20 July 2009

JANGAN PANDANG BELAKANG

.
aduh.
sakit gile kaki aku ni.
aku rasa da terseliuh.
tiga jari kaki terakhir aku yang sakit.
kiranya jari kaki aku tiga dari kanan.
bengap kan aku.
tatau nama jari.
huhuh.
.
alkisahnya begini.
aku ni suka main kejar-kejar dengan abu si kucing hutanku itu.
kalau dia lari, aku kejar,
kalau aku lari dia kejar.
.
pastu pada satu hari,
aku ni lari la selaju mungkin sebab abu ni memang lari laju gila.
lompat pun tinggi ooo.
kucing hutan katakan.
.

aku ni teruja la berlari kan sambil dok gelak-gelak.
tengah dok syok berlari tu,
aku toleh la belakang nak tengok posisi abu kan.
kot dia dah makin dekat dengan aku.
bolehla aku menambah kelajuan larianku.
.
bila aku toleh, tak nampak lak dia.
pastu aku toleh depan balik,
GEDEBUK!.
aku pi langgar dinding.
.

jatuh tergolek aku.
sakit oooohh.
kepala aku tak sakit sangat, sebab aku sempat tahan dengan tangan aku.
kaki aku ni la yang sakit gila
sebab jari kaki aku terlipat 90 darjah
.
..

fuhh.
sakit wehh
aku ni dok tergolek sambil meraung-raung sambil pegang kaki aku.
pastu aku tengok ar abu.
.
tau tak dia tengah buat ape?
dia tengah dok jilat bulu dia.
dia tak peduli pun kat aku.
dia TAK KEJAR PUN AKU.
.
jadinya tadi aku dok meroyan sekor-sekor je la.
hak elaaaa.
tak guna punya kucing.
.
dahla aku tengah dok meraung,
dia tak datang pun tengok aku.
.
jadi pengajarannya, kalau nak main kejar-kejar dengan kucing, pastikan kucing tu kejar kita dulu baru lari ok.
pastu bila lari tu, JANGAN PANDANG BELAKANG.
.
sekian.

4 comments:

razy san™® said...

aiii...pe dh jd dgn kwn2 aku skg ni
yg sorg dh mula berjiwa2 dlm blog
yg ni men kjr2 smpai lggr dinding,

aku rse kn len kali kalo ko nk men kjr2 kne gne cermin pndg blkg la..hahaha

sweetsuraya said...

alala...ciannyer kat waniey...
xde org laen dh nk maen kejor2, p maen ngan kucen plak eh...

ish3.....

cik intanurulfateha said...

.haha sian kamu
.sabo je la ye

wanieybintang said...

ala..sekali sekala aku nak men2 ng kucing aku.. apa salahnyaa