.
niatku ingin meluahkan isi hati.
tetapi rasanya lebih baik jikalau aku simpan sahaja.
kerana perkara ini melibatkan seseorang.
seseorang yang mungkin sedang membaca setiap patah perkataan yang tercatat di sini.
biarlah.
aku bagaikan sudah mangli dengan apa yang berlaku.
sudah tiada apa-apa perasaan.
aku sudah malas untuk berusaha untuk mengubah sesuatu yang sukar diubah.
ya, aku seorang pemaaf.
tetapi seorang pemaaf juga ada had nya sampai satu ketika apabila perkataan maaf itu sudah terlalu kerap diucapkan,
si pemaaf itu, sudah lupa akan maksud sebenar 'maaf'.
'maaf' baginya adalah bermaksud satu perkataan yang diucapkan supaya tidak mengeruhkan keadaan.
tiada lagi 'maaf' yang diucapkan bersertakan perasaan kasih sayang dan tidak mahu hubungan yang disayangi nya itu putus.
ya,
si pemaaf itu bukanlah lagi seorang pemaaf.
maafkan beliau.
No comments:
Post a Comment