07 July 2009

reminiscing


disebabkan aku dah lama tak update blog ni, jadi hari ni aku nak update. aku nak jamu mata korang dengan gambar-gambar retro aku dan famili aku.
meh-meh , jom kita tengok.
ni adik aku posing ala-ala miss universe. masa ni agak-agak aku tahun 1997-1998 kot. masa ni dekat chalet di Pulau Pangkor.

ni adik aku dengan arwah wan aku di kampung. rindunya dekat wan.



ni aku dengan mama dekat emm mana ek. pantai batu feringgi kalau tak silap. memang dari dulu sampai la skang, famili aku suka bercuti-cuti malaysia.


aku rasa dalam 3-4minit lepas gambar ni diambik, aku tampar adik aku kot.
yelah, bengang aku, aku tengah teruja dok main keyboard tetiba dia datang dari celah mana, terus tekan satu button ni, terus kuar lagu rock yang bising gila. pastu dok nari-nari cam orang sawan.
kena ar satu tamparan wanita dari aku.
pastu aku lak kena tamparan wanita dari mama aku.
hehe




masa ni dekat langkawi. bangga gila aku dok cita kat adik aku sebab adik aku tak pegi masa ni. dia ada kat kampung.mama malas nak angkut dia sebab dia kecik lagi.
aku selalu je cakap kat dia mama tak sayang dia, sebab tu tak bawak dia.
muahahaha



masa ni aku kat melaka. tu, adik aku tak tahan nak kencing. hak ela, tak senonoh betul la.
ni aku dengan kazen-kazen aku. keta kat belakang tu, dulu aku panggil keta batman.






kat sini pun dah nampak kot kekejaman aku sebagai seorang kakak.
selalu aku sorang je amek gambar, lepas dia lahir, terus nak enterprem kan.
aku tutup muka dia sebab nyampah ngan dia.



masa ni kat kl di tugu negara. gila panas weh, time ni. taktau la napa dulu aku cukup ngeri tengok patung-patung kat tugu negara tu.


tengok, masa kecik-kecik pun aku dah suka binatang.
hehe.
masa ni abah suka bela arnab mata merah.


ni rumah aku masa mula-mula duduk. famili aku antara orang first dok kat taman ni. masa ni tahun 1992 kot if tak silap. rumah sebelah pun tadak orang lagi. yengok, suci je rumah aku kan.
tadak apa-apa pun.
kalau sekarang, haha.
rumput pun dah tak nampak dah.
simen ja.

aku suka permandangan rumah aku time ni. bukit bukau je kat bawah tu.(rumah aku atas bukit)
padang jarak padang tekukur kat bawah tu.
skang ni penuh dengan rumah-rumah.

tetiba, ada nurse nyibuk lak kan.
cuba teka mana mama aku?
haha.
salah.
mama aku yang berdiri kiri sekali.
mama cakap, aku ni ikut badan dia masa muda-muda dulu.
sekeping.
ngeh3


masa ni dekat taman bunga, penang



masa ni nak dekat maghrib dah. buleh lagi dok bergambar.
aku baru ja balik sekolah ni.
darjah 5 kot masa ni.
dengan jiran aku.
kira kami best fren ar masa ni.
skang ni, dia dah masuk u, terus dah tak rapat dah..
:(



haha.
ni abah, buat ala-ala pasangan suami isteri yang tidak mahu gambarnya dirakamkan oleh paparazi.
hehe.
masa ni dekat jb.
2bulan lepas kot.
sangat sayang kepada mereka berdua ini.
:)













1 comment:

adel said...

old skool ar sume gambar tu waniey