12 October 2009

Malang Tidak Berbau #2


Sesiapa yang belum bace part 1, sila rujuk sini. Dah berkurun baru aku nak sambung balik cerita ni kan. Hehe. Ada lagi ke yang nak membaca? Ke semua dah nyampah dgn aku sebab tak update-update part 2? Hihihi. Tak baik tau, nyampah-nyampah dgn orang niii.

Lepas aku call mama kan, aku terus la call abah. Bila dah aku dail tu, baru aku rasa cuak gile. Rasa cam nak letak je sebelum abah angkat. Tapi tak sempat sebab abah dah angkat. Kat bawah ni adalah perbualan aku dan abah.

.

Aku : Abaaahhhh.. huuuuu~~~ (bayangkan aku tengah nangis teresak-esak).

Abah : Ha. Pasaipa? Dah terlanggar apa-apa la tu. (sumpah, abah memang cool gile time ni)

Aku : (aik? Camne dia tau?) a’ahhh.. huuuuu~ wuwuuuuu~

Abah : Langgar apa?

Aku : Langgar orangg ~ wuwuwuwuw~~~ huuuu~ (mesti buruk gile kan rupa aku tengah nanges time ni)

Abah : Hah??!

Aku : Eh, takk. Langgar kereta oranggg.. wuuuuu~~~

Abah : La.. Caq buat camne?

Aku : (Menerangkan camne aku buleh langgar)

Abah : Sekarang dia ada lagi ke kat situ? Jangan bagi duit kat dia.

Aku : Tak.. Dah blah dah.

Abah : Ada ambil nombor dia? Kasi kat abah

Aku : OK.

Abah : Drive hati-hati.

.

Ok. Cantikk. Abah tak marah langsung. Tapi aku masih menangis sebab rasa bersalah yang amat sangat. Rasa macam dah takut nak drive balik rumah. Risau takut berlanggar lagi. Aku menghabiskan masa selama 10min untuk menenangkan fikiran, pastu baru aku undur hati-hati, pastu drive balik.

On the way balik tu, handphone aku berbunyi-bunyi. Stail aku, kalau tengah drive, jgn sekali-kali ler ko call aku, tak dee nye aku nak layan. Aku buat bodow je. Tah sapa-sapa yang call. Aku tak tengok pun hp tuh. Bila sampai traffic light, lampu merah, baru aku tgk hp. Rupanya Abah dgn En. Boyfie yang call bertalu-talu.

Bila sampai rumah je, En. Boyfie call lagi. Aku jawab. Cakap dgn dia at least dapat menenangkan aku. Pastu Abah call, aku jawab. Dia nak pastikan aku dah selamat sampai rumah. Hehe.. Pastu, aku jadi bengong jap. Aku takut nak keluar kereta. Dok nangeh lagi dalam kereta tu. Tak keluar-keluar selama 15min. yelah dalam rumah bukan ada sesiapa pun. Mesti sunyi dan mesti aku akan rasa tensen lagik. Dahla adik aku baru blah balik kolej. Rasa cam sunyi gila.

Last-last aku masuk gak rumah. Aku nak buat kerja rumah. Tapi buat ni tak kena, buat tu tak kena. Semua serba tak kena. Asyik memikirkan pasal kejadian tu. Last-last aku tido. Aku memang camtu. Asal tensen je, aku tido ar. Bila bangun, baru dapat pk apa nak buat. Dulu masa uitm, laptop aku kena virus durjana, semua assignment aku yg sepatutnya kena hantar the next day was affected. Tak boleh nak bukak file pun. Aku tensen satu badan, jadi aku tido. Bangun-bangun tu, aku buat semula semua assignment tu dan berjaya disiapkan. J

So, aku decide untuk tido., baru tido kejap, aku rasa cam panas gila, so aku tido atas lantai. (aku memang suka tido atas lantai) pastu rasa cam tak sedap hati. Tapi aku terlena jugak. Pastu aku mimpi. Aku mimpi, disebabkan kecuaian aku, rumah aku habis terbakar. Abah marah aku. Cuai sangat. Memula langgar kereta orang pastu gi bakarrumah plak. Adeh, apalaa nasib aku ni. Pastu, aku terjaga. Fuhh.. kuus semangat. Giler real mimpi aku tuh.. Ada api menjulang. Mama nangis2. time tu aku rasa macam useless gila lah. Menyusahkan mak bapakk je.

Pastu aku terus bangun gi dapur, buat keje rumah. Tapi fikiran ke laut je. Pastu abah balik. Awal abah balik. Mungkin sebab nak uruskan hal aku kot. Huhuh.

Aku tanya abah, camna dgn pemandu teksi tu? Dah call dia ke? Abah cakap dah, japgi dia datang rumah, nak tunjuk keta dia tu. Pastu, ada ke patut, dia cakap kat abah, lampu kereta dia abes pecah,. Iskkkk. Pembohong sungguhla dia ni.

Pintu kereta je yang kemik, camne leh merebak sampai ke lampu tuh? Mungkin ada sejenis wabak kot kan. Die merebak sampai lampu keta, pastu terus pecah.

Bengang ar aku bila abah cita camtu. Pastu janji nak datang kul 3, pastu delayed sampai 4. pastu dia call abah cakap, lampu dia tak pecah pun. Dia salah tengok. Hak elaaaa. Nak menipu pun aku yang kaki penipu. Ooopss. Terkantoi lak. Pastu tunggu sampai pukul 4, tak sampai-sampai pun. Abah risau gak kot-kot dia gi ketuk lagi keta dia sampai hancur lebur ke kan, pastu mintak bayaran tinggi-tinggi ke. Pastu ..