.
nanti aku perbetoi ok?

10 July 2009

harini

pagi tadi bangun pukul 9pagi.
ingat nak sambung tido lagi tapi tak buleh sebab mama dengan abah cuti hari ni.
bangun, urut kaki abah sat sebab dia lenguh.
lepas tu, tolong mama masak kat dapur.
tengah dok goreng telur ikan, tetiba minyak dalam kuali terpercik dan kena tangan aku.
wohh.
sakit gila tak hengat.
dahla kena kat bahagian tangan aku yang belum berparut lagi.
pulun aku jaga bahagian tangan ni, tapi kena jugak.
dahla satu bahagian tu dah ada parut iron.
mama suruh sapu ubat gigi kat tempat tu, kasi lega sikit.
lepas masak, baru nak on pc, kena bebel dengan abah.
sebab aku dah banyak kali terlepas subuh.
tak jadi on pc terus masuk bilik.
lepas tu, makan nasik.
makan ramai-ramai memang sedap.
telur ikan yang digoreng.
wahh.
sodappp.
lepas makan, sempat tido jap.
mimpi kena kejar dengan dinasor comel.
lepas tu bangun, abah ajak pi dusun amek buah.
pi dusun sangat lah bosan ok.
line hp memang tadak.
aku dahla pemalas nak kutip buah.
dusun tu dekat rumah arwah maktok aku.
rumah tu skang ada famili duduk.
abah kasi duk situ free aje.
sebab rumah tu pun dah buruk.
tapi nasib baik sebab bila gi dusun tu, orang yang duk rumah maktok tu dah tolong amek buah-buah dah.
siap dah letak dalam bakul siap-siap.
so, angkut letak dalam bonet keta je lah.
lepas sembang-sembang sikit dengan famili tu, kami pun balik.
tapi singgah umah maksu jap.
maksu tu adik abah.
abah nak bagi buah-buah sikit kat dia.
dok situ, bertemu dengan kazen-kazen ku.
sempat gakla aku usik-usik dorang.
aku suka usik yang kecik sekali.
baru 5 tahun.
yang sulung 17tahun.
yang kedua 15, yang ketiga 11.
semua pompuan.
dorang ni jadikan aku ni idola dorang.
apa saja aku beli, mesti nanti dorang pun beli.
hehhehe.
tak kisahlaa.
aku dah anggap dorang macam adik-adik aku.
dok umah maksu, makan cempedak goreng dengan nescafe panas sambil dengar gosip maksu.
one thing i like about this maksu is she likes to gossip a lot.
i mean, A LOT.
aku tak suka sebenarnya campurtangan perbualan orang dewasa.
aku just dengar tanpa nyampuk apa-apa.
dengar cara dia bercerita tu, amboii.
hehe.
macam drama dalam tv1/tv2 yang jiran-jirannya mulut laser tuh.
maksu cita jiran-jiran dia cakap kat dia yang dia(maksu) tua tak padan dengan paksu aku.
pastu anak jiran tu pulak gi heboh kat sekolah lak pasal ni.
anak jiran tu satu sekolah dengan kazen (anak maksu) aku.
sejibik macam drama swasta kan.
memula aku ingat tak logik je drama-drama kat tv ni.
ada ke jiran sejahat tuh.
yang sebok sangat jaga tepi kain orang.
sampai anak pun terlibat duk bergosip sama.
rupanya ada.
ntahlah.
jiran-jiran kat taman aku ok je pun.
tak de lak nak sebok-sebok.
maksu aku pun, bila orang kata camtu kat dia.
dia lagi mau cerita kat jiran-jiran lain lak.
adoi la.
aku cakap dalam hati.
desperate housewife suma nih.
hehe.
sebab semua nya suri rumah termasukla maksu aku.
lepas habis dengar gosip maksu, main kejap dengan anak tupai yang dorang bela.
sangat-sangat-sangat comellllll.
mata bulat.
jinak pulak tu.
kecik je.
macam keychain yang gebu-gebu tu.
hee.
abah dok mintak nak bela tapi maksu tak kasik.
hehe.
pas bagi buah-buah suma.
pi singgah giant.
beli barang-barang melantak aku sikit.
aku beli cheese cake.
daging bege untuk aku goreng.
beli eskrem yang sedap tiga cone.
satu eskem 99 sen je.
eskem ala-ala koneto la.
tapi sedap.
pastu beli lagi barang-barang dapur.
lepas beli kat giant, kami pon balekk.
best gak rini.
hehehe.
enjoy dengan abah dengan mama.
p/s: abah beli cd michael jackson. seronok sungguh. tah bapa kali aku dok ulang main cd tu. sayu je tengok mj. :(