19 May 2010

I got the job ! #1


.
macam dah lama je aku tak tepek gambar tuan punya blog.
so, hari ni nak tepek sekeping buat tatapan semut-semut yang merayap-rayap di atas skrin laptop anda.
.dah macam gemuk je aku ni kan?
hah, hang yang nak sangat gemuk ni kan, waniey.
dalam gambar ni aku rasa aku dah macam body builder je.
ni kalau aku angkat pemberat dua tiga kali sah, berketul-ketul muscle kat bahu aku tu
.
aku kalau pakai baju kurung ke,
memang tak perlukan span,
sebab bahu aku ni macam tinggi sikit.
kalau pakai lagi baju kurung yang ber span,
tambah-tambah kalau span yang tebal.
mesti aku jadi macam robocop.
seriusss.

tailor pun cakap aku ni berdada bidang.
ekceli, berdada bidang tu macam mana eh?
kira dada aku ni menceburi pelbagai jenis bidang ke apa?
eh, dah macam nak melencong ke arah lain je nii.

sebenarnya aku nak cerita tentang pertemuan aku dengan PTPL punya principal hari tu.
aku ni pandai berjanji je nak cerita itu ini,
tapi hampehhhh., kan.
nak buat macam mana.
dah nasib jadi blogger pemalas baloq liat.
.
so, seperti yang dijanjikan dengan Ms Lorna,
tepat 10 am mesti dah sampai kolej tu di Penang.
so kami gerak pukul 8am.
nasib baik mama pun cuti.
abah pulak memang dia akan ambil cuti kalau aku ada apa-apa temuduga.

aku ni saja nak over kan.
pakai kebaya yang fit sikit.
biasa la.
aku kan over.
lagipun kolej swasta tu yang majoriti pekerja dan student nya adalah bangsa cina,
mana peduli sangat kan tentang etika pemakaian ni.
.
masa on the way tu,
aku ni punya la nervous tahap tenuk kaler hitam putih.
tapi dalam nervous-nervous tu,
hentam nasik membukit dalam pinggan masa breakfast
licinnn.

so, sekarang ada dua perasaan,
cuak + kenyang.
aku risau gila,
kot principal dia mat saleh ke.
kalau pakcik saleh takpe lagi.
ni mat saleh.
mau aku sengih tunjuk gigi arnab aku je nanti.

yelah, ada jugak kekadang principal private college ni bukan local people kan.
so nervous lah.

dalam pukul 9.30am dah sampai.
kali ni aku kena pergi PTPL main campus punya.
hari tu masa temuduga pegi PTPL yang cawangan punya.
kat Penang ni ada 3 cawangan PTPL.

so, bila sampai awal setengah jam,
rilek dulu dalam kereta.
aku memula kompius jugak.
yang ni second interview ke,
atau principal saja-saja nak borak-borak dengan aku je.
tapi hari tu masa Ms Lorna called, dia cakap
aku dah memang dapat jawatan tu.

dalam pukul 9.50am,
sebab aku dok terketar-ketar nervous punya pasal,
aku pun keluar terus dari kereta nak masuk PTPL.
lagi lama aku tunggu lagi nervous kot.

so, masuk dalam tu,
pergi kaunter pertanyaan,
kat situ boleh dikatakan 100% berbangsa cina.
semua cina.
lecturers, students, clerks.
aiii, dah nasib aku selalu tercampak kat cina punya society.
masa kat Kumon pun semua cina.

tapi takpe,
aku tak kisah.
asalkan tak da sifat dengki mendengki.
yalah, melayu kan suka iri hati and dengki mendengki.

so, dah cakap kat penyambut tetamu tu.
dia suruh aku duduk dulu.
so duduk la aku kat situ.
lamo jugak menunggu.


3 comments:

zaidharis said...

la,awat xhabaq dekat penang =)

maybe kau ni banyak menceburi bidang kot,
kot jela,
hehe~

koko cokelat said...

awat cerita ko xhabeh?
aku da syiokkk nak baca nih~~~
ada episod smbongan ka??

wanieybintang said...

zaidi : awat? awak dok penang ka?

koko : nyeh3. aku takot org boring, jadi aku stori separuh ja laa