26 May 2010

sayang aku dah konvo dahh.. :))




Pelakon dan Pengarah Farid Kamil Zahari, 29, diberikan ucapan tahniah dari ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, (kanan) dan bapanya, Datuk Dr Zahari Che Dan, 58, selepas menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Kreatif (Seni Layar) di Konvokesyen UiTM ke 72 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), hari ini.

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil Zahari turut menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat konvokesyen itu.

Farid, 29, yang bakal muncul dalam filem Lagenda Budak Setan gembira kerana berjaya menghabiskan pengajiannya.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata antara cabaran yang perlu dihadapinya ialah terpaksa bijak membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian.

"Saya bertuah kerana mendapat kerjasama pensyarah dan rakan sekuliah serta keluarga," katanya.

Farid, yang pernah mengarah filem V3 Samseng Jalanan, bakal mengarahkan filem bertajuk Kongsi pada hujung bulan ini. - BERNAMA (kredit mstar online)

No comments: