08 August 2009

penat tapi best

.
semalam penat tapi best.
sebelum keluar bercengkerama, haruslah berposing dulu.
.
.
masa nak kluar tu hujan la pulak.
tak de la lebat sangat.
tapi sebab kami ini pasangan old skool, naek moto.
maka terasa hujan itu sangat lebat menghempas muka.
yang enchek boyfie tu dok membebel sorang-sorang.
marah sebab aku takmo pinjam jap keta mama.
serius dia dok membebel, dari rumah sampai ler megamall penang tuh.
aku hantar ke rumah orang-orang tua kang, baru tau.
.
jadi bila sampai, kelencunan lah kami.
habes cair mekap aku.
eye liner aje yang masih kukuh.
terima kasih maybelline. mmmuah.
ei. geli lak aku, dok promoto maybelline.
.
bila sampai, gi toilet touch-up balik muka yang dah bersememeh.
pastu gi beli tiket wayang.
pastu gi makan kat kfc sementara tunggu wayang.
pas makan, aku pi kedai handphone.
nak survey housing handphone aku ni.
huwaaaaaaa.
handphone aku haritu jatuh gedebuk atas jalan tar,
terus calar n berlekuk.
tensen gila babi h1n1 aku.
sampai nak sms pon tada mood sebab aku tengok hp aku dah buruk.
.
so aku tanya cina tu,
dia kata tuka housing rm80.
aku tanya yang original nye dia cakap rm250.
memang aku nak tuka housing baru.
pastu dia tanya mana dia yg calar?
aku tunjuk ar.
pastu dia gelak kat aku.
dia kata 'laa sikit saja maa'
'lugi sja u tuka housing'
aku cakap ar,
aku tak suka, nampak buruk.
nak msg pun tada mood.
pastu pacik yg dok membebek atas moto tadi pun nak nyampuk gak.
'ha, wa sula cakap sama dia, pompuan maa. takbleh calar sikit, suda mo tuka'
hai pakcik, makcik tampo lutut kang.
.
pastu cina tu cakap,
lu letak sticker ke kat calar tu, ilang la.
aku cakap ar,aku tak suka letak stiker.
huduh.
pastu bleh plak die kata,
'tak pa lor, lu lekat gambar muka lu la.'
'mesti lu suka.'
si pakcik tua pun gelak sama terkekeh-kekeh.
memang btol la dorang ni.
pastu cina tu cakap rugi kalau aku tuka housing sebab nanti ilang la warranty dia.
sebab aku baru pakai 2bulan.
hmm.
jadi aku pun tak jadi tukar.
.
lepas tu, kami pun gi ar tunggu wayang start.
tengok cite SETEM.
besh gak.
hihihi
takda ar lawak bodo.
mcm cite sampah razak mohaideen dgn ahmad idham tu.
ni arahan kabir bhatia.
.
sebelum masuk, sunatlah bagi kami untuk bergambar-gambar.
.
pakcik ni marah kat makcik sebab makcik suka amek gambar pastu delete,
amek pastu delete.
amek pastu delete.
sampai la makcik rasa gambar makcik dah jelita, baru makcik simpan.
hihihihi.
tengok ar muka bengang pakcik.
.
sempat g amek gambar.
cite ni best tak?
aku suka pompuan ni berlakon.
suka tengok dia dalam grey's anatomy.
.
.
lepas abes tengok wayang,
kami bosan dok di megamall penang.
kami pun pergi lah ke jusco aeon pulak.
pi sana, jalan-jalan.
pastu melantak lagi.
sebenarnya dua-dua dah kenyang
tapi saja gedik.
aku order apebende tah ni
.
tak sedap ar. masin.
aku order satu je.
kami kongsi.
mee dia macam bentuk pacat sikit.
huhu.
bolehlak bila aku nak suap ke mulut.
pakcik cakap,
'pacat-pacat yang disaluti lumpur sudah bersedia untuk dikunyah.'
memang sengaja ar dia nii.
dia pun geli gak nak makan.
last-last tak habis.
.
atas tu dia letak daging yang dah dicincang.
bawah tu baru ada mee tu.
aku makan telur je.
.
pastu pakcik ajak main boling.
tamo lah.
aku bukan tere.
dan berdasarkan cakap kawan-kawan dia, yang juga kawan-kawan aku (kami classmate dulu masa skulah)
dia memang jaguh boling.
.
jadi instead of going to bowl, kami hanya melilau saje di jasko tu.
window shopping.
.
pakcik konsentret makan waffle penaut butter rm1 yang katanya tak sedap.
aku dah kenyang makan pacat tadi.
dia sorang je makan waffle tu.
sambil makan, dok mengomel-ngomel cakap tak sedap la, lembik la.
tapi mulut still kunyah-kunyah gak.
.
pakcik muka geram sebab makcik amek gambar dia tengah makan dengan gelojohnya.
lepas tu, dia tak abeskan pun waffle tu.
suh simpan dalam beg aku lak.
dia kata beg aku ni beg sampah serbaguna.
ketuk pala kang.
pastu aku ajak dia balik.
aku pun dah letih.
tetiba lak ajak aku teman dia beli baju raya.
haiseh pakcik ni.
tadi masa jalan tanpa arah tuju tu, tamo ajak.
masa aku nak balik,
baru nak ajak.
aku tamo,
aku letih, nak balik.
huhuhu
tengok, baik kan aku,
tolong bukakan lock moto dia.
dia lak sengaja je amek muka aku yang macam nak meneran tu.
.

.
pastu naik moto, sementara tunggu kazen aku,
lupa lak nak cakap,
kazen aku pun ngedet jugak bersama bopren nye.
hihi.
so, nak balik sekalik la.
.
sementara tunggu kazen, si pakcik ni tetiba mintak waffle yang dia campak dalam tong sampah serba guna tu.
pastu sambung melahap.
tengok. sampai kembang idung dia nganga mulot.
hohohoh.
.
pas balik, letih gila.
teman abah gi giant jap.
msg-msg dengan enchek boyfie.
pastu gado.
syarat tak dipatuhi lagikk.
geram aku.
pastu dia mintak maaf.
sebagai denda.
aku akan uji dia.
uji seuji-uji rashid nya.
nak tengok dia marah.
klu dia marah, kena jual.
hahahah.
dia cakap okey.
dia bersedia.
.
p/s: dia ni seorang yang panas baran. dan aku pun panas baran gak. jadi cuba bayangkan kalau kami dua gaduh jadi camna. hehe.

































5 comments:

cik intanurulfateha said...

.klu gado, msti both cumel ;p

saadah saadun said...

aku bnci kau!!..
date dgn riang tnpa on ym..
bnciiiiiiiiiiii

sob3

+miaSakura+ said...

ahahhaa..aku pon classmate mereka berdua nih jua..masa sekulah dulu2 jual mahal...ngehehehehehehe

fzalah said...

just nk gtau, almari kta sma...wahaha... n nek moto lg best sbb byk kene angin n hujan... keta xdpt tu semua..keke.

wanieybintang said...

cik intan: oh, anda belum lihat lagi kebengisan kami sewaktu bergado. hoho

adahku: oh sygku.. bila aku on, ko pula bz dgn kerja mu. :(

miasakura: weh.weh. mana ada jual mahal. aku kasik diskaun. pejan sja yg jual mahal. ngeh3.

fza: sama ka almari kita? beli katna? hihi.
yep. nek moto dpt berpanas dan berhujan bersama cam cita industan. ngeee~