26 August 2009

2nd interview #3

ook.
jum kite sambung kisah intebiu aku.
aku ingatkan takde sape pun yg bace kisah aku ni.
rupenye ade jugak.
ouh.
terharu sungguh.
sebagai balasan atas kebaikan korang,
nanti raye, korang kne bagi aku duit raye k.
.
ok.
pas aku ready sume,
aku pun bertolak lah ke kilang tempat keje aku tu.
aku drive, kak long duk sebelah.
memule cam nebes gak la kan.
tapi sebab aku dah biase drive kat kawasan kilang tu,
jadi takla risau sangat.
.
jadi, driving,
takde masalah bagi aku.
sampai sana dengan selamatnya.
alhamdulillah.
bila sampai, park tepi kilang tu.
kak long nak tunggu dlm keta je.
.
jadi aku pun dgn jalan dgn tak berapa ayunye masuk ke kilang tu.
nak masuk tu, kena mintak pass dulu kat guard.
pastu guard tanya apa tujuan aku.
aku cakap nak intebiu.
guard pun kol pejabat tanya, dan aku dibenarkan masuk.
aku pun masuk la.
tunggu kat lobi.
.
memule tu nebes ah kan.
sejuk gile ah aku rasa.
walaupun ekon dorang tak pasang.
tapi aku rasa sejuk.
.
.
.
.
.setengah jam berlalu.
.
aku dah bosan nunggu.
takde sape pun datang kat aku.
kat bilik sebelah tu aku bleh nampak la ada cina-cina (mungkin boss kot) sdg berbincang amende tah.
aku takde keje, aku perati je dorang.
seblah lagi bilik ada penuh dgn makanan-makanan ringan dalam plastik.
em..
mungkin dorang nak buat parti ke atau jamuan kot.
.
hurm.
bosan btol nunggu.
dan aku dah mula rasa panas.
dah berpeluh-peluh dah.
nebes tu dah ilang dah.
aku tengok ada dua orang keluar masuk dari opis utama tu.
lobi ni bersambung dgn opis utama.
jadi kalau staff nak kuar, lalu lobi dulu lah.
kira nampak lah aku dok tercongok kat situ.
.
dari yang drebar tu klua, anta barang,
sampai drebar tu da pulang,
aku still dok kat situ lagi.
dan dia dgn baik hatinya telah meng switch on kan ekon utk aku.
.
aku busan, aku men hp.
nak msg, kedit takde lak.
pastu dok belek-belek sijil aku.
pastu aku tengok ramai staff2 cina pompuan kluar masuk dok bawak junk food tuh.
sah-sah dorg nak wat party.
sume wat bodo je kat aku.
aku pun wat bodo jgak ar kat dorg.
aku humming sorang2.
.
45min berlalu....
.
.
mmg aku da bosan tahap cipan dan bengang tahap cipan bunting kembar tiga dah.
bosan dow tunggu.
pastu tetibe ade sorg laki cina ni masuk.
dia galas beg.
pastu tunggu gak kat lobi tu.
em.
mungkin dia nak intebiu skali kot.
aku tgk dia, ingat nak senyum
tgk dia pun menyombong.
oh. ok.
aku pun menyombong gak la.
.
lepas 15min.
masuk sorang laki ni.
berkulit gelap, berbadan gempal.
dalam hati aku ckp,
tah-tah, ni kot encik azman, boss yg nak intebiu aku tu.
sbb kak long ckp, encik azman ni badan besar and mamak.
.
pas dia masuk tu,
dia masuk ke opis jap.
pastu kuar balik.
pastu dia tego cina tu.
dia kenalkan diri sbg azman.
haa.
sah dah tu yg nak intebiu aku.
aku dah setat nebes balek.
.
tapi dia intebiu cina tu dulu.
hm.
aku yg sampai dulu, ok.
.
dia suh cina tu masuk dalam bilik intebiu tu.
pastu azman ni kol sapa tah.
aku pun pasang la tinge.
'u dah forwadkan ke emel tu ke sarah??'
'forwadkan ke michelle??? kan i suh forwadkan ke sarah?'
'kalau i suh forwadkan ke sarah tu, forwadkan ke sarah la!!'
terus dia hempas telephone.
fuhh. tkezut aku.
kuat lak tu dia hempas.
huhu.
nampak cam garang ni.
pastu, dia masuk bilik intebiu tu.
intebiu cina tu.
bilik tu yg jenis see through.
jadi aku nampak la kan melalui pintu kaca tu.
.
hm.
lama gak la dia intebiu cina tu.
tetiba, ada sorang india ni kua dari opis.
macam kenal.
ooo, dia ni la vijay, engineer yg intebiu aku ritu.
dia nampak aku, dia senyum kat aku.
dia tanya aku ingat lagi tak kat dia.
aku ckp musti la ingat.
dia kata, sori la dia tak ingat nma aku sbb rmai gak yg intebiu.
dia pun duduk la tepi aku.
dia tanya, dah lama ke tunggu.
baru je nak duduk tu.
tetibe encik azman ni, tetibe kuar dari bilik intebiu tu
'hey,dont waste ur time, go and do ur work!'
.
terkujat aku.
c vijay pun terkejut, cepat2 dia bangun sampai pi langgar meja kaca kat lobi tu.
huhuhu.
'er, no boss, dis is the girl that i've been telling you. she came for d 2nd intebiu'
.
si singa balas.
'no, no . i dont care, go and do your work'
'but boss, i've interviewed her that day'
'ok. take her to my office'
.
aku ni takut btol tgk boss yg garang camtu.
cepat2 bangun n ikut vijay.
vijay ckp, tu la boss dia.
pastu borak2 sikit dgn vijay.
vijay yg byk tanye.
aku ni iyekan je.
masih lg terkezut dgn kegarangan boss itu.
.
dlm perjalanan ke opis boss tu,
aku lalu la kat tempat membuat roda..(kan kilang tu kilang buat roda)
gelap je kat citu.
sume sedang bekerja dgn tekun.
hehehe.
.
pastu masuk dalam opis ni.
adala lebih kurang 8 meja kot.
ada dua org tga wat keje.
vijay suh aku dok kat satu meja ni.
dia cakap nanti boss masuk, ikut boss masuk bilik dia.
pastu vijay kasik la borang keje yg aku isi dulu tu.
aku tengok la yg bahagian last yg diisi oleh pihak intebiu tu kan.
sume aku dapat penuh.
hehe.
KECUALI
pengalaman keje.
sob2.
.
pastu vijay tinggalkan aku, dia g kuar mane ntah.
meja dia pun kat situ gak la.
ada dua org kat situ.
sume senyap je wat keje.
bagus2.
hehe.
.
pastu bermulalah sesi menunggu aku lagi.
aduhh.
sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan.
.
sementara tunggu tu,
aku belek2 la meja tu.
ada komputer, ada fail-fail.
aku tak berani la nak godek2 pc tu sbb ada org.
hehe.
tapi aku tgk gak la kat pc tu, ada tak icon internet explorer.
hehehe.
tuh penting tuuu.
sambil tu tertanya2 gak.
meja sape la ni yg aku duduk.
.
da busan menunggu, aku pun men pusing2 kat kusi tu.
bunyi la.
eeekk...ukkkk..
hehe.
aku pun senyap la.
sbb cam bising je kusi tu.
pastu aku tgk kat luar opis tu.
opis ni berdinding kan kaca so bleh nampak luar.
kat luar leh nampak la org dok wat roda.
kire, opis ni di tengah-tengah tempat pemprosesan roda.
.
bosan nak mampus tunggu.
aku baca abes apa2 yg tersangkut kat dinding tu.
hhihihi.
nak dekat 35min gak la nunggu.
.
tetibe masuk uncle india ni.
dia dok kat meja dia.
dia borak2 dgn aku.
aku pun layan jee.
dah la busannn.
rupa-rupanya dia bekas jiran aku dulu.
skang keje engineer kat citu.
pas abes dip. dia keja.
and then smbung plak degree kat usm.
sembang-sembang dgn dia.
sempat lagi dok bergosip.
.
meja dia kat ujung sikit.
so kuatkan suare la kan bile nak borak tu.
pastu aku tanye dia
'big boss nampak macam garang ekk'
.
baru je die nak jawab kan.
tetibe die cakap
'dia mai, dia mai'
.
aku ni diam terus lah
dan duduk dgn sopan.
hehe.
.
uncle tu pulak, tetibe je kalut menaip amende la kat keyboard tuh.
hihihi.
.
huu.
nebes beb.
.
die terus masuk je ke opis die.
aku kompius le.
aku nak mengekor die jugak ke.
skali die lempang aku sbb masuk tanpa diundang kang.
jadi aku pun dok mengeras la kat situ.
.
his. panjang dah cite aku ni..
.
akan bersambung....
.
ekekekekek





5 comments:

cik intanurulfateha said...

.cis~
.bru syok2 bace!
.cpt2 sambung ceta
.huhuhu

wanieybintang said...

hehe.
diharap bersabar hadirin dan hadirun sekalian.
kekeke

saadah saadun said...

menci kooooooo..
aku tak sbr nak tau

AmY-AdLi said...

haha.. penat bace smpai bawah.. tak habes2 jugak cite nye... cepat sambunggg... hehee

cik intanurulfateha said...

.ngeri btul tgk ur bos tu
.haishh