28 May 2010

Imam muda yang menginsafkan

.
haiii.
ada orang rindu aku tak?
hehe

hm
tadi aku tengok program Imam Muda di Astro Ria.
ada orang tengok tak?
kalau bab Akademi Fantasia,
laju je,
bab Imam Muda ni,
ada ke orang nak tengok

mula-mula
sebelum program ini ditayangkan
aku memang dah berminat,
tapi berminat sebab tengok peserta-peserta nya yang sejuk je mata memandang.
aku tengok kat iklan je.
so aku dah pilih-pilih peserta mana yang aku suka.
biasa la.
aku kan miang sikit

pastu bila dah tengok program tu tadi.
memang best.
aku pulak dah tak tumpu pada peserta
sebalik tertumpu pada tugasan yang diberikan.
macam minggu ni,
tugasan dia adalah menguruskan jenazah.
dari memandikan, mengkafankan sehinggalah mengkebumikan

memang insaf.
aku menangis.
sebab jenazah-jenazah tu adalah jenazah yang tidak dituntut oleh waris.
dan jenazah yang berisiko
maknanya,
jenazah tu meninggal dunia akibat HIV, Hepatitis atau penyakit-penyakit lain
jadi keadaan jenazah tu, korang boleh bayangla kan camna.

peserta-peserta dikehendaki menguruskan jenazah-jenazah ni
aku tengok ni tetiba rasa malu.
kenapa?
peserta lelaki yang berusia seawal 18 tahun,
dah pandai solat jenazah,
talkin kan jenazah,
baca ayat-ayat suci dengan penuh syahdu.
aku teringat adik aku tu.
umur dah 20.
dok masih dengan kehidupan remaja dia.
tau kah dia bagaimana nak solat jenazah?
dia adalah satu-satunya waris lelaki dalam keluarga aku.

program ni memang beri aku keinsafan.
dan semasa di kubur,
selepas dorang gali kubur tu,
aku tengok masih ada air dalam liang lahad tu,
aku taktau kenapa.
wallahualam.
dorang bacakan yassin.
doa buat arwah.
masa ni, aku sedih.
sebab ayat-ayat doa (dibaca dalam bahasa melayu) sangat menginsafkan
sampai peserta yang baca tu pun sebak.
sob3.
tapi tak boleh menangis depan kubur.
tak baik.
:(

peserta yang berumur 18 tahun tu memang emosional.
dia kata dia sedih,
macam mana nasib arwah dalam kubur.
diseksa kah?
disoal oleh dua malaikat.
ok kah kehidupan di alam barzakh sana?
dan dia terus bayangkan dia apabila dia kelak berada di liang lahad tu.
tang sini, memang aku insaf.
terus ingat, nanti aku mati camne?
cukup ke bekalan iman aku ni?

program ni memang best.
aku bagi 10 bintang.
program ni tiada undian sms.
semua ditentukan oleh tenaga pengajar.
bukan macam program realiti lagi satu tu kan?
terkinja sini terkinja sana.
bluek.

ada jugak dimuatkan info2 pasal pengurusan jenazah.
kira bagi setiap topik, dia ada info-info tambahan

macam tadi,
aku baru tau seorang anak yang beragama islam DILARANG menguruskan jenazah ayahnya yang bukan beragama Islam.
tengok je, boleh..

pastu hukum menabur bunga dan menanam pokok-pokok dikubur.
pokok boleh ditanam tapi bukan pokok-pokok yang buahnya boleh dimakan.

p/s : koko, aku bukan tengok program ni sebab peserta je, tapi sebab ada info-info yang berguna. hik3.

p/s : private seblum ni sebab ada orang nak cari pasal dengan aku.

1 comment:

waNiFarees said...

First : wuaaaa!! rindunya kat Blog hg.. tetiba buka2 link xble baca, sedey gak.. sorie, aku menghadapi beberapa ari yg stress, tu yg xtinggal komen..


Second : HuUUu.. entry hg memang menginsafkan, nak tanya gak jambu aku pandai dak nak sembahyang or mandi jenazah..