13 October 2009

Malang Tidak Berbau #3



Pastu, dalam pukul 4.30 camtuh, beliau tak datang lagik.
Abah ingat kalau dia lambat, abah akan bayar kompaun sebanyak rm300 saja di balai polis.
Kira kena buat report polis la.
Bayaran rm300 tuh, takkan dapat kat dia lah.
Dapat kat polis.
Kira dia takkan dapat sesen pun.
.
Abah call dia, kasik peringatan,
kalau lambat 15minit, jumpa di Ibu Pejabat Polis.
Dia cakap, dia on the way.
.
Pastu abah tunggu tak sampai-sampai pun,
abah terus ajak aku gi balai polis.
Aku pun dah bersiap semua,
naik kereta.
On the way, terserempak dengan dia baru nak masuk kawasan perumahan aku.
Dia tak perasan kot aku sebab aku ngan abah naik kereta lain time tu.
Kereta kanchel tinggal kat rumah.
.
Abah tahan dia (eceh, dah macam dia pulak yang buat salah en,padahal aku yang comel ni lah punca semua ni terjadik. :p)
Abah aku tahan bukan sebab apa, sebab nak tunjuk rumah aku kat mana la.
Dia tak tau rumah aku kat mana.
.
So, bila sampai rumah, abah turun kereta, dan tengok kerosakan kereta dia.
Dia bawak geng rupanya sorang.
huhuh.
Dan, geng dia tu je yang did all the talking.
Dia diam je.
Macam takut pun ada.
Abah aku ni sememangnya agak strict dan garang sikit.
kehkehkeh.
Tapi takda la abah aku nak gi hempuk kepala dorang kan.
Abah aku cakap elok-elok la tapi tegas.
Tapi India tu cakap elok-elok.
Sopan dan berbudi bahasa.
:)
Bagus.Bagus.
Setelah berbincang, abah bersetuju kasi RM 250 sama dia.
Pastu berjabat tangan, pastu mereka pun blah.
hik3.
.
Aku tanya abah, apa yang dorang cakap,
sebab masa dorang tengah berbincang tu,
aku duk jauh je.
Kan aku pesalah jalan raya tersebut,
jadi baik aku duk diam-diam.
Kang kalau aku bercakap,
kena bayar banyak lagi la pulak.
Dahla satu sen pun aku takda.
Alih-alih abah jual je aku kat dia.
Senang cerita.
Tapi tah-tah aku ni satu sen pun tak laku.
ngeh.ngeh.ngeh.
.
Aku tanya abah,
apa yang dia cakap.
Abah kata dia cakap elok je.
Siap pesan lagi,
jangan marah-marah kat aku.
Biar aku bawak kereta sampai cekap.
Hey! Aku dah cekap lah.
Berani kau!
Yelah, cekap sangat sampai gi hentam kereta orang.
:p
Tapi aku rasa ok sikit la sebab takdala scene gaduh-gaduh ke apa kan.
Bagus.Bagus.
1 MALAYSIA.
hihihi.
.
Pastu aku cakap kat mama dgn abah,
dah takmau drive.
FOBIA
mama marah,
mama cakap, jangan stop driving nanti takut terlupa pastu jadi takut nak drive dah.
Dah banyak kes camtuh.
Abah pun cakap yang ni semua pengalaman.
Lepas ni mesti aku akan jadi EXTRA hati-hati kalau nak reverse kereta.
.
Hah, apa lagi.
marah sangat kan aku fobia-fobia ni,
petang tu jugak aku keluar drive pergi bandar sorang-sorang.
hahah.
aku ada benda nak beli sebenarnya.
Alhamdulillah, nothing bad happened.
.
Sampai sekarang aku masih FOBIA.
bukan fobia pasal eksiden tuh.
.
FOBIA dengan lelaki India-India yang bermisai yang bawak teksi.
isk.isk.
tak boleh tengok dorang, nanti tersingkap kembali peristiwa pahit ini.
Kalau ternampak dorang je, mesti aku akan jadi sawan babi, meleleh-leleh air liur.
ok.tipu.
.
sekian.
.
p/s: terimakasih yang tidak terhingga buat semua yang sudi baca kisah ni dari part 1 sampai lah ke part 3 which is the last part. hihi.
ada cerita baru yang bakal menyusul.
tungguuuu~~

4 comments:

intanurulfateha said...

.apesal tak letak part3 jek
.gedik tuh kakak bintang nie!

.ermm rm250 tuh still byk tau
.tp x pe lah
.yg pnting u slamat dan x kenal jual
.ekekekek~ ;)

waNiFarees said...

Oh yeay!! hehehe.. khatam sudah crita eksiden nih,,

wanieybintang said...

cik intan:
sepatutnya lebih mahal sebab agak teruk dent tersebut. muahaha. pastu kena re paint lagik. :P

mrsafiqfarees:
hehehe. sorii buat hg menunggu...

sweetsuraya said...

rindu plak aku kat mama n abah ko...kem slm kat dorang eh......