29 July 2009

H1N1

.
aku harap korang berjaga-jaga dengan penyakit ni k.
tadi aku dengar berita, sorang dah mati.
muda lagi.
baru umur 2o tahun.
tapi dia ni sebab lambat gi klinik.
sian dia.
.
setakat ni dah setakat 1200 orang disyaki positif HIN1.
sampai mama aku kata, kalau kena pun dah tak kuarantin kat hospital,
kuarantin kat rumah je.
sebab dah terlalu ramai,
hospital pun penuh.
.
sapa-sapa yang ada simptom-simptom dia,
seperti sakit tekak, selesema, demam
cepat-cepat gi klinik tau.
.
sebab mama aku kata,
kalau early stage takpe.
boleh dipantau lagi.
.
sebab mama aku in charge wad kat spital yg ada H1N1.
memula aku risau gakla sebab mama kan lagi dekat dgn pesakit2 ni.
tapi takpe,
jururawat je yang dok bagi ubat dan berhubungan dgn pesakit2 ni.
mama hanya bagi arahan kat jururawat-jururawat sahaja.
.
aku bukan apa,
sebab cousin aku dah terkena.
kesian dia..
dia student upsi.
3 org je yang kena.
dalam ramai-ramai tu, nape la dia boleh terkena.
nangis-nangis dia.
skang ni kena kuarantin la.
aku harap dia cepat-cepat la sembuh.
sebab dia dan kakak dia memang close sangat dengan aku.
.
korang jaga-jaga ok?

No comments: