.
.
dah macam-macam yang terpaksa aku lalui.
eceh.
cakap macam aku ni dah menjadi jutawan kan.
kekonon dulu aku papa kedana, belajar tak pandai (yang ni betul),
sekarang ni sudah menjadi seorang yang berjaya.
hahah.
.
bukan.
bukan yang tu aku nak ceritakan.
ya, sekarang memang aku dah berjaya.
berjaya menghapuskan perasaan negatif yang dulunya sentiasa menghantui aku.
.
putus cinta tu memang perit.
pedih mengalahkan tusukan sembilu.
sebenarnya, aku dah dua kali putus cinta.
dengan orang yang sama pulak tu.
putus cinta pada kali pertama memang macam neraka.
i took a few months to recover.
in the recovering process,
memang la seksa gila.
tak lalu makan sampai kurus gila.
takda mood je sepanjang masa.
menangis adalah rutin harian.
friends and family help me a lot.
aku pegi bercuti sana sini dengan family.
spend time dengan adik aku.
dan aku sudah mula sembuh dari luka itu.
.
bila dah sembuh,
insan tersebut datang lalu memberi janji-janji manis.
segala pujuk rayu semua.
dan macam biasa, aku termakan pujuk rayu.
masa ni aku menyesal sangat-sangat aku terima dia.
kenapa lah aku terima dia.
padahal masa tu,
aku dah totally lupakan dia.
dan tak da lansung perasaan cinta tu terhadap dia.
aku terima dia sebab ingat mungkin dia dah berubah.
so giving him another chance was not that bad.
.
tapi,
aku salah.
kat sini aku tak nak cerita apa yang dah terjadi antara kami.
aku just nak kongsi saat-saat aku putus cinta je.
jadi a few months later,
sekali lagi aku ditinggalkan.
aku rasa kali ni buat selamanya kot.
sebab tak mungkin lah aku akan terima dia lagi.
dalam sangat lukanya.
.
putus cinta buat kali kedua adalah lebih teruk.
memula aku ingat, takpe,
dulu kan dah pernah lalui,
so this time, it wont be a big problem for me.
hahah.
bodoh sangatlah aku pikir camtu.
sebab kali ni adalah 100x ganda teruk dari yang dulu.
.
masa tu, keadaan aku sangat teruk.
nangis sepanjang hari.
serius aku tak da semangat untuk buat apa pun.
even nak mandi pun takda semangat.
nak melangkah kaki pun rasa lemah.
jantung sentiasa berdegup laju.
sentiasa rasa pedih ulu hati.
makanan sikit pun aku tak sentuh.
hari-hari hanya minum Milo.
hari-hari lepas bangun je dari tidur,
celik ja mata, terus ingatkan dia.
pastu sambung nangis.
setiap saat, setiap minit aku tengok handphone.
mengharapkan panggilan darinya.
rasa macam janggal hidup tanpa dia.
.
sungguh, aku memaksa diri untuk memikirkan tentang benda lain.
tapi kalau pikir mengenai benda lain, pasti benda itu akan relate dengan dia.
contoh: aku cuba fikir, hurmm. nanti nak shopping baju banyak-banyak. kalau dia ada mesti dia akan teman aku shopping.
hm, lebih kurang macam tu lah.
apa-apa yang aku pikir pasti berkaitan dengan dia.
.
time ni aku start dekatkan diri dengan Tuhan.
memang rasa tenang sangat.
selalu baca yassin lepas solat.
cuba fikir positif.
Tuhan turunkan semua ujian ni kat aku sebab nak uji aku.
lagipun ada sebab semua benda ni terjadi kat aku.
Tuhan takkan suka-suka turunkan ujian terhadap hambaNya.
ada sesuatu yang lebih baik menanti.
.
dalam masa tu.
aku masih lagi takda mood.
terperap kat rumah.
nak keluar pun takda mood.
.
aku cuba berfikiran positif setiap hari.
think positive wani.
tu yang aku cakap kat diri sendiri hari-hari.
.
di samping tu, aku kerap keluar dengan cousin aku.
kerap keluar dengan adik.
ajak abah dan mama bercuti.
ramaikan kawan.
dan perlahan-lahan, aku semakin sembuh.
makin hilang perasaan sayang kat dia.
aku macam dan makin lupa yang dia dulu penah menjadi orang yang paling aku sayang.
.
bila aku tengok balik gambar dia dengan aku.
aku jadi macam pelik,
camna aku boleh duduk rapat sangat dengan dia ni.
aku tak segan ke?
sapa dia ni?
kami rapat ke sebelum ni?
.
aku jadi macam lupa tentang kenangan-kenangan dulu.
serius aku dah lupa.
dah lupa semua.
rasa macam tak penah kapel pulak.
haha.
macam hilang ingatan pulak aku ni.
hehe.
.
tapi satu benda yang tak akan aku lupa sampai mati adalah,
apa yang dia dah buat kat aku.
yang tu memang aku takkan lupa kot.
sebab keaadan aku teruk sangat time tu.
jadi susah nak lupa perbuatan dia kat aku.
aku akui sampai sekarang pun aku belum maafkan dia.
.
sekarang ni,
aku rasa bebas gila.
aku rasa aku dah tak perlu jaga hati sapa-sapa kecuali keluarga aku saja.
dulu kalau aku nak buat apa-apa keputusan mesti aku terpaksa mengalah.
sebab ada hati yang perlu dijaga.
ada juga yang melibatkan masa depan aku,
tapi terpaksa aku tolak demi menjaga hati.
well, kalau dah namanya sayang,
tak kisah pun berkorban apa-apa.
.
dan juga aku bebas nak berkawan dengan sesiapa.
nak buat apa yang aku rasa nak buat.
dan tak perlu lagi nak rasa cemburu,
tak perlu lagi nak rasa kecewa dan makan hati.
.
agak seronok la jadi single ni.
takda masalah.
mungkin sunyi, tapi bila ramai kawan, dan family ambik berat,
hilanglah rasa sunyi tuh.
.
dulu semasa sebelum bercinta,
aku memang tak percayakan cinta.
LANGSUNG TAK.
kalau aku tengok member-member yang menangis sebab putus cinta,
pasti aku akan gelak sinis.
aku fikir,
buat apa nak menangis kerana seorang lelaki?
bukankah lebih bagus menangis kerana keluarga?
.
dan sekarang dah terkena batang hidung sendiri.
hahaha.
dan itu semua memang mengajar aku.
mungkin aku nak stay single untuk satu tempoh.
sebab memang bercinta tu mengasyikkan dan seronok.
tapi bila sampai part gaduh tu,
mesti akan tension, sakit hati, takda mood.
aku tak suka semua tu.
.
jadi aku mungkin akan tunggu waktu yang sesuai untuk aku bukakan hati aku ni semula.
kiranya aku dah bersedia.
taknak la kapel 3 4 tahun, last-last putus.
sangat membuang masa dan duit.
tapi apa-apa pun,
jodoh pertemua semuanya di tangan Allah swt.
doakan aku temui jodoh yang baik ok.
assalammualaikum.
hehe.
ni masa nak pi kerja ni.
hehe
3 comments:
kau buat aku bangga dgn kau.
=)
salam sis..
da bape lame da jadik silent reader kek sini tpi hari ni bru nk tegor..hee.. serious sgt suka entry yg ni..mcm pengalaman sendiri plak ;D
nice post..
adah : :)) thanks adahku.
najihah: yeke jadi silent reader? nape xtggalkan komen sebelum ni, malas ekk. ehehe. btw, penah ada ke pengalaman cam sis ni? ;p
Post a Comment