.
malam semalam aku mimpi.
aku mimpi aku gi kelas.
hehe.
nampak sangat aku rindukan zaman uni aku.
.
aku pi kuliah kat dewan kuliah dengan rakan jenayahku, saadah saadun.
masa tu dah lambat dah.
lecture hall memang dah penuh dah.
.
jadi kami kelam kabut terpaksa duk kat barisan yang agak depan.
sebab kat situ je yang kosong.
.
tengah dok kelam kabut cari tempat duduk,
aku ternampak siti nurhaliza,
ya SITI NURHALIZA pun ada dalam dewan tu.
.
aku pikir dalam hati,
eh, siti pun amek subjek ni ke?
hehe.
.
bila dah duduk,
sedar-sedar aku duk sebelah siti.
.
dia tegur aku.
cakap 'hai'
ingin diingatkan disini bahawa aku bukanlah peminat siti.
benci pun tidak
suka pun tidak.
.
aku tengok muka dia,
comey sungguh.
.
dia pakai baju pink
dengan tudung ala-ala nampak jambul tuh.
.
pastu aku tengah dok borak-borak dengan adah,
dia tegur aku,
cakap yang kerongsang kat tudung aku tercabot.
jadi dia tolong bubuhkan balik.
.
aku duk pikir,
nanti pas abes klas,
nak ajak dia bergambar ah,
pastu nak cita kat mama.
sebab mama memang minat siti.
.
pastu tah macam na, aku terjaga.
tak sempat nak bergambar dengan siti.
.
pastu tadi, tengah-tengah aku baca paper utusan.
ada gambar siti.
cita pasal pencalonan dia dalam anugerah industri muzik.
.
yang peliknya,
dalam gambar tu, dia pakai baju pink,
memang sebijik dalam mimpi aku.
.
tudung sama, baju sama
mekap sama
brooch dekat baju dia sama
semua sama.
.
padahal, aku tak penah lagi tengok dia pakai baju kaler tuh.
aku cita kat mama pasal mimpi tuh dan tunjuk gambar siti tu.
mama gelak sambil cakap, mungkin betul kot aku akan jumpa siti.
hahahah.
.
yele sangat.
kalau jumpa, aku nak cakap kat dia, apahal dia suka pakai tudung pelik-pelik?
pakai elok-elok takboleh ka?
-aku mintak mahap kepada semua peminat siti yerk-
.
.
jadi semua ni suratan atau kebetulan?
No comments:
Post a Comment