02 October 2009

Malang Tidak Berbau #1


Ok, memandangkan sekarang ni aku rasa mood aku untuk menaip entri yang panjang dah tiba, makanya, adalah lebih baik jika aku menggunakan dengan sebaiknya mood ini.

Kang, datang balik mood malas aku tu, alamatnya, sampai bebila la aku tak cerita pasal eksiden tu kan.

Tanggal pada 27 September 2009, terjadilah peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang hidupku. Selama aku hidup ini, inilah kali pertama, Hurm. Apsal ayat aku macam dalam karangan PMR plak ni.

.27 September 2009 bersamaan dgn hari Ahad, aku ditugaskan untuk menghantar adik aku ke stesen bas sebab dia nak balik ke kolej dia di Seremban. Mama dan abah keja, jadi, aku la yg tergedik-gedik offer diri nak hantar adik. Lagipun, beg dia banyak, kesian plak dia kalau nak suruh dia naik bas sampai ke stesen bas tu.

.Mama tinggalkan Kancil, dan dia bawak kereta satu lagi. Abah lak naik moto je pegi keje. Ok, aku pendekkan cite ek, sesampai je di stesen bas tu, memang penuh ar dgn kete. Aku dah agak dah. Semua nya dah habis cuti raya dan nak balik ke kolej/uni semula.

Memula ingat nak parking jauh sikit, memang tempat tu takde kete la. Tapi sian lak kat adik aku ni bawak banyak beg. Kuih raya tah bape balang dia angkut. So aku ni masuk celah-celah jalan yang berlopak, sempit lak tu, ni adik aku la ni yg suh. Aku ni 1st time masuk jalan yg penuh sesak dgn pelbagai chabaran dan dogaan neh. Dgn keta berderet kat belakang. Aku pun tatau nak masuk celah mana, just follow je keta depan.

Pastu aku berjaya parking di satu tempat yg agak dekat jugakla dgn bas adik tuh. Lepas settle sume-sume, adik pun dah naik bas, aku pun gi beli dulu sarapan. Tapau je. Pastu pegila ke kete, nak blah balik ar.

Masa nak undur tu keta tu, aku dah jengul kepala ke luar cermin tengok ada keta tak kat belakang, pastu tengok ada. Tapi bukan betul2 belakang aku. Kira belakang ke kiri ar. Kira, bleh la kalau aku nak reverse pun, tak kena la keta tu. Korang paham tak ni? Arhh, kalau tak paham, Tanya aku. Ehehe. Keta kat belakang tu dia tengah benti sebab tunggu anak dia dok wat mende tah. Tapi bodoh gakla kete tu, benti tengah jalan. Kat belakang dia ada lagi dua bijik keta dok nunggu. Memula, aku ingat, em, tunggu je lah keta tu blah. Pastu cam lame gile kan, tah ape dok wat tah die tue. Aku tengok lagi, side mirror dgn cermin belakang, ok set. Takde kete. Pastu bile aku undur je, BAMMM!! Fuhh. Kuat gak ar kene. Berderau darah aku wehh. Aku toleh belakang tengok ada kete. Aikk? Bila masa nya dia dok belakang aku? Aku ni ketaq lutut, ketaq tangan, ketaq segala laa. Terus, ke depan balik, tarik handbrake, kua kete. Tengok, aku dah terlanggar teksi. Aku terlanggar pintu keta dia. Pastu penumpang sume kuar, dorang tanye, aku tak nampak ke,aku tak jawab masa tuh. Jadi mereng jap. Dorang pun kalut nak nek bas time tuh, jadi dorang turun teksi gi jalan kaki je ke bas.

Aku ni masa tu mmg blur, tak perasan yg aku gi langgar teksi, tu yang aku pelik, datang mana lak sekumpulan India pompuan pakai baju liplap ni tetibe muncul di tempat kejadian. Pastu sibuk Tanya aku lak tu. Pastu yang bawak teksi tu pun turun. Aku tengok kemek kat kete die tu, bleh tahan arr. Huhuhu. Naseb bek kete aku takde pape. Sebab kancil mana da bumper belakang kan. So, tak kene sangat la. Dia Tanya aku tak nampak ke masa undur tu. Aku cakap tak. Pastu ada sorang pakcik ni pun Tanya soklan yg sama. Arghh. Rimas betul semua Tanya. Ya, aku memang nampak keta tu nak lalu, saja ja aku reverse nak bagi berlanggar sebab hobi aku langgar keta orang. Nak je aku ckp gitu. Aku pun tak perasan ramai org tengok ke tak sebab cuak crazy pig laaa. Pastu pintu keta dia yg kemik tu, takleh nak buka, penumpang yg dok situ, aku agak Vietnam kot, dok tersengih2 kat aku.

Hoih. Sempat lagi ko ekk. Dia pun takleh kuar la sbb pintu keta jam. Dah takleh kuar tu, dok menyengih je keje. Pastu dok bincang2 dgn pemandu India tu, seb bek dia cakap bebaik je dgn aku. Aku ni asik dok minta maaf je. Tu je kot yg mampu aku kata time tu. Dia mintak alamat aku, nama, nopon, salin no plat keta aku. Pastu dia bagi nopon dia. Dia kata nanti dia datang setel kat uma aku sebab dia pun dok area-area taman aku la jugak.

Pastu dia Tanya aku da keja ka, aku cakap belum lagi. Belajar lagi. Aku cakap pun da macam org mereng. Tapi takpe la kan, at least dia tau aku masih study takde la dia mintak bayaran yg bukan-bukan. Lepas dia blah, aku masuk dlm keta, aku dok blur sekor2. tatau nak watpe. Risau gile lah abah aku marah. Dah la aku ni takda duit. Pastu bukan keta aku, keta abah. Kalau aku ada duit tu, len cerita la, takda la nak nyusah sesapa. Aku dok maki diri sendiri. Pastu aku kol adik aku. Memula dia ingat aku memain, pastu dah aku dok nanges cam budak kecik baru dia pecaya. Aku nanges bukan sebab apa, takut kena marah dgn abah je. Huhuh. Pastu, adik aku ni kesian kot kat aku, bermurah hati nak pinjam duit die kat aku. Kirenye, bagi duit kat India tu, pastu setel. Takyah gitau kat parents aku. Memula adik suh bagitau kat abah jugak, pastu dah aku ni penakut sgt, dia pun nak pinjamkan duit dia. Oh, brader, yu are de best! Mmuahh. Pas call adik aku call enchek boyfie plak. Perasan tak, semua yg aku call ni mengikut senarai yang rendah risiko utk dimarahi hinggalah yg tinggi risiko utk dimarahi. Time call enchek boyfie tu, memang dah nanges cam ape dah. Die pun terkejut. Seb bek die xde kelas time tu. Die cakap, kazen die ade bukak bengkel, boleh dapat murah je kalo gi situ. Aku cakap tamau gitau abah, pastu dia nasihat gitau la abah. Biar perkara ni parents aku tau. Pastu dia dok pujuk2 aku sume suh bagitau abah n mama. Pastu, aku kol mama plak. Huhu. Aku cite ar kat mama, ‘die (mangsa)’ naik teksi. Pastu buleh lak mama dok wat blur. Die Tanya, keta mangsa tu teruk sangat ke kena sampai nak kena naik teksi, nape tak naik bas je?? Aku ni dahla blur time tuh, ditambah lagi dgn ke blurran mama. Amek masa jap nak hadam apa yg mama tanya tu sambil nangeh2 lagi. Pastu baru la aku pick up. Aku jelaskan hal sebenar kat mama. Mama pun bz keja time tu, dia suh call abah. Bagitau abah. Aku cakap aku takut. Mama kata, call la, kang jadi papa kang susah..

Adakah, aku akan dimarahi oleh abah? Adakah si pemandu teksi tu mengenakan bayaran yg sangat tinggi? Kita tunggu part 2. hehehe.

Bukan ape, dah panjang lebor sangat ni, kang korang bosan lak. Nanti aku sambung lagi k. aku nak gi mandi jap.

5 comments:

saadah saadun said...

bnci la aku kat ko nih..
suka bg aku saspen
sob3

intanurulfateha said...

.huhu cpt3 update part2! ;p

Aleen Afifi said...

asenyer xkene marah pon....paling tragis abah wanie kasik nasehat je le....
huhuu...

Always Me! said...

haish ko nih wanie..
aku tgh berdebar nak dgr kesah ko..
huhuhu~
potong stim betollah..
hahaha
:)

waNiFarees said...

bes2 cita hg weh!!! soRRy, aku bukan bermaksud xkesian.. tapi hg pandai bercerita!! wah!! xsabaq aku nak tunGGu episod seterusnya...

anyway.. besla hg, ada Bf punya kazen yg bukak bengkel..